:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Wednesday, November 26, 2008

REDHA DAN BERSYUKURLAH…


Saya menulis entri ini hanyalah untuk memberi peringatan semata-mata dan tidak ada niat yang lain seperti ingin menunjuk-nunjuk dan sebagainya. Saya menulis agar kesilapan saya tidak diulangi oleh pembaca, khususnya sahabat-sahabat saya yang dikasihi fillah ini. Sekiranya ada yang baik, maka ambillah dan sekiranya ada yang tidak baik, buangkanlah ia ke tepi. Sesungguhnya peristiwa inilah yang telah menjadi asbab saya ditarbiyah Allah supaya menjadi seorang yang redha dan bersyukur. Suatu memori yang benar-benar memberi pengajaran.

Alkisahnya bermula ketika saya mengambil keputusan SPM. Waktu itu saya telahpun sebulan lebih memulakan pengajian di bumi barakah Darul Quran dalam program Persijilan Tahfiz, kerana saya diterima masuk ke sana dengan keputusan percubaan.

Alhamdulillah, keputusan SPM saya boleh dikatakan agak memuaskan, 10 A1 dan 1A2. Walaupun begitu, ada sedikit kekesalan dan kesedihan dalam diri saya kerana saya tidak berjaya mencapai target yang diimpikan, iaitu mendapat semua A1. Saya merasakan bahawa saya telah melakukan yang terbaik dalam peperiksaan. Walaubagaimanapun, dengan keputusan yang diperolehi saya mendapat banyak hadiah daripada guru dan sanak-saudara. Ada yang memberi wang dan sebagainya. Waktu itu, jumlah wang yang saya terima daripada mereka semua adalah lebih kurang RM 300.

Dengan hati yang masih terkilan dan sedih dengan keputusan tersebut, saya pulang ke tempat pengajian,Darul Quran untuk meneruskan pengajian. Diari saya menjadi saksi perasaan saya yang masih tidak redha dengan ketentuan Ilahi. Antara ayat yang telah saya tulis:

“ Bismillahirrahmanirrahim…aku tak tahu kenapa aku masih menangis walaupun aku dah dapat result SPM 10 A1,1A2. Aku tak dapat capai target. Aku redha. Aku redha. Aku redha. Aku redha. Aku redha. Aku redha.Tapi aku tak dapat sempurnakan janji aku pada ayah,pada SMAASZA.Itulah yang buat aku terkilan sangat…Cikgu,maafkan aku…(28 Feb 2004)

“Aku dah sampai kat DQ. Kadang-kadang aku rasa aku tak boleh terima kenapa tak dapat 11A1…” (29 Feb 2004)

Waktu itu, saya menulis “ Aku redha” sebanyak 5 kali semata-mata untuk memujuk hati supaya bersangka baik dengan Allah. Tetapi di sudut hati, saya masih tidak redha. Seolah-olah saya marahkan Allah kerana tidak menyempurnakan hajat saya. Oh Tuhan, begitu jahatnya hatiku…

*************************************************************************************
ALLAH MAHA BERKUASA

Akhirnya, lebih kurang seminggu sahaja selepas itu, Allah menunjukkan kekuasaanNya. 5 Mac 2004, wang hadiah yang saya terima hasil daripada kejayaan tersebut tiba-tiba lesap dari tempat simpanannya. Saya hairan sekali kerana menurut senior, belum pernah ada kejadian curi di Darul Quran. Oh Tuhan,ketika itu saya benar-benar merasakan bahawa Allah ingin ‘mengajar’ saya yang tidak tahu redha dan bersyukur dengan pemberianNya.

Lantas ayat ini datang ke minda jahil saya…

“ Sesungguhnya jika kamu bersyukur,pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu, dan sekiranya kamu kufur, maka sesungguhnya azabKu sangat pedih…”(Ibrahim:7)

Saya berasa sangat menyesal dan memohon keampunan daripadaNya. Sesungguhnya peristiwa tersebut benar-benar mengajar saya supaya berbaik sangka dengan Allah serta menyedari kerdilnya diri ini berbanding denganNya yang Maha Agung. Itulah tarbiyyah pertama Allah untuk saya di Darul Quran. Terima kasih Allah. Sebulan selepas itu, barulah diketahui bahawa anak seorang kakitangan berumur 12 tahun yang masuk ke asrama dan mencuri wang tersebut. Namun, saya menginsafi bahawa sesungguhnya memang Allah benar-benar ingin mengajar saya kerana saya adalah ‘mangsa’ yang dipilih oleh kanak-kanak itu, dan bukannya orang lain. :)

Orang kata DQ adalah 'bumi cash',kalau buat dosa Allah terus akan balas...

Sahabatku dan para pembaca sekalian, redha dan bersyukurlah dengan pemberian Tuhan. Kita sebagai hamba hanya mampu berusaha,selebihnya Allah yang menentukan. Kejayaan itu milik Allah. Sebanyak mana yang Allah bagi kepada kita, bersyukurlah dan redhalah kerana itulah yang terbaik untuk diri kita. Sentiasa husnudzon denganNya.
Wassalam.

“ REDHALAH DENGAN KETENTUAN ALLAH SEBAGAIMANA KITA MENGHARAP REDHA DARIPADANYA”

2 comments:

Mami Hadeef said...

Salam kak shahibul.. satu perkongsian yg bermakna.. seperti Zubir pun, dia mengalami same mcam akak lebih2 lagi bile cikgu mat jak sendri yg call dia dan bagitau dia tak dapat 12 A1.. langsung tdk mahu pulang ke DQ kerana malu dgn kawan2 yg mengharapkan dia dapat straight A1.. lebih2 lagi dia menjadi pelajar harapan Trg based on trial result.. n betul kate k. shahibul, bumi DQ, sesiapa buat dosa akn time balasan.. Zubir excident lepas kami 5 bulan couple.. sekarang, hanim n dia dalam proses membina masjid Allah.. doakan semoga kami dipermudahkan segalanya ye..

Shahibul Afzan Wahab said...

terima kasih hanim...oh, zubir pun rasa gitu jugak eh.hmm..xpela,hakikatnya Allah tahu yg terbaik.
alhamdulillah,kak shahibul doakan Allah mudahkan urusan pernikahan adik berdua.

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template