:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Saturday, May 30, 2009

Monyet Oh Monyet

Assalamualaikum warahmatullah...

Coretan ini adalah coretan suka-suka. Berehat sebentar setelah bergelumang dengan nota-nota dan buku-buku basic medical science subjects yang agak tough. Peperiksaan untuk medical subjects telah berakhir pada hari ini. Lusa, peperiksaan akan diteruskan lagi dengan empat dental subjects yang tidak kurang toughnya. Semoga Allah taala memudahkan segalanya untuk saya.

Hari ini ada peristiwa lucu yang berlaku kepada saya. Kedua-dua tapak tangan saya telah luka dan berdarah akibat jatuh dikejar monyet di jalan raya berhampiran asrama petang tadi. Tapi mujurlah masih boleh menaip setelah ditampal Handyplast. Terima kasih buat Safi yang telah memberi dan memakaikan Handyplast untuk saya.

Sejak akhir-akhir ini, ditambah lagi dengan suasana asrama yang masih sunyi dengan ketiadaan pelajar-pelajar semester, monyet-monyet yang menetap di hutan berhampiran asrama semakin berminat untuk berkeliaran di kawasan asrama dan naik ke bangunan asrama. Tiap-tiap hari mereka akan datang ke asrama untuk menyelongkar tong-tong sampah untuk mencari makanan. Akibatnya,berseleraklah sampah-sampah di atas lantai. Kasihan sungguh buat Makcik Cleaner yang menyapu di pagi hari.

Pada waktu pagi Makcik Cleaner telah menyapu lantai sebersih-bersihnya, tetapi pada waktu petang datang pula makhluk ini untuk mengotorkannya. Ada kalanya mereka masuk ke bilik-bilik melalui tingkap yang terbuka. Kawan-kawan saya ada yang sudah beberapa kali kehilangan makanan yang disimpan di bilik.


Sekali mereka datang, ramai juga, dari datuk sampai cucu. Ibu yang mendukung anak kecil pun ada. Seronok juga melihat mereka. Tetapi hari ini mereka bertindak lebih agresif. Bapa monyet telah berani mengejar manusia, dan hari ini saya telah menjadi mangsanya. Huhu. Padahal saya hanya memandangnya sahaja dengan pandangan yang yang ikhlas. Hehe. Ketika itu saya berada di garaj. Terus saya dikejarnya. Saya pun lari untuk menyelamatkan diri. Takut betul dibuatnya. Tapi malang tidak berbau, saya terjatuh di atas jalan raya berhampiran kerana kasut yang saya pakai agak licin. Mujurlah selepas saya terjatuh monyet itu tidak menerkam saya pula. Kalau tidak...

Walaubagaimanapun alhamdulillah 'ala kulli haal. Mungkin sakit ini sebagai kaffarah dosa. Ada hikmahnya.

Buat kawan-kawan di sini, berhati-hati dengan monyet-monyet ini ya, terutama dengan bapa monyet yang garang-garang itu :).

Sekadar bercerita...Pedihnya...

Wednesday, May 20, 2009

Solat: The Best 'Sedative'

Penyakit resah dan gelisah kerana peperiksaan semakin terasa. Bahaya sungguh penyakit ini, sekali-sekala ia datang, sampai tidak boleh study dibuatnya. Saya memerlukan ubat penenang. 

Ubat penenang, di dalam pharmacology disebut sebagai sedative. Terdiri daripada drugs seperti benzodiazepines dan barbiturates. Contoh benzodiazepines adalah seperti alprazolam, clonazepam, diazepam, lorazepam dan midazolam. Manakala contoh barbiturates pula adalah seperti pentobarbital, phenobarbital dan secobarbital.

Namun begitu, ada satu lagi ubat penenang yang cukup berkesan. Suatu tip daripada al Quran buat hati mereka yang sedang resah dan bimbang. Tadabbur ayat ini:

إِنَّ الإِنسَـنَ خُلِقَ هَلُوعاً  

Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah lagi kikir.

 إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعاً 

Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah gelisah.

 وَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعاً 

Dan apabila ia beroleh kesenangan ia sangat bakhil dan kedekut.

   إِلاَّ الْمُصَلِّينَ  

Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang.

  الَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلاَتِهِمْ دَآئِمُونَ     

Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya.

(al Ma'arij:19-22)

Sunday, May 17, 2009

10 Hari Lagi...

Tinggal 10 hari lagi saya akan menduduki peperiksaan yang telah lama 'ditunggu-tunggu' iaitu Professional Exam untuk tahun ini. Selepas mengulangkaji saya meluangkan sedikit masa untuk membelek buku Ayyuhal Walad karangan Al Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al Ghazali (Imam al Ghazali). 

Nasihat kelima ini memuhasabahkan diri saya yang jahil. Ingin saya kongsikan di sini buat tatapan...

Wahai anakku yang tercinta,

Berapa banyakkah daripada malam-malam yang telah engkau penuhkan dengan berjaga untuk mengulangkaji dan mentelaahkan kitab, dan berapa lama engkau telah menahan tidur ke atas dirimu. Saya tidak pasti apakah niat yang mendorong engkau berbuat demikian, apakah hanya semata-mata mencari keuntungan dunia,  menghimpunkan segala mata bendanya dan mencapai kedudukan yang tinggi serta berbangga dengan kebolehanmu di hadapan kawan-kawan. Jikalau ini niatmu maka engkau akan rugi serugi-ruginya.

Tetapi jika niatmu di dalam segala usahamu itu untuk menghidupkan syariat Nabi Muhammad Sollallahu alaihi wasallam dan memperbaiki akhlakmu, serta memecahkan keinginan nafsumu yang selalu menyuruh untuk berbuat jahat, maka untunglah engkau seribu untung.

Sungguh benar seorang ahli syair yang berkata:

"Berjaga malam kalau bukan kerana zatMu adalah sia-sia dan menangis kalau bukan kerana kehilanganMu adalah tidak berguna."

Adakalanya dalam menuntut ilmu, niat ini sesekali terpesong. Sebab itulah perlu tajdid (perbaharui) niat setiap hari.

Saya ingin mengingatkan diri saya, saya menuntut ilmu kerana:

-ia adalah suatu ibadah kepada Allah, dan sememangnya kita dijadikan untuk beribadah kepadaNya.
-ingin menghidupkan syariat Allah.
-ingin memperbaiki akhlak.
-ingin menghilangkan kejahilan diri.
-ingin memberi manfaat kepada orang lain dengan penuh keikhlasan.

Apa lagi ya yang boleh kita niatkan dalam menuntut ilmu ini?

Sedikit dalil dan kata-kata yang boleh direnungkan:

"...Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat..." [al Quran, 58:11] 

“Siapa yang berjalan di jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga." [al hadith] 

"Beramal kerana Allah, tidak akan terasa lelah...Beramal dengan ikhlas, tidak akan terasa malas..." [kata-kata hikmah]

Ampunkan aku ya Allah, jika pernah niatku terpesong dalam menuntut ilmu...

...dan sempena peperiksaan yang bakal tiba ini, saya ingin meminta kemaafan daripada semua jika ada terbuat salah, jika ada hak yang tidak tertunai dan apa-apa sahaja. Maafkan saya, ya...Saya insan biasa yang punya kelemahan. Tegurlah saya jika saya salah.

-Shahibul Afzan binti Wahab

~ hanya redha dan kasihMu menjadi dambaanku ~

Friday, May 15, 2009

Terkini: Kes pertama flu A (H1N1) di Malaysia


Assalamualaikum warahmatullah, berita ini saya petik di malaysiakini.com.Buat warga Malaysia, kita harus berhati-hati...semoga kita dijauhkan daripada serangan virus ini...amiinn.

May 15, 09 1:40pm

kemaskini 5.19pm Seorang pelajar 21 tahun mangsa pertama disahkan positif dijangkiti wabak influenza A(H1N1) atau selesema babi - kes pertama di Malaysia, demikian diumumkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini.

"Kementerian ingin memaklumkan mengenai satu kes yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah disahkan positif influenza A(H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukan hari ini," kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

"Ia merupakan kes yang pertama influenza A(H1N1) dikesan di Malaysia." 

Pelajar itu, yang baru pulang dari Amerika Syarikat pada Rabu lalu, mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan semalam
dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama.

"Beliau telah diberi rawatan antivirus dan berada dalam keadaan stabil," kata Dr Mohd Ismail dalam satu kenyataan di laman web rasmi kementerian berkenaan.

Kementerian telah mengambil tindakan pencegahan dan kawalan termasuk penyiasatan perhubungan mangsa dengan orang lain, termasuk ahli keluarganya dan penumpang serta anak kapal penerbangan MH 091 dari Newark, USA yang tiba di lapangan terbang KLIA pada 7.15 pagi kelmarin.

Menurut kenyataan itu lagi, kementerian meminta semua klinik dan hospital swasta agar sentiasa merujuk segera kes-kes mereka yang baru kembali dari negara yang dilanda wabak tersebut dan mengalami gejala-gejala seperti demam dan salah satu daripada gejala berikut - batuk, susah bernafas, sakit badan, sakit kepala atau sakit tekak - ke hospital-hospital rujukan yang telah ditetapkan.

Sehingga jam 12 tengah malam tadi, selain kes di atas, Pusat Tindakan dan Persiapan Krisis (CPRC) kementerian menerima 11 lagi notifikasi kes - enam kes dimasukkan ke wad pengasingan Hospital Sungai Buloh, dua di hospital Seremban dan masing-masing satu kes di hospital Ipoh, Hospital Pulau Pinang dan hospital Kota Bharu bagi
tujuan siasatan dan pemerhatian. 

Sehingga 8 pagi tadi, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan satu lagi negara baru terjejas dengan influenza A (H1N1) iaitu Belgium yang melibatkan satu kes menjadikan
jumlah keseluruhan negara terlibat menjadi 34 buah. 

Kes terkumpul di serata dunia sebanyak 7,457 kes disahkan oleh ujian makmal dengan peningkatan sebanyak 1,378 kes berbanding dengan laporan pada hari sebelumnya, kata kementerian lagi.

Peningkatan ini dilaporkan di enam buah negara iaitu di Amerika Syarikat (946 kes), Mexico (387), Kanada (31), Panama (10), Colombia (3) dan Belgium (1).

Dua lagi kematian dilaporkan di Mexico, menjadikan keseluruhan kematian kepada 65 orang.

WHO masih lagi mengekalkan tahap amaran influenza pandemik di
Fasa 5 sejak 29 April dan tidak menyarankan sebarang tindakan sekatan perjalanan, perdagangan serta penutupan sempadan bagi
perlindungan kesihatan antarabangsa.

Kementerian Kesihatan memanggil satu sidang media khas berhubung perkara ini di Putrajaya jam 3 petang tadi.

Dalam kenyataan yang sama, Dr Mohd Ismail berkata tiada risiko mendapat jangkitan influenza A(H1N1) jika daging atau produk babi disediakan dan dimasak secara betul.

"Kementerian Kesihatan ingin menegaskan bahawa orang ramai tidak perlu bimbang dengan situasi influenza A(H1N1) di negara ini. 

"Kementerian dengan kerjasama semua agensi terlibat sentiasa meningkatkan pemantauan situasi influenza A(H1N1) dalam memastikan tindakan proaktif diambil bagi melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia," katanya.

Thursday, May 14, 2009

Di Sebalik As Sam'a wal Absaar

Jika anda seorang pembaca al Quran yang lazim, anda tentu perasan bahawa perkataan "as sam'a" yang membawa maksud pendengaran selalu mendahului perkataan "al absaar" yang bererti penglihatan.

Pernahkah anda terfikir kenapa Allah menyusun sedemikian di dalam kitabNya yang Maha Agung ini?

Sesungguhnya Allah jualah yang mengetahui rahsia di sebaliknya. Tetapi kita sebagai hambaNya digalakkan untuk berfikir tentang ciptaanNya kerana segalanya pasti mempunyai hikmah yang tersembunyi. Maha Suci Allah! 

Mungkin inilah rahsianya mengapa perkataan "as sam'a" didahulukan daripada "al absaar":

Yang pertama, mengikut ilmu embryology (perkembangan di dalam rahim ibu), deria pendengaran adalah deria pertama yang dijadikan Allah. Fetus sudah boleh mendengar bunyi ketika 24 minggu di dalam kandungan. Manakala deria penglihatan pula terbentuk ketika usia 28 minggu di dalam kandungan, di mana ketika itu retina menjadi sensitif kepada cahaya. 

Deria pendengaran juga adalah lebih dahulu bekerja ketika seseorang bayi lahir ke dunia. Sebab itulah bayi mudah terganggu dengan bunyi yang didengari berbanding apa yang dilihatnya. Mungkin kerana itu jugalah ibu-ibu yang mengandung digalakkan untuk banyak membaca al Quran terutamanya surah-surah pilihan seperti surah al-Fatihah, surah Yasin, surah at-Taubah, surah Yusuf, surah Luqman dan sebagainya kerana janinnya telah mampu mendengar, dan apabila dilahirkan, disunatkan pula untuk diazankan oleh bapanya. Cantiknya agama kita.


Rahsia yang kedua pula, pendengaran merupakan  satu-satunya deria yang aktif walaupun manusia itu sedang tidur, sedangkan penglihatan tidak. Sebab itu kita mampu dikejutkan dengan jam loceng untuk bangun di waktu pagi. Di dalam surah al Kahfi ayat 11, disebutkan tentang peristiwa Ashabul Kahfi yang tidur selama 309 tahun dengan ayat berikut:

"Maka Kami tutup telinga mereka beberapa tahun dalam gua itu." (al Kahfi: 11)

Frasa "Kami tutup telinga mereka" dalam ayat ini memberikan satu signifikan tentang pendengaran, iaitu mungkin kerana telinga mereka yang ditutup itulah mereka boleh tertidur selama 309 tahun tanpa jaga.

Gambar hiasan

Buat akhirnya, peliharalah nikmat As Sam'a wal Absaar yang dipinjamkan Allah kepada kita ini dengan sebaik-baiknya, kerana kelak kita akan ditanya mengenai mereka...Wallahu a'lam.

"Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya." (al Israa':36) 

Rujukan:
-Al Quranul Kareem
-Quran and Modern Science, Dr. Zakir Abdul Karim Naik
-www.harunyahya.com

Monday, May 11, 2009

The Window

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Saya ingin kongsikan suatu cerita ringkas dalam bahasa Inggeris yang baru saya baca. Tajuknya, "The Window"...

A young couple moved into a new neighbourhood.

The next morning, while they were eating breakfast, the young woman saw her neighbour hung the clothes outside.

She said to her husband, "That laundry is not very clean. She doesn’t know how to wash correctly. Perhaps she needs a better laundry soap."

Her husband looked on, but remained silent. Every time her neighbour would hang her  clothes to dry, the young woman would make the same comments.

About one month later, the woman was surprised to see nice and clean clothes on the line and said to her husband: "Look! She has learned how to wash correctly. I wonder who taught her this."

The husband said: "I got up early this morning and cleaned our windows."

* * *

Pengajaran daripada cerita ini :

1. Jangan mudah menuding jari kepada orang lain apabila berdepan dengan sesuatu masalah. Periksa dahulu diri kita, kerana mungkin masalah tersebut berpunca daripada kita sendiri.

2. Berfikiran positif dan jangan mudah menghukum melalui zahir@luaran sahaja.

3. Lihatlah semua perkara dengan pandangan mata hati yang bersih, bak kata lagu ini:

"Pandangan Mata Selalu Menipu
Pandangan Akal Selalu Tersalah
Pandangan Nafsu Selalu Melulu
Pandangan Hati Itu Yang Hakiki
Kalau Hati Itu Bersih"    

4.Berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran antara kita. Elakkan daripada mengata di belakang tetapi nasihatilah dengan berhikmah.

Wallahu a'lam...

Wednesday, April 29, 2009

Gigi Kacip dan Bentuk Muka

Assalamualaikum warahmatullah buat semua pembaca,

Sedikit perkongsian. Menurut apa yang saya pelajari di kelas Prosthetic daripada Professor Dr.Ibrahim Khalil, terdapat persamaan antara bentuk gigi kacip atas (upper central incisor) dengan bentuk muka kita . Cuba anda lihat gambar-gambar di bawah ini:

Gambar 1:
dengan


Gambar 2:
dengan


Gambar 3:
dengan

Sekarang cuba anda lihat bentuk gigi kacip atas anda dengan bentuk muka anda. Ada persamaan?

Mungkin ya, mungkin tidak. Hanya kajian manusia...

"Allah mengetahui apa yang dikandung oleh setiap perempuan, dan kandungan rahim yang kurang sempurna dan yang bertambah. Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya."(ar Ra'du:8)

"Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran." (al Qamar:49)

Wallahu a'lam...

Monday, April 27, 2009

Taubatku

Tuhan... 
Terimalah taubatku yang tidak sempurna...
Ia serba kekurangan dan banyak cacat celanya...
Tapi apakan daya...
Ini sahaja yang mampu kupersembahkan kepadaMu....

Telah kucuba sepenuh hati...
Tapi masih tidak mampu sempurna...
Aku harap dengan rahmatMu...
Terimalah jua taubatku...

Kasihanilah aku wahai Tuhan...
Hamba yang lemah ini...
PengampunanMu yang kuharapkan...
Siapa lagi yang dapat membelaku...
Kalau Engkau tidak membelanya...

Tuhanku...
Aku tidak layak untuk syurgaMu...
Tapi aku tidak sanggup untuk menanggung seksa nerakaMu...
Maka berilah keampunan kepadaku...
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.

(diedit daripada sebuah lagu nasyid sebagai monolog diri)

~Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku yang menggunung tinggi~

Friday, April 24, 2009

Human Diseases

Bismillahirrahmanirrahiim...

(A summary)

The human body consists of 10 systems:

Integumentary (kulit), Musculoskeletal (otot&skeleton), Nervous (Saraf), Reproductive(Pembiakan), Digestive (Pencernaan), Respiratory (Pernafasan),Hematopoietic (Pembentukan sel darah), Endocrine (Hormon), Renal (Perkumuhan-ginjal), Cardiovascular (Jantung & salur darah).

Formula: I am(M) Nervous Reproducing DR.HER Card (thanks to Dr. Ungku Chulan for this formula).

Important diseases according to the systems:

1)INTEGUMENTARY

2)MUSCULOSKELETAL

Arthritis:inflammation of a joint/joints which cause pain, stiffness and limitation of motion.

-rheumatoid arthritis: a chronic systemic inflammatory disorder that affected many tissue and organs, producing a nonsuppurative proliferative and inflammatory synovitis that often progress to destruction of the articular cartilage and ankylosis of the joint.

-juvenile rheumatoid arthritis:under 16 years

-osteoarthritis: a progressive erosion of articular cartilage principally affecting weight bearing joint(hips, knee, lower lumbar, cervical vertebrae, proximal and distal phalangeal joint).

Metabolic bone diseases:

-osteoporosis: reduction in bone density due to an imbalance between deposition and resorption rate.

-osteomalacia: failure of mineralization because of lack of calcium.

-parathyroid bone disease: the resorption of calcium bone by increasing osteoclastic activity.

-Paget's disease: excessive resorption of bone by abnormal large osteoclasts, may be related with paramyxovirus.

-renal osteodystrophy: combination of features seen in bone (excessive bone erosion and failure of mineralization of osteoid) that are related to chronic renal failure. 

Neoplasms of bone:

-osteosarcoma: primary malignant tumour of mesenchymal cells, characterized by direct formation of osteoid or bone by tumour cells.

-chondrosarcoma: malignant tumour of the cartilage in patients between 30-60 years.

-Giant cell tumour(osteoclastoma): presence of multinucleated giant cells scattered throughout a stroma of mononuclear stromal cells.

-Ewing sarcoma:highly malignant tumour of bone which arises in children and adolescent, also associated with cytogenetic abnormalities.

Osteomyelitis:inflammation of bone and marrow

3)NERVOUS

-Alzheimer's disease:a progressive, neurodegenerative disease that occurs in the brain.

-Amytrophic Lateral Sclerosis(ALS): a terminal neurological disorder characterized by progressive degeneration of nerve cells in the spinal cord and brain.

-Bell's palsy: an unexplained episode of facial muscle weakness or paralysis that begins suddenly and worsens over three to five days.

-Epilepsy and seizures
 Partial seizures: abnormal elecrical brain function occurs in one or more areas of one side of the    brain.
 generalized seizures:involve both sides of brain.  

4)REPRODUCTIVE

5)DIGESTIVE

Dysphagia:difficulty in swallowing

Diseases of esophagus
-congenital: atresia and fistula
-esophageal webs: ledgelike protrusions of the mucosa into the esophageal lumen.
-esophageal ring:concentric, smooth, thin extension of normal esophagus.
-esophagial diverticula:a sac or pouch arising from the esophagus.
-achalasia:persistent contraction of lower esophagus.
-esophagitis: inflammation of the esophageal mucosa.
-esophageal varices: dilation of submucosal esophagus.
-Mallory Weiss: bleeding from tears in the mucosa at the junction of the esophagus and stomach due to severe retching.
-carcinoma of esophagus:squamous papilloma, leiomyoma, fibroma, lipoma, carcinoid tumour, malignant melanoma.

Diseases of the stomach:

-pyloric stenosis:congenital, caused by hypertrophy of the muscle layer of the pylorus resulting in the palpable mass causing gastric outlet obstruction and projectile vomiting.
-gastritis: inflammation of gastric mucosa
-peptic ulcer: gastric ulcer(antrum of stomach), duodenal ulcer (1st part of duodenum)
-tumour of stomach:gastric carcinoma(most), lymphoma, carcinoids, GIST

Lesions of intestines

-polyps:tubular(pedunculated)/ villous(sessile)/ tubulovillous 
-colorectal carcinoma
-carcinoid tumour

6)RENAL 

7)HEMATOPOIETIC
-anemia: a reduction in the oxyegen-transporting capacity of blood.
-thrombocytopenia: a reduction in the peripheral blood platelet count below the lower limit of 150,000/cumm.
-hemophilia: a group of congenital coagulation disorders leading to an abnormal bleeding tendency due to genetically determined sex linked recessive defect.

8)ENDOCRINE

Adrenal cortex:
Adrenal hyperfunction: 
-hyperaldosteronism= Conn's syndrome
-hypercorticolism= Cushing's syndrome

Adrenal hypofunction:
-Addison's disease

Adrenal medulla:
1) Neuroblastoma: a maligant tumour composed of neuroblastoma.
2) Pheochromocytoma: a benign, solitary tumour originating from the medulla.

Thyroid: 
Hyperthyroidism
-hyperactive multinodular goiter
-Grave's disease:an autoimmune disorder caused by antibodies to the TSH receptor on the surface of the thyroid follicular cells.
-thyroid neoplasms
Hypothyroidism

Parathyroid:

Hyperparathyroidism
Hypoparathyroidism

9)RESPIRATORY

Pulmonary tuberculosis: caused by mycobacterium tuberculosis

Pneumonia:any infection of the lung parenchyma.

-bacterial pneumonia: bacterial invasion of the lung parenchyma evoking an exudative solidification of the lung parenchyma.
-bronchopneumonia:patchy consolidation of the lung.
-lobar pneumonia:acute bacterial infection of a large portion of a lobe or entire lobe of lung.
-aspiration pneumonia: occurs in markedly debilitated patients or those who apirate gastric contents either while unconcious or during repeated vomiting.
 
Chronic obstructive airway diseases:

-emphysema: a condition of lung characterized by abnormal permanent enlargement of the air spaces distal to the terminal bronchioles accompanied by  destruction of the walls, without obvious fibrosis.

-chronic bronchitis:any patient who has persistent cough with sputum production for at least 3 months in at least 2 consecutive years.

-bronchial asthma:a disease characterized by increased responsiveness of tranchiobronchial tree to various stimuli, potentiating the paroxysmal constriction of the bronchial airways.
 
-bronchiectasis:a chronic necrotizing infection of the bronchi and bronchioles leading to or associated with abnormal dilatation of these airways.

-Lung cancer: squamous cell carcinoma, adenocarcinoma, bronchioloalveolarcinoma, large cell carcinoma,small cell carcinoma, carcioid tumor, metastatic tumors

-Lung abscess: a local suppurative process within the lung, characterized by necrosis of lung tissue.

10)CARDIOVASCULAR

-Ischemic heart disease:a group of closely related syndromes resulting from imbalance between the supply and demand of the heart for oxygenated blood. 

1)angina pectoris: pain originating in chest and radiating to left shoulder.
2)myocardial infarction:coagulative necrosis of part of myocardium due to abrupt decrease in coronary blood flow following a complete thrombotic occlusion of artery previously narrowed by atherosclerosis. 
3)chronic ischemic heart disease
4)sudden cardiac death:unexpected death from cardiac causes early after or without onset of symptoms.

-Cardiac myopathies: diseases of the myocardium associated with cardiac dysfunction.

-Arteriosclerosis: a group of disorders that have in common thickening and loss of elasticity of arterial walls.

1)atherosclerosis:characterized by intimal lesion called atheroma which protrude into and obstruct vascular lumen and weaken the underlying media.
2)Monckeberg's@ medial calcific sclerosis: characterized by ring like calcifications within the media of medium-sized to small arteries.
3)arteriolosclerosis

Tuesday, April 21, 2009

Entri Study: Pathology

Pesanan untuk diri sendiri;

"Di dunia mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. 
Dan selalu memohon keampunan di waktu pagi sebelum fajar."
(az Dzaariyat: 17& 18)

Dua ayat ini adalah antara ciri-ciri orang yang bertaqwa yang bakal merasai syurga dan mata-mata air di akhirat kelak. Kurangkanlah tidurmu jika mahukan kejayaan di dunia dan di akhirat. Selamat bermujahadah diriku...

Pertamanya saya meminta maaf kepada semua pembaca sekiranya blog ini telah menjadi bosan dengan entri-entri study saya.  Buat masa ini, saya terpaksa memanfaatkan blog sebagai diari yang mencatat ilmu yang dibaca dengan matlamat agar saya mudah mengingatinya.

Kali ini tentang Pathology. Pathology ini adalah satu bidang yang membincangkan tentang fungsi badan yang abnormal. Berlawanan dengan Physiology yang membincangkan tentang fungsi badan yang normal.

GENERAL PATHOLOGY (Important concepts from my point of view)

10 group of lesions:

1.degeneration= non-pigmented cytoplasmic changes

-based on the type of substance accumulated and on the type of cell
a.glycogen infiltration (liver and kidney)
b.fatty change (liver)
c.cholesterol infiltration (foamy cells)
d.hydropic degeneration (liver, kidney, heart)
e.mucoid degeneration (adipose tissue)
f.granular degeneration (liver)
g.hyline degeration (parenchyma organs)
h.fibrinoid degeneration (tunica media)
i.amyloid degeneration (capillaries)

2.necrosis = cytoplasmic, nuclear and membrane changes

a.Zenker's necrosis(muscle)
b.fat necrosis (fat)
c.osteo-necrosis(bone)
d.fibrinoid necrosis (blood vessel)
e.coagulative necrosis (any tissue)
f.gangrenous necrosis
g.liquefective necrosis
h.caseous necrosis

 3.inflammation = D+N+CD+GD+IIC

-stages:
1. tissue changes = tissue injury = degeneration -> necrosis
2. vascular changes = CD = Vasodilation -> Vascular permeability -> oedema
3. Exudation + infiltration = increased inflammatory cells
4. regeneration + repair = GD = hyperplasia + fibroplasia

-acute inflammation
-chronic inflammation

4.growth disturbances=changes in A,N,T,S

A=arrangement=dysplasia (epithelium), dystrophy (connective tissue)

N=number=hyperplasia/ hypoplasia/ aplasia

T=type=metaplasia

S=size=hypertrophy/atrophy

5.circulatory disturbances= D of CVS

-oedema
-embolism
-thrombosis
-infarction
-shock

6.trauma= physical+chemical stimuli

7.pigmentation=pigments

8.neoplasia=GD -> dysplasia

-anaplastic features:
1. increased cell size
2. increased nuclear size
3. increased nucleolar size
4. increased nuclear:cytoplasmic ratio
5. increased mitotic figures
6. increased dysplasia (abnormality of development)
7. loss of polarity
8. hyperchromasia
9. pleomorphism
10.misallignment

9.congenital anomalies@genetic disorders= GD -> foetal stage

-Mendelian disorders
-Single gene disorders with non-classic pattern of inheritance.
-Multifactorial inheritance
-Chromosomal disorders
1) Down Syndrome
2) Cri-du-chat syndrome
3) Prader-Willi syndrome
4) Turner syndrome
5) Klinefelter syndrome
6) Fragile X syndrome

10.miscellaneous

to be continued...
Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template