:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Thursday, February 26, 2009

Sesekali…

Dalam mengharungi kehidupan di dunia, tidak selalunya kita mendapat yang indah-indah dan apa yang kita idamkan. Kadang- kadang kita diuji dengan mehnah serta dugaan daripadaNya. Akan tetapi, percayalah bahawa Allah tidak akan membebankan kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu untuk menanggungnya. Walau seberat mana ujian yang Allah beri kepada kita, yakinlah bahawa Allah tahu kita kuat untuk menghadapinya. Oleh yang demikian, kita mestilah sabar dan tabah dengan ujian- ujian ke atas kita dalam hidup ini. Jangan terasa lemah.

Boleh jadi apa yang kita idam-idamkan adalah tidak baik untuk kita. Dan boleh jadi juga apa yang kita benci itu pula baik untuk kita. Allah telas menjelaskan tentang hal ini di dalam al Quran dalam surah al Baqarah ayat 216:

" ...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Kita sebagai manusia yang lemah, ilmu kita adalah terbatas. Kita tidak mengetahui hakikat yang terbaik untuk kita. Oleh itu, yakinlah bahawa ketetapan daripadaNya adalah yang terbaik serta mengandungi hikmah. Wajib untuk kita meredhai atas setiap mehnah dan musibah. Berfikirlah secara positif.

Adakalanya kita berjaya, dan adakalanya kita gagal.Itu adalah lumrah. Kita harus redha menerima kegagalan. Tidak bermakna kejayaan itu selama-lamanya baik untuk kita, dan tidak bermakna kegagalan itu buruk untuk kita.


Saya suka menghayati lagu- lagu nasyid sebagai hiburan di waktu lapang, dan di sini saya ingin kongsikan nasyid 'Sesekali' yang dinyanyikan oleh kumpulan Wildan. Amat sesuai untuk dihayati terutama diri sendiri ini. Inilah bait- baitnya...

Sesekali kita perlu derita
Sesekali kita perlu kecewa
Untuk kita mengenangi erti bahagia
Untuk kita mengenangi erti berjaya

Sesekali kita perlu menangis
Sesekali kita perlu terhiris
Untuk kita mensyukuri nikmat yang diberi
Untuk kita mengenali diri sendiri

Ujian yang datang menguji kesabaran
Mengukur keimanan dan ketaqwaan
Sebagai hamba kepada Tuhan
Kita harus bertahan

Jalan ke syurga penuh dengan likuannya
Penuh dugaan dan rintangannya
Hanya yang cekal dan yang tabah
Pasti kan menemuinya

Masihkah lagi mahu menghitung setitis mehnahNya
Jika dibanding dengan selaut rahmat dan nikmatNya
Seharusnya kita rasa bersyukur dan berlapang dada
Itulah tanda kasih sayang Allah kerana kita sering terlupa
Pohonkan doa kepada Tuhan agar beroleh keredhaan...


" Ya Allah, aku bermohon agar sentiasa dikuatkan hati menempuh kehidupan di dunia ini. Tiada apa yang aku harapkan melainkan keredhaanMu. Jadikan aku hamba yang sentiasa sabar dan bersyukur dengan nikmatMu yang tak mampu kuhitung. Amiinn..."

6 comments:

Mami Hadeef said...

betul3x.. (nada upin & ipin)..
setiap dugaan yg kita dapat memang Allah lebih mengetahui yg kita sebenarnya mampu utk menghadapinya.. tatkala kita terasa tidak sanggup lagi n fed up sebenarnya kita yg tidak sedikit sabar utk menghadapinya..

Abdul Hakim Bin Baharudin said...

http://syeikhulislami.blogspot.com/2009/02/penawar-kegusaran-hidup.html

Shahibul Afzan Wahab said...

Terima kasih anim...
Terima kasih ust syeikhulislami...

Saya copy dan pastekan artikel tersebut di sini:

Penawar Kesedihan

Adakalanya hidup kita dirundung masalah yang tiada jalan keluarnya pada pandangan kita.Biarpun seseorang itu memiliki kehidupan yang sempurna pasti akan tiba suatu waktu dia akan diuji oleh Allah S.W.T dengan perasaan sedih dan kesempitan hidup.

Nabi S.A.W pernah mengajarkan kepada Abu Umamah satu doa apabila Baginda S.A.W melihatnya berada di dalam masjid dengan keadaan gundah gulana.Melihat keadaannya yang begitu,Baginda S.A.W menyapa

"Wahai Abu Umamah,aku tidak pernah melihat kamu duduk di dalam masjid melainkan ketika waktu solat".Lalu dia menjawab "Sesungguhnya kesedihan dan hutang telah menimpa diriku"

Kemudian Baginda berkata" Apakah tidak untuk aku ajarkan kepadamu satu kalam(doa),jika kamu menyebutnya,nescaya Allah akan menghilangkan daripada kamu kerisauan dan dilangsaikan hutangmu?".Jawab Abu Umamah"Bahkan wahai Rasulullah S.A.W".Kata Rasulullah S.A.W.

"Sebutlah(Bacalah) pada waktu pagi dan petang

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

Ya Allah,sesungguhnya aku berlindung dengan Mu daripada kedukaan dan kesedihan dan aku berlindung dengan Mu dari kelemahan dan kemalasan dan aku berlindung dengan Mu daripada sifat pengecut dan bakhil dan aku berlindung dengan Mu daripada hutang (yang tidak dapat dilangsaikan) dan kejahatan orang lain

Berkata Abu Umamah"Maka aku melakukannya(sebagaimana saranan Rasulullah S.A.W) dan Allah menghilangkan kesedihanku dan dilunaskan hutangku"

Semoga kita menjadi hamba yang sentiasa meletakkan pergantungannya kepada Allah S.W.T.

Anonymous said...

Moga tabah hati sahabatku afzan.. : )

toqki said...

moga kak afzan terus thabat!!
teruskan perjuangan=)

Shahibul Afzan Wahab said...

terima kasih kak husna, toqki...
barakallahu fiikuma.
semoga Allah memberi kita semua kekuatan demi menggapai redhaNya.

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template