:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Saturday, December 20, 2008

BAGAIMANA MEMILIH BERUS DAN UBAT GIGI 2

Entri ini adalah sambungan dan penambahan kepada entri yang lepas. Terima kasih buat sahabat yang mencadangkan.Semoga bermanfaat.

Perkara-perkara asas yg perlu diperhatikan ketika membeli berus gigi:

1. Pilih berus gigi berkepala kecil
- membantu memberus bahagian yang sukar dicapai di dalam mulut.

2. Mempunyai berus yang lembut
-mengelakkan kecederaan gusi. Enamel adalah struktur yang paling keras, tetapi gusi adalah lembut dan mudah terkakis.

3. Mempunyai pemegang yang selesa
- supaya tidak tergelincir ketika anda memegangnya.

Ini sahaja.

Di bawah ini pula perkara-perkara sampingan. Maksudnya, jika anda tidak menitikberatkannya pun tidak jadi masalah.

1.Memilih berus gigi ‘powered’@ ‘electric’ @ ‘sonic’
.

Menurut kajian, berus gigi ini didapati lebih berkesan daripada berus gigi manual dalam menanggalkan plak dan meningkatkan motivasi untuk memberus gigi. Cuma harganya lebih mahal.

2.Mempunyai ‘tongue cleaner’
.

Lidah kita perlu dibersihkan untuk menyingkirkan bakteria dan mengelakkan mulut berbau (halitosis). Jika berus gigi anda tiada pembersih lidah, bersihkanlah lidah anda dengan bulu berus gigi.

3.Warna
.

Jika anda meminati hijau, pilihlah hijau dan jika meminati biru, pilihlah biru. Dua warna ini tiada kaitan dengan politik, sebagai contoh sahaja:)

* Penggantian berus gigi secara kerap menyumbang kepada konsistensi mengekalkan kesihatan gigi yang tinggi kerana kajian klinikal menunjukkan berus gigi baru mampu menanggalkan 30% lebih banyak plak daripada berus gigi berusia lebih tiga bulan.

Di bawah ini pula adalah teknik-teknik memberus gigi yang betul. Gigi kita perlu diberus sekurang- kurangnya 2 kali dalam sehari. Tempohnya lebih kurang 2 minit setiap kali memberus gigi.

Langkah 1:

Untuk permukaan luar gigi, letakkan berus pada sudut 45 darjah di atas permukaan gigi.Gunakan gerakan memberus yang lembut dan pendek, dengan menggerakkan berus antara gigi dan gusi.

Langkah 2:




Untuk membersihkan bahagian dalam gigi belakang, tempatkan bulu berus bersebelahan dengan permukaan gusi dan berus secara bulatan.




Langkah 3:


Untuk membersih bahagian dalam gigi hadapan, pegang berus menegak dan gunakan pergerakan lembut ke atas dan ke bawah menggunakan hujung berus.

Langkah 4:

Untuk membersihkan permukaan mengunyah gigi (occlusal surface), berus dengan gerakan mundar-mandir untuk mencapai bahagian belakang gigi.

Langkah 5:



Bersihkan lidah dari belakang ke hujung lidah untuk 10 saat.








Sekiranya ada maklumat di sini yang kurang jelas, silalah bertanya kembali kepada saya.

Rujukan:

1.Dr. Shawfekar,Kulliyyah of Dentistry IIUM(2008).Teeth brushing technique.
2.Slide PowerPoint Presentation Pelajar Pergigian UKM. Oral health education.
3.Utusan Malaysia Online. Arkib 20/04/2008. Cara terbaik memberus gigi.
4.Colgate Oral Health Kit.

12 comments:

Mami Hadeef said...

waaa..sudah complete dah prosedure yg betul utk memberus gigi..

Anonymous said...

Jazakillah Khoiron jaza'

Shahibul Afzan Wahab said...

Terlupa saya nak tulis, jika kita nak pahala extra, bacalah 'basmalah' sebelum menggosok gigi...niatkan kerana Allah.dah jadi ibadah.=)
insya Allah,sama2 kita amalkan.

"...dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih."
(at taubah:108)

Anonymous said...

Masa kat smaasza dlu,ada kawan ana tegur,jangan gosok gi2 lama2.Nanti haus gi2.Betul ke?

Mami Hadeef said...

haaa sudah.. k.shibul sudah dihujani dgn soklan berkaitan gigi ni.. jgn tido mimpi gigi dah lah ek.. hehe..tp mesti sronok jwb2 soklan org tanye sbb memg dlm bidg sdiri.. mesti lg smangt nak study ek..

Unknown said...

Sayang artikel sebaik ini tidak dijudulkan dengan judul yang sepatutnya.

Kalau beri judul yang baik rasanya akan tambah seri artikel ini. Sekadar mencadang.

Shahibul Afzan Wahab said...

Jawapan utk Us Syeikhulislami:

Fakta tu benar. Gigi haus ni ada 3 jenis: attrition, abrasion dan erosion.

Attrition ni keadaan gigi yg haus sebab proses fizikal dlm mulut kita sendiri. Contohnya sebab mengunyah dan bruxism(gigi bergeser masa tidur)...

Abrasion pulak keadaan gigi yg haus sebab proses fizikal daripada objek asing. Cthnya berus gigi terlalu kuat dan terlalu lama atau suka gigit brg macam pen,pensel dll...

Erosion tu pulak keadaan gigi yg haus akibat kena bahan-bahan kimia. Cthnya minuman berasid dan akibat muntah (pesakit bulimia). So jgn amalkan minum minuman berkarbonat...

Untuk Adik Haniem:

Setakat ni tak pernah mimpi lg pasal gigi...hehe.

Kak Shibul bukan budak pandai pun.Tapi kalau ada sedikit ilmu yg boleh dikongsikan dengan org lain,itu lebih bermakna...bak kata Abu Saif,'erti hidup pada memberi'.

Haniem pun kongsila jugak pape tentang ilmu fizik yg digemari tu ye :)

Shahibul Afzan Wahab said...

Apa judul yg terbaik Us Rdhanz?saya takde idea nak bg judul apa.so letak judul 'sambungan...' je.

Unknown said...

Tips memilih berus gigi?
atau
Bagaimana memilih berus dan ubat gigi 2?

Sekadar cadangan... :)

Shahibul Afzan Wahab said...

syukran atas cdgn..ok jgk tu.

syazansidek said...

huhu...gitu upenyer...thanks sis

Shahibul Afzan Wahab said...

sama2 :)

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template