:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Wednesday, October 29, 2008

TERIMA KASIH DIARI


Salam buat semua…

Entah mengapa malam ini saya kehilangan motivasi untuk study. Jadual study telah saya aturkan tetapi minda ini tidak mampu untuk memberi ruang kepada saya untuk melaksanakannya. Mungkinkah hari ini terlalu banyak dosa yang saya lakukan?

Saya muhasabah diri tentang perjalanan hidup hari ini. Alhamdulillah,permulaannya baik.Allah memberi peluang untuk saya bertahajjud padaNya pagi tadi. Baca Quran? Sudah. Saya telah pun mengulang al Quran pagi dan petang tadi. Apa sebenarnya yang mengganggu saya ini?
**********************************************************************************
Saya mengambil wudhu’ tetapi masih sama keadaannya. Tiba-tiba tergerak hati saya untuk membelek diari-diari lepas. Saya membuka locker.Manalah tahu,diari silam boleh menjadi penawarnya. Saya ini manusia yang gemar menulis diari. Sejak tingkatan satu hingga sekarang hidup saya tidak lengkap tanpa diari. Cuma kekerapan menulis diari sekarang tidaklah seperti dulu. Mungkin lantaran kesibukan.

Saya membelek diari tingkatan satu dan dua.Coretan yang lebih kurang sama. Ada yang mencuit hati saya. Rupa-rupanya ada juga ketika saya bergaduh dan terasa dengan kawan-kawan. Kelakar pula. Budak-budaklah katakan. Padahal sebabnya remeh sahaja.Malu pula hendak dikongsikan dengan pembaca apa sebabnya. Banyak juga coretan tentang saya homesick. Maklumlah baru berpisah dari keluarga.Antaranya, “Nak balik!!” dan “ Aku benci kena balik asrama”. Yang ini pun membuat saya tertawa. Padahal emak dan ayah memang selalu melawat saya di asrama. Adakalanya selang sehari emak dan ayah datang.
**********************************************************************************
Tapi yang membuatkan jiwa saya tersentuh ialah beberapa coretan di bawah. Coretan pada hari-hari yang berbeza dan adakalanya berulang pada hari yang lain:

“ Hari ni Jumaat.Aku baca surah Kahfi”

“Hari ni aku tidur di Musolla dan bangun pukul 4 pagi, terus mandi, sembahyang Tahajjud dan Hajat”

“ Aku puasa sunat hari ni. Pahalanya aku nak sedekah kat emak”

“ Esok aku nak puasa sunat untuk arwah Tok”

“ Aku puasa sunat Hari Putih”

“ Aku buat Solat Tasbih di Musolla”

“Aku buat kad hari ibu untuk emak”

“ Hari ni aku ajar ….dan….ngaji”

“ Aku nangis di Musolla sebab insaf”

“ Aku berjaya menguruskan masa hari ni”

“ Hari ni lepas makan, aku tak nak tidur sampai ke malam. Aku nak study”

“ Alhamdulillah, aku berjaya tak tidur siang hari ni”

“ Tadi aku tolong baiki longkang asrama tersumbat”

“ Aku tolong basuh pinggan di Dewan Makan tadi sebab ramai orang makan kuih tapi tak basuh pinggan”

“ Aku tekad akan cuba membanteras gejala dalam bilik”( ada roommate yang tidak turun berjemaah di musolla asrama)

“ Aku cadangkan agar buat ‘makanan rohani’ malam esok kat bilik”

“ Hari ni ada ujian Quran Tahriri, Tafsir dan Tauhid. Aku boleh jawab semua”

“Hari ni aku dapat banyak keputusan highest”


Asrama putera sekolah saya(saya tiada gambar asrama puteri)

**********************************************************************************
Oh, keinsafan menyelubungi diri saya. Mujurlah diari ini ada yang mengingatkan kembali keadaan saya sewaktu berumur 13 dan 14 tahun.Sekarang umur saya sudah 22 tahun. 9 tahun sudah catatan ini berlalu.

Saya muhasabah kembali, adakah saya masih istiqamah dengan amalan-amalan yang pernah saya istiqamah di waktu awal remaja dulu…

Ya Allah, saya akui, ada yang tidak lagi saya amalkannya secara istiqamah sekarang…
Tuhan, ampunkan diriku…semakin dewasa semakin teruk rasanya diri ini.

Bertaubatlah diriku. Hari-hari esok mesti saya tempuhi dengan lebih baik. Amalan ruhiyyah, amalan kebajikan, amar ma’ruf nahi mungkar, motivasi untuk belajar dan mujahadatunnafs harus saya istiqamah dengannya. Kalaulah sewaktu budak-budak saya mampu melaksanakannya,inikan pula di usia tua begini yang semakin dekat dengan saat kematian.

Ya Allah, kumohon keampunan daripadaMu. Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi hari-hari seterusnya dengan kehidupan yang lebih baik dan terarah. Amiin…Terima kasih diari kerana menyedarkan aku.

Monday, October 27, 2008

Just For My Reminder

Subjects to be tested in Professional Exam Part 1.

ORAL ANATOMY

• Maxilla (clinical approach)
• Mandible (clinical approach)
• Tongue (clinical approach)
• Muscle of mastication (clinical approach)
• Muscle of facial expression (clinical approach)
• Nerve & blood supply of teeth
• Intro to intra-oral environment & their related diseases condition
• Anatomy landmark for exodontias, facial trauma & oral surgery

DENTAL ANATOMY& HISTOLOGY

• Embryology of tooth development
• Morphology of primary dentition and permanent dentition
• Chronology of tooth development
• Development of occlusion
• Comparison of dentition between different races

ORAL BIOLOGY 1

• Structure & chemical composition of connective fibres
• Structure and chemical composition of non-collagen organic matrix
• 4 stages of tooth formation- Role of ectomesenchyme in tooth development
• Structure of epithelium & ectomesenchyme & its interaction
• Amelogenesis& Enamel
• Dentinogenesis & Dentine
• Dentine- pulp complex
• Cementogenesis & root formation
• Periodontal membrane
• Alveolar bone
• Eruption and shedding
• Temporomandibular joint
• Oral mucous membrane
• Salivary gland
• Permeability & age changes in dental tissues

ORAL BIOLOGY 2


• Dental plaque
• Calculus
• Salivary composition1 (organic & inorganic component)
• Salivary composition2 ( structure & composition of glycoprotein)
• Function of saliva
• Oral facial pain
• Saliva secretion
• Halitosis
• Cariology1: causation,natural history,clinical appearance)
• Nutrition & oral tissue
• Cariology2: prevention of dental caries
• Hormones & oral tissue
• Oral diseases & mucosal immunity
• Periodontal disease
• Sugars & nitrogen metabolism & plaque pH
• Biochemistry of teeth, supporting structure & saliva
• The molecular nature of odontogenesis & biomineralization

TRY YOUR BEST MYSELF!!! USAHA+DOA+TAWAKKAL...YA ALLAH TOLONGLAH HAMBA-MU INI.

Tuesday, October 21, 2008

CPR

Ketika menulis entri ini, saya berada di rumah, bukan bercuti tetapi diwajibkan balik ke rumah oleh doktor akibat diserang chickenpox (Para pembaca jangan berasa bimbang kerana chickenpox tidak akan berjangkit melalui alam maya..hehe). Saya menyedari penyakit ini setelah pulang dari Kursus Cardio Pulmonary Resuscitation atau singkatannya CPR (bukan kursus Ciuman Paling Rock,pesan seorang jurulatih) di Kem Terendak, Melaka pada minggu lepas. Kursus ini diadakan selama seminggu dan diwajibkan kepada semua pelajar Kulliyah of Dentistry.

Kursus ini bertujuan untuk mendidik kami cara-cara melakukan bantuan pemulihan kardiopulmonari atau yang biasa kita dengar, bantuan pernafasan dari mulut ke mulut. Biasanya kursus ini hanya diadakan di hospital, tetapi disebabkan Dekan dan ramai lecturer kami dahulunya adalah askar, mereka telah membuat keputusan supaya kami semua mengambil kursus ini di kem tentera. Mungkin juga chickenpox yang saya perolehi ini adalah chickenpox tentera! Alamak, habislah saya!huhu..

Walaubagaimanapun,saya ingin berkongsi dengan para pembaca sedikit sebanyak yang saya perolehi daripada kursus tersebut agar saya juga dapat menilainya ke atas diri saya juga.

1. Saya telah diajar teknik-teknik melakukan CPR dan telah diberikan sijil dan lesen untuk mengendalikannya dalam tempoh 2 tahun ini.Alhamdulillah, semoga ilmu-ilmu ini sentiasa segar di ingatan saya. Pengetahuan tentang teknik CPR ini sangat penting untuk menyelamatkan mangsa yang pengsan sama ada orang dewasa, kanak-kanak atau bayi akibat sakit jantung, lemas,tercekik dan sebagainya. Jika kita terlambat melakukan rawatan terhadap mangsa-mangsa ini, kemungkinan mereka akan mengalami mati otak.

2. Saya dapat melihat dan merasai kehidupan para tentera. Sungguh berdisiplin. Hinggakan hendak ke café dan balik daripadanya pun terpaksa berkawad. Bayangkanlah, berkawad sambil memegang minuman dan nasi di tangan.

3. Saya telah dapat banyak ilmu dan nasihat yang berguna daripada seorang jurulatih, Encik Ridzwan yang peramah. Antaranya:

• Belajar untuk buat kerja cepat dan tepat kerana kita bakal menjadi medical practitioner yang berkait rapat dengan kesihatan manusia.

• Berusahalah untuk menguasai ilmu-ilmu dengan cemerlang kerana ilmu itu bakal kita praktikkan sewaktu di alam pekerjaan. Kalau sekadar lulus sahaja, kita tidak mampu untuk menjadi pekerja yang baik.

• Antara 3 tanda kehidupan: bernafas, bergerak dan berinteraksi.

• Apa-apa pun pekerjaan kita kelak, semuanya akan mempunyai cabaran masing-masing. Hidup kita memang tidak dapat lari dari masalah dan cabaran. Oleh itu, hargailah waktu belajar kita sekarang di kala tanggungjawab masih belum berat dan banyak. Tatkala sudah berada di alam kerjaya , pasti lebih hebat cabaran yang perlu dihadapi.

• Belajarlah untuk menyelesaikan semua tugasan kita dengan cara yang terbaik. Jangan jadi orang yang suka memberi alasan.

Sunday, October 19, 2008

Miswak: A trusted formula for oral hygiene



A group of dentists at the King Saud University (KSU) have studied the medicinal properties of the miswak (teeth cleaning sticks) commonly used in Arab and Asian countries, and have concluded that "the beneficial effects of miswak for oral hygiene and dental health of a person using miswak are equal to, if not greater than, those who use toothbrush and paste."

The research identified 19 natural substances found in miswak that benefit dental health.

According to the research, the miswak contains a number of natural antiseptics that kill harmful microorganisms in the mouth; tannic acids that protect the gums from disease; and aromatic oils that increase salivation.

The study said that "the miswak's bristles are parallel to the handle rather than perpendicular, and it can reach more easily between the teeth, where a conventional toothbrush often fails to reach."

The study has termed miswak as "an oral hygiene tool" for one and all. According to the study, "the miswak has many medicinal properties and can fight plaque, gum line recession, tooth wear, gingivitis, and periodontal pocket depths."

The study also concluded that the miswak releases fresh sap and silica that acts as an abrasive material for the removal of stains and buildup.

The KSU's research has been supported and substantiated by another research work done by Abdul Al-Shareif of the Ministry of Agriculture.

According to Al-Shareif, miswaks contain anti-mouth ulcer substances and antiseptics.

"In addition to the substances that prevent teeth carries, gum bleeding, mouth cancer and putrefaction, miswak has another ingredient that strengthens the gum and prevents teeth from coloring."

Al-Shareif said that a number of Saudi farmers have been planting miswaks for business.

The two studies have proved that the miswaks also release a substance that soothes toothaches.

He said that the use of miswaks might also improve appetite and regulate peristaltic movements of the gastrointestinal tract. "In fact, the World Health Organization (WHO) recommended the use of miswak way back in 1986, but stated that further research was needed to document the effects," said Aziza Al-Mubarik, a KSU dentist, while referring to the widespread use of miswak, which is more common during Ramadan in Saudi Arabia and many other Arab and Muslim countries.

Asked why one should prefer miswak, Dr. Rahi Al-Badr, a local physician, said miswaks have many medicinal properties including scents, painkiller substances and sodium bicarbonate, which are widely used in the production of different kinds of toothpastes.

On the growing sales of miswak especially during Ramadan, Mubarak Al-Arifi, a miswak seller in Riyadh, said: "Miswak sales has gone up in Ramadan, especially in Makkah and Madinah, where the sales have increased up by nearly 300 to 500 percent."

"Miswaks have a big market in Saudi Arabia and users can find these sticks nowadays in every nook and corner of the city, on roadsides, on pavements, or even in stores that sell Islamic books and cassettes," said Al-Arifi, 65, who has always used miswak and has never visited dentists all his life.

On miswak sales, Karim Bandhu, a Bangladeshi salesman, who sits in front of a mosque in Rawdah district of Riyadh, said: "This is our season and we do brisk business in Ramadan. For me, it is fun, praying and talking to people, while selling miswaks."



The best source of miswak is the root of arak tree, which is called Salvadora persica in botanical terms. The arak trees are grown in Saudi Arabia, Sudan, Southern Egypt, Chad and eastern parts of India.

In other parts of the Muslim world, where the arak tree is not found, other trees are used for the same purpose. Strips of bark are used in Morocco and branches of the neem tree are often used in India.

Two kinds of miswak are sold in Yemen, spicy and bland ones, said miswak seller, Mohammed Al-Hassan, a Yemeni national. Many Muslims use the miswak to follow the recommendations of Prophet Muhammad, (peace be upon him), who said, "Siwak cleanses the mouth and pleases Allah".

Asked about the use of miswak among women in Saudi Arabia, Zurwa Jameel, a young Pakistani girl, said, "I use miswak during Ramadan because the use of toothpaste during Ramadan nullifies fasting." "I have seen Saudi and non-Saudi Muslim women using miswaks more commonly than Asians or European Muslims," she said.

Advantages of miswak

• The reward of Salaah (prayers) is multiplied 70 times, when miswak is used before prayers.
• Miswak strengthens gums and prevents tooth decay.
• Miswak assists in eliminating toothaches and prevents further increase of decay which has already set in.
• Miswak creates a fragrance in the mouth, keeping it fresh.
• Miswak is a cure for illness.
• Miswak eliminates bad odors and improves sense of taste.
• Miswak sharpens memory.
• Miswak is a cure for headaches.
• Miswak creates luster (noor) on the face of the one who continuously uses it.
• Miswak causes teeth to glow.
• Miswak strengthens eyesight.
• Miswak assists in digestion.
• Miswak clears the voice.

Times when usage of miswak is Sunnah:

1. For the recitation of the Qur'an.
2. For the recitation of Hadith.
3. When the mouth emits an odor.
4. For the learning or teaching of virtues of Islam..
5. For making Dhikrullah (Remembrance of Allah, meditation).
6. After entering ones home.
7. Before entering any good gathering.
8. When experiencing pangs of hunger and thirst.
9. After the signs of death are evident.
10. At the time of Sahur
11. Before meals.
12. Before undertaking a journey.
13. On returning from a journey.
14. Before sleeping.
15. After leaving the bed in morning.

Friday, October 10, 2008

HAMALATUL QURAN


Tulisan ini saya ekstrak daripada penulisan Dr. Muhammad Yusuf al-Qardhawi, didedikasikan buat insan-insan yang pernah, sedang dan bercita-cita untuk menghafaz al Quran, termasuk buat diri sendiri yang lemah dan sering terlalai dalam melaksanakan kewajipan terhadap mukjizat paling agung ini…

ETIKA PARA PENGHAFAZ AL QURAN

Para penghafaz Al Quran mempunyai etika-etika yang harus diperhatikannya. Dan mereka mempunyai tugas yang harus dijalankan, sehingga mereka benar-benar menjadi “keluarga Al Quran”, seperti sabda Rasulullah SAW tentang mereka:

“Allah mempunyai keluarga dari kalangan manusia. Baginda ditanya: Siapa mereka wahai
Rasulullah? Baginda bersabda: Ahli Al Quran, mereka adalah keluarga Allah dan
orang-orang dekat-Nya.”

1. Selalu Bersama Al Quran

Di antara etika itu adalah: selalu bersama Al Quran, sehingga Al Quran tidak hilang dari ingatannya. Iaitu dengan terus membacanya dari hafazannya, atau dengan membaca mushaf, atau juga dengan mendengar daripada pembaca yang bagus, dari radio atau kaset rakaman para qari yang terkenal.

Dari Ibnu Umar r.a.: bahwa Nabi Muhammad Saw bersabda:

“Perumpamaan orang yang hafaz Al Quran adalah seperti pemilik unta yang terikat, jika
ia terus menjaganya maka ia dapat terus memegangnya, dan jika ia lepaskan maka ia akan
segera hilang.”(Bukhari dan Muslim)

As Suyuthi berbicara tentang hukum melupakan Al Quran, ia berkata: melupakan
hafazan Al Quran adalah dosa besar, seperti dikatakan oleh An Nawawi dalam kitab “Ar
Raudhah” dan ulama lainnya. Dengan dalil hadis Abi Daud:

“Dosa-dosa umatku diperlihatkan kepadaku, dan aku tidak dapati dosa yang lebih besar
dari dosa seseorang yang diberi nikmat hafaz Al Quran atau suatu ayat, kemudian ia
melupakannya.”

2. Berakhlak dengan Akhlak Al Quran.


Orang yang menghafaz Al Quran hendaklah berakhlak dengan akhlak Al Quran. Penghafaz Al Quran harus menjadi kaca yang padanya orang dapat melihat aqidah Al Quran, nilai-nilainya, etika-etikanya dan akhlaknya, dan agar ia membaca Al Quran dan ayat-ayat itu sesuai dengan perilakunya, bukannya ia membaca Al Quran namun ayat-ayat Al Quran melaknatnya.

Dari Abdullah bin Amru bahwa Rasulullah SAW bersabda:

“Siapa yang membaca (menghafaz) Al Quran, bererti ia telah memasukkan kenabian
dalam dirinya, hanya saja Al Quran tidak diwahyukan langsung kepadanya. Tidak sepantasnya seorang penghafaz Al Quran ikut marah bersama orang yang marah, dan ikut
bodoh bersama orang yang bodoh, sementara dalam dirinya ada hafazan Al Quran”.

Ibnu Mas`ud r.a. berkata:

“Penghafaz Al Quran harus dikenal dengan malamnya saat manusia tidur, dan dengan siangnya saat manusia sedang tertawa, dengan diamnya saat manusia berbicara, dan dengan khusyu`nya saat manusia gelisah. Penghafaz Al Quran harus tenang dan lembut, tidak keras, tidak sombong, tidak bersuara kasar atau berisik dan tidak cepat marah.”

3. Ikhlas dalam Mempelajari Al Quran.


Para pengkaji dan penghafaz Al Quran harus mengikhlaskan niatnya, dan mencari keredhaan Allah SWT semata, dan semata untuk Allah SWT ia mempelajari dan mengajarkan Al Quran itu, tidak untuk bersikap riya’ di hadapan manusia, juga tidak untuk mencari dunia.

YA ALLAH, MATIKANLAH AKU SERTA PARA HAMALATUL QURAN SELURUHNYA DALAM KEADAAN KAMI MEMELIHARA KALAM-KALAMMU DI DALAM DADA KAMI.DAMBA CINTA DAN KASIHMU OH TUHAN…AMEEN.

PROFESSIONAL EXAM IS APPROACHING! LUAHAN RASA…



Nampaknya debaran kencang kedua selepas Professional Exam Year 1 bakal menjelang tak lama lagi.Professional exam Year 2 Part 1 bakal diadakan pada 24-28 November nanti. Yang menakutkan, Professional Exam ni…kalau sangkut boleh kena repeat year. Ya ALLAH, mintak jauh..Permudahkanlah urusanku…

Tuhanku Yang Maha Pengasih,

Berilah kekuatan kepadaku untuk menuntut ilmu sebanyak mungkin serta mengamalkannya…

Berilah kemudahan padaku dalam memahami ilmu-ilmuMu dan kuatkanlah ingatan ini padanya…

Berilah kejayaan padaku agar diriku tidak menjadi fitnah kepada agama serta para pejuang Islam…

Berilah keberkatan kepada ilmu-ilmu yang Engkau ajarkan agar dapat kumanfaatkan untuk orang lain…

Jadikanlah aku seorang yang yakin dan redha padaMu setelah aku mencuba sedaya upayaku…

Saya amat mengharapkan doa daripada sahabat-sahabat semua…semoga segala kebaikan kembali kepada sahabat-sahabat semua juga. Ameen Ya Rahman..Ameen Ya Rahim.. Barakallahu fiikum jami’an.

Wednesday, October 8, 2008

RAYA DI HOSPITAL


Pada hari kedua yang lalu,alhamdulillah, saya berpeluang beraya di hospital kerana menemani adik saya yang berumur 4 tahun.Dia mengalami kecederaan pada elbow jointnya akibat jatuh dari kerusi ketika bermain-main . Tapi sekarang adik saya sudah semakin pulih selepas menjalani suatu pembedahan kecil pada hari raya kelima. Syukur kepada Allah,walaupun pada tahun ini saya tidak dapat bertandang ke rumah sanak saudara dan sahabat handai semeriah tahun-tahun yang lepas, namun saya telah memperoleh suatu pengalaman yang berharga.

Apa yang ingin saya kongsikan adalah kehidupan jururawat dan doktor-doktor. Saya kagum melihat mereka. Mungkin pada hari raya pertama pun mereka terpaksa bertugas di hospital. Kalau saya berada di tempat mereka, tidak sanggup rasanya untuk menyambut hari kemenangan tanpa bersama-sama keluarga tersayang ,menziarahi saudara-mara dan jiran tetangga.

Kawan-kawan saya di sini ramai juga yang mengambil bidang kejururawatan dan perubatan.Antara sahabat saya bakal jururawat ialah Rubiah,Khairani,Syeril,Salasiah,Hajar dan Asyikin.Sahabat yang memang rapat. Sahabat karib.Sahabat seperjuangan.Yang mengambil bidang perubatan pun ramai juga termasuk adik-adik usrah saya yang dikasihi, Nurul dan Ilyani. Juga sahabat-sahabat di Timur Tengah. Saya harap mereka tabah walau terpaksa bertugas di hari perayaan ketika bekerja nanti.

Saya?Entahlah. Saya tidak pasti bagaimana pula dengan dentist. Saya harap tidak.

Dari pagi hingga malam saya di wad, saya dapat memerhatikan gelagat para doktor dan jururawat. Para jururawat biasanya setia di wad sehingga tamat shif mereka yang lebih kurang 12 jam. Datang pagi,balik maghrib. Datang maghrib,balik pagi.Doktor pula datang jika mereka hendak memberikan rawatan kepada pesakit sahaja. Tetapi saya perhatikan doktor-doktor ini tetap berada di hospital dari pagi sampai malam.

Memang mencabar rupanya kerjaya sebagai doktor dan jururawat ini. Tetapi pasti akan mendapat pahala yang besar jika keletihan tersebut diiringi dengan keikhlasan. Menghilangkan kesusahan dan kesakitan orang lain sangat mulia di sisi manusia dan di sisi Tuhan. Tahniah dan selamat berjuang buat sahabat-sahabat saya yang bakal menjadi doktor dan jururawat. Juga untuk yang bakal menjadi dentist. Manalah tahu, mungkin juga akan mengalami nasib yang sama.

Dahulu sewaktu di Matrikulasi, saya juga asalnya seorang pelajar pre-medical. Tetapi saya tidak mengetahui apa yang terjadi kepada diri saya sehingga saya merasakan diri dan jiwa saya tidak mampu lagi untuk terus dalam bidang ini. Tidak serasi. Tidak larat. Tertekan. Akhirnya selepas saya melakukan istikharah, saya yakin untuk menukar ke bidang pergigian. Ada juga sedikit kekesalan bertapak di jiwa kerana emak dan ayah memang mengharap puteri sulungnya ini menjadi doktor perubatan, namun dipasrahkan hati jua. Borang penukaran course diisi dan alhamdulillah,approved.

Walaupun bidang pergigian juga merangkumi subjek-subjek perubatan yang basic, namun bagi saya bidang ini lebih menenangkan jiwa saya. Dengan gabungan sains dan seni tangan, saya masih berasa seronok mendalami bidang pergigian hingga saat ini. Tidak tertekan. Tahun depan,insya Allah kami akan mula praktikal dan berjumpa dengan patient.Alhamdulillah, takdir Allah sememangnya terbaik untuk manusia. Jangan kita persoalkannya. Redhalah dengan ketentuan Allah sebagaimana kita mengharap redha daripadaNya. Kesyukuran selalu padaMu ya Allah…

HARGAILAH NIKMAT GIGI DARIPADA ALLAH UNTUK ANDA: AMALKAN FLOSSING


Saya merupakan penuntut tahun 2 pergigian. Sebelum ini saya tidak begitu mengambil berat akan penjagaan gigi saya. Sekadar gosok gigi tiap-tiap hari sudah cukup. Namun setelah mengikuti lecture-lecture berkenaan subjek dental sejak menuntut bidang ini, minda saya telah dibukakan dengan pelbagai oral diseases seperti dental caries,periodontitis,gingivitis dan macam-macam lagi, dan sesungguhnya dengan MENGGOSOK GIGI SAHAJA TIDAK MEMADAI UNTUK MEMELIHARA KESIHATAN GIGI ANDA.


Sebabnya?


Menggosok gigi atau tooth brushing lazimnya tidak mampu untuk mencapai bahagian interproximal (celah) gigi anda walaupun anda menggunakan berus gigi yang hebat seperti Colgate 360 yang diperakui oleh Malaysian Dental Association.Akibatnya, plak yang terkumpul hari demi hari di situ akan mengakibatkan anda mungkin mendapat karies atau dalam bahasa mudahnya gigi berlubang.


Sayang seribu kali sayang kalau gigi sudah berlubang. Memang proses pembentukan karies asalnya adalah reversible atau boleh diberhentikan jika gigi anda mengalami proses remineralisation dengan penggunaan ubat gigi berflorida, namun tidak semua orang akan perasan akan hal ini pada awalnya. Sedar-sedar gigi anda sudah mengalami karies yang teruk.


Seterusnya?


Mula-mula anda akan berasa tenang sahaja, kerana karies yang terbentuk hanya menyerang enamel anda. Lama kelamaan setelah karies menyerang ke lapisan dentin yang terdiri daripada tubules atau saluran-saluran, seterusnya sampai pula ke lapisan pulpa yang mengandungi saraf, kemungkinan besar anda tidak lagi dapat membuat kerja-kerja anda akibat sakit gigi.


Emak saya pernah berkata, sakit yang paling sakit antara sakit-sakit yang ada, pertama sakit wanita nak bersalin. Kedua, sakit gigi. Dan ketiga,barulah sakit-sakit yang lainnya macam sakit perut dan sebagainya. Tak tahulah kata-kata emak saya ini betul atau tidak. Tapi yang pastinya sakit gigi memang sakit.


Oleh itu,saya mengesyorkan agar anda menggunakan floss sebagai cara kedua untuk anda menjaga nikmat gigi daripada Allah ini. Floss ni ala-ala macam benang lah, tapi memang direka khas untuk kesihatan gigi. Tidak mahal sangat,insya Allah anda semua mampu membelinya. Cabut gigi lebih mahal berganda-ganda daripada harga satu floss. Siapa yang untung kalau kena cabut gigi? Dentist jugak.Yang rugi? Tentulah orang yang kena cabut gigi. Gigi pun hilang. Lebih malang lagi, hilanglah sekali nilai estetika wajah dan juga fungsi gigi anda dalam membantu proses pencernaan makanan dan sebutan huruf.


Saya pun sudah lama menggunakan floss. Kadang-kadang dalam sehari tidak sempat atau terlupa mencari masa untuk memfloss gigi, tapi jika anda mengamalkannya seminggu sekali sudah cukup bagus.


Kesimpulannya, dalam menjaga kesihatan badan anugerah dan amanah Allah ini, sememangnya PREVENTION IS BETTER THAN CURE. Memang sangat-sangat better.


Akhir kata, doakanlah saya menjadi seorang dentist yang berjaya dunia akhirat. Jika berkesempatan, saya ingin mengkaji tentang pergigian dan perkaitannya dengan Islam dan al Quran. Insya Allah. Sebarang sumber rujukan daripada anda sangat dialu-alukan.

Tuesday, October 7, 2008

GURU,KU AMAT MENGHARGAIMU...



Guruku
Kukalungkan bunga penghargaan buat dirimu
Atas curahan jasa dan budi
Yang akan sentiasa kukenang di jiwa
Di hati sanubari ini

Kau warnai dunia remajaku dengan warna ceria
Serta warna-warna gemilang
Kau bentuk diriku menjadi manusia berguna
Yang kenal Pencipta Yang Esa
Yang taat pada suruhan dan meninggalkan larangan

Guruku
Kau dorong diriku di medan perjuangan ilmu
Kau buka mindaku yang tertutup dek kejahilan
Walau kekadang marahmu terkesan di hati
Teguranmu membuat aku tunduk kelu
Namun itulah bentengku menuju hari-hari dewasa

Jasamu tak mungkin kulupa
Nasihatmu terus tersemat di dada
Kau bagai ibu dan bapa
Membimbingku ke jalan bahagia
Terima kasih guruku

Using Memory Effectively


The following techniques and exercises use associations with letters, images, maps, etc to help you remember.


1. Acronyms

An acronym is an invented combination of letters. Each letter is a cue to, or suggests, an item you need to remember.


e.g. PEMDAS, sequence in solving or evaluating math equations

Parenthesis Exponents Multiplication Division Addition Subtraction


e.g. IPMAT, the stages of cell division

Interphase, Prophase, Metaphase, Anaphase, Telephase


2. An acrostic is an invented sentence or poem with a first letter cue:The first letter of each word is a cue to an idea you need to remember.


e.g. Please Excuse My Dear Aunt Sally (PEMDAS, above)


e.g. Sequence in solving or evaluating math equations

Parenthesis Exponents Multiplication Division Addition Subtraction


3. Rhyme-Keys: (for ordered or unordered lists)

First, memorize key words that can be associated with numbers.


e.g. bun = one; shoe = two, tree = three, door = four, hive = five, etc.Create an image of the items you need to remember with key words.


Four basic food groups-- diary products; meat, fish, and poultry; grains; and fruit and vegetables
Think of cheese on a bun (one), livestock with shoes on (two), a sack of grain suspended in a tree (three), a door to a room stocked with fruits and vegetables (four)


4. The Method of Loci: (for approximately twenty items)

Select any location that you have spent a lot of time in and know well.Good for kinesthetic learners!


Imagine yourself walking through the location, selecting clearly defined places--the door, sofa, refrigerator, shelf, etc. Imagine yourself putting objects that you need to remember into each of these places by walking through this location in a direct path.


Again, you need a standard direct path and clearly defined locations for objects to facilitate the retrieval of these objects.


George Washington, Thomas Jefferson, and Richard Nixon, you could imagine walking up to the door of your location and seeing a dollar bill stuck in the door; when you open the door Jefferson is reclining on the sofa and Nixon is eating out of the refrigerator.


5. The Keyword Method: (for foreign language vocabulary)


First, after considering the foreign word you need to remember, select a key word in English that sounds like the foreign word.Next, imagine an image which involves the key word with the English meaning of the foreign word.


For example, consider the Spanish word "cabina" which means "phone booth." For the English keyword, you might think of "cab in a ... ." You could then invent an image of a cab trying to fit in a phone booth. When you see the word "cabina" on the test, you should be able to recall the image of the cab and you should be able to retrieve the definition "phone booth."


6. The Image-Name Technique: (for remembering names)


Simply invent any relationship between the name and the physical characteristics of the person. For example, if you had to remember Shirley Temple's name, you might ingrain the name in memory by noticing that she has "curly" (rhymes with Shirley) hair around her temples.


7. Chaining: (for ordered or unordered lists)


Create a story where each word or idea you have to remember cues the next idea you need to recall. If you had to remember the words Napoleon, ear, door, and Germany, you could invent a story of Napoleon with his ear to a door listening to people speak in German.

Motivasi Kehebatan Diri Dalam Pergaulan


Orang yang cemerlang ialah orang yang hebat dalam pergaulan dan ramai kawan. Tiada kejayaan sebenar tercetus secara bersendirian. Kita amat memerlukan bantuan, teguran dan penglibatan orang lain untuk mengorak langkah menuju kejayaan.


Pakar motivasi tanah air, Dato Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah telah menyenaraikan faktor-faktor yang boleh meransang kehebatan dalam pergaulan. Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik dengan kita ialah:


1. Jaga solat dan lakukan ibadah khusus dan umum yang lain.


2. Sentiasa bersangka baik dengan semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).


3. Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.


4. Banyakkan bersedekah, sama ada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.


5. Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi seseorang.


6. Sentiasa ceria apabila bertemu dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.


7. Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu sama lain.


8. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan membuatkan orang lain mual terhadap kita.


9. Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insya-Allah orang lain akan tertarik kepada kita.


10. Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan bila diri mengingati mati.


11. Sentiasa syukur dan redha di atas pemberian Tuhan.


12. Sentiasa memberi salam atau ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.


13. Pamerkan simpati kepada individu- individu yang memerlukan simpati dan perhatian.


14. Jadilah pendengar dan kawan yang setia.


15. Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan keburukan dan kelemahan orang lain.


16. Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.


Bagi menarik perhatian orang lain untuk mendekati kita, maka kita sendiri perlu memperbaiki diri dan kelemahan kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan kegiatan yang boleh mensabotaj serta memudaratkan dirinya. Setiap tindak tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan memikirkan perasaan orang lain.


Ingatlah pesanan seorang sarjana: Orang tidak kisah setakat mana anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka.

SESUNGGUHNYA AKU RINDU



Puisi ini saya dedikasikan buat sekolah saya yang sentiasa di ingatan, Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin. Amat banyak memori indah di sekolah yang tak mungkin saya lupakan...
SESUNGGUHNYA AKU RINDU

Sesungguhnya aku rindu
Pada suatu tempat yang berjasa
Memahat memori manis luka
Mengajarku erti perjuangan di lautan ilmu


Tempat itu menemukan aku dengan insan-insan berharga
Guru-guru yang berjasa dan berhati mulia
Sahabat-sahabat yang bermakna
Seiringku bersama-sama
Mencari kesempurnaan hidup menuju dewasa

Di situlah aku menemui cinta
Pada ilmu
Kutepis jauh segala kemalasan
Demi memburu sebuah kejayaan
Yang mampu menggemilangkan namamu

Masih teguh kau berdiri
Memayungi anak bangsa mencari keredhaan Ilahi
Sesungguhnya engkau sentiasa terpahat di hati
Sentiasa segar di sanubari
Aku merinduimu sekolahku

Monday, October 6, 2008

Pesan Terakhir (Sajak oleh Syed Qutb)


Sahabat…
Andainya kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakanlah obor untuk umat ini
Dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan

Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah disyurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana

Sahabat,
Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakan lah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.

Sayyid Qutub-1966

PENYAKIT HATI DALAM PERJUANGAN

Assalamualaikum…
Sahabat fillah…
Kekadang diri ni terasa sangat lemah nak meneruskan hidup...
Kekadang rasa macam dah x betul...
Pening, x stabil dan sebagainya...

Bila hisab2 diri...
Rupa2nya hubungan dengan Allah terganggu...
Amalan ruhiyyah sikit...
Memang hati ni terasa nak buat banyak ibadah...
Tapi lantaran keletihan..
Kepenatan....
Diri ini rasa x berdaya nak buat semua tu...
X tau la macam mana diri ni di pandanganNya….

Ya Allah…
Ampuni hamba ini…
Mengaku berjuang di jalanMu…
Tapi…
Ruhiyyah diri sendiri pincang…
Patutla rasa diri ni tak kuat...
Nak tumbang...

Jadi sahabat2...
Suatu nasihat untuk diri ini dan semua..
Sama2lah kita baiki ruhiyyah kita...
Ubatilah hati yang penawarnya...
Kata Opick, Tombo Hati...
Bila hati sihat, kita pun akan kuat...
Pertama, baca Quran dan maknanya...
Kedua, solat malam...
Ketiga, berkumpul dengan orang soleh...
Keempat, berzikir...
Kelima, banyak berpuasa...

Ayuh, bina kembali iman dan taqwa kita...
Lawan perasaan lemah, malas...
Lawan syaitan durjana,
Moga2 Allah bagi peluang pada kita...
Untuk mendapat keredhaanNya...
Ameen...

‘Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mu’min supaya keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentera langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijakana’. (Surah al-Fath: ayat 4)

Quran dan Keajaibannya...




















AL QURAN DAN KAITANNYA DENGAN NOMBOR ATOM DAN ISOTOP BAGI BESI

Terdapat banyak rujukan tentang besi yang boleh didapati daripada al Quran. Antaranya ialah:

25. Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan rasul-rasul-Nya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.(Al Hadid: 25)

Perkataan “inzal” di dalam Quran biasanya digunakan untuk menerangkan suatu perbuatan turunnya sesuatu dari langit. Besi hanya dapat dibuat dan dihasilkan dalam bintang-bintang yang jauh lebih besar dari matahari, yang suhunya mencapai beberapa ratus juta darjah celcius. Ketika jumlah besi telah melampaui batas tertentu dalam sebuah bintang, bintang tersebut tidak mampu lagi menanggungnya, dan akhirnya meledak melalui peristiwa yang disebut "nova" atau "supernova". Akibat dari ledakan ini, meteor-meteor yang mengandung besi bertaburan di seluruh penjuru alam semesta dan mereka bergerak melalui ruang hampa hingga mengalami tarikan oleh gaya graviti benda angkasa.Penemuan astronomi moden telah mengungkapkan bahwa logam besi yang ditemukan di bumi kita berasal dari bintang-bintang raksasa di angkasa luar. Oleh sebab itulah kita mendapati perkataan “ inzal” digunakan untuk menerangkan situasi ini.

Al Quran juga turut menerangkan keajaiban daripada sudut matematik. Nombor atom bagi besi ialah 26,dan terdapat beberapa persamaan dengannya yang telah ditunjukkan oleh kitab agung ini!

1.Nilai matematikal bagi perkataan “ hadiid”(besi) ialah 26.

Ha = 8
Da = 4
Ya = 10
Da = 4
Total = 26

2. Ayat yang menerangkan tentang besi ini ialah ayat ke-25 di dalam surah al Hadiid. Jika kita mengira bilangan ayat bermula daripada Basmalah di awal surah ke ayat tersebut, maka ia adalah ayat yang ke-26.

3. Nama Allah yang disebut di dalam surah ini sebanyak 26 kali sehingga ayat yang ke-25 tersebut.

4. Perkataan al Hadiid yang bermaksud “ besi itu” atau “the iron” mempunyai nilai matematikal 57. Dalam kaedah bahasa Arab, perkataan yang mempunyai awaln “Al” menyatakan sesuatu itu dengan lebih spesifik. 57 adalah nilai salah satu isotop besi.

Alif = 1
Lam = 30
Ha = 8
Da = 4
Ya = 10
Da = 4
Total = 57

5. Surah al Hadid adalah surah yang ke-57 dalam al Quran.

6. Jika dibilang dari belakang, bilangan surah ini adalah surah yang ke-58. 58 juga adalah salah satu isotop bagi besi.

7. Surah ini mempunyai ayat sebanyak 29.Bilangan ayatnya akan menjadi 30 jika Basmalah turut dikira. Nombor 30 adalah sama dengan bilangan neutron 2 isotop ini. Bilangan perkataan Allah dalam surah ini pula sama dengan bilangan neutron bagi 2 isotop yang lain.
Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template