:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Wednesday, May 20, 2009

Solat: The Best 'Sedative'

Penyakit resah dan gelisah kerana peperiksaan semakin terasa. Bahaya sungguh penyakit ini, sekali-sekala ia datang, sampai tidak boleh study dibuatnya. Saya memerlukan ubat penenang. 

Ubat penenang, di dalam pharmacology disebut sebagai sedative. Terdiri daripada drugs seperti benzodiazepines dan barbiturates. Contoh benzodiazepines adalah seperti alprazolam, clonazepam, diazepam, lorazepam dan midazolam. Manakala contoh barbiturates pula adalah seperti pentobarbital, phenobarbital dan secobarbital.

Namun begitu, ada satu lagi ubat penenang yang cukup berkesan. Suatu tip daripada al Quran buat hati mereka yang sedang resah dan bimbang. Tadabbur ayat ini:

إِنَّ الإِنسَـنَ خُلِقَ هَلُوعاً  

Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah lagi kikir.

 إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعاً 

Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah gelisah.

 وَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعاً 

Dan apabila ia beroleh kesenangan ia sangat bakhil dan kedekut.

   إِلاَّ الْمُصَلِّينَ  

Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang.

  الَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلاَتِهِمْ دَآئِمُونَ     

Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya.

(al Ma'arij:19-22)

7 comments:

dkama said...

kompom tu lah dia ubat penenang yang paling berkesan... :)

arazma said...

Dgn mengingati Allah, hati akan jd tenang sebab kita tahu Allah sentiasa ada bersama kita, insyaAllah..
bila dah cukup usaha, berdoalah dan bertawakkal pd Allah...

*kak pun berharap kita dpt bertemu suatu masa nanti.... insyaAllah. mana tau kut abis belajo nnt, afzan jd dentist kt spital kuale ke...

Shahibul Afzan Wahab said...

To saudara dkama:
betul,drugs boleh jadi toxic jika diambil melebihi dose...tapi kalau solat yg melebihi dose, bertambah lagi ketenangan yg kita dapat.

To kak azma:
insya Allah,dengan izinNya kita akan dapat kenal suatu hari nanti...terima kasih atas nasihat kak.

Farid Rashidi said...

Salam,

Sememangnya peperiksaan suatu perkara yang agak menakutkan. Apapun, doakan saya juga ya!

Azan Subuh said...

insya Allah,semoga Allah memudahkan urusan2 kita.

Abdul Hakim Bin Baharudin said...

Subhanallah...
Sesungguhnya tidak ada sesuatu pun ciptaan Allah itu sia2.
Lebih2 lagi taklifan yang disyariatkan

Shahibul Afzan Wahab said...

betul sangat2...syariat Allah yang diperintahkan untuk kebaikan manusia juga.malangnya ada juga yang mempertikaikan syariat sedangkan Allah yang Maha Mengetahui hakikat makhlukNya.

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template