:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::

Tuesday, May 31, 2011

Pengalaman Menguruskan Kecemasan

Sudah lama blog saya tidak terusik. Sudah sebulan lebih juga saya bercuti di rumah. Alhamdulillah, nikmatnya masa lapang. Sabda Nabi, dua nikmat yang biasa dilupakan manusia ialah nikmat sihat dan nikmat masa lapang. Saya memohon perlindungan kepada Allah, agar tidak tergolong dalam golongan yang mengkufuri nikmat ini.

Teringin untuk menceritakan pengalaman saya 3 hari yang lepas. Saya berpeluang menjadi fasilitator untuk program pelajar lepasan SPM. Namun ada satu kenangan yang tidak dapat dilupakan dalam program ini. Pengalaman menguruskan seorang peserta lelaki yang pengsan ketika slot Muhasabah. Kebetulan, saya adalah fasilitator perempuan yang diamanahkan untuk incharge slot ini.

Alkisahnya, ketika kami sedang memuhasabah peserta, seorang peserta lelaki tiba-tiba jatuh terlentang. Mujurlah ketika itu semua peserta dalam keadaan duduk. Saya terus ke belakang dewan, menghamparkan tikar dan membuka kipas. Beberapa orang fasilitator lelaki mengangkatnya ke belakang dewan.

Disebabkan urusetia dan fasilitator lelaki rata-rata mengambil jurusan agama dan engineering, terpaksalah saya bertindak sebagai penyelamat dengan ditemani rakan saya, Nik Aina. Saya terfikirkan bahawa peserta lelaki tersebut mungkin pengsan kerana 'vasovagal attack' dan cara untuk manage patient sebegini ialah meletakkannya dalam Trendelenburg position! Selain itu saya juga mencadangkan agar baju peserta tadi ditanggalkan untuk memudahkannya bernafas. Prinsip ABC saya applikasikan iaitu A-airway, B-breathing dan C-circulation.

Inilah dia Trendelenburg position

Tidak berapa lama kemudian, alhamdulillah, peserta tadi mulai respon tanda sudah sedar dari pengsan. Setelah bertanya kepadanya, rupa-rupanya dia tidak makan seharian. Tidak tahu apa sebabnya, sedangkan makanan disediakan sepanjang program berlangsung. Sekarang sedarlah saya bahawa dia pengsan kerana hypoglycaemia. Saya dan Nik Aina terus bergegas ke tempat persegaran mencari minuman dan makanan manis yang ada. Alhamdulillah, setelah disuapkan oleh seorang fasilitator lelaki, peserta tadi kelihatan bertambah stabil.

Syukur kepada Allah, segala-galanya selamat. Saya mula terfikir, inilah pentingnya menuntut ilmu. Sekadar belajar teori di dalam kelas, mungkin kita tidak begitu menghargainya, tetapi setelah berada dalam situasi yang sebenar, kita akan rasa bersyukur, kerana sekurang-kurangnya kita dapat menolong menyelamatkan nyawa insan-insan lain dengan pertolongan daripada Allah. Sesungguhnya ilmu itu sangat penting. Sangat-sangat penting.

"Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya." (al-Maidah: 32)

Alhamdulillah 'ala kulli haal...

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template