:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::

Tuesday, October 27, 2009

Gambar-gambar Wacana Ilmiah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Atas permintaan seorang pengunjung blog saya, di sini saya uploadkan beberapa gambar Wacana Ilmiah 22 Oktober yang lepas yang bertajuk, "Sebat Kerana Arak: Adilkah?".

Untuk pengetahuan semua, panelis daripada SIS ( Dr Hamidah Marican) dan juga Exco Agama Pahang (Dato' Sahfri) tidak hadir pada malam tersebut. Mungkin mereka mempunyai sebab tersendiri. Namun begitu, wacana ilmiah tersebut tetap meriah dengan penampilan panelis-panelis yang ada. Auditorium Kuliyyah Perubatan sangat penuh sehingga lantai-lantai juga dipenuhi. Tahniah buat semua panelis kerana telah berjaya merungkai segala kekeliruan yang berada di minda para audien.

Pengunjung yang terlalu ramai. Saya sendiri hanya mampu mendengar di luar auditorium sahaja.


Wacana ilmiah telah beraksi


Prof Fauzi (Dekan Kulliyyah Perubatan) selaku moderator


Ustaz Nasrudin mempersembahkan penyampaiannya yang mantap


En Najid (Peguam Syar'ie Pahang) menyampaikan ilmunya


Audien-audien memang bersemangat pada malam itu


Pengarah Kampus kami, Prof Kamaruzzaman (2 dari kanan) yang turut bersama pada malam itu


Jamuan VIP di akhir program

Anda boleh baca respon wacana ini daripada salah seorang panelis, Ustaz Nasrudin di sini.

Terima kasih.

Friday, October 23, 2009

Mujahidah Sejati

Munsyid: Nahwan Nur

Didedikasikan buat sahabat-sahabat muslimahku yang tersayang, walau di mana jua anda berada, serta buat 5 adik perempuanku (Fazilah Jamiah, Nurhaniza, Nur Aishah, Nur Rashidah dan Izzah Shahirah) . Semoga kita semua menjadi mujahidah sejati yang diredhai Allah...

Mujahidah sejati
Intan permata mutiara mahkota
Seindah pelangi di cakerawala
Menghiasi taman indah nan permai

Mujahidah sejati
Engkaulah serikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketaqwaan

Mujahidah sejati, akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati, hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa

Mujahidah sejati
Berbekal al-quran dan as-sunnah
Bersulam pengorbanan
Bisa menggegarkan isi dunia

Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi
Harapan ummah yang abadi

Mujahidah sejati
Menyoroti langkah Khadijah, Aisyah, Fatimah
menjadi muqarrabin, bermujahadah
menuju cinta dan kasih Allah

Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama di sisi Tuhan
Cuma ibadah yang membezakan
Wanita solehah di sisi Tuhan

Berhati-hatilah hasutan dunia
Kerana ia merbahaya
Jangan dibiarkan ia bertakhta
Dalam diri dengan dosa-dosa

Tuesday, October 20, 2009

Jom ke Wacana Ilmiah: " Sebat Kerana Arak: Adilkah?"



Tajuk : "Sebat Kerana Arak : Adilkah?"

Tarikh : 22 Okt 2009

Masa : 8.30- 11.30 mlm

Hari : Khamis malam Jumaat

Tempat : Auditorium Kulliyyah Of Medicine, UIAM Kuantan

Panelis :

-Ustaz Nasrudin At-Tantawi (KETUA DPPP)
-Dato' Sahfri (Exco Agama Pahang)
-En. Najid bin Husin (Peguam Syar'ie Pahang)
-Dr. Hamidah Marican (Executive Director, Sister in Islam)

Moderator : Prof Dr Fauzi, Dekan Kulliyyah Perubatan UIAM Kuantan

*TURUT DIUNDANG: JIM, ISMA, ABIM, HALUAN, MACMA, WADAH, PERKIM, PGSM dll
*PERCUMA!
*TERBUKA KEPADA SEMUA.

(Dianjurkan oleh Kelab Professional Huffaz UIAM Kuantan)

Sunday, October 18, 2009

Selamat Jalan Nenekku

Saya ingin mengucapkan selamat jalan buat nenek saya (Tok) yang bakal meninggalkan tanah air pada 22 Oktober ini bagi menunaikan ibadah haji.

Alhamdulillah, Allah terus melimpahkan rezeki buat Tok untuk melaksanakan tuntutan rukun Islam kelima. Maafkan saya kerana tidak dapat menghantar Tok di lapangan terbang pada hari itu nanti. Hanya telefon sahaja yang menjadi medium sebelum Tok berlepas.

Nenek bersama ayah

Tok adalah nenek saya di sebelah ayah. Nenek di sebelah ibu telah pergi ketika saya berada di Tingkatan 1. Saya sangat menyayangi satu-satunya nenek yang saya ada ini. Apabila berjumpa dan bersalam dengan Tok setiap kali pulang dari kampus, Tok pasti akan memeluk saya erat-erat. Saya doakan agar Tok selamat pergi dan selamat pulang. Doakan untuk saya juga Tok, ketika berada di tanah suci kelak.

Ya Allah, lindungilah nenekku dan para jemaah haji di sepanjang permusafiran mereka. Berikanlah kekuatan dan perlindungan kepada mereka untuk menyempurnakan ibadah haji kepadaMu serta kurniakanlah kepada mereka haji yang mabrur.

Ya Allah, sampaikanlah juga aku dan keluargaku ke sana suatu hari nanti.

Amiinn ya Rabbal 'Alamin.

Wednesday, October 14, 2009

Saya Tidak Berada Di Scotland

Assalamualaikum warahmatullah...

Entri ini adalah untuk mengesahkan bahawa saya, Shahibul Afzan tidak berada di Scotland sebagaimana yang diwarwarkan oleh e-mail saya : fauzan_azima86@yahoo.com.

Saya ingin memohon maaf atas kejadian yang tidak diingini ini. Segalanya adalah kerja hacker atau scammer yang tidak pernah saya duga untuk terjadi. Kejadian ini menyebabkan ramai kawan yang keliru sehinggakan menelefon saya dan sahabat-sahabat di UIAM Kuantan untuk memastikan keadaan saya yang sebenar.

(Skema pula ayat saya ni...)

Scammer/Hacker yang telah menyusahkan orang

Bagi pembaca yang tidak tahu akan kejadian di atas, mari saya ceritakan...

Alkisahnya, saya menerima beberapa e-mail daripada Yahoo yang meminta saya meverifykan akaun e-mail saya. Jika saya tidak meverifykannya, maka akaun e-mail saya akan ditutup/diblok. Pada mulanya saya hanya membiarkan, tetapi setelah menerima e-mail tersebut beberapa kali, saya pun meverifykannya sebagaimana yang dikehendaki.

Esoknya, ketika berada di dalam klinik gigi, pensyarah saya, Prof. Dr. Ammar berkata kepada saya:

" Afzan, your e-mail password has been taken by the virus....".

Dr. Ammar juga menyatakan bahawa e-mail saya yang dihantar kepadanya menceritakan bahawa saya kini berada di Scotland, kehilangan beg duit dan barang berharga serta tiada duit untuk membayar bil hotel dan untuk pulang. Jadi saya mengirim e-mail tersebut untuk meminjam duit dan akan menggantikannya setelah pulang.

Oh, itu adalah cerita rekaan semata-mata. Barulah saya sedar bahawa saya telah meverifykan e-mail saya untuk si penggodam. Hasilnya, 'beliau' telah mereka dan menyebarkan berita palsu tersebut kepada semua orang di dalam senarai address book serta Yahoo Groups yang saya sertai. Padahal sebenarnya saya sedang riang dan gembira di bumi UIAM Kuantan.

Maafkan saya atas segala yang terjadi. E-mail tersebut tidak dapat digunakan lagi. Apabila saya memasukkan ID dan password seperti biasa, akaun saya dikatakan tidak sah. fauzan_azima86 kini milik orang lain. Jadi, kepada kawan-kawan yang ingin menghubungi saya melalui e-mail atau Yahoo Messenger boleh menggunakan alamat baru ini:

srikandi_6in1@yahoo.com

'Srikandi 6 in 1' adalah tribute saya buat Sayyidatina Khadijah. Semoga kejayaan beliau sebagai wanita 6 dalam 1 menjadi inspirasi buat saya untuk berusaha mencapainya juga.

Wassalam. Ampun dan maaf dipinta daripada kawan-kawan kerana telah menyusahkan kalian.

p.s. Di bawah ini adalah gambar-gambar Scotland yang saya cari di Google. Seronok juga ya, kalau benar-benar saya boleh ke sana :)

Scotland

Tuesday, October 13, 2009

Ibnu Sina dan Saya

Suatu ketika dahulu saya pernah bercita-cita untuk menjadi seperti Ibnu Sina, seorang tokoh Muslim yang ulung dalam bidang perubatan. Beliau dilahirkan pada tahun 980M dan meninggal dunia pada tahun 1037M. Sudah 972 tahun Ibnu Sina meninggalkan alam dunia, namun kerana warisan ilmu dan jasa yang bermanfaat kepada ummat, nama beliau tetap mengharum dalam sejarah kegemilangan Islam.

Ibnu Sina

Ibnu Sina menjadi seorang hafiz ketika usia beliau 10 tahun lagi. Beliau juga fasih berbahasa Arab. Selain ilmu beliau yang sangat hebat dalam bidang perubatan, beliau juga turut mendalami ilmu mantik, falsafah, matematik dan astronomi.

Pada usia 17 tahun, beliau berjaya menyembuhkan Raja Bukhara daripada penyakitnya, sedangkan telah ramai tabib dan ahli perubatan sebelum itu telah mencubanya tetapi tidak berjaya. Apabila Raja ingin memberikannya hadiah, beliau hanya meminta untuk diberi keizinan menggunakan perpustakaan istana yang begitu unik dan lengkap ketika itu. Begitu tingginya kecintaan Ibnu Sina kepada ilmu.

Selama 12 tahun Ibnu Sina menghabiskan masa untuk membaca dan mempelajari buku- buku di dalam perpustakaan. Kemudian beliau menjadi seorang penulis. Suatu sumber menyatakan bahawa beliau telah berjaya menghasilkan 99 buah buku iaitu 16 berkenaan perubatan, 68 mengenai theologi dan metafizik, 11 berkaitan astronomi dan 4 mengenai kesusasteraan. Karya Ibnu Sina yang paling terkenal dalam bidang perubatan ialah kitab al Qanun fi al Tibb.

Al Qanun fi al Tibb

Bangganya melihat tokoh-tokoh saintis Islam sebegini. Subhanallah, kecintaan mereka kepada ilmu amat mengkagumkan. Kata Ibnu Sina,

"...amatlah penting untuk mencari ilmu pengetahuan. Hanya pencapaian ilmu yang menentukan nasib kehidupan akan datang dan semestinya mencorak kehidupan kita kini."

Membandingkan diri dengan Ibnu Sina, jauhnya terasa. Umur sudah tua, namun entah apalah ilmu yang ada di dalam dada. Walaubagaimanapun, doa sahaja mampu dipanjatkan agar Allah terus memberi kekuatan dan kemudahan dalam menuntut ilmu. Serta dijauhkan juga daripada sifat malas dan suka membuang masa.

Buku-buku ini pun belum habis dibaca...Masih terlalu jauh dengan Ibnu Sina

Ya Allah, hadirkanlah rasa kecintaan kami terhadap ilmu...Jadikanlah kami di kalangan orang-orang yang belajar, mengajar, mencintai dan mendengar ilmu.

Amiinn Ya Rabbal 'Alaminn...

Tuesday, October 6, 2009

Aku, Disiplin dan al Quran

Tajuk entri yang tidak begitu menarik. Namun, terpaksa direka sedemikian kerana segalanya tentang disiplin dan al Quran yang ditujukan buat diri sendiri yang bernama Aku.

Saya perasan, kehidupan saya dirasakan semakin kurang teratur. Sebabnya, kurangnya disiplin dalam diri. Disiplin berkadar langsung dengan pengurusan masa. Semakin bagus disiplin, semakin bagus pengurusan masa. Dan begitulah vice-versa. Semakin buruk disiplin, semakin buruklah pengurusan masa.

Disiplin sangat penting dalam kehidupan seseorang Muslim yang inginkan kejayaan hidup di dunia dan di akhirat. Tanpa disiplin, 86 400 saat yang diberikan Allah setiap hari akan akan berlalu dengan sia-sia.

Ibarat kita diberikan wang sebanyak RM 86 400 setiap hari. Jika kita seorang yang bijak, sudah tentulah kita akan memanfaatkan wang tersebut dengan sebaik mungkin. Wang tersebut akan kita agihkan dengan saksama supaya kita dapat membeli semua benda yang kita mahukan.

Begitulah hakikatnya dengan masa. Muslim yang bijak akan tahu menghargainya. Setiap saat akan terisi dengan pekerjaan yang berfaedah dan perkara-perkara yang dapat memajukan diri. Kata al Imam Hassan al Banna, "Masa itu adalah kehidupan" dan "Kewajipan itu lebih banyak daripada waktu yang ada".

Masa itu adalah kehidupan

Saya cuba untuk meningkatkan kembali disiplin yang semakin terhakis.

Dua hari lepas, saya sangat terkesan dengan tazkirah seorang sahabat saya yang merupakan seorang hafizah yang hebat, yang disampaikannya dalam Liqa' Idulfitri banat Persijilan DQ batch kami. Isi tazkirahnya berbunyi begini:

"Walau sesibuk mana pun kita, al Quran tidak boleh kita kesampingkan. Kalau kita usaha untuk cemerlang al Quran, insya Allah, yang lain-lain pun akan cemerlang jugak...tapi kalau kita belakangkan al Quran, yang lain-lain pun akan terkebelakang jugak..."

Sungguh benar katamu sahabat. Katamu itu tidak dapat disangkal lagi. Kadang-kadang saya kurang berlaku adil. Antara memenuhi tuntutan akademik dan tuntutan al Quran, seringkali yang pertama itu dilebihkan. Dan tuntutan al Quran terkadang dialpakan oleh insan yang seringkali alpa ini. Patutlah kehidupan dirasakan makin terkebelakang.

Saat ini, dirasakan terlalu rindu kepada bumi itu. Bumi di mana sepanjang masa dapat mendampingi al Quran...Namun, realitinya bumi itu telah kutinggalkan demi memenuhi tuntutan ilmu yang lain.



Ya Allah,

Perbaikilah agamaku yang merupakan penjaga urusanku.

Perbaikilah duniaku yang merupakan tempat hidupku.

Perbaikilah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku.

Dan jadikanlah hidup ini tambahan bagiku dalam setiap kebaikan,

Serta jadikanlah kematian sebagai istirahat bagiku dari setiap kejahatan.

Amiinn ya Rabbal 'Alamin...

{Semoga aku kembali berdisiplin dengan masa dan al Quran. Berikanlah aku kekuatan ya Allah}

Friday, October 2, 2009

Islami Ya Quds

Masih ingatkah kita pada Palestin?

Islami Ya Quds
Munsyid: Shoutul Harakah

Islami ya qudsu inna lil fida'
Sejahteralah engkau wahai Quds, sungguh untuk pengorbanan

Zi yadii in maaddatid-dunya yada
Aku mempunyai kekuatan, jika dunia menganugerahkan kekuatan

Abadan lan astakiini abada
Selamanya, aku takkan menyerah selamanya

Innani arju ma'a yaumi ghada'
Aku berharap bersama hari ini ada hari esok

(2X)

Huwa ma'ie qalbi wa 'azmi lil jihad
Bersatu hatiku dan tekadku untuk berjihad

La amiilu la amallu la aliin
Aku takkan melencong, takkan jemu, takkan melunak

(2x)

Laki ya... Qudsu salaama wa salaaman ya bilaadii
Untukmu, wahai Quds, kesejahteraan, wahai negeriku

In roma...baghyus-sihaama
Jika penjahat menembakkan anak peluru

Attaqiiha bi fuaadii
Aku akan menahannya dengan dadaku

Waslamii fii kulli hiin
Sejahteralah engkau sepanjang masa (2x)

Muslimun ana banaani man bana
Muslim aku, jemariku adalah yang membangun

Masjidal aqsal-lazi 'ayantana
Masjidil Aqsa yang telah engkau tentukan

Waqfatus-sokhrati fiima bainana
Berdirinya sakhrah di tengah-tengah kami

Bi wuquufid-dahri waqfati ana
Sepanjang masa, tempat aku berdiri

(2x)

Lil kifaahi wal jihadi lil bilaad
Untuk perjuangan dan jihad membela negeri

La amiilu la amallu la aliin
Aku takkan melencong, takkan jemu, takkan melunak

(2x)

Laki ya... Qudsu salaama wa salaaman ya bilaadii
Untukmu, wahai Quds, kesejahteraan, wahai negeriku

In roma...baghyus-sihaama
Jika penjahat menembakkan anak peluru

Attaqiiha bi fuaadii
Aku akan menahannya dengan dadaku

Waslamii fii kulli hiin
Sejahteralah engkau sepanjang masa

* * *
Islami ya qudsu inna lil fida'
Sejahteralah engkau wahai Quds, sungguh untuk pengorbanan

Zi yadii in maaddatid-dunya yada
Aku mempunyai kekuatan, jika dunia menganugerahkan kekuatan

Abadan lan astakiini abada
Selamanya, aku takkan menyerah selamanya

Innani arju ma'a yaumi ghada'
Aku berharap bersama hari ini ada hari esok

Huwa ma'ie qalbi wa 'azmi lil jihad
Bersatu hatiku dan tekadku untuk berjihad

La amiilu la amallu la aliin
Aku takkan melencong, takkan jemu, takkan melunak (2x)

Laki ya...Qudsu salaama wa salaaman ya bilaadii
Untukmu, wahai Quds, kesejahteraan, wahai negeriku

In roma...baghyus-sihaama
Jika penjahat menembakkan anak peluru

Attaqiiha bi fuaadii
Aku akan menahannya dengan dadaku

Waslamii fii kulli hiin
Sejahteralah engkau sepanjang masa (2x)

Lil 'ulaa abna'al qudsi lil 'ulaa
Demi kemuliaan, wahai putera puteri Quds, Demi kemuliaan

Wa bi qudsi syarri fil-mustaqbala
Dengan Qudsku jayakanlah masa depan

Wa fidalli qudsi lid-dunya falaa
Tebusan untuk Quds bukan untuk dunia

Ado'ul Islama lillah awwala
Aku posisikan Islam hanya untuk Allah

(2x)

Jaanibal aisaaru qalbuhul fu'aad
Di samping kiri adalah jantung hatinya

Wa bilaadi hiya bi janbil yamin
Dan negeriku berada di samping kanannya

(2x)

Laki ya... Qudsu salaama wa salaaman ya bilaadii
Untukmu, wahai Quds, kesejahteraan, wahai negeriku

In roma...baghyus-sihaama
Jika penjahat menembakkan anak peluru

Attaqiiha bi fuaadii
Aku akan menahannya dengan dadaku

Waslamii fii kulli hiin
Sejahteralah engkau sepanjang masa
Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template