:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Friday, August 21, 2009

Kenapa Gusi Berdarah Semasa Memberus Gigi?

Gusi berdarah ketika memberus gigi

Saya menerima banyak pertanyaan daripada kawan dan kenalan tentang kenapa terjadinya gusi berdarah ketika memberus gigi. Insya Allah saya akan cuba menuliskannya mengikut sedikit ilmu yang telah dirujuk daripada beberapa sumber.

Sebenarnya ada beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya gusi berdarah ketika memberus:

1. Berus gigi

Adakah anda telah memilih berus gigi yang sesuai?

Berus gigi yang keras boleh menyebabkan gusi anda cedera dan berdarah. Jadi, gunakanlah berus gigi yang dilabelkan dengan 'soft'. Selain itu, tukarlah berus gigi anda setiap 3 bulan, kerana berus gigi yang baru akan memberikan kesan yang lebih efektif dalam menanggalkan plak berbanding yang telah lama dipakai. Tulisan saya yang lepas tentang pemilihan berus gigi ini boleh dibaca di sini.

2. Cara menggosok gigi

Aplikasikan teknik yang betul ketika memberus gigi

Ada masalah gusi berdarah yang berpunca daripada teknik memberus gigi yang salah. Anda harus menggunakan teknik yang betul ketika memberus gigi. Anda boleh membaca entri saya yang lepas tentangnya di sini. Pastikan anda menggosok dari bahagian pangkal gigi ke bahagian luar (dari gusi ke gigi).

3. Gingivitis@ Gusi bengkak

Jika anda telah memilih berus gigi yang betul dan telah mengaplikasikan teknik menggosok gigi yang betul, tetapi gusi anda masih berdarah ketika memberus gigi, gigi anda mungkin mengalami gingivitis. Gingivitis adalah suatu masalah keradangan pada gusi yang boleh menyebabkan gusi berwarna kemerahan, bengkak dan berdarah ketika menggosok gigi.

Plak yang boleh menyebabkan gingivitis

Ia terjadi akibat jangkitan bakteria yang terkandung di dalam plak yang terkumpul pada gigi. Bakteria-bakteria ini menghasilkan asid dan toksin yang boleh menjejaskan kesihatan gusi. Cara untuk mengatasinya, anda harus lebih meningkatkan prosedur menjaga kebersihan gigi anda. Anda sangat-sangat digalakkan untuk menggunakan floss dan cecair kumur di samping menggosok gigi (sekurang-kurangnya 2 kali sehari).

Jika plak telah bertukar menjadi tartar @ karang gigi, masalah akan menjadi lebih teruk kerana plak akan lebih mudah terkumpul di kawasan tersebut. Jadi, anda disarankan untuk membuat rawatan 'scaling'@ cuci gigi bagi membuang tartar@karang gigi (2 kali setahun). Selepas itu, insya Allah, gusi anda akan menjadi lebih sihat dan tidak berdarah.

Tartar@karang gigi yang boleh menjejaskan kesihatan gusi

p.s. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan, dialu-alukan untuk bertanya di sini. Saya akan bertanya kepada pensyarah-pensyarah saya jika saya tidak mengetahui jawapan untuk persoalan anda.

Rujukan saya:

1. Dr Widowati, BDS, MSc Periodontics (Lecturer, Kulliyyah of Dentistry IIUM).
2. D.A.Mitchell (2005), Oxford Handbook of Clinical Dentistry Fourth Edition.

23 comments:

Muallim Adham said...

slm.. mantap... so apa makanan yg dpt membantu beri nutrisi utk elakkan pnyakit ni?

Jalani hidup apa adanya said...

terimakasih ilmunya sahabat

Jalani hidup apa adanya said...

terimakasih ilmunya sahabat

Jalani hidup apa adanya said...

terimakasih ilmunya sahabat

Cik Skaf said...

Salam Afzan. Terima kasih entry ini. Ilmu baru utk hari ini. Sebelum ini, bg kak skaf, bila start keluar darah bila memberus gg, itu tandanya dan nak kena pergi jumpa dentist tuk cuci gg. :)

Shahibul Afzan Wahab said...

To Cikgu Adham:

Wslm...makanan yg baik adalah buah-buahan.pensyarah saya cadangkan untuk memilih buah@sayur yg kurang kandungan gula tetapi kaya dengan vitamin seperti jambu batu,epal,timun batang,sengkuang dan lain-lain.

To Jalani hidup apa adanya dan Kak Skaf:

Wsalam.Sama2 :)

Unknown said...

Ketika gosok gigi perlu sental kuat kah? Adakah sentalan yang terlalu kuat akan mengakibatkan gusi berdarah? Cukupkah dengan menggosok dengan lembut untuk membersihkan mulut?

Anonymous said...

kalau gigi geraham berlubang cmne ekk?da puas jage..slalu je gosok gigi..tp berlubang gak...n ade alternatif laen x selain tampal or cabut?

Shahibul Afzan Wahab said...

To rdhanz:

Tak perlu sental kuat2...lembut sangat pun tak.biasa2 je.kalau berus dengan kuat,dan berus gigi pula keras,ini yg menyebabkan gusi berdarah...kdg2 memberus dengan kuat pun boleh sebabkan gigi kita haus.

To anonymous:

Gigi geraham memang susah nak dijaga sebab kedudukannya susah dicapai oleh berus gigi. Memang senang untuk karies terjadi kat situ.

Kalau belum berlubang, sangat digalakkan utk kita menggunakan floss untuk membersihkannya di samping memberus gigi...dan ada juga yg buat rawatan fissure sealant,di mana doktor gigi akan letakkan satu lapisan yang akan tutupkan alur-alur pada gigi geraham.

Kalau gigi dah berlubang, cara nak selamatkan yang paling lazim dan simple adalah tampalan,sama ada dengan amalgam (yg warna hitam tu) ataupun composite(mcm warna gigi).Kalau lubang dah teruk,kita boleh buat rawatan root canal(rawatan akar) atau crown.Last sekali, pilihannya adalah cabut.

Saya cadangkan anda berjumpa doktor gigi secepat mungkin, sebelum karies@lubang tu menjadi lebih besar.Apabila dah masuk lapisan pulp, mungkin akan sakit pula.Kalau anda dekat dengan UIA Kuantan, jemputlah datang ke klinik gigi sini :)

RoyalTLady said...

terimakasih sudi sharing this post. It happens to most people and "Dr.Gigi-to-be", all the best to you.

Shahibul Afzan Wahab said...

Thanks aunty emy...

Sayang aunty! :)

Detective 'Alimin (Al-Mujahidin) said...

Guna lah kayu sugi

Shahibul Afzan Wahab said...

To detective:

Anda betul detective...sangat baik mengamalkan sunnah Nabi.

Cuma entri ini sebagai panduan buat mereka yang menggunakan berus gigi.

Saya teringin nak mengkaji tentang kayu sugi dan keefektifannya. Insya Allah.

Anonymous said...

salam... baguslah afzan praktikkan ilmu. nak tanya skit kalu gigi sakit memang x leh cabut lagi ye.

lagi satu kenapa gusi sengal, ingatkan lepas buat scaling akan hilang tapi still rasa sama jugak

terima kasih

Shahibul Afzan Wahab said...

To anonymous:

Wsalam. Saya sekadar menulis berdasarkan sedikit pengetahuan yg ada.Masih sangat cetek ilmu saya ni...Terima kasih kerana berkunjung ke sini.

Utk soalan pertama,ketika gigi sakit tak digalakkan cabut sebab bakteria masih banyak lagi. Nanah yang mengandungi bakteria berkumpul di hujung akar gigi menyebabkan ubat bius tak dapat membiuskan gigi tersebut. Jadi kadangkala masih terasa sakit jika dicabut pada masa tu. Sebab tu digalakkan utk makan antibiotik dulu, lepas dua tiga hari baru datang semula untuk cabutan. Masa tu insya Allah ubat bius akan kebaskan gigi dan tak sakit semasa cabut.

Untuk soalan kedua,mungkin ada di kawasan yang sengal tu gigi yang ada karies (berlubang), akar gigi yang terdedah, tampalan bocor ataupun hakisan pada gigi. Ada juga kes di mana gigi lain sebenarnya yg sakit, tapi rasa sakitnya di kawasan gigi yg lain (referred pain). Saya cadangkan anda berjumpa dengan doktor gigi. Biasanya dengan melihat, baru dapat buat diagnosis apa sebab sakit tersebut...

Ini shj yang saya dapat jawabkan ye... :)

KiFli MaLLy said...

hurm....thanx for the info....

hidayah said...

erm....number phone klinik gigi kuantan apa ye?

Shahibul Afzan Wahab said...

maaf hidayah, saya xde save pula nombornya...tapi kalau hidayah nak datang sini, waktunya jam 8.30-11.30 setiap isnin hingga jumaat...sesi petang pulak hanya bila dah ada appointment dengan doktor.

kak emi said...

salam dr shahibul..

Kak Emi dah jadi Pengedar HPA dan telah ikut kursus perawatn melalui herba..Mengikut pengajian herba bila gosok gigi berdarah itu tanda resdung sbb semua org ada masalah ini. bezanya sikit atau banyak. Dlm perubatan herba HPA kita digalakkan untuk mengambil conscinium plus dan menggunakan ubat gigi herba HPA. Insyaallah dapat membantu masalah gigi berdarah. Untuk dapat diskaun harga sertai HPA dapt juga bantu ekonomi BUMIPUTERA ISLAM."Halalan Toyyiba". Good Luck u adinda Afzan dalam melaksanakan tugas seorang doktor dan berdakwah untuk Islam. Selamat Maju Jaya.

Shahibul Afzan Wahab said...

wsalam kak emi,
alhamdulillah, tq kak emi atas ilmu g dikongsikan...smoga HPA akan terus maju dan berkembang,insya Allah.

Terima kasih atas doa akak..doakan saya yg lemah ni kak...

Unknown said...

Bagaimanakah caranya untuk membuang tartar tanpa ke klinik gigi?

Shahibul Afzan Wahab said...

Setakat yg ana maklum, cara efektif nak buang tartar ni hanya dgn scaling yg dibuat di klinik gigi..sama ada guna scaling manual atau ultrasonic (yg lebih mudah)..tapi sometimes ada jugak yg guna benda tajam mcm pin ke utk buang tartar, but quite difficult dan x berapa bersih..:)

Fazly said...

saya ade masalah gusi berdarah dan saya baru lepas scailing semalam . tetapi gusi saya still berdarah lagi . adakah itu normal ?

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template