:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::

Tuesday, September 28, 2010

Anda Pendakwah Kategori Mana?

Anda pendakwah kategori mana?

ANALOGI 3 PEKERJA

Analogikan sahaja kepada 3 pekerja. Pekerja pertama merampus-rampus dan merungut semasa mengecat dinding kerana tertekan dengan kerjanya itu.

Pekerja kedua lebih tenang dan gembira mengecat dinding kerana dia tahu, kerjanya itulah nanti yang bakal menjadi gaji. Bekerja untuk menerima imbuhan.

Manakala pekerja ketiga sangat gembira dan mendapat kepuasan kerja, sebelum gaji diterima, kerana padanya perbuatan mengecat dinding bukan sekadar sebahagian kerja menyiapkan bangunan, tetapi beliau menganggap dirinya sebagai sebahagian dari kebahagiaan keluarga yang bakal duduk di rumah itu. Bukan hanya cat, tetapi yang disalut pada rumah itu adalah sebuah harapan agar ahli rumah itu nanti bahagia.

* * *
Semasa berdepan dengan mesyuarat dan tekanan kerja dakwah, adakah anda merampus dan merungut-rungut? Bandingkan sahaja diri seperti ini dengan pengecat pertama. Buat sesuatu kerana terpaksa, tiada matlamat, dan penuh rungutan.

Atau anda gembira dengan dakwah di kampus? Gembira kerana penglibatan anda bakal dikira di dalam jam kredit, dan boleh dimasukkan di dalam resume? Setiap kali di awal program, nama anda akan dialu-alukan oleh penceramah? Dapat berdamping dengan orang besar-besar yang datang? Dapat kawan?

Macam-macam kita boleh dapat melalui kerja dakwah. Hati gembira apabila berdakwah untuk MENERIMA.

Dakwah kategori ini, tarafnya hanya sekadar ko kurikulum. Aktiviti persatuan. Makna dakwah yang dilakukannya kepada sebuah kehidupan, tidak begitu difikirkan. Semasa miskin jam kredit dan semasa baru berkenalan dengan ‘pengaruh’, mungkin dorongan berdakwah untuk menerima sudah cukup kuat untuk mengajak kita turun ke medan dakwah.

Tetapi jika anda berdakwah di kategori ketiga, anda berdakwah untuk mencari makna hidup. Dakwah bukan semata-mata untuk menerima pengiktirafan kampus, tetapi dakwah anda adalah untuk memberikan makna kepada diri dan rakan. Setelah diri merasa begitu bertuah terpilih menerima sentuhan Iman, terasa dalam diri untuk berkongsi tuah itu dengan saudara yang lain.

Dakwah anda bukan hanya untuk kejayaan diri, tetapi juga untuk kejayaan orang lain. Bukan hanya berjaya mengubah cara fikir, cara pakai dan cara cakap, tetapi berjaya mengubah erti hidup dan bertemu jalan menuju Syurga!

Akhirnya pendakwah ketiga, berdakwah kerana pada dakwah itulah dia bertemu kepuasan hidup. Pada dakwah itulah dia memberi makna kepada hidup. Keinginan untuk berdakwah, adalah kerana kemanisan iman dan penghargaan yang tinggi terhadap hidayah Tuhan, yang melimpah ruah di dalam hati, sebelum datang soal wajib dakwah dan panggilan dakwah terhadap kerosakan bi’ah (persekitaran).

...dipetik dari tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

p.s: Semoga kita semua menjadi pendakwah yang ikhlas.

Monday, September 13, 2010

Dukacita di Eidul Fitri

Catatan 4 Syawal 1431 Hijrah...

Dukacita 1; Pemergian seorang sahabat

Eidul Fitri kali ini diiringi dengan berita yang mendukacitakan. Pemergian seorang sahabat aktivis Maaruf Club UIAM Gombak, Nik Hafreez Affiq bin Mohd Ghazali pada tanggal 2 Syawal benar-benar mengejutkan kami. Allahyarham meninggal dunia ketika sedang tidur dan dipercayai terkena serangan jantung selepas dibedah siasat.

Terkesan dengan ayat-ayat terakhir di blog beliau yang ditulis pada 4 September 2010 yang berbunyi;

"Aku jadi terharu apabiala beberapa temanku Su,Topek,Padil,Where,cikgu turut menghantarku.walaupun nak pergi dua minggu je tapi sebak juga.terasa seolah-olah nak pergi untuk tempoh yang lama.Oklah setakat ni dulu catatan ku ikuti sambungannya nanti..............................."

Semoga Ramadhan terakhir beliau adalah yang paling bermakna buatnya. Ya Allah, cucurilah rahmatMu ke atas rohnya dan tempatkanlah beliau di kalangan orang-orang yang beriman.

(blog beliau di sini: drtarbawi.blogspot.com)

* * *

Dukacita 2; Tak sempat nak beraya

Cuti raya pada tahun ini agak singkat berbanding tahun-tahun sebelum ini. Saat ini, saya telah pun berada di kampus. Tidak sempat hendak menziarahi semua sanak-saudara. Tidak sempat hendak berkumpul bersama teman-teman lama.

Cuba berfikir positif....

Saya mahu berpesan kepada diri, agar sentiasa sedar bahawa diri ini amat jahil, mudah-mudahan dengan pesanan ini, perasaan sentiasa bersemangat dalam mencari ilmu sentiasa ada, walau terpaksa mengorbankan segala keinginan dan perasaan.

Kata Imam Ghazali;

Ar Rajulu yadri wa yadri annahu yadri fahuwa 'aalimun, fattabi'hu...
Ar Rajulu yadri wa la yadri annahu yadri fahuwa naa-imun, faaqimhu...
Ar Rajulu la yadri wa yadri annahu la yadri fahuwa jaahilun, fa'allimhu...
Ar Rajulu la yadri wa la yadri annahu la yadri fahuwa jaahilun-murokkab, fatrukhu...

Mungkin saya golongan yang ketiga, dengan sedikit modifikasi kepada muannas;

Al Mar'atu la tadri wa tadri annaha la tadri fahiya jahilatun, fa'allimha...
(Seorang perempuan yang tidak tahu dan dia tahu bahawa dia tidak tahu, maka dia adalah jahil, jadi ajarilah dia)

Ya, saya jahil,jahil dan jahil...

Oleh itu, sebagai seorang yang jahil, saya harus rajin belajar, rajin dan rajin...

Ok, semangat!!

* * *

Dukacita 3; Apabila diuji...

Sahabat-sahabat, apabila kita diuji dengan sesuatu musibah, dan musibah itu telah berulang-ulang menimpa kita, bagaimana untuk memujuk diri kita?

Bantulah saya...

Tuesday, September 7, 2010

Di Akhir Ramadhan Ini

Ya Rabbi
Terima kasih kerana mengizinkan aku
Mengecapi nikmat RamadhanMu
Dengan duka aku berkarya
Meratapi pemergiannya yang hampir tiba

Ya Rahman
Walau aku tidak tahu
Sebanyak mana amalanku diterima di sisiMu
Namun aku mengerti
Bahawa Engkau terlalu baik hati
Maha Pemurah dan Maha Mengasihi

Ya Rahim
Setiap malam kupanjatkan doa
Agar diampunkan segala dosa
Maka perkenanlah wahai ya Rahim
Jauhkanlah diriku daripada menjadi al khasirin

Ya Allah
Di akhir Ramadhan ini
HambaMu mengadap
Membawa diri yang kerdil dan hina
Dengan seribu pengharapan kepadaMu
Berikanlah hamba rahmat, maghfirah dan pembebasan daripada api neraka
Amin ya Rabbal 'alamin

Al faqirah wal haqirah,
28 Ramadhan 1431
IIUM Kuantan

Muhasabah Ramadhan buat diriku, aku tujukan buat diriku lagu ini:

Ramadhan Dua Zaman
The Zikr


Ramadhan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza

Ramadhan mereka gembira cemerlang
Mukmin berjasa di awal zaman
Ramadhan kami malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergianmu
Malam mereka meriah disimbah nur al Quran
Tapi malam kami muram bertemukanmu

Mereka berlumba mengejar makrifat
Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap takwa
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan Ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga

Monday, September 6, 2010

TV3 Tarik Balik Iklan Kontroversi

KUALA LUMPUR, 5 Sept: Setelah dikritik dan dibantah banyak pihak, stesen televisyen swasta TV3 hari ini menarik balik iklan kontroversi Aidil Fitri yang disiar stesen itu sejak beberapa hari lalu.

Iklan tersebut didakwa seperti cuba menyamakan perayaan Aidil Fitri dengan unsur-unsur Krismas, Hindu dan Buddha apabila memuatkan elemen menaiki beca terbang ala Santa Claus, bunga teratai dan pelita.

Pihak mereka juga turut memohon maaf di atas penyiaran iklan tersebut yang telah mengguris hati umat Islam.

Permohonan maaf itu diumumkan melalui Buletin Utama jam 8 malam tadi.

Sementara itu Dewan Pemuda PAS Pusat bercadang menghantar surat bantahan ke stesen televisyen tersebut dan juga kepada Kementerian Penerangan esok ekoran penyiaran iklan tersebut.

Selain mengguris perasaan umat Islam, iklan tersebut juga dakwa mereka mengelirukan dan boleh menjerumuskan umat Islam ke kancah syirik.

Biarpun menepati konsep 1Malaysia, namun iklan tersebut dilihat mencemar kemuliaan Aidil Fitri yang akan disambut umat Islam tidak lama lagi.

Sehubungan itu, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) digesa cermat dan memantau iklan, filem dan drama yang bertentangan dengan nilai dan syariat Islam sepanjang perayaan ini.

Iklan tersebut juga mendapat kritikan hebat umat Islam di laman FaceBook yang mandakwa TV3 sengaja mahu membangkitkan kemarahan orang Islam.

Mereka juga mendakwa, iklan tersebut adalah yang paling rendah nilai dalam sejarah iklan TV3.

Sumber asal berita di sini.

Sunday, September 5, 2010

Iklan Hari Raya TV3 yang Menyesatkan

~Dikongsikan daripada http://aulakalimah.blogspot.com/~

Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas. Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kaca televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya? sila lihat sendiri videonya di link ini:


Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.

Scene 1 -

Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 -

Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
5.Pokok Krismas - Simbol Paganism

Scene 3 -

Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4 -

Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 5 -

Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 -

Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 -

Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

* * *

Apa sebab perlu dipaparkan teratai (lotus) dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.


Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..

Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Friday, September 3, 2010

Cinta Kebaikan


Tatkala melihat sampah yang berselerakan angkara monyet, hati tentu terdetik, "Eeii...geramnya monyet-monyet ni buat sampah lagi!" Lalu kita berlalu sahaja dan berharap sampah-sampah itu akan dibersihkan oleh Makcik cleaner.

Namun, jika kita memikirkan ada peluang untuk berbuat kebaikan di situ, lantas kita mengambil penyapu dan penyodok lalu membersihkannya, sudah tercatat suatu pahala kebaikan buat kita. Betul kan?

Peluang untuk berbuat kebaikan sentiasa ada di mana-mana, tetapi kadang-kadang peluang itu tidak kita sedari, terutama ketika kita menjadi seorang yang penting diri, dan ketika perasaan marah telah menguasai diri.

Hakikatnya, ada ruang dan peluang untuk kita 'membuat pahala' apabila melihat sejadah di musolla yang berselerak, telekung di masjid yang sudah 'bertahi lalat', sink di pantry yang tersumbat dengan sisa-sisa makanan, paip yang masih menitis airnya kerana tidak ditutup rapat, lampu tandas yang masih bernyala walaupun sudah tengahari dan sebagainya.

وَمَنْ يَقْتَرِفْ حَسَنَةً نَزِدْ لَهُ فِيهَا حُسْنًا
"Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu..." (asy Syura: 23)

Pandanglah ke kiri dan ke kanan untuk mencari peluang itu. Mungkin dengan seciput kebaikan yang kita lakukan, Allah bukakan pintu rahmatNya buat kita, ampuni dosa-dosa kita, dan permudahkan urusan-urusan kita. Allah...Alangkah untungnya.

Orang yang tidak berkira, Allah juga tidak berkira kepadanya.

Mudah-mudahan Allah menjadikan kita dari golongan orang-orang yang cinta kepada kebaikan.
Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template