:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Tuesday, December 30, 2008

OH PALESTIN...


"Fwd: HAMAS launched 3rd intifadha after Israeli regime assaulted Gaza yesterday.300+ martyred and 700+ injured! Students, show our solidarity by wearing ALL BLACK tomorrow!"

SMS ini saya terima dari seorang kawan malam tadi yang membuatkan saya memilih pakaian hitam untuk dipakai ke kuliah pada hari ini. Walaupun hari ini saya terasa agak longlai untuk melangkah ke kuliah kerana sibuk pada cuti hujung minggu yang lalu, dan ditambah pula dengan pakaian serba hitam yang menjadikan saya mungkin kelihatan suram, namun saya percaya, inilah satu usaha yang dapat dilakukan untuk menunjukkan keprihatinan kita terhadap bumi Palestin.Palestin, bilakah engkau akan aman? Sungguh sedih dan pilu mengenangkan rakyat-rakyat di bumi yang dirampas haknya ini. Rejim Zionis, tunggulah balasan Allah di atas kezaliman kamu di akhirat kelak!

Ayuh kawan-kawan! Sumbangkanlah apa sahaja yang kita mampu untuk Palestin!Mungkin kita tidak mampu untuk turun berjuang di sana. Namun kita masih mampu untuk memboikot barangan Yahudi@Israel,menghulurkan derma serta melafazkan doa kudus untuk mereka di dalam setiap doa dan munajat kita.

Dengarkanlah rintihan anak Palestin ini...


Ayah...!!, kata mereka kau penjahat,
padahal sebenarnya engkau bukan penjahat,
ayah..!!, mengapa mereka jauhkan aku darimu,
mereka menangkapmu tanpa memberi kesempatan,
untuk menciumku meskipun hanya sekali,
atau mengusap air mata ibu.

Ibu...!!, aku melihat air mata di kelopak matamu setiap pagi,
apakah palestin tidak berhak diberi pengorbanan...??,
setiap hari aku bertanya kepada matahari,
ibu, apakah ayah akan kembali pada suatu hari,
ataukah dia akan pergi selamanya sampai hari kiamat,
atau dia akan mengusap air mata ibu yang terus menitis setiap hari...??

Wahai ayah, dimanakah engkau...??

Ooh...bayi-bayi yang dijajah,
kini telah datang hari raya baru setelah hari raya tahun lalu,
dan bayi baru pun terlahir sesudah bayi yang itu,
dan para syuhada berguguran,
setelah gugurnya syahid yang lalu,
sedang ayah masih disembunyikan di sebalik jeriji besi,
dalam sel mengerikan yang tidak layak dihuni manusia,
mana hari kemenangan dan kehancuran penjara-penjara besi itu...??,
malulah kalian...malulah kalian...malulah kalian...

Aku ingin ayah pulang,
Aku ingin ayah pulang,
Aku ingin ayah pulang...

Ya Allah, kurniakanlah ketabahan kepada mereka...amin...

Monday, December 29, 2008

KULLU 'AAMIN WA ANTUM BIKHAIRIN


Hari ini dah masuk 1 Muharram 1430 H...Selamat datang tahun baru!

Thursday, December 25, 2008

KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH DI DUNIA


Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti!

Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna....
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

(sajak ini selalu diperdengarkan di ikim.fm)

-copy paste dari yahoo mail.

Wednesday, December 24, 2008

SELAMAT BERMUJAHADAH

Assalamualaikum buat pengunjung blog yang dihormati...

Minggu ni saya agak banyak sesi di klinik gigi dan banyak perkara perlu diulangkaji...tidak sempat untuk saya menulis apa-apa.Hanya dapat memasukkan poster ini =)

Didoakan semoga semua berjaya dalam segala perkara yang diceburi. Allahumma amin...Salam mujahadah untuk semua! Buat yang terbaik dalam hidup...

Sunday, December 21, 2008

KEMUSYKILAN AGAMA

Assalamualaikum…

Buat pembaca yang budiman, saya mempunyai satu kemusykilan agama. Saya sudah bertanya kepada seorang ustaz dan ustazah tetapi kedua-duanya masih belum reply walaupun sudah lama menunggu. Mungkin sibuk dengan keluarga masing-masing.

Apakah hukumnya membaca doa awal dan akhir tahun?

Perkara ini diamalkan di tempat saya, tetapi saya ada terjumpa suatu artikel (tidak diketahui organisasi mana yang mengeluarkan)yang menyatakan bahawa bagaimana boleh wujud doa awal dan akhir tahun, sedangkan sambutan awal Muharram tidak pernah wujud di zaman Rasulullah. Malah, hadis tentangnya adalah palsu.

Saya amat berharap jika ada pembaca yang mengetahui hukum yang sebenar, dapat mencoretkan sedikit komen di sini sebelum menjelangnya tahun baru 1430H ini. Jika hukum sebenarnya adalah harus atau sunat, saya bercadang untuk menganjurkan majlis bacaan doa-doa tersebut bersama-sama pelajar-pelajar pergigian di sini melalui Biro Tarbiyyah yang ditaklifkan kepada saya yang lemah ini.

Barakallahu fikum. Jazakumullahu khairan jaza’.

Saturday, December 20, 2008

BAGAIMANA MEMILIH BERUS DAN UBAT GIGI 2

Entri ini adalah sambungan dan penambahan kepada entri yang lepas. Terima kasih buat sahabat yang mencadangkan.Semoga bermanfaat.

Perkara-perkara asas yg perlu diperhatikan ketika membeli berus gigi:

1. Pilih berus gigi berkepala kecil
- membantu memberus bahagian yang sukar dicapai di dalam mulut.

2. Mempunyai berus yang lembut
-mengelakkan kecederaan gusi. Enamel adalah struktur yang paling keras, tetapi gusi adalah lembut dan mudah terkakis.

3. Mempunyai pemegang yang selesa
- supaya tidak tergelincir ketika anda memegangnya.

Ini sahaja.

Di bawah ini pula perkara-perkara sampingan. Maksudnya, jika anda tidak menitikberatkannya pun tidak jadi masalah.

1.Memilih berus gigi ‘powered’@ ‘electric’ @ ‘sonic’
.

Menurut kajian, berus gigi ini didapati lebih berkesan daripada berus gigi manual dalam menanggalkan plak dan meningkatkan motivasi untuk memberus gigi. Cuma harganya lebih mahal.

2.Mempunyai ‘tongue cleaner’
.

Lidah kita perlu dibersihkan untuk menyingkirkan bakteria dan mengelakkan mulut berbau (halitosis). Jika berus gigi anda tiada pembersih lidah, bersihkanlah lidah anda dengan bulu berus gigi.

3.Warna
.

Jika anda meminati hijau, pilihlah hijau dan jika meminati biru, pilihlah biru. Dua warna ini tiada kaitan dengan politik, sebagai contoh sahaja:)

* Penggantian berus gigi secara kerap menyumbang kepada konsistensi mengekalkan kesihatan gigi yang tinggi kerana kajian klinikal menunjukkan berus gigi baru mampu menanggalkan 30% lebih banyak plak daripada berus gigi berusia lebih tiga bulan.

Di bawah ini pula adalah teknik-teknik memberus gigi yang betul. Gigi kita perlu diberus sekurang- kurangnya 2 kali dalam sehari. Tempohnya lebih kurang 2 minit setiap kali memberus gigi.

Langkah 1:

Untuk permukaan luar gigi, letakkan berus pada sudut 45 darjah di atas permukaan gigi.Gunakan gerakan memberus yang lembut dan pendek, dengan menggerakkan berus antara gigi dan gusi.

Langkah 2:




Untuk membersihkan bahagian dalam gigi belakang, tempatkan bulu berus bersebelahan dengan permukaan gusi dan berus secara bulatan.




Langkah 3:


Untuk membersih bahagian dalam gigi hadapan, pegang berus menegak dan gunakan pergerakan lembut ke atas dan ke bawah menggunakan hujung berus.

Langkah 4:

Untuk membersihkan permukaan mengunyah gigi (occlusal surface), berus dengan gerakan mundar-mandir untuk mencapai bahagian belakang gigi.

Langkah 5:



Bersihkan lidah dari belakang ke hujung lidah untuk 10 saat.








Sekiranya ada maklumat di sini yang kurang jelas, silalah bertanya kembali kepada saya.

Rujukan:

1.Dr. Shawfekar,Kulliyyah of Dentistry IIUM(2008).Teeth brushing technique.
2.Slide PowerPoint Presentation Pelajar Pergigian UKM. Oral health education.
3.Utusan Malaysia Online. Arkib 20/04/2008. Cara terbaik memberus gigi.
4.Colgate Oral Health Kit.

Wednesday, December 17, 2008

BAGAIMANA MEMILIH BERUS DAN UBAT GIGI

Dalam pemilihan berus gigi, anda harus memilih berus gigi yang lembut, biasanya ditandakan dengan perkataan ‘soft’ atau ‘super soft’. Jangan memilih yang keras kerana ini boleh menyebabkan kecederaan pada gusi anda.

Dalam pemilihan ubat gigi pula, digalakkan untuk anda menggunakan ubat gigi yang mengandungi fluorida. Kebiasaannya, fluorida di dalam ubat gigi adalah dalam bentuk stannous fluoride, sodium fluoride atau monofluoride phosphate (MFP). Fluorida penting untuk gigi bagi mencegah karies (gigi berlubang). Ini kerana fluorida boleh membantu dalam menghalang proses demineralisasi (penyingkiran mineral) daripada gigi dan mengaktifkan proses remineralisasi (menambahkan mineral kembali). Jika anda pernah mendengar bahawa fluorida adalah beracun atau toksik, fakta tersebut hanya benar jika fluorida diambil secara berlebihan. Tetapi kandungan fluorida di dalam ubat gigi dan air paip adalah di tahap yang selamat dan sesuai. Selain daripada ubat gigi, produk pergigian lain yang mengandungi fluorida ialah ‘mouth rinse’(cecair kumur) dan floss. Gunakanlah produk- produk ini untuk mendapat ‘extra protection’ bagi gigi anda.

Jika anda menghadapi masalah gigi sensitif pula, gunakanlah ubat gigi untuk gigi sensitif kerana ia mengandungi ramuan aktif tambahan, iaitu potassium citrate.

UBAT GIGI COLGATE

Di pasaran sekarang, saya mendapati ubat gigi yang paling baik untuk digunakan ialah Colgate Total. Ini kerana Colgate Total bukan sahaja mengandungi fluorida, malah ia menyediakan perlindungan antibakteria selama 12 jam melalui Triclosan 0.3% dan PVM Copolymer yang terkandung di dalamnya. Ubat gigi berjenama lain masih tidak mengandungi bahan ini. Triclosan akan menghalang pembentukan plak pada permukaan gigi manakala Copolymer akan memanjangkan tempoh masa tindakan Triclosan.

Adakah anda ragu dengan status halalnya? Dahulu saya juga begitu. Tetapi pada hari ini, Colgate telahpun disahkan halal oleh badan-badan yang diiktiraf oleh JAKIM dan bakal mempamerkan logo halal Malaysia dalam masa terdekat. Saya telah meyakini bahawa produk ini halal untuk digunakan. Kami pelajar-pelajar pergigian UIAM juga telahpun 2 kali dibawa melawat Kilang Colgate-Palmolive di Petaling Jaya untuk mendapatkan sedikit sebanyak maklumat tentang produk-produknya.

UBAT GIGI KELUARAN SYARIKAT ISLAM


Saya turut berbangga dengan syarikat-syarikat Islam seperti Mu’min, Halagel, HPA dan sebagainya apabila mereka tampil dengan ubat gigi halal. Tetapi difahamkan bahawa ubat-ubat gigi tersebut tidak mengandungi fluorida, sedangkan gigi kita sangat perlu kepada fluorida. Apa yang patut kami lakukan sebagai mahasiswa pergigian yang menyokong dan cintakan Islam dan ummatnya dalam hal ini? Pandangan anda sangatlah dialu-alukan.

Tuesday, December 16, 2008

TADABBUR

Assalamualaikum...semoga Allah merahmati para pembaca sekalian.

Saya tiada idea untuk menukilkan apa-apa, tetapi keinginan untuk meletakkan entri baru sangat-sangat tinggi.

Jadi, saya ingin mengajak para pembaca bersama-sama saya untuk mentadabbur 'ayat-ayat cinta' daripada Allah ini...iaitu ayat terakhir surah al Fath.


Sifat-sifat Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat baginda di dalam Taurat dan Injil


Maksudnya:

"Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu lihat mereka ruku' dan sujud mencari kurnia Allah dan keredhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud [1406]. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah ia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya kerana Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka keampunan dan pahala yang besar."
(al Fath:29)

[1406]. Maksudnya: pada air muka mereka kelihatan keimanan dan kesucian hati mereka.


Semoga Allah menempatkan kita semua dalam golongan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh...

Sunday, December 14, 2008

KAHWIN SEMASA BELAJAR?

Bacalah pandangan daripada Ustaz Hasrizal Abd Jamil di sini.

Saturday, December 13, 2008

AZAM BARU 2009

Semoga hidup kita sentiasa dipandu dengan petunjuk Ilahi...

Assalamualaikum semua…

Anda dah ada azam untuk tahun baru 1430 dan 2009? Saya dah ada 7 azam yang ingin dicapai pada tahun hadapan, insya Allah.

Untuk tahun 2008, saya ada 8 azam dan selepas saya menilainya, alhamdulillah 7 berjaya dan lagi 1 gagal. Mungkin strategi saya tidak kena dan harus ditukar dengan strategi yang lain untuk dicapai pada tahun 2009 pula.

Sejak Darjah 6 lagi, setiap kali tahun baru akan menjelma, saya pasti akan meluangkan masa untuk memikirkan apakah azam baru untuk tahun itu. Kemudian saya akan catat pada suatu kertas dengan tulisan yang agak besar dan ditampal di dinding bilik. Bagi saya, azam baru sangat penting untuk difikir, ditulis dan dipamerkan untuk tatapan sendiri. Azam baru yang kita fikirkan itu pula mestilah praktikal atau realistik, iaitu mampu dicapai dengan kekuatan yang kita ada serta usaha kita(dengan pertolongan daripadaNya).

Dengan adanya azam baru, kita berupaya merancang kemajuan diri kita supaya 'berkadar terus@langsung' dengan pertambahan umur kita. Seharusnya, semakin bertambah umur kita, semakin maju diri kita,dan semakin bertambah ilmu dan kemahiran yang kita ada. Insya Allah. Selamat maju jaya untuk semua. Semoga Allah memberkati setiap langkah perjalanan hidup kita di dunia fana ini.

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al Hasyr: 18)

Thursday, December 11, 2008

JADIKANLAH AL QURAN SEBAGAI KEKASIH

Alangkah beruntungnya sesiapa yang sentiasa melazimi dirinya dengan mempelajari, membaca dan mentadabbur al Quran kalamullah…

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al Quran, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al Quran."

Telah bersabda Rasulullah S.A.W : “Belajarlah kamu akan Al Quran, di akhirat nanti ia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?"

Maka orang yang pernah membacanya akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al Quran : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjungi, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al Quran itu : "Adakah kamu Al Quran?"

Lalu Al Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membacanya mengadap Allah S.W.T. Orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian diletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ibu bapanya yang muslim pula diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua? Padahal amal kami tidaklah sampai ini."

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al Quran."


*Muhasabah bersama (terutama untuk diriku yang sering lupa):

SUDAHKAH KITA MEMBACA AL QURAN PADA HARI INI?


Mungkin ada yang terlupa, buat-buat lupa, terlepas pandang atau malas untuk membaca al Quran dalam hari- harinya. Di bawah adalah cara yang boleh diamalkan untuk mendisiplinkan diri kita supaya membaca al Quran setiap hari:

1. Anda mesti peruntukkan sekurang-kurangnya satu waktu yang khusus dalam sehari untuk al Quran (saya namakan waktu tersebut sebagai ‘Masa untuk al Quran’).

2. Waktu tersebut adalah lapang bagi anda, di mana anda free daripada meeting, discussion, study group dan sebagainya.

3. Dalam tempoh waktu tersebut, diri anda berada dalam keadaan segar dan tidak mengantuk.

4. Contoh waktu tersebut adalah selepas Subuh atau waktu antara Maghrib dan Isyak (atau pilih sendiri waktu yang sesuai dengan anda).

5. Manfaatkan waktu tersebut sepenuhnya untuk membaca atau mengulang al Quran. Jangan terjebak dengan gejala mengumpat atau bersembang kosong kerana mungkin di waktu yang lain anda akan sibuk sehingga tiada masa untuk membaca al Quran pada hari tersebut.

6. Sekiranya anda ada hal yang lebih penting untuk dilakukan pada waktu tersebut, carilah waktu yang lain selepas itu (sebelum anda tidur) untuk membaca al Quran walaupun sekejap.

~CINTAILAH AL QURAN…JADIKANLAH AL QURAN KEKASIH ANDA DAN JANGAN TINGGALKANNYA WALAU SEHARI~

Wednesday, December 10, 2008

AMPUNKAN DOSA KAMI YA ALLAH

Tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa

Malaysia ditimpa bencana alam lagi;banjir dan tanah runtuh. Sepanjang saya berada di rumah di Kuala Terengganu pun,boleh dikatakan tiap-tiap hari hujan. Tapi ada juga ketikanya hujan reda,alhamdulillah, ini memudahkan kerja-kerja korban di Eidul Adha ini. Dan alhamdulillah juga, kampung saya dan sekitarnya selamat daripada banjir. Walaubagaimanapun, saya amat bersimpati sekali buat mangsa-mangsa bencana alam ini.Semoga kalian tabah... Sesungguhnya musibah yang menimpa manusia membawa tiga petanda:ujian, kifarah atau bala. Sama-samalah kita renungkan.

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami...andainya dosa-dosa ini yang menyebabkan turunnya balaMu!

Berita mutakhir,dipetik dari berita harian online.

~Hanya Kuala Terengganu masih bah~

KUALA TERENGGANU: Keadaan banjir hari ini di semua daerah di Terengganu pulih kecuali di Kuala Terengganu yang masih lagi bertahan.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negeri berkata di Marang, semua pusat pemindahan banjir ditutup pukul 8 pagi ini dan semua 26 orang yang ditempatkan di situ dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Katanya di Kuala Terengganu, 91 orang masih berada di tiga pusat pemindahan iaitu Sekolah Bukit Tunggal seramai tujuh orang, Sekolah Tok Jiring (5) dan Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak (79).

Beliau berkata air di sungai utama berada di bawah paras normal kecuali di Sungai Chalok, di Jambatan Penarik yang berada pada paras amaran.

Cuaca di sini hari ini cerah. - Bernama

Thursday, December 4, 2008

SALAM EIDUL ADHA

Salam Eidul Adha buat semua.

Buat sahabat-sahabat di Malaysia, selamat meraikan eid bersama keluarga. Saya pun akan pulang esok,insya Allah.

Buat sahabat-sahabat di perantauan pula, selamat meraikan eid bersama sahabat-sahabat seperjuangan di sana. Jangan sedih ye. Suatu hari nanti kalian pasti akan pulang ke tanah air,meneruskan kehidupan dan perjuangan di sini. Sesungguhnya kalian lagi beruntung kerana mendapat pengalaman bermakna di rantau orang…

Eidul Adha sering dikaitkan dengan pengorbanan…memang pun sebab maksud Eidul Adha pun Hari Raya Korban.

Kisah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim A.S dan anaknya Ismail A.S memang sangat-sangat menyuntik semangat pengorbanan dalam diri kita. Semua orang pasti sudah arif akan kisah ini. Sungguh tinggi tadhiyyah mereka semata-mata kerana mematuhi perintah Allah yang Maha Berkuasa.

Saya berhajat untuk berkongsi di sini,kisah pengorbanan tokoh-tokoh negara dalam memperjuangkan kemerdekaan yang saya dapati dalam satu program ceramah.

Sebelum itu, jika ditanya kepada anda, siapakah tokoh kemerdekaan negara?

Tentu ramai sekali yang akan menjawab Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan sebagainya…

Ya,betul.Tetapi hakikatnya tahukah anda bahawa sebenarnya anda insan-insan lain yang bermati-matian memperjuangkan kemerdekaan negara daripada belenggu penjajah?

Sama ada anda perasan atau tidak, kita sebenarnya DIGELAPKAN DARI FAKTA SEJARAH NEGARA SEBAGAI SATU KONSPIRASI LICIK DENGAN MENJULANG TOKOH UMNO SEBAGAI PEJUANG KEMERDEKAAN...

Sebenarnya,tokoh-tokoh di bawah inilah yang seharusnya lebih layak untuk disanjung!


Mat Kilau(10 Ogos 1970,meninggal ketika berumur 122 tahun.)


Tok Gajah (Imam Rasul bin Shahrum )
Meninggal dunia pada tahun 1901 di Kg Pasir Nering, terletak kira-kira 8km dari Bandar Kuala Berang.


Dato Bahaman (Abdul Rahman bin Tunku Imam Nuh)

Tok Ku Paloh

AMIR BURHANUDDIN B. UNGKU MOHD NOR (Burhanuddin Helmi)

1935 Ditahan di Penjara Palestin kerana menentang penjajahahan British ke atas Baitul Maqdis

1940 Bersama menggerakkan KMM

1943 Menghimpunkan ulama nusantara menuntut kemerdekaan dari Jepun

1945 Memimpin PKMM

1950 Dipenjara kerana peristiwa Natrah (3 thn)

1956 Memimpin PAS

1965 Di tahan di bawah ISA

1969 Meninggal dunia

UST ABU BAKAR AL-BAQIR

Mac 1948 Menubuhkan Hizbul Muslimin

Julai 1948 ditahan dibawah undang-undang darurat

6 bulan dipenjara Taiping

18 bulan di Pulau Jerjak

Kemudian di Tanjung Beruas Melaka,akhirnya di Penjara Ipoh

Dibebaskan pada oktober 1952

PROF. ZULKIFLI MUHAMMAD

Kembali ke tanah air 1952

Menolak tawaran sebagai Mufti Perak

1955 Bertanding pilihanraya atas Tiket PAS

1956 dipilih sebagai Tim YDP

Mei 1964 terkorban dalam kemalangan jalan raya

AHMAD BOESTAMAM

Parti Rakyat Malaysia

Dipenjara 1948-1955

PAK SAKO

Parti Buruh

Dipenjara 1948-1953

Tahun 1948, lebih 300 orang ulama dan pejuang Melayu ditangkap di bawah undang-undang darurat.

Dan…



MEREKA MUNCUL KETIKA BERLAKUNYA LOMPANG AKIBAT TOKOH-TOKOH BESAR DITANGKAP!

Hmm…Boleh percaya atau tidak fakta ini?
Saya tinggalkan kepada pembaca untuk menilainya.Menurut penceramah tersebut,rujukan tentang kebenaran fakta ini boleh didapati dalam buku Modern Egypt, Lord Cromer.
Wallahu a’lam, wassalam.

HUKUM TANAM GIGI (DENTAL IMPLANT)



Kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca tentang hukum tanam gigi atau dalam istilah pergigiannya disebut sebagai ‘dental implant’.Artikel ini didapati di www.fiqhmedic.wordpress.com. Jika anda ingin mengetahui isu-isu pergigian dan perubatan yang lain, silalah berkunjung ke laman tersebut.

Soalan : Gigi depan saya sudah dicabut kerana buruk dan sekarang memakai gigi palsu. Bolehkah saya tanam gigi untuk gantikan gigi palsu kerana banyak masalah pakai gigi palsu ini. Apakah hukumnya? Bagaimana sekiranya saya meninggal nanti kerana ada orang kata apabila kita meninggal semua anggota palsu kita perlu dibuka.

Dijawab oleh Ustazah Sakinah;

Dibolehkan menanam gigi yang telah rosak dan menggantikannya dengan gigi yang baru. Ia tidak termasuk mengubah ciptaan ALLAH kerana pada asalnya gigi tersebut wujud. Kemudian rosak. Tambahan pula proses itu perlu memandangkan gigi sentiasa digunakan. Seorang sahabat pernah mengalami kerosakan hidung akibat peperangan. Kemudian beliau meminta keizinan Nabi s.a.w untuk menggantikan hidungnya dengan hidung yang diperbuat daripada emas. Lalu baginda membenarkan. Gigi yang ditanam itu tidak lagi perlu dibuka apabila meninggal. Kerana perkara seperti itu tidak pernah disebut dalam nas yang tsabit daripada Rasulullah s.a.w.

Sumber : Soal Jawab Agama ALAF 21, http://agama.zonalaf.com.my

Monday, December 1, 2008

CORETAN SEBELUM KELAS

Sekarang ni dah bulan Zulhijjah, pastu akan masuk tahun baru hijrah 1430. Sekarang ni pun dah Disember, pastu akan masuk tahun baru 2009...

Pejam celik pejam celik, usia akan meningkat lagi setahun, jadi 23…Kalau nak banding dengan mak,umur 23 mak dah ada 2 orang anak. Kalau nak banding dengan kawan-kawan sebaya pulak, ada yang dah tahun akhir, ada yang dah praktikal, ada juga yang dah buat master…selain tu, yang dah nak kahwin pun ada. Semalam kawan sekolah saya, Juliana hantar SMS, minta alamat rumah sebab nak poskan kad jemputan kahwin…Alhamdulillah, tahniah buat Jue. Saya bangga dengan sahabat-sahabat saya yang ambil keputusan untuk kahwin. Nasihat saya untuk semua, kalau dah ada kemampuan, kahwinlah…Kalau tak mampu lagi, hendaklah mujahadah sungguh-sungguh. Nasihat untuk saya juga.

Hmm…Saya ni pulak baru tahun dua.Kadang-kadang rasa macam nak cepat-cepat je habiskan belajar ni. Kursus pergigian ni tempohnya 5 tahun.Macam perubatan. Tapi tak mengapalah, memang saya sudah jangkakan semua ni sewaktu buat keputusan untuk sambung belajar selepas tamat sekolah dulu. Saya harus sabar. Ye, sabarlah wahai diri. Lagipun, mak ayah tak kisah. Lama dalam menuntut ilmu tu bagus, kan?Saya harus teruskan sahaja perjalanan ini! Minta-minta Allah akan permudahkan segalanya.aminn…

Keputusan Professional Exam dah diumumkan dan alhamdulillah, kami semua lulus. Peperiksaan Professional seterusnya pada bulan Jun tahun depan. Hai,banyak betul peperiksaan.Mujurlah kami pelajar-pelajar Dentistry ni hanya dinilai sebagai ‘lulus’ dan ‘gagal’ sahaja. Kalau cemerlang lagi dapat ‘distinction’. Tapi bagi saya,kalau dah dapat lulus pun bersyukur sangat-sangat dah. Nak lulus pun cukup-cukup memerlukan usaha yang gigih.

Inilah klinik pergigian UIAM yang akan digunakan untuk tahun-tahun klinikal

Pagi tadi ada perasmian klinik pergigian UIA oleh Dekan kami. Seronok juga jadi pioneer batch dentistry di UIA ni…peralatan baru macam dental chair dan instrument-instrument lain, kami yang first guna…Kami akan memulakan clinical years lagi awal dari yang dijangkakan. Sepatutnya tahun 3 baru klinikal, tapi kami harus memulakannya di pertengahan tahun dua ni. Tahun klinikal juga adalah tahun-tahun mencabar. Pensyarah cakap, sangat sibuk…entahlah akan sibuk macam mana, tetapi harapnya walau sibuk pun, saya masih berpeluang untuk membaca blog rakan-rakan dan meng'update’blog ni. Saya seronok baca blog rakan-rakan. Banyak ilmu dan info yang didapati.Sahabat-sahabat bloggers, teruskan menulis ye!

Untuk tahun klinikal ni, kami ada uniform klinikal yang mesti dipakai. Bagi saya, agak menyeksakan jiwa juga sebab tidak menjadi kebiasaan berpakaian begitu. Namun nak tak nak, wajib dipakai juga.Oh tidak...ampunkan aku ya Allah! Sesungguhnya hatiku tidak redha dengan pakaian begini. Di masa akan datang, saya akan cuba melonggar dan melabuhkan lagi uniform tersebut. Harap- harap pihak pentadbiran kulliyyah membenarkan. Harapan saya,walau apa jua pembaharuan yang dibawa oleh pihak pentadbiran dan pengurusan universiti kepada pelajar,namun biarlah biah solehah tetap terpelihara di Kulliyyah of Dentistry khususnya dan UIA umumnya.

Ops, sampai di sini dulu ye. Kelas akan dimulakan sebentar lagi. Em, nanti kalau saya dah grad sebagai doktor gigi, bolehlah datang buat rawatan dengan saya. Manalah tahu,kalau-kalau saya boleh bagi rawatan free…:) ‘Ala kulli hal, diharapkan semoga kawan-kawan istiqamah di dalam perjuangan Islam, sampai mati, Insya Allah!

Sekian. Maafkan salah dan silap saya ye.

Sunday, November 30, 2008

ADAKAH WANITA ITU JAHAT DALAM SEGALANYA?

Ketika meneliti e-book “ FATAWA AL QARADHAWI”, saya tertarik dengan tajuk ini. Saya copy artikel tersebut untuk dikongsi dengan para pembaca. Semoga bermanfaat untuk semua muslimin dan muslimat…

ADAKAH WANITA ITU JAHAT DALAM SEGALANYA?


PERTANYAAN

Dalam buku Nahjul Balaghah karangan Amirul-Mukminin Ali bin Abi Thalib r.a terdapat suatu keterangan:

"Wanita itu jahat dalam segalanya. Dan yang paling jahat dari dirinya ialah kita tidak dapat terlepas daripadanya."

Apakah erti yang sebenarnya (maksud) dari kalimat tersebut?Apakah hal itu sesuai dengan pandangan Islam terhadap wanita? Saya mohon penjelasannya. Terima kasih.

JAWAPAN DARIPADA PROF DR YUSUF AL QARADHAWI:

Ada dua hal yang nyata kebenarannya, tetapi harus dijelaskan lebih dahulu, iaitu:

Pertama, yang menjadi pegangan atau dasar dari masalah agama ialah firman Allah swt. dan sabda Nabi saw, selain dari dua ini, setiap orang kata-katanya boleh diambil dan ditinggalkan.
Maka, Al-Qur'an dan As-Sunnah, kedua-duanya adalah sumber yang kuat dan benar.

Kedua, sebagaimana telah diketahui oleh para analis dan cendekiawan Muslim, bahawa semua tulisan yang ada pada buku tersebut di atas (Nahjul Balaghah), baik yang berupa dalil-dalil atau alasan-alasan yang dikemukakan, tidak semuanya tepat. Di antara hal-hal yang ada pada buku itu ialah tidak menggambarkan masa mahupun fikiran serta cara di zaman Ali r.a. Oleh sebab itu, tidak dapat dijadikan dalil dan tidak dapat dianggap benar, kerana semua kata-kata dalam buku itu tidak ditulis oleh Al-Imam Ali r.a.

Di dalam penetapan ilmu agama, setiap ucapan atau kata-kata dari seseorang, tidak dapat dibenarkan, kecuali disertai dalil yang sahih dan bersambung, yang bersih dari kekurangan atau aib dan kelemahan kalimatnya. Maka, kata-kata itu tidak dapat disebut sebagai ucapan Ali r.a kerana tidak bersambung dan tidak mempunyai sanad yang sahih. Sekalipun kata-kata tersebut mempunyai sanad yang sahih, bersambung, riwayatnya adil dan benar, maka wajib ditolak, kerana hal itu bertentangan dengan dalil-dalil dan hukum Islam. Alasan ini terpakai di dalam segala hal (kata-kata) atau fatwa, walaupun sanadnya seterang matahari. Mustahil bagi Al-Imam Ali r.a. mengatakan hal itu, di mana beliau sering membaca ayat-ayat Al-Qur'an, di antaranya adalah:

"Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang, yang kemudian darinya Allah lantas menciptakan isterinya, dari keduanya Allah mengembangbiakkan laki-laki dan wanita yang banyak ..." (Q.s. An-Nisa': 1)

"Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan firman-Nya):Bahawa sesungguhnya Aku tiada mensia-siakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki mahupun wanita, (karena) sebahagian darimu adalah keturunan dari sebahagian yang lain ..." (Q.s. Ali Imran: 195).

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Allah menjadikannya di antara kamu rasa kasih dan sayang ..." (Q.s. Ar-Ruum: 21).

Masih banyak lagi di antara ayat-ayat suci Al-Qur'an yang mengangkat dan memuji darjat kaum wanita, di samping kaum laki-laki. Sebagaimana Nabi saw. bersabda:

"Termasuk tiga sumber kebahagiaan bagi laki-laki ialah wanita solehah, kediaman yang baik dan kenderaan yang baik pula." (H.r. Ahmad dengan sanad yang sahih).

"Di dunia ini mengandung kenikmatan, dan sebaik-baik kenikmatan itu adalah wanita yang solehah." (H.r. Imam Muslim, Nasa'i dan Ibnu Majah).

"Barangsiapa yang dikurniai oleh Allah wanita yang solehah, maka dia telah dibantu dalam sebahagian agamanya; maka bertakwalah pula kepada Allah dalam sisanya yang sebahagian."

Banyak lagi hadis-hadis dari Nabi saw. yang memuji wanita; maka mustahil bahwa Ali r.a. berkata sebagaimana di atas.


Sifat wanita itu berbeza dengan sifat laki-laki dari segi fitrah; kedua-duanya dapat menerima kebaikan, kejahatan, hidayat. kesesatan dan sebagainya.

Firman Allah swt. dalam Al-Qur'an,

"Jiwa dan penyempurnaannya (ciptaannya); maka Allah mengilhamkan pada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orangyang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya." (Q.s. Asy-Syams: 7-10)

Mengenai fitnah yang ada pada wanita di samping fitnah yang ada pada harta dan anak-anak, di mana hal itu telah diterangkan di dalam Al-Qur'an dan dianjurkan supaya mereka waspada dan menjaga diri dari fitnah tersebut.

Dalam sabda Rasulullah saw, diterangkan mengenai fitnahnya kaum wanita, iaitu sebagai berikut,

"Setelah aku tiada, tidak ada fitnah yang paling besar gangguannya bagi laki-laki daripada fitnahnya wanita." (H.r. Bukhari).

Erti dari hadis di atas menunjukkan bahwa wanita itu bukan jahat, tetapi mempunyai pengaruh yang besar bagi manusia, yang dikhuatirkan lupa pada kewajipannya, lupa kepada Allah dan terhadap agama.

Selain masalah wanita, Al-Qur'an juga mengingatkan manusia mengenai fitnah yang disebabkan dari harta dan anak-anak. Allah swt. berfirman dalam Al-Qur'an:

"Sesungguhnya harta-harta dan anak-anakmu adalah fitnah (cubaan bagimu); dan pada sisi Allahlah pahala yang besar." (Q.s. At-Taghaabun: 15)

"Hai orang-orang yang beriman!Janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikanmu mengingat kepada Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka termasuk orang-orang yang rugi." (Q.s. Al-Munaafiquun: 9).

Selain dari itu (wanita, anak-anak dan harta yang dapat mendatangkan fitnah), harta juga sebagai sesuatu yang baik.

Firman Allah swt.:

"Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenismu sendiri dan menjadikan bagimu dan
isteri-isterimu itu, anak-anak dan cucu; dan memberimu rezeki dari harta yang baik-baik ..." (Q.s. An-Nahl: 72)

Oleh kerana itu, dianjurkannya untuk waspada dari fitnah kaum wanita, fitnah harta dan anak-anak.Hal itu bukan bererti kesemuanya bersifat jahat, tetapi demi mencegah timbulnya fitnah yang dapat melalaikan kewajipan-kewajipan yang telah diperintahkan oleh Allah swt.

Allah swt. tidak mungkin menciptakan suatu kejahatan, kemudian dijadikannya sebagai suatu kebutuhan dan keharusan bagi setiap makhluk-Nya.

Makna yang tersirat dari suatu kejahatan itu adalah suatu bahagian yang amat sensitif, realitinya menjadi lazim bagi kebaikan secara mutlak. Segala bentuk kebaikan dan kejahatan itu berada di tangan (kekuasaan) Allah swt.

Oleh sebab itu, Allah memberikan bimbingan bagi kaum laki-laki untuk menjaga dirinya dari bahaya dan fitnah yang dapat disebabkan dan mudah dipengaruhi oleh hal-hal tersebut.

Diwajibkan juga bagi kaum wanita, agar waspada dan berhati-hati dalam menghadapi tipu muslihat yang diupayakan oleh musuh-musuh Islam untuk menjadikan kaum wanita sebagai sarana perosak budi pekerti, akhlak yang luhur dan bernilai suci.

Wajib bagi para wanita Muslimat kembali pada kudratnya sebagai wanita yang solehah, wanita hakiki, isteri solehah, dan sebagai ibu teladan bagi rumah tangga, agama dan negara.

---------------------------------------------------
Fatawa Qardhawi: Permasalahan, Pemecahan dan Hikmah
Dr. Yusuf Al-Qardhawi
Cetakan Kedua, 1996
Penerbit Risalah Gusti
Jln. Ikan Mungging XIII/1
Telp./Fax. (031) 339440
Surabaya 60177

Saturday, November 29, 2008

DAMBA KASIHMU TUHAN


Sesungguhnya hati ini milik Allah, diciptakan oleh Allah, untuk mencintaiNya...Ya Allah,aku damba kasihMu.

Nasyid dari kumpulan MAWADDAH yang sangat saya gemari...

ANUGERAHKAN RASA CINTA DAN TAKUTKU PADAMU

Tuhan…
Berikanlah sedikit rasa cintaMu, padaku…
Semoga seluruh cintaku untukMu…

Tuhan…
Kurniakanlah sedikit rasa takutkanMu, padaku…
Semoga ku tidak takut selainMu…

Ya Allah…
Dengan rahmatMu, kurniakanlah…

Ya Allah…
Jadikanlah air mataku di waktu takut denganMu…
Pemadam api nerakaMu…
Jatuhnya air mataku…
Menggugurkan dosa-dosaku…

Tuhan…
Kalau bukan dengan rahmatMu…
Aku tidak akan selamat…
Setidaknya jika bukan dengan rahmatMu…
Aku tidak akan terlepas dari azabMu…

Aku lemah…
Bantulah aku untuk bermujahadah selalu…
Syaitan sering menipu dayaku…
Lindunglah aku darinya…

*******************************************************

Friday, November 28, 2008

HARAPAN PADAMU SUBUR KEMBALI


Artist: Saujana

Wahai Tuhanku yang Esa
Bila kenangkan QahharMu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksaMu

HambaMu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang GhaffarMu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
MehnahMu itu penghapus dosaku
Mengganti hukumanMu di akhirat

Di waktu mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harusku memohon
Moga syukurku bertambah

Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak dapat melihat kebenaranMu
Ya Allah Tuhanku
Bantulah hambaMu
Dalam mendidik jiwaku ini

Thursday, November 27, 2008

HAYATI KHUTBAH WIDA' RASULULLAH S.A.W


Antara isi/kandungan penting yang dipetik dari khutbah terakhir Rasulullah SAW - disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah
terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. (Semua manusia berasal dari Adam dan Hawa, tidak ada (bangsa) Arab yang lebih mulia dari (bangsa) bukan Arab atau (bangsa) bukan Arab lebih mulia dari (bangsa) Arab; juga tidak ada yang (berkulit) putih lebih mulia dari yang (berkulit) hitam atau yang (berkulit) hitam lebih mulia dari (berkulit) putih) Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur an dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.
Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu.

“Pada hari ini, telah Aku sempurnakan bagimu Agamamu, dan telah aku cukupkan nikmatKu untukmu, dan Aku redha Islam menjadi agamamu”. (Al-Maidah-3),ayat terakhir yang diwahyukan Allah SWT ke atas Baginda Rasulullah SAW tidak lama selepas Khutbah Wida'.

dipetik dari: http://www.geocities.com/pgssajkm/khutbah.htm

Wednesday, November 26, 2008

CATATAN PERJUANGAN ZAINAB AL GHAZALI

Kenalkah anda dengan ikon mujahidah, Zainab al Ghazali ,yang subhanallah, sangat tinggi semangat perjuangannya untuk Islam. Seharusnya beliau menjadi role model kepada semua muslimah. Muslimah adalah sayap kiri perjuangan. Muslimah harus faham bahawa taklifan dan kefardhuan jihad adalah terpikul di bahu kaum lelaki dan perempuan. Pepatah Melayu ada mengatakan : “Tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia.”. Baki lagi pada jihad seorang muslimah itu ada pra-syaratnya yang bertujuan memelihara maruah dan aurah mereka sendiri:

1. Memastikan bahawa bidang jihad yang diceburi di bawah redha Allah iaitu tidak bertembung dengan perkara yang menyanggahi syariah secara soreh dan apatah lagi menghampiri perkara-perkara kemaksiatan.
2. Mendapat keizinan daripada wali dan jika telah berumahtangga, tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap suami dan anak.
3. Bidang jihad yang sesuai dengan fitrahnya sebagai muslimah.
4. Penampilannya tetap terpelihara.
5. Tidak menimbulkan fitnah.

Mari kita hayati catatan perjuangan Zainab al Ghazali…

PENGASAS JAMAAH SAIDATINA MUSLIMAH


Nama penuh beliau ialah Zainab Al Ghazali Al-Zubaili.Beliau dilahirkan pada tahun 2 Januari 1917. Zainab al Ghazali bersuami dengan seorang 'ulama yang berilmu tinggi dan sangat kuat memberikan dorongan kepada beliau untuk meneruskan dakwah di tengah-tengah masyarakat Mesir. Beliau telah mengasaskan penubuhan Jamaah Saidatina Muslimah, satu gerakan wanita yang selari dengan Ikhwan Muslimin dari segi method dan matlamatnya. Tujuan jamaah ini ialah untuk memimpin wanita Islam dalam menyebarkan panji-panji Islam.

Ketika itu proses pembaratan sedang hebat berlaku di Mesir. Zainab Al-Ghazali berjuang membebaskan belenggu sekularisme ini. Beliau sangat yakin bahawa masa depan umat ini bergantung kepada peranan ibu-ibu dalam mendidik anak-anak mereka. Beliau berkeyakinan bahawa Daulah Islam akan tetap dapat ditegakkan kembali dengan izin Allah S.W.T, dengan syarat melalui satu jalan iaitu jalan ISLAM.

Semasa memimpin Jamaah Saidatina Muslimah, beliau telah dapat menarik ramai wanita Islam di Mesir dan mereka telah dibentuk dan dididik mengikut model Tarbiyah Madrasah Rasulullah S.A.W. Di antara mereka yang rapat dengan Zainab Al-Ghazali ialah dua saudara Syed Qutb, Aminah Qutb dan Hamidah Qutb, Halidah Hassan Al-Hudaibi, Al-Hayah Sulaiman Al-Zubair, Fatiraah Al-Fath, Aminah Al-Jauhati, Al-Waliyah, Al-Hudaibi dan Al-Afdah. Mereka inilah yang beliau sifatkan sebagai anak-anaknya, adik-adiknya, kakak-kakaknya,dan ibu-ibunya.

KISAH ZAINAB AL GHAZALI DI DALAM TAHANAN

Kisah Zainab Al-Ghazali di dalam tahanan sangat mengkagumkan, kerana seorang wanita telah dapat menanggung penyeksaan yang lebih berat daripada penyeksaan ke atas lelaki. Beliau menyebutkan sebelum beliau ditahan, Jamal Nasser memerintahkan agar Jamaah Saidatina Muslimah dibubarkan dengan menghantar notis melalui mahkamah, dan dia akan menarik notis pembubaran itu dengan syarat Zainab Al-Ghazali mestilah berkerjasama dengan Parti Istrokiyah. Zainab Al-Ghazali menolak. Kemudian beliau ditawarkan pula menjadi Menteri Kebajikan Masyarakat, tetapi beliau menjawab: "Dalam perjuanganku, aku tidak bercadang untuk menjadi menteri. Aku hanya mahu berdakwah."

Jamal Nasser telah putus asa memujuk Zainab Al-Ghazali untuk masuk Parti Istrokiyah, maka dia memerintahkan untuk menangkap Zainab. Sewaktu beliau dibawa keluar dari rumahnya, satu pembunuhan telah dirancang di mana sebuah kereta merempuh kereta yang membawa Zainab Al-Ghazali. Setelah rancangan awal ini gagal, akhirnya Zainab ditahan. Mereka mengugut untuk membunuhnya seperti mana yang mereka lakukan kepada berpuluh-puluh anggota Ikhwan Muslimin. Namun Zainab Al-Ghazali hanya berdoa:

"Ya Allah, kurniakanlah ke atasku ketenangan, dan tetapkanlah pendirianku bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran, dan tabahkanlah hatiku dengan mengingati Engkau, dan kurniakanlah akan daku keredhaan dengan perkara yang Engkau redhai".

Kemudian beliau terus dimasukkan ke dalam bilik kurungan. Kuasa eletrik dihidupkan untuk menyeksa beliau. Bilik itu juga dipenuhi anjing- anjing dan dilepaskan kepada beliau. Pintu ditutup dengan rantai dan dikunci. Beliau merasai seluruh tubuh beliau dikerumuni dan digigit oleh anjing-anjing itu.Ketika itu beliau hanya mampu berdoa kepada Allah S.W.T dalam hati beliau:

"Ya Allah!!! tetapkanlah hati ini dan palingkanlah hati dari yang lain ya Allah, agar hati ini melupakan penyeksaan ini. Ya Allah!!"

Kemudian beliau mendengar pintu dibuka dan beliau dibawa keluar. Beliau menyangka bahawa pakaiannya berlumuran darah tetapi alangkah terkejutnya beliau kerana tiada apa- apa kesan, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Pegawai-pegawai tahanan itu pun pelik dengan keadaannya, Kemudian beliau terus diseksa lagi. Satu ketika beliau direndam dalam air sejuk dan dilepaskan pula udara sejuk, sedangkan ketika itu musim sejuk

Pernah juga suatu ketika, beliau dipenjara bersama-sama dengan Hamidah Qutb dan bersama-sama seorang wanita yang sarat mengandung. Pada hari-hari awal di dalam kem tahanan tentera, mereka dihidangkan dengan roti kering yang disapu dengan najis. Mereka juga ditempatkan di tempat yang busuk lagi kotor. Mereka menjenguk keluar, untuk mencari kiranya ada sisa-sisa makanan.Mujurlah ada pengawal penjara yang baik sedikit mencampakkan kulit-kulit pisang ke dalam sel kurungan. Mereka mengambilnya dan memakan kulit-kulit pisang itu kerana tidak sanggup memakan roti yang disapu dengan najis.

Menurut beliau, satu perkara yang menguatkan beliau sanggup menanggung penyeksaan, kerana beliau sering berjumpa Rasulullah S.A.W dalam mimpinya. Oleh itu beliau yakin bahawa perjuangannya adalah benar dan jalan yang ditempuhinya adalah benar.

Demikianlah kisah Zainab Al-Ghazali, yang telah kembali ke rahmatullah pada 8 Ogos 2005.Semoga Allah merahmati beliau.Takbir!

REDHA DAN BERSYUKURLAH…


Saya menulis entri ini hanyalah untuk memberi peringatan semata-mata dan tidak ada niat yang lain seperti ingin menunjuk-nunjuk dan sebagainya. Saya menulis agar kesilapan saya tidak diulangi oleh pembaca, khususnya sahabat-sahabat saya yang dikasihi fillah ini. Sekiranya ada yang baik, maka ambillah dan sekiranya ada yang tidak baik, buangkanlah ia ke tepi. Sesungguhnya peristiwa inilah yang telah menjadi asbab saya ditarbiyah Allah supaya menjadi seorang yang redha dan bersyukur. Suatu memori yang benar-benar memberi pengajaran.

Alkisahnya bermula ketika saya mengambil keputusan SPM. Waktu itu saya telahpun sebulan lebih memulakan pengajian di bumi barakah Darul Quran dalam program Persijilan Tahfiz, kerana saya diterima masuk ke sana dengan keputusan percubaan.

Alhamdulillah, keputusan SPM saya boleh dikatakan agak memuaskan, 10 A1 dan 1A2. Walaupun begitu, ada sedikit kekesalan dan kesedihan dalam diri saya kerana saya tidak berjaya mencapai target yang diimpikan, iaitu mendapat semua A1. Saya merasakan bahawa saya telah melakukan yang terbaik dalam peperiksaan. Walaubagaimanapun, dengan keputusan yang diperolehi saya mendapat banyak hadiah daripada guru dan sanak-saudara. Ada yang memberi wang dan sebagainya. Waktu itu, jumlah wang yang saya terima daripada mereka semua adalah lebih kurang RM 300.

Dengan hati yang masih terkilan dan sedih dengan keputusan tersebut, saya pulang ke tempat pengajian,Darul Quran untuk meneruskan pengajian. Diari saya menjadi saksi perasaan saya yang masih tidak redha dengan ketentuan Ilahi. Antara ayat yang telah saya tulis:

“ Bismillahirrahmanirrahim…aku tak tahu kenapa aku masih menangis walaupun aku dah dapat result SPM 10 A1,1A2. Aku tak dapat capai target. Aku redha. Aku redha. Aku redha. Aku redha. Aku redha. Aku redha.Tapi aku tak dapat sempurnakan janji aku pada ayah,pada SMAASZA.Itulah yang buat aku terkilan sangat…Cikgu,maafkan aku…(28 Feb 2004)

“Aku dah sampai kat DQ. Kadang-kadang aku rasa aku tak boleh terima kenapa tak dapat 11A1…” (29 Feb 2004)

Waktu itu, saya menulis “ Aku redha” sebanyak 5 kali semata-mata untuk memujuk hati supaya bersangka baik dengan Allah. Tetapi di sudut hati, saya masih tidak redha. Seolah-olah saya marahkan Allah kerana tidak menyempurnakan hajat saya. Oh Tuhan, begitu jahatnya hatiku…

*************************************************************************************
ALLAH MAHA BERKUASA

Akhirnya, lebih kurang seminggu sahaja selepas itu, Allah menunjukkan kekuasaanNya. 5 Mac 2004, wang hadiah yang saya terima hasil daripada kejayaan tersebut tiba-tiba lesap dari tempat simpanannya. Saya hairan sekali kerana menurut senior, belum pernah ada kejadian curi di Darul Quran. Oh Tuhan,ketika itu saya benar-benar merasakan bahawa Allah ingin ‘mengajar’ saya yang tidak tahu redha dan bersyukur dengan pemberianNya.

Lantas ayat ini datang ke minda jahil saya…

“ Sesungguhnya jika kamu bersyukur,pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu, dan sekiranya kamu kufur, maka sesungguhnya azabKu sangat pedih…”(Ibrahim:7)

Saya berasa sangat menyesal dan memohon keampunan daripadaNya. Sesungguhnya peristiwa tersebut benar-benar mengajar saya supaya berbaik sangka dengan Allah serta menyedari kerdilnya diri ini berbanding denganNya yang Maha Agung. Itulah tarbiyyah pertama Allah untuk saya di Darul Quran. Terima kasih Allah. Sebulan selepas itu, barulah diketahui bahawa anak seorang kakitangan berumur 12 tahun yang masuk ke asrama dan mencuri wang tersebut. Namun, saya menginsafi bahawa sesungguhnya memang Allah benar-benar ingin mengajar saya kerana saya adalah ‘mangsa’ yang dipilih oleh kanak-kanak itu, dan bukannya orang lain. :)

Orang kata DQ adalah 'bumi cash',kalau buat dosa Allah terus akan balas...

Sahabatku dan para pembaca sekalian, redha dan bersyukurlah dengan pemberian Tuhan. Kita sebagai hamba hanya mampu berusaha,selebihnya Allah yang menentukan. Kejayaan itu milik Allah. Sebanyak mana yang Allah bagi kepada kita, bersyukurlah dan redhalah kerana itulah yang terbaik untuk diri kita. Sentiasa husnudzon denganNya.
Wassalam.

“ REDHALAH DENGAN KETENTUAN ALLAH SEBAGAIMANA KITA MENGHARAP REDHA DARIPADANYA”

Tuesday, November 25, 2008

TIPS MENGUBAT HATI


Assalamualaikum buat semua pembaca.

Apa khabar diri anda hari ini? Sihat? Hati anda pula bagaimana?

Sekiranya hati anda kurang baik pada hari ini, saya ingin mengongsikan tips untuk mengubat hati yang insya Allah, efektif. Semoga hati-hati kita akan kembali bersih dan tenang dalam menghadapi kehidupan sebagai hamba Allah s.w.t. Hati yang bersih akan sentiasa mendorong kita untuk melakukan kebaikan dan amal soleh dan begitulah juga sebaliknya.

Tips tersebut ialah:

1) Baca al Quran dan terjemahannya
2) Solat malam (qiamullail)
3) Perbanyakkan berpuasa
4) Bergaul dengan orang-orang soleh
5) Perbanyakkan berzikir


Jika diperhatikan, amalan-amalan ini senang untuk kita lazimi di dalam bulan Ramadhan yang mulia. Sebab itulah di bulan Ramadhan hati-hati manusia akan bersih. Namun begitu,tidak sepatutnya kita hanya menjadi orang yang baik dalam bulan tersebut sahaja tetapi lalai dalam bulan-bulan lainnya. Kita tidak mengetahui bilakah ajal akan datang menjemput kita.Semoga di saat kita dibawa pulang kepada Allah, hati kita di tahap cinta maksimum kepadaNya. Ameen.

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram.” (ar Ra’du: 28)

“ Ya muqallibal quluub, thabbit quluubana ‘ala diinika wa ‘ala tha’atika…”
Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template