:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Showing posts with label palestin. Show all posts
Showing posts with label palestin. Show all posts

Friday, October 2, 2009

Islami Ya Quds

Masih ingatkah kita pada Palestin?

Islami Ya Quds
Munsyid: Shoutul Harakah

Islami ya qudsu inna lil fida'
Sejahteralah engkau wahai Quds, sungguh untuk pengorbanan

Zi yadii in maaddatid-dunya yada
Aku mempunyai kekuatan, jika dunia menganugerahkan kekuatan

Abadan lan astakiini abada
Selamanya, aku takkan menyerah selamanya

Innani arju ma'a yaumi ghada'
Aku berharap bersama hari ini ada hari esok

(2X)

Huwa ma'ie qalbi wa 'azmi lil jihad
Bersatu hatiku dan tekadku untuk berjihad

La amiilu la amallu la aliin
Aku takkan melencong, takkan jemu, takkan melunak

(2x)

Laki ya... Qudsu salaama wa salaaman ya bilaadii
Untukmu, wahai Quds, kesejahteraan, wahai negeriku

In roma...baghyus-sihaama
Jika penjahat menembakkan anak peluru

Attaqiiha bi fuaadii
Aku akan menahannya dengan dadaku

Waslamii fii kulli hiin
Sejahteralah engkau sepanjang masa (2x)

Muslimun ana banaani man bana
Muslim aku, jemariku adalah yang membangun

Masjidal aqsal-lazi 'ayantana
Masjidil Aqsa yang telah engkau tentukan

Waqfatus-sokhrati fiima bainana
Berdirinya sakhrah di tengah-tengah kami

Bi wuquufid-dahri waqfati ana
Sepanjang masa, tempat aku berdiri

(2x)

Lil kifaahi wal jihadi lil bilaad
Untuk perjuangan dan jihad membela negeri

La amiilu la amallu la aliin
Aku takkan melencong, takkan jemu, takkan melunak

(2x)

Laki ya... Qudsu salaama wa salaaman ya bilaadii
Untukmu, wahai Quds, kesejahteraan, wahai negeriku

In roma...baghyus-sihaama
Jika penjahat menembakkan anak peluru

Attaqiiha bi fuaadii
Aku akan menahannya dengan dadaku

Waslamii fii kulli hiin
Sejahteralah engkau sepanjang masa

* * *
Islami ya qudsu inna lil fida'
Sejahteralah engkau wahai Quds, sungguh untuk pengorbanan

Zi yadii in maaddatid-dunya yada
Aku mempunyai kekuatan, jika dunia menganugerahkan kekuatan

Abadan lan astakiini abada
Selamanya, aku takkan menyerah selamanya

Innani arju ma'a yaumi ghada'
Aku berharap bersama hari ini ada hari esok

Huwa ma'ie qalbi wa 'azmi lil jihad
Bersatu hatiku dan tekadku untuk berjihad

La amiilu la amallu la aliin
Aku takkan melencong, takkan jemu, takkan melunak (2x)

Laki ya...Qudsu salaama wa salaaman ya bilaadii
Untukmu, wahai Quds, kesejahteraan, wahai negeriku

In roma...baghyus-sihaama
Jika penjahat menembakkan anak peluru

Attaqiiha bi fuaadii
Aku akan menahannya dengan dadaku

Waslamii fii kulli hiin
Sejahteralah engkau sepanjang masa (2x)

Lil 'ulaa abna'al qudsi lil 'ulaa
Demi kemuliaan, wahai putera puteri Quds, Demi kemuliaan

Wa bi qudsi syarri fil-mustaqbala
Dengan Qudsku jayakanlah masa depan

Wa fidalli qudsi lid-dunya falaa
Tebusan untuk Quds bukan untuk dunia

Ado'ul Islama lillah awwala
Aku posisikan Islam hanya untuk Allah

(2x)

Jaanibal aisaaru qalbuhul fu'aad
Di samping kiri adalah jantung hatinya

Wa bilaadi hiya bi janbil yamin
Dan negeriku berada di samping kanannya

(2x)

Laki ya... Qudsu salaama wa salaaman ya bilaadii
Untukmu, wahai Quds, kesejahteraan, wahai negeriku

In roma...baghyus-sihaama
Jika penjahat menembakkan anak peluru

Attaqiiha bi fuaadii
Aku akan menahannya dengan dadaku

Waslamii fii kulli hiin
Sejahteralah engkau sepanjang masa

Monday, January 19, 2009

Masjid al Aqsa vs Dome of the Rock

Mungkin ramai di antara kita yang menyangka bahawa masjid berkubah kuning di atas adalah Masjid al Aqsa.Yang sebenarnya, ini adalah masjid Qubah as Sakhra’ atau nama lainnya Dome of the Rock. Masjid al Aqsa adalah sebuah lagi masjid yang kelihatan agak samar-samar dalam gambar di atas.


Masjid al Aqsa yang sebenarnya. Masjid Al-Aqsa (Arab: المسجد الاقصى,Al-Masjid Al Aqsa, erti harfiah: "masjid terjauh") adalah salah satu bangunan yang menjadi bahagian daripada kompleks bangunan suci di Kota Lama Jerusalem (Jerusalem Timur) yang dikenal dengan nama Al-Haram asy-Syarif bagi umat Islam dan dengan nama Har Ha-Bayit (Bukit Baitallah) bagi umat Yahudi dan Nasrani.

Banyak media tempatan dan antarabangsa yang melakukan kesilapan ini, dengan memperkenalkan Dome of the Rock sebagai Masjid al Aqsa. Jika tanpa sengaja, mungkin mereka boleh dimaafkan. Tetapi jika kekeliruan ini sengaja diadakan, tentu sekali tujuan mereka adalah sebagai ‘pembodohan’ kepada dunia. Matlamat mereka hanyalah satu, iaitu untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yang sebenarnya, dan membina Solomon Temple di atas tapak keruntuhannya. Apabila Umat Islam sendiri sudah terkeliru, maka semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan perancangan tersebut.

Agenda Israel menghapuskan Masjidil Aqsa


Berikut disertakan juga terjemahan daripada surat yang dikarang dan dikirimkan oleh Dr. Marwan kepada ketua pengarang "Al-Dastour" harian.

Terjemahan surat Dr. Marwan:

Terdapat beberapa kekeliruan di antara Masjidil Aqsa dan The Dome of The Rock. Apabila sahaja disebut tentang Masjidil Aqsa di dalam media tempatan mahupun antarabangsa, gambar The Dome of The Rock pula yang dipaparkan. Sebab utama ia dilakukan adalah bagi mengabaikan orang ramai dimana ianya adalah perancangan Israel. Tinjauan ini diperolehi semasa saya tinggal di USA, dimana saya telah dimaklumkan bahawa Zionis di Amerika telah mencetak dan mengedarkan gambar tersebut dan menjualkannya kepada orang arab dan Muslim. Kadangkala dijual dengan harga yang murah bahkan kadangkan diberikan secara percuma supaya Muslim dapat mengedarkannya dimana-mana sahaja. Tak kira di rumah mahupun pejabat.

Ini meyakinkan saya bahawa Israel ingin menghapuskan gambaran Masjid Al-Aqsa dari ingatan umat Islam supaya mereka dapat memusnahkannya dan membina kuil mereka tanpa sebarang publisiti. Sekiranya terdapat pihak yang membangkang atau merungut, maka Israel akan menunjukkan gambar The Dome of The Rock yang masih utuh berdiri, dan menyatakan bahawa mereka tidak berbuat apa-apa. Rancangan yang sungguh bijak! Saya juga merasa amat terperanjat apabila bertanya kepada beberapa rakyat arab, Muslim, bahkan rakyat Palestin kerana mendapati mereka sendiri tidak dapat membezakan antara kedua bangunan tersebut. Ini benar-benar membuatkan saya berasa kesal dan sedih kerana hingga kini Israel telah berjaya dalam perancangan mereka.


Dr. Marwan Saeed Saleh Abu Al-Rub,
Associate Professor,
Mathematics Zayed University Dubai.


Puak-puak Yahudi itu berusaha membina Solomon Temple kerana mereka meyakini kandungan Kitab Perjanjian Lama (Taurat) bahawa akan datang di akhir zaman seseorang yang mereka anggap sebagai dewa penolong Yahudi yang dinamakan “Messiah” (Al Masih, dalam bahasa Arab) apabila mereka mengadakan ritual agama di Solomon Temple dengan mempersembahkan sapi betina yang berwarna merah.

[EDITED]
Di bawah ini adalah gambar keseluruhan Baitul Muqaddas. Terima kasih kepada Rdhanz kerana berkongsi info ini di ruangan komen.

Sunday, January 11, 2009

Boikot Colgate - Palmolive

Assalamualaikum warahmatullah...

Dalam entri yang lepas, saya ada terpromosikan barangan Colgate iaitu ubat gigi Colgate Totalnya. Maafkan saya kerana hingga ke saat saya menulis entri tersebut, saya tidak menjumpai fakta bahawa barangan Colgate harus diboikot.

Tadi saya baru menerima e-mail yang menyatakan senarai barangan yang perlu diboikot, dan didapati Colgate-Palmolive adalah salah satu daripadanya.Jadi, saya menyeru kepada semua agar berhenti daripada membeli produknya. Sebagai ganti, jika anda benar-benar ingin menjaga kesihatan gigi anda, pelbagaikan cara anda:memberus, memfloss dan menggunakan cecair kumur, dengan mana-mana produk yang bukan boikot. Jangan hanya memberus, dan usahlah bergantung kepada Colgate lagi. Memelihara nyawa umat Islam lebih bernilai daripada segala-galanya.


*******************************************************************************
Senarai produk yang secara langsung atau tidak langsung bersangkut paut dengan USA dan Israel. Mari kita BOYCOTT. Kerana setiap tahun hasil-hasil keuntungan dari barang ini dihimpun untuk membeli senjata dan tiap-tiap tahun juga mereka menyerang umat Islam di Palestin.

1.Syarikat : Phillip Morris
Produk : Rokok dan Makanan
Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector's Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince

2.Syarikat : Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut
Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper

3.Syarikat : Nestle
Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggi, Buitoni, Nestea, Friskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips

4.Syarikat : Disney

Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun

5.Syarikat : Delta Galil Industries Ltd.
Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut
Jenama : JC Penney , Carrefour, Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca

6.Syarikat : Nokia

Produk : Telekomunikasi

7.Syarikat : Danone

Produk : Makanan, minuman dan biskut
Jenama : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogourt, HP foods, LEA & PERRINS, Sant, Galbani, Danao, Danette

8.Syarikat : Johnson & Johnson
Produk : Kesihatan

9.Syarikat : Revlon

Produk : Kosmetik

10.Syarikat : AOL Time Warner Produk

Media Elektronik dan Cetak Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine

11.Syarikat : L'Oreal

Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson

12.Syarikat : Estee Lauder

Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila

13.Syarikat : News Corporation

Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins

14.Syarikat : Kimberly-Clark

Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex

15.Syarikat : Procter and Gamble

Produk : Kesihatan, sabun, syampu
Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action500, Bonux, Mr Clean

16. MARS INC
- Bounty, M&M's, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben's, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies

17. HASBRO
- Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger

18. GILETTE
- Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman

19. COLGATE PALMOLIVE
- Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic

20. Haagen Dazs, Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg's, Canderel, Levi's, Raid, Heinz dan Smucker's.

21.Syarikat : Intel
Produk : Perkakasan komputer


Jika anda mempunyai maklumat yang lain, silalah kongsikan bersama,ya...Terima kasih.

Friday, January 9, 2009

Hati-hati dengan Yahudi


Sedarkah kita bahawa kekejaman yang sedang berlaku ke atas tempat suci ketiga umat Islam kini adalah LANGKAH UNTUK MENGUASAI UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA? Kita melihat mereka menyerang rakyat Palestin, tetapi hakikatnya mereka sedang melenyapkan orang Islam step by step.

Renungkan ayat Allah ini sedalam-dalamnya:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (al Baqarah: 120)

Kita mesti berhati-hati! Ingatlah peringatan Allah dalam ayat di atas, bahawa kaum Yahudi yang sedang mengganas di Palestin itu tidak akan sama sekali meredhai kaum muslimin sehingga kita mengikut telunjuk mereka. Kita tidak tahu, mungkin selepas ini kuasa-kuasa besar Yahudi yang menggila itu akan menyerang umat Islam di negara Islam yang lain pula, dan tidak mustahil suatu hari nanti Malaysia yang masih dalam keadaan aman ini (na'uzubillah). Tetapi jangan lupa, mereka sangat licik. Otak mereka sentiasa berfikir untuk menjatuhkan Islam. Mereka akan menggunakan bermacam-macam taktik untuk menghapuskan orang- orang Islam di seluruh dunia, atau menjadikan umat Islam semuanya akan tunduk patuh pada mereka.

Jangan sampai tempat suci ini pula yang dapat dikuasai oleh mereka

Umat Islam akan terus-menerus dalam kehinaan selagi tiada khilafah Islamiyyah yang melindunginya. Marilah kita bersatu atas dasar aqidah untuk melakukan perubahan yang mendasar dan menyeluruh agar 'izzah kita kembali. Keadaan kita tidak ubah seperti hidangan yang dikerumuni oleh kaum kuffar dari pelbagai penjuru.

Jadi, apa yang perlu kita buat sekarang?

1) Jangan tinggal berdoa untuk kemenangan Islam dan kehancuran musuh-musuh Islam.
2) Kuatkan iman kita supaya tidak terpengaruh dengan anasir-anasir Yahudi yang dibawa masuk secara halus melalui pemikiran.
3) Boikot segala barangan mereka.
4) Sedarkan kawan-kawan kita agar mereka kembali kepada cara hidup Islam yang sebenarnya.
5) Tegakkan pemerintahan negara yang benar-benar melaksanakan Islam.
6) Tinggalkan permusuhan dan perbalahan sesama umat Islam kerana ia hanya merugikan.


Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah Maha Kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Umat Islam sentiasa boleh…
Umat Islam sentiasa boleh…


Islam akan selamanya hebat…Khaibar! Khaibar Ya Yahud!

Sunday, January 4, 2009

GAZA: What Can I, As a Muslim Do?


What can we do about the slaughter of Muslims in Palestine and around the world? What is our stance concerning the slaughter of Muslims in Palestine and other parts of the world that is happening right now, where houses are being destroyed, farms are being wrecked, children are being killed, the wounded are being detained in the streets, houses are being bombarded and people are being prevented by the Jews and others, from buying the food and drink that they need? What can I, as a Muslim, do?

Here are the answers:

1- You have to make du’a, and recite dua al-qunut in your salah (prayer).

2- Collect charity and send it through trustworthy channels.

3- Support the weak and oppressed in all ways, including the media and the internet.

4- Get scholars, daaiyahs, khateebs and writers to explain the oppression that is happening and the negligence on the part of the ummah, and to mobilize the ummah to defend the holy places.

5- Pursuing all the means of building up material and moral strength, in preparation for meeting the enemies (in battle).

6- Reminding oneself and others of the virtues of martyrdom for the sake of Allah and studying the rulings on jihad, and not having an attachment to this world.

7- Doing as much damage as possible to the enemies who are in a state of war with us, by boycotting their products, attacking them verbally and in writing to humiliate and annoy them, and to point out their kufr and shirk, and their insults to Allah, His Messenger and the believers, publishing as much as possible in the audio-visual and print media about this serious topic whilst also connecting that to Islamic belief and the words of Allah and His Messenger.

Reference:
http://www.islamqa.com/


p.s.

Mesej yg baru saya terima dari seorang kawan, umat Islam yg sedang berjuang melawan rejim zionis di Palestin meminta seluruh umat Islam membacakan surah al Fath untuk mereka dan berdoa kepada Allah supaya mereka diberi pertolongan...

Ayuh, kalau bukan kita yg melakukannya, siapa lagi...Kalau bukan sekarang, bila lagi...

YA ALLAH, BANTULAH MEREKA...BANTULAH SAUDARA-SAUDARAKU DI SANA...AMEEN.

Thursday, January 1, 2009

KITA DAN PALESTIN

Selamat tahun baru 2009...

Artikel yang saya kongsikan ini diambil daripada blog Ust Nik Abduh.

KITA DAN PALESTIN


Salam Kamunting,

Jika anda berniat mendermakan sebahagian daripada wang anda untuk Palestin, anda sebenarnya masih tak faham - faham isu Palestin. Palestin bukan soal derma dan sedekah. Palestin adalah jihad dan kewajiban. Tuhan kita berkata, berjihadlah dengan harta dan nyawa kamu..

Wang, bahkan nyawa setiap umat Islam adalah tagihan Allah untuk bumi yang disucikanNya itu. Tiada muslim yang tidak mengambil bahagian di dalam jihad Palestin sepanjang zaman kecuali tuahnya pasti direntap bumi suci itu di akhirat nanti.

Palestin adalah sebahagian ujian Allah ke atas umat nabi Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam. Dari tiga bumi suciNya ( tanah haram ) itu, Allah memberi keamanan untuk Makkah dan Madinah, tetapi tidak untuk Palestin. Palestin sentiasa berdarah dan jika ia aman seketika atau lebih lama daripada itu, di sekelilingnya adalah penuh dengan komplot dan konspirasi musuh untuk merampas dan menghancurkannya kembali.

Ia menjadi rebutan sepanjang zaman untuk umat tiga agama langit yang memiliki kitab samawi masing - masing yang mendakwa sejarah pendudukan dan pemerintahan di situ. Jika tidak kerana Allah menghukum dan memutuskan bahawa bumi haramNya itu adalah milik hambaNya yang bertaqwa yang berada di atas jalanNya yang lurus, iaitu Islam, agama tauhid nabi Ibrahim al hanif alaihissalam, iaitu datuk kepada ketiga - tiga umat tersebut, maka tiadalah umat Islam memiliki hujjah mutlak untuk memilikinya.

Mencintai Palestin adalah tanda iman dan taqwa. Kita mesti mencintainya melebihi kecintaan kita kepada tanah air sendiri.

Roda zaman yang berpusing menentukan bahawa bangsa Yahudi telah berjaya merampas dan mendudukinya kini selepas perjuangan lama mereka untuk menguasainya semenjak ribuan tahun dahulu. Selepas mereka menguasainya, impian dan angan - angan mereka begitu memuncak bahawa merekalah anak - anak tuhan yang diberkati segala tindakan mereka.

Hanyalah yang menghantui keyakinan mereka adalah pengetahuan tersembunyi mereka bahawa Palestin ini sebenarnya dan kesudahannya adalah milik umat yang menjadi musuh nombor satu mereka. Mereka tahu Palestin adalah untuk umat Islam.

Hari ini, saat kita dan seluruh umat Islam cuba membina keyakinan dan azam baru di awal tahun baru hijrah, Palestin dibedil dan dibakar oleh Yahudi, musuh Allah, malaikat, manusia dan seluruh makhluk kecuali syaitan daripada kalangan jin dan manusia.

Negara Israel hari ini yang menghimpunkan bangsa Yahudi sedunia itu tahu bahawa mereka tidak boleh hidup dengan hidupnya Islam. Justeru harapan, azam, keyakinan dan masa depan umatnya harus sentiasa dilumpuhkan dan dipadamkan dengan apa jua senjata dan peralatan. Umat Islam mesti kekal putus asa, putus harapan dan putus hubungan dengan tuhannya.

Membunuh umat Islam adalah ibadah dan persembahan mereka kepada tuhan mereka yang mereka ciptakan sendiri.

Palestin ceritanya panjang dan akan terus memanjang sehingga kiamat. Bermula keamanan dunia adalah dengan amannya Palestin dan bermula kecelakaan dunia adalah dengan celakanya keadaan di bumi Palestin. Begitulah Allah menetapkan sunnahNya bahawa Palestin adalah ujian kehidupan manusiawi.

Anda mesti tahu dan mesti akur bahawa lecehnya pengetahuan anda tentang Palestin adalah petanda lecehnya anda di sisi perjuangan Islam.

Jangan harapkan negara - negara Arab untuk mengembalikan Palestin. Sehingga semalam pun, mereka tidak mampu menyapu dan membersihkan diri daripada tohmahan bahawa mereka adalah sebahagian konspirasi pengeboman di Genting Gaza. Mereka membisu seperti bisu anak dara yang melakukan zina. Negara Arab yang berzina dengan Israel! Ah, sejak bila mereka menerima kehadiran HAMAS? Apatah mengiktiraf mereka sebagai rakan hidup dan mati? Sedangkan mereka tahu bahawa HAMASlah nyawa dan nadi umat Islam Palestin hari ini.

Anda hanya perlu meneka, siapakah yang lebih takutkan HAMAS? Israel atau Arab nasionalis syirik itu sendiri?

Jangan pula mengharapkan negara kita. Negara kita tidak akan menyokong HAMAS sebab HAMAS adalah saudara PAS. Mengharap pemerintah negara bertindak untuk Islam di Palestin adalah seperti mengharapkan perempuan mandul melahirkan anak atau seperti mengharap lelaki yang telah dikasi untuk mensyahwati perempuan.

Dalam dunia yang penuh nifaq dan kekufuran, harapan adalah terletak di atas bahu sekelompok umat Islam yang berjuang untuk kembali kepada Islam yang sebenar. Harapan dan keyakinan masa depan adalah daripada umat yang bersedia menghidupkan kewajiban berjihad fi sabiliLlah.

Setiap kita mestilah mengambil bahagian melaksanakan kewajiban membebaskan bumi suci Palestin.

Jika 10,000 umat Islam di Malaysia menyimpan RM100.00 setahun untuk perjuangan membebaskan al Masjidil Aqsa daripada cengkaman zionis Yahudi, maka wakil pejuang Islam Palestin yang datang ke negara kita akan pulang ke medan jihad dengan RM1 juta dari rakannya di Malaysia.

RM1 juta itu banyak tetapi ia adalah terlalu kerdil di hadapan bilionan dolar yang dibelanjakan oleh Yahudi dan sekutu Amerikanya untuk menjajah tanah suci itu. RM1 juta itu banyak, tetapi ia adalah sedikit di banding 15 juta umat Islam di negara kita. Atas nama kewajiban ugama, umat Islam di Malaysia semestinya mengeluarkan puluhan juta ringgit untuk perjuangan suci ini.

Sekali lagi, usah mengharap dan berangan wang saku kerajaan nasionalis Melayu akan tumpah walau setitik ke Palestin. Jika ia menitik, ia akan jatuh ke anak mata buat mengaburi pandangan mata. Pemimpin nasionalis Melayu ini pula, bila masa mereka cukup duit? Mata mereka tidak melihat kecuali duit.

Allah tidak menerima RM100.00 yang kita keluarkan itu. Allah menerima taqwa di dada kita. Taqwa kitalah yang akan menggapai Tuhan dan ridhaNya. Ertinya, bukanlah RM1 juta yang perlu kita kumpulkan daripada 10,000 umat Islam di Malaysia, bahkan kita memerlukan sejumlah hambaNya yang bertaqwa yang berjuang di atas jalanNya yang benar. Apabila ada taqwa, adalah wang yang dikeluarkan atas nama kewajiban dan jihad.

100 orang kaya di negara kita yang bertaqwa sudah cukup untuk menghantar RM1 juta atau lebih ke Palestin. 1000 umat Islam daripada masyarakat bandar pertengahan yang bertaqwa sudah cukup untuk menghasilkan RM1 juta untuk Palestin.

Jika setiap kita bertekad untuk menggabungkan diri dalam 10,000 umat Islam negara yang tidur bangunnya adalah untuk Palestin dengan berazam menjadikan perjuangan membebaskan bumi suci itu sebagai sebahagian amal jihadnya di hadapan Allah di padang mahsyar kelak, pastinya kita mampu saja menghantar RM10 juta setiap tahun ke sana.

Ia adalah jumlah yang sedikit. Tetapi bayangkan betapa gembiranya rakyat Palestin, terutama para pejuangnya apabila mendengar jumlah wang sebanyak itu datang daripada saudara mereka di Malaysia yang menyokong perjuangan mereka. Bayangkan betapa roh jihad mereka akan semakin panas dan membara buat membakar Yahudi laknatuLlah itu.

Saya membubuh angka agar anda tahu bahawa Allah mengurniakan pahalanya dengan angka dan juga berat. Dua rakaat masing - masing di Masjid Nabawy, di Masjidil Haram dan di Masjidil Aqsa adalah bersamaan lebih ratusan ribu rakaat berbanding dua rakaat dan sujud anda di masjid Putra Jaya atau di balaisah di hadapan rumah anda.

Bukan negara - negara umat Islam yang hidup penuh dayus dan nifaq hari ini yang akan membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan. Mereka adalah bagai buih - buih yang dilambung ombak tanpa perlu dihirau hitung berapa beratnya.

Sudikah setiap kita untuk mendaftar diri sebagai pejuang Islam untuk pembebasan Palestin? Jika anda sudi, isilah borang dengan tinta taqwa di dada anda.

Membebaskan diri daripada cengkaman pemerintahan nasionalis Melayu di negara kita juga adalah sebahagian perjuangan jangka panjang membebaskan bumi Palestin. Sudahkah anda membilang wang di saku untuk dihantar kepada pejuangan Islam di dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu?

Kata - kata ini adalah benar. Jangan ada yang mentakzibkannya..

Biarlah perancangan dan segala takhtitaat membebaskan bumi Palestin itu kita serahkan kepada pakarnya, terutama para pejuang di medan. Kita patut mengetahuinya. Yang lebih penting, kita laksanakan kewajiban kita sendiri. Berjihad dengan harta kita untuk Palestin atau dengan harta, nyawa dan segenap kepunyaan untuk membebaskan Malaysia daripada benteng yang memisahkan umat Islam daripada Islam yang sebenar. benteng itu perlu dirobohkan dan benteng itu adalah UMNO.

Apabila UMNO runtuh dan Islam kembali, Palestin adalah di mata negara Malaysia yang kaya, insya Allah.

Tuesday, December 30, 2008

OH PALESTIN...


"Fwd: HAMAS launched 3rd intifadha after Israeli regime assaulted Gaza yesterday.300+ martyred and 700+ injured! Students, show our solidarity by wearing ALL BLACK tomorrow!"

SMS ini saya terima dari seorang kawan malam tadi yang membuatkan saya memilih pakaian hitam untuk dipakai ke kuliah pada hari ini. Walaupun hari ini saya terasa agak longlai untuk melangkah ke kuliah kerana sibuk pada cuti hujung minggu yang lalu, dan ditambah pula dengan pakaian serba hitam yang menjadikan saya mungkin kelihatan suram, namun saya percaya, inilah satu usaha yang dapat dilakukan untuk menunjukkan keprihatinan kita terhadap bumi Palestin.Palestin, bilakah engkau akan aman? Sungguh sedih dan pilu mengenangkan rakyat-rakyat di bumi yang dirampas haknya ini. Rejim Zionis, tunggulah balasan Allah di atas kezaliman kamu di akhirat kelak!

Ayuh kawan-kawan! Sumbangkanlah apa sahaja yang kita mampu untuk Palestin!Mungkin kita tidak mampu untuk turun berjuang di sana. Namun kita masih mampu untuk memboikot barangan Yahudi@Israel,menghulurkan derma serta melafazkan doa kudus untuk mereka di dalam setiap doa dan munajat kita.

Dengarkanlah rintihan anak Palestin ini...


Ayah...!!, kata mereka kau penjahat,
padahal sebenarnya engkau bukan penjahat,
ayah..!!, mengapa mereka jauhkan aku darimu,
mereka menangkapmu tanpa memberi kesempatan,
untuk menciumku meskipun hanya sekali,
atau mengusap air mata ibu.

Ibu...!!, aku melihat air mata di kelopak matamu setiap pagi,
apakah palestin tidak berhak diberi pengorbanan...??,
setiap hari aku bertanya kepada matahari,
ibu, apakah ayah akan kembali pada suatu hari,
ataukah dia akan pergi selamanya sampai hari kiamat,
atau dia akan mengusap air mata ibu yang terus menitis setiap hari...??

Wahai ayah, dimanakah engkau...??

Ooh...bayi-bayi yang dijajah,
kini telah datang hari raya baru setelah hari raya tahun lalu,
dan bayi baru pun terlahir sesudah bayi yang itu,
dan para syuhada berguguran,
setelah gugurnya syahid yang lalu,
sedang ayah masih disembunyikan di sebalik jeriji besi,
dalam sel mengerikan yang tidak layak dihuni manusia,
mana hari kemenangan dan kehancuran penjara-penjara besi itu...??,
malulah kalian...malulah kalian...malulah kalian...

Aku ingin ayah pulang,
Aku ingin ayah pulang,
Aku ingin ayah pulang...

Ya Allah, kurniakanlah ketabahan kepada mereka...amin...
Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template