:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Friday, May 15, 2009

Terkini: Kes pertama flu A (H1N1) di Malaysia


Assalamualaikum warahmatullah, berita ini saya petik di malaysiakini.com.Buat warga Malaysia, kita harus berhati-hati...semoga kita dijauhkan daripada serangan virus ini...amiinn.

May 15, 09 1:40pm

kemaskini 5.19pm Seorang pelajar 21 tahun mangsa pertama disahkan positif dijangkiti wabak influenza A(H1N1) atau selesema babi - kes pertama di Malaysia, demikian diumumkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini.

"Kementerian ingin memaklumkan mengenai satu kes yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah disahkan positif influenza A(H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukan hari ini," kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

"Ia merupakan kes yang pertama influenza A(H1N1) dikesan di Malaysia." 

Pelajar itu, yang baru pulang dari Amerika Syarikat pada Rabu lalu, mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan semalam
dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama.

"Beliau telah diberi rawatan antivirus dan berada dalam keadaan stabil," kata Dr Mohd Ismail dalam satu kenyataan di laman web rasmi kementerian berkenaan.

Kementerian telah mengambil tindakan pencegahan dan kawalan termasuk penyiasatan perhubungan mangsa dengan orang lain, termasuk ahli keluarganya dan penumpang serta anak kapal penerbangan MH 091 dari Newark, USA yang tiba di lapangan terbang KLIA pada 7.15 pagi kelmarin.

Menurut kenyataan itu lagi, kementerian meminta semua klinik dan hospital swasta agar sentiasa merujuk segera kes-kes mereka yang baru kembali dari negara yang dilanda wabak tersebut dan mengalami gejala-gejala seperti demam dan salah satu daripada gejala berikut - batuk, susah bernafas, sakit badan, sakit kepala atau sakit tekak - ke hospital-hospital rujukan yang telah ditetapkan.

Sehingga jam 12 tengah malam tadi, selain kes di atas, Pusat Tindakan dan Persiapan Krisis (CPRC) kementerian menerima 11 lagi notifikasi kes - enam kes dimasukkan ke wad pengasingan Hospital Sungai Buloh, dua di hospital Seremban dan masing-masing satu kes di hospital Ipoh, Hospital Pulau Pinang dan hospital Kota Bharu bagi
tujuan siasatan dan pemerhatian. 

Sehingga 8 pagi tadi, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan satu lagi negara baru terjejas dengan influenza A (H1N1) iaitu Belgium yang melibatkan satu kes menjadikan
jumlah keseluruhan negara terlibat menjadi 34 buah. 

Kes terkumpul di serata dunia sebanyak 7,457 kes disahkan oleh ujian makmal dengan peningkatan sebanyak 1,378 kes berbanding dengan laporan pada hari sebelumnya, kata kementerian lagi.

Peningkatan ini dilaporkan di enam buah negara iaitu di Amerika Syarikat (946 kes), Mexico (387), Kanada (31), Panama (10), Colombia (3) dan Belgium (1).

Dua lagi kematian dilaporkan di Mexico, menjadikan keseluruhan kematian kepada 65 orang.

WHO masih lagi mengekalkan tahap amaran influenza pandemik di
Fasa 5 sejak 29 April dan tidak menyarankan sebarang tindakan sekatan perjalanan, perdagangan serta penutupan sempadan bagi
perlindungan kesihatan antarabangsa.

Kementerian Kesihatan memanggil satu sidang media khas berhubung perkara ini di Putrajaya jam 3 petang tadi.

Dalam kenyataan yang sama, Dr Mohd Ismail berkata tiada risiko mendapat jangkitan influenza A(H1N1) jika daging atau produk babi disediakan dan dimasak secara betul.

"Kementerian Kesihatan ingin menegaskan bahawa orang ramai tidak perlu bimbang dengan situasi influenza A(H1N1) di negara ini. 

"Kementerian dengan kerjasama semua agensi terlibat sentiasa meningkatkan pemantauan situasi influenza A(H1N1) dalam memastikan tindakan proaktif diambil bagi melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia," katanya.

5 comments:

.:wan~nur:. said...

Salam Kak Afzan.

Waahh..dah ada kat Malaysia!!! Moga kita terselamat yea~ Takut la plak rasanya nak p hospital. Hehe..

dkama said...

a ah tadi da masuk berita tv3... risau gak ar pasal H1N1 nih... kat genting banyak kedai non halal pulak tuh... selain dari bersin camner die bole menjangkit yer afzan...??

al-aman said...

salam... boleh dicadangkan di masjid2 supaya dibaca qunut nazilah dlm solat

ASYIQ said...

Kalau dah ALLAH kata haram tu maknanya banyak la mudaratnya...macam mana ianya boleh berjangkit yea...

Yang berisiko adalah orang yang makan daging babi je ke???

Dah ada di Malaysia ni kenalah cari info ttg penyakit ni.

Shahibul Afzan Wahab said...

To adik Izat:

Wsalam,insya Allah,smg keadaan x bertambah parah harapnya.Baca qunut nazilah dalam solat, dik...

To dkama dan kak Asyiq:

Mengikut maklumat daripada Kem. Kesihatan,virus ni boleh berjangkit melalui batuk dan bersin..dgn kata lain,ia boleh berjangkit jika kita terkena permukaan yg ada titisan cecair daripada pesakitnya...kalau boleh, elakkan daripada berada di tempat2 awam yg sesak dan basuh tangan dgn kerap.kita boleh semak di laman kementerian kesihatan utk maklumat lanjut mengenainya(http://www.moh.gov.my/)

To al-aman:

Terima kasih atas cadangan.insya Allah akan diamalkan.doakan agar kami semua di Malaysia terselamat.

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template