:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::

Monday, April 18, 2011

Salam Perjuangan Buat Sahabat Gen5

Hari-hari terakhir sebelum pulang bercuti di kampung ini saya habiskan bersama sahabat-sahabat yang bakal bergraduasi. Sedih mengenangkan sahabat-sahabat yang saya kenali sejak di Darul Quran tahun 2004/2005 bakal meninggalkan saya di sini. Alhamdulillah mereka telah pun selesai menghabiskan tempoh pengajian 4 tahun mereka. Tinggallah cuma kami berenam yang tinggal 1 tahun lagi insyaAllah; Aisyah, Faridah dan Shakirah di Kulliyyah of Medicine dan saya, Umme serta Asiyah di Kulliyyah of Dentistry.

Sahabatku…
Ingatlah, kita dipertemukan kerana Al-Quran,
Ukhuwwah mahabbah yang terjalin ini atas nama Al-Quran,
dan semoga perpisahan kita adalah semata-mata
untuk meneruskan perjuangan demi Al-Quran…

Ya Allah,
Jadikanlah Al-Quran sebagai penyejuk mata,
Penawar hati setiap insan di muka bumi,
Agar kehadiran kami di dunia ini dihargai.

Berkatilah kami dengan anugerah kemuliaan yang Kau beri.
Sesungguhnya kehidupan di dunia ini sunguh indah tidak terperi
dengan alunan ayat-ayat suci,
yang sentiasa bermain di mulut, di telinga dan di hati.

Lantas itu ku pinta daripadaMu Ya Ilahi,
Agar di saat-saat akhir hayat kami,
Alunan kalamMu jua yang mengiringi pemergian kami...
Amiinn...

Memori jaulah DQ 2005

~Ya Allah, jadikanlah diriku dan sahabat-sahabatku istiqamah di jalan yang diredhaiMu~

Saturday, April 16, 2011

Hafiz Quran yang Sibuk (by Ust Muhadir)


Saya catatkan skrip kuliah (yang berjaya didengari dengan baik) di bawah ini untuk lebih memudahkan kita semua...Barakallahu fiikum!

Soalan;

Pada pandangan ust, bagaimanakah seorang hafiz dapat seimbangkan masa untuk tadabbur dan ibadah, dalam suasana sebagai pelajar yang sibuk dengan pelajaran dan aktiviti di kampus?

Jawapan Ustaz Muhadir;

Nasihat kepada ntum, huffaz dengan hafizat...Ntum sudah memiliki sesuatu yang orang lain tidak miliki...Kerana itu jangan dibuang ia begitu sahaja.

Al Quran ini seperti kekasih...
Kalau kita tidak hubungi dia sehari...dia ok lagi...
Kalau 2 hari...dia sudah merajuk...
Kalau 3 hari...dia sudah mula jauh-jauh...
Yang ke-4, ke-5...
Seminggu kita tidak baca, dia akan panggil ataupun dia kata kat kita ni,
"You're fired!"

Jadi dia akan tinggalkan kita. Kerana itu, berjinak-jinak dengan al Quran, insyaAllah nescaya ntum akan mendapat fadhilat yang besar daripadanya.

Kalau ntum menjadi imam orang lain, bacalah yang kuat juga pendek-pendek nanti dah sudah bacalah panjang- panjang...

Ataupun hafiz dan hafizah ni mesti ada quran kecil dalam poket ntum...Sementara tunggu ust lambat 15 minit...kita sudah boleh membaca beberapa muka surat...Jadi demikian...

Hafiz dan hafizah ni...ntum punya cabaran lagi kuat...kerana menghafal itu senang...tetapi mengekalkan hafalan itu tidak senang dan tidak mudah...

Pengalaman, kawan ust orang Nigeria...dia keluar, dia daripada Mesir...Orang Mesir dia mesti hafal berapa juzu'? 8 juzu'. Satu tahun 2 juzu'...Dia keluar, kemudian, alhamdulillah, belajar di UIA. Satu ketika, bila ana bertanya,
"Ya akhi, kaifa hifzul Quran.. (bagaimana hafazan al Quran)?"

Dia kata, "Ya Ustaz..ana hatta juzu' pertama ana tak boleh habiskan sekarang... "

Mana pergi 7 juzu' yang lain...mana?

Kerana itu berjaga-jaga dengan al Quran itu sebab al Quran ni dia mudah cemburu...Tapi bila ntum dah merasai kelazatannya ya Allah...ntum payah nak lepas daripadanya..."


***************************************************

Thursday, April 14, 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah...hari ini dengan rasminya tamatlah Tahun 4. Exam End-Block pun dah habis tadi. Keputusan Promotional Exam juga telah diumumkan. Segala puji bagiMu ya Allah. Maka, sekarang ini bermulalah cuti panjang untuk kami semua sehingga 4 Julai.

Terima kasih buat kedua ibu bapa yang tidak pernah jemu mendoakan. Terima kasih buat semua juga. Moga-moga tahun depan, saya akan berubah menjadi lebih rajin belajar. Huhuhu. Sudah tua rasanya diri ini tetapi banyak perkara lagi belum terlaksana.

Buat akhirnya, terima kasih buat semua yang sudi bertandang ke teratak saya ini. Sudah lama tidak punya idea untuk mengemaskini blog untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat, ditambah faktor kesibukan, kepenatan dan sebagainya. Sungguh, semakin hari saya merasakan course ini semakin mencabar dan meletihkan. Benarlah kata-kata "Dentistry is all about tears, blood and saliva." Sentiasa bermain dengan air mata, darah dan air liur. :)

Namun, setiap course pasti mempunyai cabarannya masing-masing. Teruskan sahaja dengan bidang yang telah kita ceburi hingga kita berjaya. Mohon doanya kawan-kawan. Barakallahu fikum.

Andai rasa sedih, resah, rindu, dan sebagainya...Menangis sahaja dalam munajatmu kepada Allah. Dia akan tenangkan hatimu...bagaikan segala perasaan itu mengalir keluar bersama air mata. :)

Wednesday, April 6, 2011

Utusan Melucah


Saya bukan penyokong PKR. Bukan juga peminat tegar Anwar. Tetapi melihat kepada muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini, saya fikir ia adalah sesuatu yang tersangat melampau. Kalau sebelum ini, para pembangkang menggelarkannya Utusan Meloya. Gelaran itu sebenarnya sudah tidak relevan lagi. Kini ia sudah bertukar menjadi Utusan Melucah!

Apabila kepentingan politik sempit menguasai segalanya, manusia sudah jadi lembu. Bodoh, tongong dan tidak tahu malu. Mereka anggap seks adalah perkara biasa yang boleh dibicarakan di mana-mana, hatta dalam majlis rasmi sekalipun. Justeru, hari ini adalah hari paling hitam dalam sejarah akhbar Utusan Malaysia (dahulunya Utusan Melayu) yang pernah menjadi wadah perjuangan kemerdekaan negara pada abad lalu.

Apa jadahnya paparan Youtube itu menjadi muka depan akhbar yang dibaca oleh jutaan rakyat ini? Tidak pernah terfikirkah pihak akhbar dan politikus yang bersembunyi di belakangnya tentang golongan muda seperti remaja dan kanak-kanak yang membaca akhbar ini? Tidak cukupkah selama ini pembaca dibosankan dengan kes liwat yang tidak berkesudahan. Kini dipantakkan pula dengan cover aksi lucah di sebuah bilik hotel yang entah siapa pelakonnya.

Syabas, Utusan Melucah! Gaya ini barangkali adalah gaya kewartawan baru negara.

Memo: Syabas juga KDN kerana melacurkan etika dan membiarkan media tidak bermoral sebegini selesa bermaharajalela.

*************
Komen saya:
Apa nak jadi dengan media arus perdana kita hari ini. Semakin hari semakin melalut. Bayangkan kanak-kanak yang 'innocent' tengok gambar-gambar lucah seperti ini. Mahu tak rosak pemikiran mereka. Ya Allah, selamatkanlah umat yang aku cintai ini...

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template