:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Monday, June 27, 2011

Ketika Guruh Bertasbih

Usai membaca surah ar-Ra'du yang bermaksud 'Guruh', saya mendapat ilham untuk menulis tentangnya. Teringat pada malam Sabtu, 18 Jun yang lalu di mana guruh berdentam-dentum di dada langit disertai kilat dan hujan lebat. Keesokan harinya, rumah saya blackout selama 26 jam akibat dahan pokok yang patah lalu menghempap wayar elektrik.

Kejadian guruh menunjukkan kekuasaan Allah. Mendengar bunyi guruh memberi suatu harapan atau ancaman kepada manusia. Dikatakan suatu harapan kerana guruh adalah petanda akan hujan setelah melalui kemarau yang panjang. Dikatakan suatu ancaman pula kerana mungkin ia membawa ribut yang menakutkan.

Hakikatnya, guruh sebagaimana makhluk-makhluk Allah yang lain bertasbih memujiNya. Sedangkan guruh pun bertasbih, bagaimana pula kita selaku sebaik-baik makhluk ciptaanNya. Sama-sama renungkan. Sudahkah kita bertasbih memuji Allah hari ini?

Atap rumah nenek saya yang telah diterbangkan angin pada malam 18 Jun lepas
(gambar diambil oleh ayah saya)


Ketika mendengar bunyi guruh di langit, janganlah hanya sekadar tidak mencurahkan air di dalam tempayan sebagaimana disebutkan peribahasa Melayu, tetapi amalkanlah membaca doa ini:

سُبْحَانَ الَّذِي يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيفَتِهِ

Doa ini berasal dari potongan ayat 13 surah ar-Ra'du:

وَيُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيفَتِهِ

"Dan guruh itu bertasbih dengan memuji Allah, (demikian pula) para malaikat kerana takut kepada-Nya".

Dan doa ini tsabit dari Sahabat Nabi r.a, seperti yang diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Muwatto' dan Imam Bukhari dalam Adab Mufrad dari Abdullah bin az-Zubair yang membaca doa ini ketika mendengar guruh:

أَنَّهُ كَانَ إِذَا سَمِعَ الرَّعْدَ تَرَكَ الْحَدِيثَ وَقَالَ سُبْحَانَ الَّذِي يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيفَتِهِ ثُمَّ يَقُولُ إِنَّ هَذَا لَوَعِيدٌ لِأَهْلِ الْأَرْضِ شَدِيدٌ

"Bahawa apabila beliau mendengar guruh, beliau akan meninggalkan percakapan dan menyebut: Subhana allazi yusabbihu ar-ro'du bihamdihi wal malaikatu min khifatih" (Maha Suci bagi yang guruh bertasbih memujiNya dan para malaikat kerana takut kepadaNya). Kemudian beliau berkata: Ini adalah peringatan yang dahsyat kepada ahli bumi".

Antara doa lain ialah,

"Ya Allah, ya Tuhanku, janganlah bunuh kami dengan kemurkaanMu, dan janganlah membinasakan kami dengan azabMu, tetapi sejahterakanlah kami sebelum itu."

Semoga dengan mengamalkan doa-doa tersebut, kita mendapat rahmat dan perlindungan daripada Allah. Insya Allah.

p.s: Bulan Rejab semakin meninggalkan kita untuk memasuki fasa Sya'ban. Teruskanlah dengan doa kita, "Allahumma barik lana fi rajab wa sya'ban wa ballighna ramadhan..." dan teruskanlah persiapan kita untuk menyambut tetamu yang mulia ini.

Doa guruh di atas dirujuk di sini: http://qazikirdandoa.blogspot.com

Sunday, June 5, 2011

Ya Allah, Berkatilah ke atas Mereka

Kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Ilahi, ramai sahabat saya yang disatukan pada musim cuti ini. Terima kasih Allah, kerana telah memudahkan mereka untuk membina baitul muslim. Berkatilah ke atas mereka dan kumpulkanlah mereka dalam kebaikan.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (ar-Rum:21)

" Saya terima nikahnya dengan maskahwin yang tersebut itu..."
Lafaz ini sering membuatkan hati berasa sayu tatkala menyaksikannya...T_T

Mabruk buat yang berikut:

~Sepupu saya: Sharipah dan suaminya, Najmudin.
~Mak sepupu saya: Shuhaida dan suaminya, Erie.
~Adik-beradik usrah saya: Wan Mahani dan suaminya, Amir.
~Juga adik-beradik usrah saya: Siti Rashidah dan suaminya, Saiful.
~Junior dentistry saya: Nur Amalina dan suaminya, Encik Mukhlis serta Zaiton dan suaminya, Habib.
~Junior saya di DQ: Nur Sylaty dan suaminya, Ashraf.
~Junior saya di UIA: Alang Zaidah dan suaminya serta Naazir Ramly dan Nurussolehah.
~Sahabat saya: Husna Rusdi dan suaminya, Nidzam Azhar.
~Kawan sekolah saya: Fatimah Murni, Nurhidayah Ibrahim, Wan Nur Aziemah, Nor Humairah dan Zulfadhli serta suami dan isteri masing-masing.

Selamat melayari alam baru.

Ya Allah, permudahkanlah jodoh buat semua sahabatku yang lain juga...amiinn.

p/s: Kalau kita doakan untuk orang, malaikat doakan untuk kita pulak kan? ;)

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template