:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::

Monday, November 29, 2010

Pengalaman Saya di Program Berkhatan



1. Semalam, 28 November, saya berpeluang lagi menjadi sukarelawan Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) untuk program berkhatan beramai-ramai. Ini pengalaman kali kedua saya untuk program berkhatan, sebelum ini semasa saya tahun 3 dahulu.

2. Program tersebut dijalankan di Markas PAS Permatang Badak yang melibatkan 100 orang kanak-kanak lelaki. (lelaki sahaja ye, perempuan rasanya tak pernah lagi ada program khatan beramai-ramai :P) Penganjurnya ialah PAS Kawasan Paya Besar, Kuantan.

3. Pelbagai reaksi kanak-kanak dapat diperhatikan. Ada yang steady dan tak sakit langsung...(wow!), ada yang menangis dan menjerit-jerit (kesian...), ada yang mengaji tak henti-henti (surah yang paling femes ialah surah al fatihah), ada yang buat bunyi 'ssssssss' (huhu...), dan tak lupa juga ada yang tak sempat buat apa-apa lagi dah menangis (dan akhirnya terpaksa keluar dulu mengambil angin di luar. Lepas tu saya tak pasti dorang masuk balik ke tak...huhuhu...).

4. Antara kerja-kerja saya sewaktu di sana (selain sebagai pemerhati bebas) ialah menyiapkan peralatan berkhatan : kidney dish dan instruments di dalamnya (needle holder, forcep, scissors, haemostat), gallipot, suture materials (catgut), gauze, alcohol swab, bactigras, chloramphenicol, mineral water (ganti saline), etc...mengisi Local Anaesthetics ke dalam hypodermic syringe - yang digunakan ialah xylocaine dan bupivacaine, dan memprescribe ubat kepada kanak-kanak yang telah selesai berkhatan. Ubat yang diprescribekan ialah :

- Cloxacillin qid 4/7
- Mefenamic acid (ponstan) 250mg prn tds
- Iodine buat basuh luka

5. Saya rasa sangat happy buat kerja-kerja seperti ini. Kepada PAPISMA, terima kasih kerana menyediakan peluang berkhidmat kepada saya. Lain kali panggil lagi ya. (^_^)

6. Kepada kanak-kanak yang dah selamat dikhatankan semalam, jangan lupa sembahyang tau. Ingat pesanan Ustaz Yusof Embong... :)

7. Kepada pihak penganjur, terima kasih banyak-banyak di atas cenderamata anda...(ohh, saya langsung tidak mengharapkannya, tapi sebab orang nak bagi kita terima je la kan...hehe)

8. Ok, sampai sini dulu. Best jugak tulis dalam point form macam ni...(Tiru Ustaz Nasrudin at Tantawi dan Dr Mahathir punya style...heheh)

Saturday, November 27, 2010

Sajak : Aku Menjadi Lebih Berani


Kali ini
kau berbaju biru
dan bajuku ungu.
Sayang, hanya aku tahu
hatimu
tidak setulus hatiku
yang berbaju ungu.

Bila begini, sebilah pisau aku tidak gentar
sepatah kata,
bisa, aku merasa.
Hati dan rasa mengajarku
aku menjadi lebih berani.

Latifah Haji Shebli
Anak Laut,
DBP, 2000

Maksud

Penyajak menyatakan dalam persahabatan yang lebih penting ialah kejujuran dan keikhlasan, bukan sifat luaran. Penyajak berani menghadapi cabaran kerana dia lebih memahami hatinya dan sahabatnya. Penyajak juga memahami hati wanita yang berani menghadapi cabaran.

Tema dan Persoalan

Tema sajak ini ialah sifat keberanian seorang wanita. Persoalannya pula sesetengah orang tidak jujur dalam percintaaan dan pengalaman pahit yang dilaluinya menjadikan dia lebih berani.

Nada

Sajak ini bernada kecewa.

Gaya Bahasa

Asonansi : bajuku ungu ( pengulangan vokal u)
Aliterasi : tidak setulus hatiku ( pengulangan konsonan t)

Nilai

1. Peribadi kawan atau kekasih
Memilih sahabat atau kekasih jangan mengikut keadaan fizikal (kecantikan dan ketampanan), tetapi yang penting kejujuran.

2. Kemanusiaan
Wanita walaupun bersifat lemah , tetapi akan bangkit menghadapi cabaran apabila dicabar.

3. Kemasyarakatan
Manusia tidak kira lelaki atau perempuan haruslah berani menghadapi cabaran yang bakal mendatang.


p.s:

Sajak ini adalah salah satu sajak yang saya gemari ketika belajar KOMSAS dahulu. Namun, saya menjadikannya entri blog tanpa mempunyai maksud tersirat. Cuma, saya sukakan tajuknya, "Aku Menjadi Lebih Berani".

Ya, kita mesti menjadi lebih berani untuk menghadapi kehidupan yang semakin mencabar... Betul kan? :)

HasbunAllahu wa ni'mal wakiil...
[Allah (Alone) is Sufficient for us, and He is the Best Disposer of affairs (for us).]'' (3:173).

Tuesday, November 23, 2010

Tanam Gigi / Implan

Saya bawakan artikel berkaitan tanam gigi / implan hasil tulisan Prof. Dr. Kamsiah yang juga merupakan pensyarah jemputan di kulliyyah kami. Beliau boleh dilawati di drkam.wordpress.com.

Implan Pergigian Membina Keyakinan Diri

oleh Dr. Kamsiah

dentalimplants5

Sejak akhir-akhir ini ramai orang yang ingin mengetahui tentang implan pergigian dan bagaimana rawatan itu dijalankan.

Di awal tahun lima puluhan, suatu penemuan baru oleh seorang ahli sains Sweden Professor Per Ingvar Branemark. Beliau mendapati bahawa logam titanium boleh melekat secara langsung dan tidak berbalik kepada tulang hidup. Penemuaannya ini adalah bercanggah daripada teori saintifik kontemporari, yang menyatakan bahawa logam tidak boleh melekat kepada tulang hidup.

Professor Branemark seterusnya membuktikan bahawa di bawah pengawasan yang teliti, titanium dapat berintegrasi dengan tulang hidup dan dapat dipastikan dengan tepat, tempoh hayat yang panjang tanpa menyebabkan keradangan tisu lembut atau tidak diterima oleh tubuh. Beliau menamakan fenomena in sebagai osseointegrasi.

Kes pertama beliau telah dilakukan dengan menanam tiang titanium ke dalam tulang rahang pesakit edentulus (tiada bergigi langsung) pada tahun 1965. Sehingga kini, iaitu telah lebih 40 tahun, implan titanium tersebut masih dapat bertahan di dalam mulut pesakit berkenaan.

Kajian-kajian selanjutnya telah dijalankan. Sehingga kini terdapat berbagai syarikat yang mengeluarkan implan pergigian berdasarkan konsep osseointegrasi tersebut.

Kepentingan Implan Pergigian

dental-implants2

Kepentingan dan masalah mengenai ketiadaan gigi (edentualism) mungkin tidak ketara pada semua orang. Di dalam banyak kes, bukan sahaja gigi dan tulang yang hilang, tetapi keyakinan diri turut terjejas.

Selaluinya pakar gigi bukan sahaja berdepan dengan masalah mekanikal atau biologikal, tetapi individu itu secara keseluruhan. Pesakit mungkin tiada bergigi selama 30-40 tahun. Pengalaman persakit mempunyai satu set gigi yang baru dan menyakinkan, mungkin tidak dapat dilupakan oleh pesakit dan keluarganya.

Untuk mengurangkan potensi kerosakan semasa penyediaan, alat-alat tajam yang direkabentuk khas digunakan. Bahan titanium tulen dan tidak tercemar pada permukaan komponen serta mikroarkiteknya yang unik adalah syarat-syarat penting di dalam pencegahan reaksi yang tidak baik dalam jangka masa pendek dan panjang.

Persoalan di sini bukan setakat mengorek lubang ke dalam tulang dan memasukkan sesuatu ke dalamnya, tetapi untuk membentuk keharmonian di antara komponen-komponen sintetik dan biologi supaya kedua-dua komponen dapat bertahan seumur hidup pesakit.

dental_implants attachment

Selain memberi kestabilan pada prostesis (seperti gigi palsu) yang digunakan, implan gigi dapat membantu gigitan yang berkesan di samping fonetik (pertuturan) dan estetik (rupa paras) yang lebih baik. Implan gigi juga dapat mengekalkan keyakinan diri dan kualiti hidup pada pesakit edentulus.

Rawatan diberikan kepada kes-kes terpilih bergantung kepada riwayat kesihatan am dan kesihatan mulut pesakit. Radiograf digunakan untuk memastikan kualiti dan kuantiti tulang yang hendak digunakan .

Peringkat-Peringkat Rawatan

Terdapat tiga peringkat rawatan pada kebiasaannya. (bergantung kepada jenama dan teknik implan- ada yang boleh siap dalam tempoh satu sesi!) Di dalam rawatan pertama dan kedua, satu pembedahan diperlukan dalam keadaan anestesia (bius), cuma ketidakselasaan kecil dialami oleh pesakit.

Lubang-lubang ditebuk pada rahang di dalam rawatan pertama dengan menggunakan alat-alat dan teknik-teknik khusus untuk mengurangkan kecederaan pada tisu hidup.

pemasangan implant ke tulang rahang pemasangan implant ke tulang rahang

Pemasangan ‘fixture’/ skrew implan

Fixture titanium akan diskru ke dalam lubang yang telah ditebuk. Fixture yang digunakan dikeluarkan oleh pengeluar dalam bentuk dan saiz yang tertentu serta bersih daripada kuman.

Pemasangan Tupang-Tupang/ abutmen

Jangka masa 6 minggu sehingga 6 bulan diperlukan untuk penyembuhan dan tempoh osseointegrasi permulaan sebelum pembedahan kedua diperlukan. Lubang kecil ditebuk pada gusi yang meliputi fixture dan tupang-tupang dipasangkan kepada fixture osseointegrasi.

Peringkat Prostodontik

pemasangan abutmen pada peringkat ke2 dan korona pada peringkat akhir.

Selepas beberapa minggu, prostesis yang berupa korona dan jambatan pergigian (bridge) dibuat dengan melekatkannya kepada abutmen-abutmen yang telah disediakan. Pesakit akan dapat menggunakan gigi-gigi baru ini seolah-olah gigi-gigi asli .

Terdapat sebilangan pesakit yang prostesis tidak dapat dilekatkan terus secara tetap, dentur boleh tanggal dibuat ke atas abutmen. Ini dapat mengurangkan masalah daripada memakai dentur yang longgar.

Kesimpulan

Implan pergigian adalah salah satu cara penyelesaian bagi pesakit pesakit yang kehilangan satu atau kesemua gigi kekal. Ia bergantung kepada keadaan keseluruhan kesihatan pesakit, kualiti dan kuantiti tulang yang masih tinggal selepas cabutan. Pelbagai teknik dan jenis implan berada di pasaran. Ia bergantung kepada kebolehan perawat untuk memahirkan diri dalam teknik-teknik dan bahan bahan yang sentiasa berubah mengikut kajian syarikat syarikat pengeluar implan.

Sunday, November 21, 2010

Analisa: Kata Kunci Paling Kerap

Analisa terkini


Analisa bulan lalu

Melalui Nuffnang, saya dapat menganalisa kata kunci atau keywords pengunjung yang mengunjungi blog saya, azansubuhkhamis.blogspot.com. Saya mendapati 3 kata kunci yang paling kerap iaitu:

1. Tanam gigi
2. Gingivitis
3. Ibnu Sina

Pengunjung yang mencari tentang 'tanam gigi/ implant' paling kerap frekuensinya. Pada mulanya saya agak pelik juga, namun saya percaya masyarakat di luar sana mula berminat dengan rawatan pergigian ini. Insya Allah jika mempunyai kelapangan waktu saya akan menghasilkan satu entri yang lebih terperinci tentang implantology berdasarkan ilmu-ilmu yang saya pelajari.

Jika saudara/ saudari pengunjung mempunyai sebarang cadangan kepada saya untuk penambahbaikan blog ini, saya amat mengalu-alukannya.

Thursday, November 18, 2010

Sekuntum Cinta Pengantin Syurga

Pemaparan indah dari ulama besar umat Islam, Ibn Qayyim Al Jauziyah tentang sebuah cinta sepasang manusia. Cinta kerana Allah; cinta yang memerlukan sebuah aturan dalam batas-batas syari’at, bukan cinta atas dasar nafsu kebinatangan.

* * *
Suatu masa dahulu di kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan yang tekun dan rajin beribadat, dan termasuk salah seorang yang dikenali sebagai ahli zuhud. Suatu hari dalam pengembaraannya, pemuda itu melalui sebuah perkampungan yang dihuni oleh kaum An-Nakha’. Demi melepaskan penat dan lelah setelah berhari-hari berjalan maka dia singgah di kampung tersebut. Di persinggahan si pemuda banyak bersilaturahim dengan kaum muslimin. Di tengah kekhusyukannya bersilaturahim itulah dia bertemu dengan seorang gadis yang cantik jelita.

Sepasang mata bertemu, seakan saling menyapa, saling berbicara. Walau tak ada gerak lidah! Tak ada kata-kata! Mereka berbicara dengan bahasa jiwa. Kerana bahasa jiwa jauh lebih jujur, tulus dan apa adanya. Cinta yang tak terucap jauh lebih berharga dari pada cinta yang hanya ada di hujung lidah. Maka jalinan cinta pun tersambung erat dan membuhul kuat. Begitulah sejak melihatnya pertama kali, dia pun jatuh hati dan tergila-gila. Sebagai anak muda, tentu dia berharap cintanya itu tak bertepuk sebelah tangan, namun begitulah ternyata gayung bersambut. Cintanya tidak berada di alam khayal, tapi menjelma menjadi kenyataan.



Benih-benih cinta itu bagai anak panah melesat dari busurnya, pada pertemuan yang tersamar, pertemuan yang berlangsung sangat sekejap, pertemuan yang selalu terhalang oleh hijab. Demikian pula si gadis merasakan hal serupa sejak melihat pemuda itu pada kali yang pertama.

Begitulah cinta, ketika ia bersemi dalam hati, terkembang dalam kata, terurai dalam perbuatan. Ketika hanya berhenti dalam hati, itu cinta yang lemah dan tidak berdaya. Ketika hanya berhenti dalam kata, itu cinta yang disertai dengan kepalsuan dan tidak nyata.

Ketika cinta sudah terurai jadi perbuatan, cinta itu sempurna seperti pohon; akarnya terhunjam dalam hati, batangnya tertegak dalam kata, buahnya menjumbai dalam perbuatan. Persis seperti iman, terpatri dalam hati, terucap dalam lisan, dan dibuktikan oleh amal.

Semakin dalam makna cinta direnungi, semakin besar fakta ini ditemukan. Cinta hanya kuat ketika ia datang dari peribadi yang kuat, bahawa integriti cinta hanya mungkin lahir dari peribadi yang juga punya integriti. Kerana cinta adalah keinginan baik kepada orang yang kita cintai yang harus menampak setiap saat sepanjang kebersamaan.

Begitupun dengan si pemuda, dia berfikir cintanya harus terselamatkan! Agar tidak jadi liar, agar selalu ada dalam keabadian. Ada dalam bingkai syari’atnya. Akhirnya dia pun mengutus seseorang untuk meminang gadis pujaannya itu. Akan tetapi keinginan tidak selalu seiring sejalan dengan takdir Allah. Ternyata gadis tersebut telah dipertunangkan dengan putera bapa saudaranya.


Mendengar keterangan ayah si gadis itu, putus sudah harapan si pemuda untuk menyemai cintanya dalam keutuhan syari’at. Gadis yang telah dipinang tidak boleh dipinang lagi. Tidak ada jalan lain. Tidak ada jalan belakang, simpang kiri, atau simpang kanan. Mereka sedar bahawa jalinan asmaranya harus diakhiri, kerana kalau tidak, justeru akan merosak ’anugerah’ Allah yang terindah ini.

Bayangkan, bila dua kekasih bertemu dan masing-masing silau serta mabuk oleh cahaya yang terpancar dari orang yang dikasihi, dia akan melupakan harga dirinya. Dan, sekali bunga dipetik, ia akan layu dan akhirnya mati, dipijak orang kerana sudah tak berguna. Jalan belakang ’back street’ tak ubahnya seperti anak kecil yang merosak mainannya sendiri. Penyesalan pasti akan datang, menangis pun tak berguna, menyesal tak mengubah keadaan, badan hancur jiwa binasa.

Cinta si gadis cantik dengan pemuda tampan masih bergelora. Mereka seakan menahan beban cinta yang sangat berat. Si gadis berfikir barangkali masih ada celah untuk dapat ’diikhtiarkan’ maka rancangan pun disusun dengan segala kemungkinan. Maka si gadis mengutus seorang hambanya untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatan hatinya:

Aku tahu betapa engkau sangat mencintaiku dan kerananya betapa besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku tetap untukmu. Seandainya engkau berkenan, aku akan datang berkunjung ke rumahmu atau aku akan memberikan kemudahan kepadamu bila engkau mahu datang ke rumahku.

Setelah membaca isi surat itu dengan saksama, si pemuda tampan itu pun berpesan kepada hamba pembawa surat wanita pujaan hatinya itu.

"Kedua-dua tawaran itu tidak ada satu pun yang kupilih! Sesungguhnya aku takut akan seksaan hari yang besar bila aku sampai derhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut akan neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam."

Pulanglah hamba kekasihnya itu dan dia pun menyampaikan segala yang disampaikan oleh pemuda tadi.

Tawaran bertemu dua orang kekasih, sungguh sebuah tawaran yang memancarkan harapan, mewujudkan kenangan, menerbitkan keberanian. Namun bila cinta dirampas oleh gelora nafsu rendah, keindahannya akan lenyap seketika. Dan berubah menjadi naga yang memuntahkan api dan menghancurkan harga diri kita. Sungguh hairan bila saat ini orang suka menjadi korban dari amukan api yang meluluhlantakkan harga dirinya, dari pada merasakan keindahan cintanya.

"Sungguh selama ini aku belum pernah menemukan seorang yang zuhud dan selalu takut kepada Allah swt seperti dia. Demi Allah, tidak seorang pun yang layak menyandang gelar yang mulia kecuali dia, sementara hampir kebanyakan orang berada dalam kemunafikan."
Si gadis berbangga dengan kesalehan kekasihnya.

Setelah berkata demikian, gadis itu merasa tidak perlu lagi kehadiran orang lain dalam hidupnya. Pada diri pemuda itu telah ditemukan seluruh keutuhan cintanya. Maka jalan terbaik setelah ini adalah mengekalkan diri kepada ’Sang Pemilik Cinta’. Lalu diapun meninggalkan segala urusan duniawinya serta membuang jauh-jauh segala sesuatu yang berkaitan dengan dunia. Memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak itu dia tekun beribadat, sementara hatinya merana, badannya juga kurus oleh beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya.

Bila kerinduan kepada kekasih telah membuncah, dan dada tak sanggup lagi menahan kehausan untuk bersua, maka saat malam tiba, saat manusia terlelap, saat bumi menjadi lengang, dia pun berwudhu'. Solatlah dia di malam gelita, lalu menadahkan tangan, memohon bantuan Sang Maha Pencipta agar melalui kekuasaan-Nya yang tak terbatas dan dapat menjangkau ke semua wilayah yang tak dapat tersentuh manusia, menyampaikan segala perasaan hatinya pada kekasih hatinya. Dia berdoa kerana rindu yang sudah tak tertanggung, dia menangis seolah-olah saat itu dia sedang berbicara dengan kekasihnya. Dan saat tertidur kekasihnya hadir dalam mimpinya, berbicara dan menjawab segala keluh-kesah hatinya.


Dan kerinduannya yang mendalam itu menyelimuti sepanjang hidupnya hingga akhirnya Allah memanggil ke ribaanNya. Gadis itu wafat dengan membawa serta cintanya yang suci. Yang selalu dijaganya dari belitan nafsu syaithoni. Jasad si gadis boleh terbujur dalam kubur, tapi cinta si pemuda masih tetap hidup subur. Namanya masih disebut dalam doa-doanya yang panjang. Bahkan makamnya tak pernah sepi diziarahi.

Cinta memang indah, bagai pelangi yang menyihir kesedaran manusia. Demikian pula, cinta juga sangat perkasa. Ia akan menjadi benteng, yang menghalau segala dorongan yang hendak merosak keindahan cinta yang bersemayam dalam jiwa. Ia akan menjadi penghubung antara dua anak manusia yang terpisah oleh jarak bahkan oleh dua dimensi yang berbeza.

Pada suatu malam, saat kaki tak lagi dapat menyanggah tubuhnya, saat kedua mata tak kuasa lagi menahan kantuknya, saat salam mengakhiri qiyamullailnya, saat itulah dia tertidur. Sang pemuda bermimpi seakan-akan melihat kekasihnya dalam keadaan yang sangat menyenangkan.

"Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah berpisah denganku?" Tanya Pemuda itu di alam mimpinya.

Gadis kekasihnya itu menjawab dengan menyenandungkan untaian syair:

"Kasih

cinta yang terindah adalah mencintaimu,

sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan.

Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu

burung syurga menjauh dan malaikat menutup pintu."

Mendengar penuturan kekasihnya itu, pemuda tersebut lalu bertanya kepadanya, "Di mana engkau berada?"

Kekasihnya menjawab dengan melantunkan syair:

"Aku berada dalam kenikmatan

dalam kehidupan yang tiada mungkin berakhir

berada dalam syurga abadi yang dijaga

oleh para malaikat yang tidak mungkin binasa

yang akan menunggu kedatanganmu,

wahai kekasih."

"Di sana aku bermohon agar engkau selalu mengingatku dan sebaliknya aku pun tidak dapat melupakanmu!" Pemuda itu mencoba merespon syair kekasihnya.

"Dan demi Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu. Sungguh, aku telah memohon untukmu kepada Tuhanku juga Tuhanmu dengan kesungguhan hati, hingga Allah berkenan memberikan pertolongan kepadaku! " jawab si gadis kekasihnya itu.

"Bilakah aku dapat melihatmu kembali?" Tanya si pemuda menegaskan.

"Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku kemari," Jawab kekasihnya.

Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya, akhirnya Allah mewafatkan dirinya. Allah mempertemukan cinta keduanya di alam baqa', walau tak sempat menghadirkan romantismenya di dunia. Allah mencurahkan kasih sayang-Nya kepada mereka berdua menjadi pengantin syurga.

Subhanallah! Cinta memiliki kekuatan yang luar biasa. Benarlah cinta memerlukan aturan. Tidak lain dan tidak bukan, agar cinta itu tidak berubah menjadi cinta yang membabi buta yang dapat menjerumuskan manusia pada kehidupan haiwani dan penuh kenistaan. Bila cinta dijaga kesuciannya, manusia akan selamat. Para pasangan yang saling mencintai tidak hanya akan dapat bertemu dengan kekasih yang dapat menghilangkan kerinduan, tapi juga mendapatkan ketenangan, kasih sayang, cinta, dan keredhaan dari zat yang menciptakan cinta iaitu Allah SWT, di negeri yang fana ini atau di negeri yang abadi nanti.

* * *


Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir. (QS. Ar-Ruum)

p.s: Cinta merupakan ujian bagi orang-orang soleh dan cubaan bagi ahli ibadah. Jagalah kesucian cinta sebelum berkahwin agar ia diberkati dan diredhai, dan selepas berkahwin, bercintalah sepuas-puasnya.

Monday, November 15, 2010

Eidun Sa'id || عيد سعيد


Salam Eidul Adha (insyaAllah akan kita sambut pada 17 November ini bersamaan 10 Zulhijjah 1431). Buat semua yang mengenali, terutama yang sentiasa melapangkan masa untuk ke laman ini, saya dengan rendah hatinya ingin mengucapkan
...

عيد سعيد
كل عام وأنتم بخير

Bersempena dengan kedatangan Eid yang bakal tiba marilah sama-sama kita memupuk rasa pengorbanan yang sebenar-benarnya dalam diri kita. Nabi Muhammad Sollallahu 'alaihi wasallam dan para sahabat adalah contoh-contoh terhebat yang sedia berkorban apa sahaja demi Allah. Sayyidina Abu Bakar radhiallahu 'anhu mengorbankan semua hartanya untuk Islam dan umatnya sehingga Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam bertanya kepada beliau :

" مَا تَرَكْتَ لِعِيَالِكَ، تَرَكْتُ لَهُمْ اللهَ وَرَسُوْلَهُ "

Yang bermaksud : " Apakah yang engkau tinggalkan untuk keluarga kamu? " jawab Abu Bakar : " Aku tinggalkan buat mereka Allah dan RasulNya. "

Subhanallah... Semoga ruh perjuangan dan pengorbanan baginda Nabi dan sahabat turut meresap ke dalam diri kita semua.

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، وَللهِ الْحَمْدُ


Sunday, November 14, 2010

Terkadang Hati Ini Sebak


Terkadang
Hati ini sebak
Kerana belum mampu menjadi hamba yang baik kepadaNya

Terkadang
Hati ini mahu menangis semahunya
Kerana sering terlalaikan perintahNya

Ya Allah
Sudikah menerima hamba yang hina lagi berdosa
MengadapMu berulang-ulang mengatakan janji setia
Namun sering jua ku mungkarinya

Ya Allah
Hamba sangat lemah dan tiada berdaya
Masih cuba dan terus mencuba
Mengotakan segala cita dan cinta

Ya Allah
Aku tahu, Engkau tak pernah lupa padaku
Maka jangan jadikan aku lupa padaMu

Hamba berdosa,
7 Zulhijjah 1431

2.58am

Wednesday, November 10, 2010

Kaifa Taqdhi al-Mar’ah al-Muslimah Waqtaha?


Kaifa Taqdhi al-Mar’ah al-Muslimah Waqtaha?
Bagaimanakah wanita muslimah menghabiskan waktunya?

Kehidupan ini bukanlah sebagaimana yang sentiasa dibayangkan, iaitu rutin harian sahaja seperti makan, minum, tidur, bermain, bersenda gurau, berhias, berbangga-bangga dan sebagainya, kerana itu adalah kehidupan orang-orang yang lalai.

Akan tetapi sesungguhnya kita diciptakan untuk sesuatu dan tujuan yang lebih luhur dari semua itu, iaitu untuk beribadah kepada Allah semata-mata.

Halangan-halangan yang dapat memalingkan wanita daripada memanfaatkan waktunya dengan baik:

1. Panjang angan-angan dan bertangguh-tangguh

Setiap kali seseorang hendak melakukan sesuatu, syaitan akan mendatanginya dan memujuknya untuk bertangguh-tangguh dengan membisikkan, “Buat esok sahaja atau lusa...” sehingga wanita itu tidak berjaya melakukan apa yang telah diniatkannya.

Hapuskanlah sifat bertangguh-tangguh itu dengan bertekad, dan bercita-cita ( himmah yang tinggi).

2. Sibuk dengan perkara-perkara lagho, bahkan kadang-kadang dengan perkara-perkara yang haram

Wahai wanita yang diberkahi…Gunakanlah waktu anda untuk membaca buku-buku agama, kisah-kisah para nabi, dan membaca al-Qur’an … Nescaya anda akan menemui keberkatan di rumah anda.

3. Kawan yang tidak baik

Sebahagian wanita memandang kepada orang yang lebih sedikit kemampuannya dalam memanfaatkan waktu, tetapi tidak memandang kepada orang yang lebih baik daripadanya. Akibatnya dia berasa bangga kerana merasakan bahwa si Fulanah lebih banyak mensia-siakan waktu daripadanya.


4. Berasa kurang dan lemah

Adakalanya sebahagian wanita mempunyai tekad yang kuat dan mampu memanfaatkan waktunya dengan baik, namun dia merendahkan dirinya sendiri, sehingga setiap kali hendak melakukan suatu amal dia berasa bahawa dia kurang mampu melakukannya.

Untuk mengatasinya, sentiasalah memohon pertolongan kepada Allah dan hendaklah menyedari bahawa itu merupakan bisikan syaitan. Kemudian hendaklah membesarkan jiwanya dan sentiasa melatihnya sehingga terbiasa dengan amalan tersebut.

Allah Ta’ala berfirman,

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.” [QS. Al-Ankabut: 69]

Saranan untuk wanita muslimah: Membuat jadual harian untuk memanfatkan setiap kesempatan di antara peluang-peluang waktu anda dari pagi hingga malam. Kemudian, berusahalah untuk memenuhi jadual tersebut semampunya sehingga tidak ada waktu yang dilalui dengan sia-sia tanpa disedari.

“Sesungguhnya waktu itu, apabila telah berlalu, maka ia tidak akan pernah kembali.”

Biasakanlah membaca zikir-zikir pagi dan petang, kerana makhluk yang paling dicintai Allah adalah yang lisannya sentiasa basah kerana berzikir kepada Allah.

p.s: dialihbahasa daripada bahasa Indonesia ke bahasa Malaysia dari artikel di laman web www.shalihah.com. Semoga wanita-wanita yang membacanya (termasuk diri sendiri) dapat mengambil manfaat daripadanya.

Sunday, November 7, 2010

Diabetes Mellitus


Definition:
A group of metabolic diseases in which a person has high blood sugar , either because the body does not produce enough insulin , or because cells do not respond to the insulin that is produced.

Epidemiology:
The prevalence of diabetes is expected to double between 1994 and 2010, at which time about 240 million people will have the disease. In general, the incidence of diabetes rises as the population ages and as the prevalence of obesity increases.

Classification:
  • Type 1 (insulin-dependent diabetes; juvenile diabetes)
  • Type 2 (non-insulin-dependent diabetes; adult-onset diabetes)
  • Gestational diabetes (pregnancy diabetes)
  • Other forms of diabetes mellitus include congenital diabetes, which is due to genetic defects of insulin secretion, cystic fibrosis-related diabetes, steroid diabetes induced by high doses of glucocorticoids, and several forms of monogenic diabetes.
Acute complications:
  • hypoglycemia
  • diabetic ketoacidosis
  • nonketotic hyperosmolar coma
Serious long-term complications:
  • cardiovascular disease
  • chronic renal failure
  • retinal damage
Type 1 Diabetes Mellitus

- It is characterized by loss of the insulin-producing beta cells of the islets of Langerhans in the pancreas leading to insulin deficiency.

- This type of diabetes can be further classified as immune-mediated or idiopathic. The majority of type 1 diabetes is of the immune-mediated nature, where beta cell loss is a T-cell mediated autoimmune attack.

- It can affect children or adults but was traditionally termed "juvenile diabetes" because it represents a majority of the diabetes cases in children.

- People with type 1 diabetes are highly susceptible to diabetic ketoacidosis. Because the pancreas produces no insulin, glucose cannot enter cells and remains in the bloodstream. To meet cellular energy needs, fat is broken down through lipolysis, releasing glycerol and free fatty acids.

- There will be increase in ketone levels in body fluids and increase hydrogen ion concentration ( decrease in pH) resulting in diabetic ketoacidosis (DKA). Untreated DKA can result in coma or death.

Type 2 Diabetes Mellitus

- It is the most common type , characterized by insulin resistance which may be combined with relatively reduced insulin secretion.

- The defective responsiveness of body tissues to insulin is believed to involve the insulin receptor. However, the specific defects are not known.

- In the early stage of type 2 diabetes, the predominant abnormality is reduced insulin sensitivity. At this stage hyperglycemia can be reversed by a variety of measures and medications that improve insulin sensitivity or reduce glucose production by the liver .

- Most type 2 diabetes patients are overweight, and most are diagnosed as adults.

- In addition to genetic influences, acquired risk factors for type 2 diabetes include obesity, advancing age, and an inactive lifestyle.

- It is characterized by the following three disorders:
(1) Peripheral resistance to insulin, especially in muscle cells.
(2) Increased production of glucose by the liver.
(3)Altered pancreatic insulin secretion

Gestational Diabetes Mellitus (GDM)

- It develops during the third trimester and significantly increases perinatal morbidity and mortality.

- Resembles type 2 diabetes in several respects, involving a combination of relatively inadequate insulin secretion and responsiveness.

- It occurs in about 2%–5% of all pregnancies and may improve or disappear after delivery.

- Gestational diabetes is fully treatable but requires careful medical supervision throughout the pregnancy.

- About 20%–50% of affected women develop type 2 diabetes later in life.

- Even though it may be transient, untreated gestational diabetes can seious effect on the health of the fetus or mother. Risks to the baby include macrosomia (high birth weight), congenital cardiac and central nervous system anomalies, and skeletal muscle malformations.

- Increased fetal insulin may inhibit fetal surfactant production and cause respiratory distress syndrome.

- Hyperbilirubinemia may result from red blood cell destruction.

Signs and Symptoms of DM
  • Polydipsia (excessive thirst)
  • Polyuria (excessive urination)
  • Polyphagia (excessive hunger)
  • Unexplained weight loss
  • Changes in vision
  • Weakness, malaise
  • Irritability
  • Nausea
  • Dry mouth
  • Ketoacidosis, usually associated with severe hyperglycemia and occurs primarily in type 1 diabetes
Diagnosis
  • Presence of diabetes symptoms plus random (nonfasting) plasma glucose ≥ 8.4 mmol/L (200 mg/dL) random glucose may be drawn at any time of day without regard to time since last meal.
  • Fasting plasma glucose ≥ 7 mmol/L (126 mg/dL) fasting is defined as no caloric intake for at least 8 hours.
  • Two-hour postprandial glucose ≥ 8.4 mmol/L (200 mg/dL) during an oral glucose tolerance test‡ using a glucose load containing the equivalent of 75 g of anhydrous glucose dissolved in water.
Diabetes and Oral Health
  • burning mouth
  • altered wound healing
  • increased incidence of infection
  • enlargement of the parotid glands and xerostomia can occur; this may be related to the metabolic control of the diabetic state
Periodontal Health and Diabetes

- Differences in host response may increase the prevalence and severity of periodontal destruction seen in patients with diabetes.

- Hyperglycemia results in increased gingival crevicular fluid glucose levels, which may significantly alter periodontal wound-healing events by changing the interaction between cells and their extracellular matrix within the periodontium.

- Vascular changes occur in the periodontium.

- The formation of Advanced glycation end products (AGEs) results in collagen accumulation in the periodontal capillary and stimulate smooth-muscle proliferation leading to increase of the thickness of vessel walls.
- These changes decrease tissue perfusion and oxygenation. Blood vessel walls binds circulating LDL, which is frequently elevated in diabetes, resulting in further narrowing of the vessel lumen.

- These changes in the periodontium may dramatically alter the tissue response to periodontal pathogens, resulting in increased tissue destruction and diminished repair potential.

- Diabetes results in changes in the function of host defense cells such as polymorphonuclear leukocytes (PMNs), monocytes, and macrophages.

- These host defense alterations cause an increase in periodontal inflammation, attachment loss, and bone loss.

Effects of Peridontal Infection on Glycemic Control

- Periodontal infection increased the risk of poor glycemic control by sixfold.

- Periodontitis is also associated with an increased risk for other diabetic complications, such as nephropathy and macrovascular disease.

Dental Management of the Diabetic Patient
  • Oral hygiene
  • Diet
  • Habits such as tobacco use
  • Proper dental care and follow-up
  • Overall oral health
  • Metabolic control of diabetes.
  • Stress reduction
  • Treatment setting
  • The use of antibiotics
  • Appointment timing
  • Changes in medication regimens
  • Management of emergencies

Saturday, November 6, 2010

Exam Datang Lagi

Exam Tahfiz Class: 8hb
Exam End Block 2: 11, 12,15 dan 16hb

Exam datang lagi. Kali ini exam akhir blok 2. Kemudian boleh balik rumah untuk cuti Hari Raya Korban selama satu minggu. Alhamdulillah, itulah saat yang ditunggu-tunggu. Bukan senang nak dapat cuti semenjak bergelar pelajar di Kulliyyah of Dentistry ini. Cuti Hari Raya Aidilfitri pun cuma 4 hari.

Buat semua yang sudi menziarahi teratak saya ini, sudi-sudilah juga mendoakan kejayaan saya ya. Kemaafan dipohon andainya ada penulisan saya selama ini yang mengguris hati sesiapa, ataupun tidak memenuhi citarasa.

Salam perjuangan buat semua. :)

Tuesday, November 2, 2010

Nota Cinta


Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah

Saujana

Ampunkan dosa-dosaku ya Allah...
Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template