:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Monday, January 19, 2009

Masjid al Aqsa vs Dome of the Rock

Mungkin ramai di antara kita yang menyangka bahawa masjid berkubah kuning di atas adalah Masjid al Aqsa.Yang sebenarnya, ini adalah masjid Qubah as Sakhra’ atau nama lainnya Dome of the Rock. Masjid al Aqsa adalah sebuah lagi masjid yang kelihatan agak samar-samar dalam gambar di atas.


Masjid al Aqsa yang sebenarnya. Masjid Al-Aqsa (Arab: المسجد الاقصى,Al-Masjid Al Aqsa, erti harfiah: "masjid terjauh") adalah salah satu bangunan yang menjadi bahagian daripada kompleks bangunan suci di Kota Lama Jerusalem (Jerusalem Timur) yang dikenal dengan nama Al-Haram asy-Syarif bagi umat Islam dan dengan nama Har Ha-Bayit (Bukit Baitallah) bagi umat Yahudi dan Nasrani.

Banyak media tempatan dan antarabangsa yang melakukan kesilapan ini, dengan memperkenalkan Dome of the Rock sebagai Masjid al Aqsa. Jika tanpa sengaja, mungkin mereka boleh dimaafkan. Tetapi jika kekeliruan ini sengaja diadakan, tentu sekali tujuan mereka adalah sebagai ‘pembodohan’ kepada dunia. Matlamat mereka hanyalah satu, iaitu untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yang sebenarnya, dan membina Solomon Temple di atas tapak keruntuhannya. Apabila Umat Islam sendiri sudah terkeliru, maka semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan perancangan tersebut.

Agenda Israel menghapuskan Masjidil Aqsa


Berikut disertakan juga terjemahan daripada surat yang dikarang dan dikirimkan oleh Dr. Marwan kepada ketua pengarang "Al-Dastour" harian.

Terjemahan surat Dr. Marwan:

Terdapat beberapa kekeliruan di antara Masjidil Aqsa dan The Dome of The Rock. Apabila sahaja disebut tentang Masjidil Aqsa di dalam media tempatan mahupun antarabangsa, gambar The Dome of The Rock pula yang dipaparkan. Sebab utama ia dilakukan adalah bagi mengabaikan orang ramai dimana ianya adalah perancangan Israel. Tinjauan ini diperolehi semasa saya tinggal di USA, dimana saya telah dimaklumkan bahawa Zionis di Amerika telah mencetak dan mengedarkan gambar tersebut dan menjualkannya kepada orang arab dan Muslim. Kadangkala dijual dengan harga yang murah bahkan kadangkan diberikan secara percuma supaya Muslim dapat mengedarkannya dimana-mana sahaja. Tak kira di rumah mahupun pejabat.

Ini meyakinkan saya bahawa Israel ingin menghapuskan gambaran Masjid Al-Aqsa dari ingatan umat Islam supaya mereka dapat memusnahkannya dan membina kuil mereka tanpa sebarang publisiti. Sekiranya terdapat pihak yang membangkang atau merungut, maka Israel akan menunjukkan gambar The Dome of The Rock yang masih utuh berdiri, dan menyatakan bahawa mereka tidak berbuat apa-apa. Rancangan yang sungguh bijak! Saya juga merasa amat terperanjat apabila bertanya kepada beberapa rakyat arab, Muslim, bahkan rakyat Palestin kerana mendapati mereka sendiri tidak dapat membezakan antara kedua bangunan tersebut. Ini benar-benar membuatkan saya berasa kesal dan sedih kerana hingga kini Israel telah berjaya dalam perancangan mereka.


Dr. Marwan Saeed Saleh Abu Al-Rub,
Associate Professor,
Mathematics Zayed University Dubai.


Puak-puak Yahudi itu berusaha membina Solomon Temple kerana mereka meyakini kandungan Kitab Perjanjian Lama (Taurat) bahawa akan datang di akhir zaman seseorang yang mereka anggap sebagai dewa penolong Yahudi yang dinamakan “Messiah” (Al Masih, dalam bahasa Arab) apabila mereka mengadakan ritual agama di Solomon Temple dengan mempersembahkan sapi betina yang berwarna merah.

[EDITED]
Di bawah ini adalah gambar keseluruhan Baitul Muqaddas. Terima kasih kepada Rdhanz kerana berkongsi info ini di ruangan komen.

1 comment:

Unknown said...

Untuk jelas dengan isu ini kena tengok gambar keseluruhan Baitul Muqaddas.

http://www.ezsoftech.com/ramadan/i/baitul_muqaddas.jpg

1. Seluruh kawasan Baitul Muqaddas yang meliputi Tembok Buraq (Tembok Ratapan Yahudi), Kubah Sakra dan Masjid Qibli adalah kawasan yang dijanjikan 500 kali ganda pahala solat.

2. Masjid berkubah itu dinamakan Masjid Al-Aqsa atau Masjid Al-Qibli. Solat Jumaat didirikan di sini.

3. Terdapat beberapa masjid lain di sekitar kawasan ini.

4. Kubah Sakra (Dome of the Rock) sengaja dipublisitikan kerana:

a. Ia lebih besar dan cantik.

b. Mereka sedang merancang untuk meruntuhkan Masjid al-Qibli untuk dibina Haikal Sulaiman.

c. Orang Islam akan terkeliru sama ada yang runtuh itu masjid atau bukan masjid.

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template