:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Sunday, August 16, 2009

Terimalah Aku Sebagai Kekasihmu Kembali

Suatu ketika dahulu
Engkau pernah menjadi kekasihku
Aku bersamamu setiap waktu
Meninggalkanmu sekejap membuatku rindu

Pernah aku menangis sendu
Lantaran susahnya mengingat isimu
Kucatatkan di dalam diari hidupku
Betapa sukar mujahadahku untukmu

Itu kisah-kisahku yang dulu
Sewaktu aku berada di bumi barakah DQ
Namun kini aku semakin malu
Denganmu serta dengan Penciptaku
Di mana kau sekarang di dalam hatiku?

Layakkah aku bergelar hamalatul Quran?
Aku malu ya Allah...

Puisi ini kutitipkan buat diriku
Agar aku menghargai kekasihku
Kerana kehilangannya susah diburu

Dari Ibnu Umar r.a.,bahawa Nabi Muhammad Sollallahu alaihi wasallam bersabda:

“Perumpamaan orang yang hafaz Al Quran adalah seperti pemilik unta yang terikat, jika dia terus menjaganya maka dia dapat terus memegangnya, dan jika dia lepaskan maka ia akan segera hilang.”

[Hadits diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim]

Ibnu Mas'ud r.a. berkata:

Penghafaz Al Quran harus dikenal dengan malamnya saat manusia tidur, dan dengan siangnya saat manusia sedang tertawa, dengan diamnya saat manusia berbicara, dan dengan khusyu'nya saat manusia gelisah. Penghafaz Al Quran harus tenang dan lembut, tidak keras, tidak sombong, tidak bersuara kasar dan tidak cepat marah.

Al Quran, terimalah aku sebagai kekasihmu kembali...

4 comments:

faridmw said...

salam... ubntung la sesiapa yang dpat menghafazkan alquran... bukan semua boleh..

Cik Skaf said...

salam afzan. agak sayu membaca puisi afzan . bagai terkena diri sendiri juga...

Slmt Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Moga kesihatan jasmani dan rohani kita terjaga baik sepanjang menjalani ibadah puasa dan ibadah2 lain sepanjang bulan ini.

dkama said...

ehm... lama dkama tak mengaji...

Shahibul Afzan Wahab said...

to faridmw:

jika ada keinginan dan keazaman, pasti semua org boleh menghafaznya...insya Allah. namun al Quran ini payah untuk dijaga, sangat mudah hilang daripada ingatan. para huffaz mesti istiqamah dengan 'iadah al Quran utk mengekalkannya.

to kak skaf:

Selamat menyambut Ramadhan juga buat kak Skaf...harapan saya juga macam akak.

Semoga kita semua sempat mengkhatamkan 30 juzu' al Quran dalam Ramadhan ini.

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template