:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Tuesday, August 4, 2009

Kulliyyah Ditutup Sementara Kerana H1N1

Hari ini kulliyyah saya telah pun diisytiharkan tutup kerana H1N1. Beberapa hari yang lepas Kulliyyah Kejururawatan juga diisytiharkan sedemikian. Nampaknya bahaya H1N1 telah sampai kepada kami di sini. Jangkaan saya, tidak lama lagi Kulliyyah Perubatan, Farmasi, Sains dan Sains Kesihatan Bersekutu juga akan ditutup.

Sejak kebelakangan ini juga saya sering berasa letih. Keletihan yang menyebabkan saya hilang semangat untuk melaksanakan beberapa taklifan yang diamanahkan kepada saya. Mesyuarat untuk program Ihya' Ramadhan masih belum terlaksana. Kertas kerja yang telah diubahsuai setelah diperiksa oleh Dekan belum dihantar kembali. Saya harap ini bukanlah berpunca daripada virus H1N1, cuma keletihan akibat kurang bersenam. Sekarang masa kurang mengizinkan untuk saya beriadhah berbanding dahulu. Tetapi walaubagaimanapun, saya akan mencari waktu untuk ke taman, dan saya akan melaksanakan segala kerja yang terbengkalai itu. Saya tidak mahu keletihan dan kepenatan ini menyebabkan saya mengabaikan tugasan- tugasan saya.

Nampaknya kanak-kanak ini lebih letih daripada saya

Semakin hari, kes jangkitan virus ini semakin bertambah. Berita kawan-kawan yang demam semakin kerap didengari. Menurut kawan saya, Health Centre IIUM penuh dengan pelajar-pelajar yang sakit. Menunggu giliran pun lama. Ramai pelajar yang disyaki mengidap demam yang berpunca daripada virus H1N1 berdasarkan simptom-simptom yang ada, tetapi ia masih lagi belum dapat dipastikan dengan sahih. Namun, untuk langkah berjaga-jaga, beberapa kulliyyah termasuk kuliyyah saya telah menangguhkan sesi pengajian. Kata Dekan kami:

" This is a matter of life and death..."

Pesan Dekan kami lagi, virus ini telah berada di mana-mana kerana penyebarannya sangat mudah, secara 'air-borne'. Oksigen yang kita sedut mungkin tidak begitu selamat lagi. Jadi, berusahalah setakat mampu untuk memelihara diri. Tingkatkan sistem imuniti badan dengan banyak memakan buah- buahan dan makanan berkhasiat yang lain serta banyakkan bersenam. Basuh tangan dengan sebersih-bersihnya.


Jika anda mendapati simptom-simptom di atas segeralah berjumpa doktor

Saya harap virus H1N1 tidak menggunakan slogan 'Satu Malaysia'. Tidak perlulah mengaplikasikan itu untuk kami ya, virus H1N1. Dek keranamu, kami terpaksa berhenti belajar buat seketika. Selepas ini, tentunya hujung minggu akan menjadi mangsa untuk mengisi kelas-kelas tertangguh ini.

Virus ini juga adalah makhluk Allah yang patuh pada kekuasaanNya. Oleh itu, pohonlah perlindungan daripada Allah agar diberi kesihatan dan keafiatan yang berterusan. Sama-samalah juga kita mendoakan mereka yang telah dijangkiti agar kembali sembuh seperti sediakala. Ada doa yang boleh dibaca untuk mengelakkan penyakit ini. Juga boleh mengamalkan qunut nazilah di dalam solat kita.

Doa untuk memohon perlindungan daripada wabak

Wallahu a'lam.

10 comments:

Cik Skaf said...

Afzan, sementara kuliyah ditangguh ini, akan pulang ke kg ke?
Terima kasih atas doa tersebut.

shuhadaa said...

satu pngajaran buat kita bhw makhluk Allah sekecil-kecil virus ni pun mampu utk huru harakan n lumpuhkan xtvt manusia (dgn izin Allah), walau stinggi mana pun ilmu,kepandaian n teknologi yg dimiliki.

hakikatnya manusia adlah makhluk yg sgt lemah..

Ummu Mishkah said...

moga kita semua terselamat... teruskan doa!

Shahibul Afzan Wahab said...

to kak skaf:

Saya belum dapat balik kak, sebab ada urusan penting untuk diselesaikan di sini sehingga jumaat ni.lepas tu baru saya balik umah, insya Allah...

em,kat tempat tinggal kak skaf macam mana?ok ke?

to shuhadaa:

terima kasih shuhadaa...tazkirah yg menginsafkan.

to ummumishkah:

Amiinn. Semoga Allah lindungi anak2 akak yg masih kecil tu...

Unknown said...

kasian tengok gambar budak tu, kemane agak pegi mak....salam.

Cik Skaf said...

Afzan, kat sini dah ramai yg dijangkiti, bbrapa sekolah dan ipt pun dah ditutup. tapi kita yg bekerja ni masih jugalah meneruskan aktiviti kerja cam biasa.. cuma sedaya upaya mengikut juga langkah2 pencegahan, mcm yg afzan catit kat entri tu.. Akak dan pekerja2 kat sini pun memakai mask (restoran). Doa moga kita semua selamat.

Shahibul Afzan Wahab said...

to patahati (kenapa patah hati?),bersabar ye :

waalaikumussalam.emmm...mak dia sibuk memasak kot.

to kak skaf:

oh,kalau gitu kak skaf jagalah diri baik2 k...nak berhenti bekerja pun tak boleh juga.samalah macam doktor2 kat hospital.terpaksa menanggung risiko.didoakan agar akak dan kawan2 serta kita semua selamat.

arazma said...

terima kasih utk doa...kak buat link ke n3 ni...

Shahibul Afzan Wahab said...

sama2 kak azma.

silakan kak,tapi tulisan saya tak bagus. tak sangka pulak akak berkenan nak linkkan.hehe.

faridmw said...

salam... sekrang banyak penyakit yang merbahaya... semoga doa yang diberi dapat menghindari kita dari sebarang penyakit

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template