:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Monday, January 11, 2010

Saya Sokong Cadangan Dialog

Saya agak pening-pening lalat dengan isu semasa di Malaysia. Pelbagai isu yang timbul. Agak sukar untuk men'digest' semuanya dengan kapasiti minda yang ada. Saya masih dalam peringkat mendengar, membaca, menilai dan meneliti daripada pelbagai sumber. Saya berharap untuk mendapat pencerahan yang secerah-cerahnya.


Isu penggunaan kalimah Allah dan pembakaran 7 buah gereja adalah isu yang sedang hangat diperkatakan. Saya tidak banyak ilmu untuk berbicara terutama dari segi memperkatakan tentang hukum hakam. Biarlah yang arif yang memperkatakannya. Walaubagaimanapun, saya sangat gembira dengan cadangan beberapa orang ulama dan beberapa pihak supaya diadakan dialog mengenai isu ini.

Bagi saya, mengadakan dialog yang membabitkan kepimpinan tertinggi politik dan agama di antara penganut agama Islam dan Kristian adalah suatu buah fikiran yang bernas. Selesaikanlah konflik isu kalimah Allah ini dengan memberi penerangan dan penjelasan. Ruang toleransi perlu diwujudkan agar 'win-win situation' dapat diterjemahkan dalam ruang lingkup yang dibenarkan.

Dialog sangat bermanfaat. Mengapa kadar non-Muslim di Barat yang memeluk Islam bertambah saban hari? Ini kerana banyaknya dialog antara agama yang diadakan di sana. Hasilnya, mereka telah jatuh hati kepada Islam. Bukan sekadar orang biasa, namun mereka adalah golongan elit, tokoh-tokoh serta golongan paderi juga.

Sebagai seorang Islam, kita perlu bersikap profesional dan rasional apabila berhadapan dengan sesuatu isu. Sikap yang tidak rasional dan emosional tidak banyak membantu menyelesaikan masalah, bahkan ia hanya akan memburukkan lagi keadaan. Buktikan bahawa kita orang Islam yang bijak dan agama kita, "Islam is Cool!"(ungkapan yang saya belajar daripada Mr. Shah Kirit dalam Workshop Dakwah baru-baru ini)

Free Public Forum yang bertajuk "Allah: Siapa Yang Punya?" sebagaimana iklan di bawah ini saya rasakan suatu permulaan yang baik. Berdebat dan berdialoglah secara ilmiah, intelek dan niat yang baik, pasti juga akan membuahkan natijah yang baik, saksama dan bijaksana.


Ya Allah, tunjukkanlah jalan kebenaran buat semua Muslimin dan Muslimat, serta bukakanlah pintu hidayah buat orang-orang bukan Islam untuk menerima kebenaran agamaMu...Amiiinnn ya Rabbal 'Alamiinnn...

p.s: Saya juga berharap akan ada dialog antara paderi Kristian dengan Majlis Fatwa Kebangsaan seperti yang disarankan oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

3 comments:

Unknown said...

assalamualaikum afzan.

kakchik pun sokong dialog ni. perbuatan sesetengah pihak telah mengguris banyak perasaan sedangkan Islam mengajar kita saling menghormati antara agama agar pihak agama lain memandang tinggi agama kita.

kakchik mohon izin untuk menggunakan gambar poster tu di blog kakchik.

Ilham Nur said...

Perkara lama sebenarnya. Dialog pernah dilakukan dulu, antara Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Boleh rujuk http://abim.org.my/component/content/article/28-artikel-pilihan/591-the-using-of-kalimah-allah-by-prof-syed-muhammad-naquib-al-attas.html

Shahibul Afzan Wahab said...

to kakchik: waalaikumussalam kakchik, silakan saja kak.

to ilham nur: terima kasih atas perkongsian link.rupanya perkara ni dah lama...adakah sebarang sebab tiba2 ia menjadi isu panas semula...hmm...

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template