:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Thursday, December 4, 2008

HUKUM TANAM GIGI (DENTAL IMPLANT)



Kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca tentang hukum tanam gigi atau dalam istilah pergigiannya disebut sebagai ‘dental implant’.Artikel ini didapati di www.fiqhmedic.wordpress.com. Jika anda ingin mengetahui isu-isu pergigian dan perubatan yang lain, silalah berkunjung ke laman tersebut.

Soalan : Gigi depan saya sudah dicabut kerana buruk dan sekarang memakai gigi palsu. Bolehkah saya tanam gigi untuk gantikan gigi palsu kerana banyak masalah pakai gigi palsu ini. Apakah hukumnya? Bagaimana sekiranya saya meninggal nanti kerana ada orang kata apabila kita meninggal semua anggota palsu kita perlu dibuka.

Dijawab oleh Ustazah Sakinah;

Dibolehkan menanam gigi yang telah rosak dan menggantikannya dengan gigi yang baru. Ia tidak termasuk mengubah ciptaan ALLAH kerana pada asalnya gigi tersebut wujud. Kemudian rosak. Tambahan pula proses itu perlu memandangkan gigi sentiasa digunakan. Seorang sahabat pernah mengalami kerosakan hidung akibat peperangan. Kemudian beliau meminta keizinan Nabi s.a.w untuk menggantikan hidungnya dengan hidung yang diperbuat daripada emas. Lalu baginda membenarkan. Gigi yang ditanam itu tidak lagi perlu dibuka apabila meninggal. Kerana perkara seperti itu tidak pernah disebut dalam nas yang tsabit daripada Rasulullah s.a.w.

Sumber : Soal Jawab Agama ALAF 21, http://agama.zonalaf.com.my

15 comments:

Unknown said...

Dapat ilmu baru malam ni. Terima kasih!

Shahibul Afzan Wahab said...

sama2...

Abdul Hakim Bin Baharudin said...

Biase gigi yang ditanam tu pakai gi2 ape?Gi2 haiwan lain ke or dibuat dari bahan lain?Sori klu soalan kluar tajuk

Shahibul Afzan Wahab said...

gigi yang ditanam tu guna bahan yang sama macam untuk buat gigi palsu.cthnya porcelain...
kalau zaman dulu2, waktu dunia ni belum bertamadun memang guna gigi haiwan.

Anonymous said...

kalau nak tanam gigi kerana gigi tak rata apa hukumnya? supaya confident bergaul dengan org..

Shahibul Afzan Wahab said...

Maaf saudara/saudari,biasanya rawatan implant dibuat untuk menggantikan gigi yang sudah tiada@tercabut...saya kurang jelas dgn kondisi yg sedang dihadapi saudara/saudari.

Tetapi, apa2 rawatan pergigian yg bertujuan utk memperbaiki kembali fungsi gigi adalah diharuskan...

Anonymous said...

salam...bole ke tanam gg dbuat jika rawatan urat akar telah dlakukan tlebih dahulu..

Shahibul Afzan Wahab said...

w'salam..saudara/saudari anon:

rawatan akar dan tanam gigi adalah 2 rawatan yg berbeza.

rawatan akat (root canal treatment) masih mengekalkan gigi asli di tempatnya...cuma akarnya sahaja dirawat..selepas itu biasanya kita akan pasangkan crown (sarung gigi) di atasnya..

adapun tanam gigi untuk menggantikan gigi yg telah dicabut, iaitu kita tanamkan skru titanium di dalam tulang rahang..dan juga kita akan pasangkan crown (sarung) di atasnya..

diharap penjelasan ini membantu..kalau masih kurang jelas jgn segan utk bertanya lagi ya.

Anonymous said...

Mcm mne plak dgn braces tuu?boleh x??

Shahibul Afzan Wahab said...

rawatan braces utk masalah jongang, gigi berlapis yg teruk, crossbite dan sebagainya adalah diharuskan syara'.

Anonymous said...

terimakasih atas informsinya
kebetulan saya baru kena musibah sehingga gigi depan bawah dan atas saya hancur akibat diserang orang yg saya tidak kenal
rencana saya ingin melakukan imlan pada gigi saya mohon doanya

Anonymous said...

Kalau nak pakai sarung gigi , bukan tanam gigi masuk dalam gusi , dia just nipiskan gigi n sarungkan . Apa hukum nyAAA?

Unknown said...

Alhamdulillah... dan terima kasih. selama ini sy was was tentang gigi tanam yg dikatakan berdosa dan bila mati kena tanggalkan...

Unknown said...

Alhamdulillah

Anna Schafer said...

Thank you very much for keep this information. Teeth in a day Coventry

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template