:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::

Wednesday, July 29, 2009

Berita Kematian

Hari ini UIAM Kuantan menerima suatu khabar yang sangat mengejutkan. Seorang pelajar perempuan tahun 2 jurusan Sains Matematik, Nor Maslina Abd Razak telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan dengan sebuah bas dengan motosikal yang ditungganginya. Kejadian telah berlaku di hadapan kampus Jalan Hospital berdekatan Kompleks Teruntum, lebih kurang pada jam 11 pagi tadi.

Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un... Ya Allah, cucurilah rahmatMu ke atas ruhnya.

Serta merta perasaan saya menjadi sedih, pilu, takut, bimbang dan macam-macam lagi. Ya Allah, bagaimanakah dengan kematianku...Aku takut ya Allah.

Firman Allah,

"...Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukan(nya)."
(Yunus:49)

Kematian...bila-bila masa boleh menjemput, dengan apa-apa sahaja yang menjadi asbabnya. Kematian tidak mengira usia, setelah sampainya ajal, tidak dapat dilambatkan atau dipercepatkan.

Lahirnya manusia disambut dengan azan. Perginya manusia diiringi dengan solat. Alangkah singkatnya hidup ini,tempohnya hanya antara AZAN dan SOLAT...

Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan kami sempat bertaubat atas segala dosa kami.

Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan kami diredhai kedua ibu bapa.

Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan kami berjuang untuk agamaMu.

Ya Allah, matikanlah kami dalam keredhaanMu.

Amiinn...

p.s:Marilah sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat allahyarhamah. Semoga beliau ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman.

Monday, July 27, 2009

Puisi Indah Tentang Hijab

Assalamualaikum buat pembaca yang dirahmati Allah,

Saya terbaca suatu puisi dalam bahasa Inggeris ini di email. Puisi tentang hijab yang menjadi kewajipan ke atas para muslimah, yang mengingatkan saya kepada kisah menyayat hati seorang wanita, Marwa Ash-Sharbini. Beliau telah mati ditikam di ruang mahkamah kota Dresden, Jerman ketika perbicaraan sedang dijalankan pada 1 Julai yang lalu.

Kejadian ini rentetan dari sebutan kes di mana seorang pemuda Jerman yang menghalang anaknya dari bermain di tempat permainan. Lantas Marwa Ash-Sharbini menghalang tindakan pemuda Jerman tersebut yang bernama Alex yang sering menyebutnya sebagai ‘teroris’ hanya kerana beliau memakai jilbab. Dalam suatu kesempatan di ruang mahkamah, pemuda itu yang pernah menyerang Marwa sebelum ini, berusaha melepas jilbab Muslimah Mesir itu. Di perbicaraaan itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini dengan lebih ganas di mana dia menikam Marwa Ash-Sharbini berkali-kali, dikatakan sehingga 18 kali tikaman. Malah suami Marwa Ash-Sharbini yang berusaha melindungi isterinya, turut terkena tembakan pihak berkuasa polis yang berdalih secara tidak sengaja tertembak suami Marwa.

Lebih menyedihkan lagi, Marwa juga ketika itu sedang mengandung tiga bulan. Mungkin ada yang tidak sedar akan kematian beliau ini kerana media-media ketika itu cuma sibuk dengan berita pengkebumian Raja Pop Michael Jackson. Semoga Allah menempatkan beliau di kalangan para syuhada'.

Wahai rakan Muslimah, mari hayati puisi ini yang indah! Sesungguhnya kita masih beruntung kerana masih ada kebebasan untuk berhijab tanpa gangguan. Moga-moga suruhan Allah ini dapat kita lakukan dengan penuh keikhlasan demi mengharapkan keredhaan Tuhan.


What do you see when you look at me
Do you see someone limited, or someone free
All some people can do is just look and stare
Simply because they can't see my hair

Others think I am controlled and uneducated
They think that I am limited and un-liberated
They are so thankful that they are not me
Because they would like to remain 'free'

Well free isn't exactly the word I would've used
Describing women who are cheated on and abused
They think that I do not have opinions or voice
They think that being hooded isn't my choice

They think that the hood makes me look caged
That my husband or dad are totally outraged
All they can do is look at me in fear
And in my eye there is a tear

Not because I have been stared at or made fun of
But because people are ignoring the One up above
On the day of judgment they will be the fools
Because they were too ashamed to play by their own rules

Maybe the guys won't think I am a cutie
But at least I am filled with more inner beauty
See I have declined from being a guy's toy
Because I won't let myself be controlled by a boy

Real men are able to appreciate my mind
And aren't busy looking at my behind
Hooded girls are the ones really helping the Muslim cause
The role that we play definitely deserves applause

I will be recognized because I am smart and bright
And because some people are inspired by my sight
The smart ones are attracted by my tranquility
In the back of their mind they wish they were me

We have the strength to do what we think is right
Even if it means putting up a life long fight
You see we are not controlled by a mini skirt and tight shirt
We are given only respect, and never treated like dirt

So you see, we are the ones that are free and liberated
We are not the ones that are sexually terrorized and violated
We are the ones that are free and pure
We're free of STD's that have no cure

So when people ask you how you feel about the hood
Just sum it up by saying, 'Baby its all good'

Friday, July 24, 2009

Harapan Ramadhan Kali Ini

Bismillahirrahmanirrahiim...

Jumaat datang lagi. Sekejap sahaja waktu berlalu. Saya rasa begitu tenang pada setiap hari Jumaat. Mungkin kerana hujung minggu akan memberi sedikit kelapangan kepada saya. Pada hujung minggu jugalah saya akan cuba menyelesaikan segala kerja yang tertangguh pada hari-hari yang biasa.

"Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad". Saya juga ingin membiasakan diri untuk memperbanyakkan selawat pada hari Jumaat yang mulia ini. Sesungguhnya selawat kita akan dipersembahkan kepada Baginda.

Kalendar Hijrah telah menunjukkan 2 Sya'ban pada hari ini. Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan usia saya sehingga saat ini, dan saya begitu berharap agar usia saya terus dipanjangkan untuk bertemu Ramadhan kali ini. Amiinn ya Allah.

Mungkin masih agak awal untuk memperkatakan tentang Ramadhan. Tetapi saya tetap ingin menuliskannya untuk tatapan diri saya. Saya benar-benar ingin menyediakan diri untuk Ramadhan kali ini. Gagal untuk bersedia adalah bersedia untuk gagal.

Saya tidak mahu mengulangi kesilapan yang telah saya lakukan pada Ramadhan tahun lalu. Saya kurang mempersiapkan diri untuknya. Akibatnya, saya rasa telah gagal memanfaatkan kemuliaan Ramadhan 1429 H. Astaghfirullahal 'azim. Saya memohon keampunanMu wahai Tuhan.

Ramadhan, aku tidak akan mempersiakanmu lagi. Engkau tetamuku yang sungguh istimewa. Allah menjanjikan padamu pahala amalan yang berlipat ganda, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka, dibelenggu syaitan durjana, diampunkan dosa-dosa serta diterima segala doa. Aku ingin memburu lailatul Qadr di dalammu. Aku takut, andai ini Ramadhan yang terakhir...

Justeru, saya menyeru diri saya dan pembaca yang dihormati agar kita sama-sama meningkatkan iman kita untuk menghadapi bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Bagaimana caranya? Tingkatkanlah amalan-amalan kerohanian kita kepada Allah. Banyakkan solat berjemaah, berpuasa, qiamullail, membaca al Quran, bersedekah dan sebagainya. Jika kita merasakan masih ada maksiat yang dilakukan, segeralah bertaubat dan sucikanlah hati kita. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun.

Jika kita memulakannya daripada sekarang, insya Allah, pada bulan Ramadhan nanti kita akan terus mendapat kekuatan untuk istiqamah dengannya. Bayangkan, jika sekarang kita telah ‘menekan gear 1’ , maka di bulan Ramadhan nanti, kita telah mampu ‘menekan gear 5’ . Jika pada bulan Ramadhan baru hendak ‘menekan gear 1’, mungkin kita akan ketinggalan. Kita juga yang rugi, bukan? Hatta Rasulullah, sebaik-baik makhluk yang telah dijanjikan syurga, juga melakukan persediaan apabila hampir tiba bulan barakah ini.

عن عائشة رضي الله عنها قالت : كان رسول الله يصوم حتى نقول لا يفطر، ويفطر حتى نقول لا يصوم، وما رأيت رسول الله استكمل صيام شهر إلا رمضان وما رأيته أكثر صياماً منه في شعبان) رواه البخاري:1833، ومسلم: 1956)

Diriwayatkan dari 'Aisyah radhiallahu'anha bahawa: Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam banyak berpuasa (pada bulan Sya'ban) sehingga kita mengatakan; beliau tidak pernah berbuka, dan aku tidak pernah melihat Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam berpuasa sebulan penuh kecuali puasa di bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam banyak berpuasa melebihi puasa di bulan Sya'ban.

اللهم بارِكْ لنا في رجب وشعبان وبَلِّغْـنا رمضان

“ Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan...”

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui dengan sempurna...

Friday, July 17, 2009

Dua Nikmat

Hari ini telah genap dua minggu saya mengikuti kelas Elementary Clinics bersama pelajar-pelajar perubatan di UIAM Kampus Jalan Hospital (kampus untuk tahun klinikal). Sebagai pelajar pergigian, kami juga disyaratkan untuk belajar sebagaimana pelajar perubatan di samping subjek-subjek pergigian kami. Agak berat, bukan? Sememangnya. Tetapi itulah yang harus saya dan pelajar-pelajar pergigian tempuhi di sini. Kata pensyarah, ilmu-ilmu perubatan ini sangat penting kerana kesihatan rongga mulut dan gigi juga berkaitan dengan sistem-sistem badan yang lain. Kami juga harus belajar subjek perubatan kerana kedengaran agak tidak profesional bagi yang berpangkat Dr. jika tidak mampu dan tidak tahu untuk mengendalikan pesakit dalam situasi-situasi kritikalnya sekalipun kami lebih menumpu kepada gigi dan rongga mulut. Jadi, pening-pening pun, demi ummah, kami tempuhi juga.

Kebiasaannya, di sebelah pagi kami akan mendengar lecture dan menonton video yang disediakan oleh pensyarah. Kemudian di sebelah petang kami akan mengikuti sesi tutorial dalam kumpulan yang lebih kecil di Hospital Tengku Ampuan Afzan. Sesi tutorial ini adalah sesi praktikal bersama seorang pensyarah yang telah ditetapkan kepada kami. Kebetulan pula nama hospital ini sama dengan nama saya :) . Ops, bukan nama hospital yang ingin diperkatakan dalam entri ini, tetapi apa yang saya lihat di hospital.

Menyebut perkataan hospital, semua orang tahu bahawa itu adalah sebuah rumah yang dihuni oleh orang-orang yang mengalami sakit yang agak teruk, kecuali sakit hati :). Ketika berjalan di wad, saya cukup simpati apabila melihat orang-orang yang sedang menghadapi ujian sakit daripada Allah Taala. Namun berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Nikmat sihat

Saya cuba mencari pengajaran untuk diri sendiri. Melihat orang yang sakit, saya cuba membayangkan saya berada di tempat mereka. Sudah tentu aktiviti harian yang biasa akan terganggu. Sudah tentu hanya mampu terbaring di atas katil. Sudah tentu pergerakan terbatas. Ya Allah, baru disedari betapa nikmatnya sihat! Namun begitu, ketika sihat, kenapa diri tidak rajin untuk menambahkan amal ibadat. Sungguh, nikmat sihat seringkali dilupakan.

Teringat suatu hadis ketika belajar I'dadi ketika tingkatan 2 dahulu (saya sangat sukakan bahasa Arab!) :

Diriwayatkan oleh Ibn Abbas: Rasulullah Sollallahu alaihi wasallam bersabda, 2 nikmat yang sering dilalaikan oleh kebanyakan manusia: nikmat sihat dan nikmat masa lapang.

Benar sekali, hatta diri saya sendiri pun seringkali kerugian kerana alpa terhadap nikmat sihat dan masa lapang. Dua kesempatan yang diberikan Allah, yang kebiasaannya hanya akan dihargai setelah ditimpa dua kesempitannya: sakit dan sibuk.

(Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara...

Sihat sebelum sakit...

Muda sebelum tua...

Kaya sebelum miskin...

Lapang sebelum sempit...

Hidup sebelum mati...)

Ini bait-bait lagu kumpulan nasyid Raihan yang dicipta daripada sebuah hadis Nabi.

Ya Allah, jadikanlah aku bersyukur dengan nikmat sihat yang Engkau kurniakan. Dan berikanlah aku kekuatan untuk membuktikan kesyukuranku.

Nikmat masa lapang

Nikmat masa lapang juga disebut di dalam hadis sebagai nikmat yang sering dilupakan. Kehidupan sebagai pelajar selalunya sibuk, tetapi tetap ada juga masa lapang setelah selesainya semua kewajipan. Dan antara cara saya memenuhi masa lapang adalah dengan blogging. Moga-moga,itu adalah mensyukuri, bukan mengkhianati nikmat yang Allah beri. Apabila berkerjaya kelak, saya pun tidak pasti sama ada masih punya kesempatan atau tidak di ruang maya ini.

Blogging, jika tidak mengabaikan tanggungjawab yang lebih utama, tentunya ia sesuatu yang baik, kerana ia dapat menjadi suatu wadah dakwah. Dengan berdakwah, bermakna kita telah bekerja untuk Islam. Teringat suatu kata-kata Allahyarham Ustaz Fadzil Noor:

"Jangan biarkan sehari berlalu tanpa kita bekerja untuk kemenangan Islam."

Hari ini hari Jumaat, sayyidul ayyam. Sementara masih dikurniakan nikmat sihat dan masa lapang, marilah kita laksanakan perkara-perkara berikut:

1)-Mandi dan berwangi-wangian (lelaki sahaja). Rasulullah SAW berkata: “Mandi pada hari Jumaat itu wajib bagi setiap orang yang sudah baligh. Hendaklah dia menggosok gigi dan memakai wangian jika mempunyainya.” (Shahih, al-Bukhari:880, Muslim:846)

2)-Membanyakkan selawat kepada Rasulullah SAW. Kata Nabi SAW: “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (Shahih, Abu Dawud:1047, disahihkan oleh al-Arnaouth)

3)-Membanyakkan berdoa terutama di akhir waktu asar. “Pada hari Jumaat terdapat dua belas jam, pada waktu itu tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Dia akan mengabulkannya. Oleh itu, carilah ia di akhir waktu setelah asar.” (Shahih, Abu Dawud: 1048, di sahihkan oleh al-Hakim, adz-Dzahabi, an-Nawawi dan al-Albani)

4)-Membaca surah al-Kahfi. Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (Shahih, al-Hakim:3392, disahihkan oleh al-Albani)

5)-Berjalan kaki dan bersegera ke masjid. Kata Nabi SAW: “Sesiapa yang memandikan atau mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera dengan berjalan kaki, tidak menaiki kenderaan, dan mendatangi imam lalu mendengar (khutbah) dan tidak bermain-main, maka adalah baginya setiap langkah (bersamaan) amalan puasa dan solat selama setahun.” (Shahih:Sunan Abi Daud: 345, al-Albani mensahihkannya)

(Rujukan saya untuk amalan Jumaat ini di sini)

Wassalam.

Friday, July 10, 2009

Mencari Kekuatan di Perjalanan

Ya Tuhan
Aku ingin jadi seorang pejuang
Namun perjalanan ini amat memenatkan
Seringkali aku tewas di medan
Melawan nafsu dan syaitan

Aku mengaku daie
Namun usahaku hanya dapat dibilang jari
Tiada sumbangan untuk agama ini
Sedang aku sudah berjanji
Hidup dan mati kerana Ilahi

Ya Tuhan
Tika imanku berkurang
Aku jadi lemah dan bimbang
Hilang kekuatan dan keyakinan
BimbinganMu jua yang aku harapkan

Tahajjud, ubat yang Kau berikan
Aku cuba jadikan amalan
Namun belum mampu aku istiqamah
Kerana aku sungguh lemah
Melawan nafsu yang tak mahu kalah

Al Quran, penawar yang Kau anugerahkan
Aku cuba pahatkan di fikiran
Namun gagal kekal di ingatan
Lantaran usahaku yang tidak berterusan
Mujahadah aku untuk al Quran

Ya Tuhan
Ampunkan hambaMu yang berdosa
Maafkan hambaMu yang hina
Aku akan sentiasa mencuba
Untuk mencari kekuatan itu
Perkenankanlah Ya Allah...

Wednesday, July 8, 2009

Berita Terkini di azansubuhkhamis.blogspot.com

Malam ini jam 11.30, setelah habis discussion dengan kawan-kawan sekelas baru saya berpeluang mengikuti berita terkini untuk hari ini. Jadi mungkin berita ini hanya terkini buat saya, sedangkan buat pembaca ia sudah tidak terkini lagi. Ada isu menarik yang berlaku pada hari ini.

1. PPSMI telah dimansuhkan.

“Pelaksanaan keputusan Kabinet bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik ini akan berkuatkuasa pada 2012.

“Ia bermula secara berperingkat dan perubahan ini tidak membabitkan tingkatan enam dan matrikulasi,”

Ini adalah quotation daripada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pemansuhan PPSMI.

Alhamdulillah, semoga keputusan yang telah dilakukan ini adalah yang terbaik untuk seluruh lapisan rakyat bagi mendapat pendidikan yang lebih sempurna.

Berita selanjutnya boleh dibaca di sini: http://bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20090708145000/Article

(Saya juga ada memberi sedikit pandangan tentang PPSMI dalam entri yang lepas:http://azansubuhkhamis.blogspot.com/2009/03/ppsmipandangan-saya.html)

2. Terkini H1N1

Kes jangkitan virus Influenza A HIN1 di Malaysia telah pun meningkat kepada 468 kes. Sebanyak 34 kes baru Influenza A H1N1 dilaporkan sehingga 8 pagi tadi dengan 22 kes import dan 12 kes jangkitan tempatan. Walaubagaimanapun, khabar gembira yang diterima ialah sejumlah 300 lebih pesakit telah pun sembuh dan selebihnya masih dirawat di hospital. Masih tiada laporan kematian yang dilaporkan, tetapi di Brunei, seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun telah disahkan meninggal dunia kerana penyakit ini.

Sama-samalah kita berdoa agar kita semua dijauhkan daripada bencana ini dan terus diberikan kesihatan yang baik untuk beribadat kepada Allah.

Sekian dahulu berita terkini daripada saya :)

Salam Mahabbah.

Saturday, July 4, 2009

Laman-laman Download Yang Menarik

Saya telah berada di penghujung cuti. Beberapa hari lagi, hari-hari yang sibuk dan memenatkan akan kembali. Kebosanan yang melanda saya pada malam ini membawa saya mengeksplorasi laman-laman web yang menarik di alam maya. Alhamdulillah, saya telah ditemukan dengan beberapa laman web (selain YouTube) yang menyediakan kemudahan muat turun ceramah-ceramah agama dan 'benda-benda' (tak tahu nak tulis istilah apa) Islami seperti video, e-book dan software dan macam-macam lagi yang menarik. Sila berkunjung dan muat turun di pautan-pautan ini jika anda berminat:

http://www.mymaktabaty.com/

http://islam-download.net/

http://dyntv.com/

http://www.kuliyah.net/

http://www.almuttaqin.tv/

Untuk memuat turun video dengan lebih mudah, mungkin anda memerlukan perisian Real Player. Jadi dapatkan di sini:

http://www.real.com.au/?country=my&language=en&src=apac_home&rsrc=

Jika anda menemui laman-laman menarik yang lain, sudilah juga berkongsi dengan saya yang cetek ilmu ini ya.

Salam.

Friday, July 3, 2009

Peranan Wanita Hari Ini (Dr.Danial Zainal Abidin)

Dipetik daripada tulisan Dr. Danial Zainal Abidin
M.B.Ch.B. Universiti Alexandria
[Saya cuma upload gambar]

Secara dasarnya peranan lelaki dan wanita adalah sama di sisi Allah, iaitu mengabdikan diri kepada Allah, membentuk keluarga berasaskan takwa dan mengajak kepada makruf serta mencegah kemungkaran dalam masyarakat. Walaubagaimanapun, dalam bidang-bidang tertentu, fokus wanita berbeza dengan lelaki. Perbezaan ini bukan melambangkan penghinaan sebaliknya melambangkan kemuliaan dalam kelainan. Dalam surah Ali-Imran ayat 195, Allah berfirman, “Maka Allah memperkenankan permohonan mereka (dengan berfirman), sesungguhnya Aku tidak mensia-siakan amalan orang yang beramal antara kamu baik lelaki ataupun wanita kerana sebahagian kamu adalah keturunan dari sebahagian yang lain.”

1.MENGUASAI ILMU:

Seperti lelaki, wanita wajib menguasai ilmu, terutamanya ilmu agama. Berhubung dengan ini nabi bersabda, “Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap orang Muslim (lelaki ataupun perempuan).” (Riwayat Ibn Majah). Ramai wanita Islam di zaman dahulu bergelar cendekiawan kerana kehebatan ilmu mereka. Aisyah r.a. sendiri merupakan seorang pakar hadis yang menjadi rujukan kepada orang lain. Beliau meriwayatkan ribuan hadis. Imam Syafie pernah berguru tentang hadis kepada Sayyidah Nafisah di al-Fustat. (rujuk Muslimah dalam Pembentukan Ummah, Mustafa Ramadhan, AS Noordeen, KL)

2.MELAKSANAKAN IBADAH SERTA BERAMAL SOLEH

Dalam surah an-Nahl ayat 97 Allah berfirman, “Barangsiapa yang melaksanakan amal soleh sama ada lelaki ataupun perempuan dan dia beriman, maka Kami akan berikan kepadanya kehidupan yang baik...” Dalam melaksanakan amal, dua kriteria perlu dijaga, iaitu keikhlasan hati dan cara yang mengikut syariat.



3.BERSAMA SUAMI MEMBINA RUMAHTANGGA ISLAMIK

Mengikut Imam Bukhari, nabi bersabda, “Setiap anak dilahirkan dalam fitrah. Kedua ibu bapanyalah yang meyahudi, menasrani atau memajusikannya.” Antara peranan ibu ialah memberikan susuan ketika anaknya kecil dan menggunakan kelembutannya untuk mendidik anak agar mencintai Allah, Rasul dan Islam. Pendidikan ke atas anak-anak bermula dengan pendidikan ke atas diri sendiri. Hadis yang boleh dijadikan panduan dalam pendidikan anak-anak ialah sabda nabi, “Beramallah untuk mentaati Allah dan menjauhi maksiat. Suruhlah anak-anak kamu supaya menuruti perintah Allah dan menjauhi yang dilarangNya. Inilah pemeliharaan diri mereka dan kamu dari neraka.” (Riwayat Ibn Jarir & Ibn Munzir)

4.BERPERANAN DALAM MASYARAKAT DAN NEGARA

Islam tidak melarang wanita berperanan di dalam masyarakat mengikut kemampuan masing-masing, asalkan tugas-tugas asas kepada Allah dan keluarga tidak diabaikan. Berpandukan hadis Muslim, nabi Muhammad pernah mendoakan agar Ummu Haram, iaitu isteri sahabat Ubadah bin Shamit, dapat keluar berperang di lautan bersama-sama dengan tentera-tentera Islam yang lain. Ini menunjukkan Nabi mengiktiraf sumbangan wanita Islam di luar rumah. Malah wanita diizinkan memimpin masyarakat jika mereka berkemampuan. Di zaman khalifah Omar, beliau melantik seorang wanita bernama Ummul Syifa binti Abdullah menjadi penyelia pasar di Madinah. Jika dibandingkan jawatannya dengan suasana hari ini, tugas ini boleh disamakan dengan tugas seorang Ketua Pengarah di Kementerian Hal Ehwal Pengguna.

Di tempat kerja, wanita Islam perlu berdakwah dengan menunjukkan contoh yang baik sama ada di sudut akhlak ataupun komitmen kepada pekerjaan. Mereka seharusnya bersikap proaktif (bukannya pasif) dengan menganjurkan program-program kesedaran di tempat kerja mereka mengikut saluran yang ada. Mereka juga perlu berani menyuarakan pandangan secara yang makruf untuk kebaikan bersama di tempat kerja. Contohilah wanita di zaman khalifah Omar ini. Pada suatu ketika, khalifah Omar menyampaikan khutbah di atas mimbar dan beliau menjelaskan tentang penetapan kadar mahar agar ia tidak begitu tinggi. Seorang wanita bangun untuk menegur khalifah Omar kerana pada pandangan wanita itu, tindakan untuk hadkan kadar mahar bercanggah dengan ketetapan Al-Quran. Selepas mendengar hujah wanita itu, khalifah Omar terus berkata, “Wanita itu betul dan lelaki ini (iaitu Omar) salah.” Riwayat ini menunjukkan suara kaum wanita adalah penting dalam konteks pembangunan negara.

Contoh Wanita Cemerlang

Contoh itu ialah Siti Khadijah bt Khuwaylid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qusay radhiyallahuanha, isteri Nabi yang pertama. Beliau merupakan wanita unggul 6 dalam 1.

1. Beliau seorang hamba Allah yang tinggi takwanya. Beliau sentiasa bersama Nabi mengabdikan diri kepada Allah serta tinggi pengorbanannya untuk Islam.

2. Beliau seorang isteri yang setia. Ketika Nabi bertahannuth di Gua Hirak, beliaulah menyediakan persiapan. Ketika Nabi mendapat wahyu yang pertama, dan ini mengejutkan Baginda, beliaulah yang menenangkan Nabi.

3. Beliau merupakan seorang ibu yang berjaya dan dikurniakan dengan enam orang cahaya mata. Antara yang menonjol ialah Fatimah az-Zahra ra.

4. Beliau ialah seorang ahli perniagaan yang berjaya. Mengikut Ibn Saad dalam Tabaqat, apabila peniaga-peniaga Quraisy bersiap sedia untuk memulakan musafir, jumlah barang-barang perniagaan Khadijah sahaja menyamai jumlah kesemua barangan yang dibawa oleh peniaga yang lain.

5. Beliau seorang ahli masyarakat yang dihormati. Beliau di gelar 'Thahirah' atau 'Yang Suci' oleh arab Mekah.

6. Beliau pemimpin dan contoh bagi kesemua umat Islam. Beliau bergelar Ummul Mukminin.

Thursday, July 2, 2009

Kekurangan Doktor Gigi Kritikal

Malaysia masih kekurangan doktor gigi. Buktinya, baca berita di bawah. Jadi kepada adik-adik yang sedang berfikir-fikir untuk mengambil jurusan apa di IPT, bolehlah pertimbangkan untuk mengambil pergigian. Jemput datang ke UIAM Kuantan.

Ini adalah patient saya untuk sesi pre-clinical yang lepas. Namanya PH038 (PH=Phantom Head, 038=nombor dental unit saya). Masa gambar ini diambil, giginya masih elok lagi. Tetapi sekarang giginya telah banyak 'dilubangkan' dan ditampal kembali oleh dentist tak bertauliah ini. Bukan senang nak buat lubang@cavity ni. Retention form, resistance form, semua nak kena ikut. . .

* * *
Berita (Sumber : Utusan Online) -- Arkib 28/06/2009

Kekurangan Doktor Gigi Kritikal


Seorang doktor gigi untuk 8,000 penduduk.

Itulah nisbah seorang doktor gigi di negara ini dengan jumlah penduduk dan keadaan tersebut amat membimbangkan Kementerian Kesihatan dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada orang ramai.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, keadaan itu menyebabkan bebanan tugas doktor gigi semakin bertambah sehinggakan mereka tidak mendapat rehat yang cukup.

Justeru, katanya, kerajaan berusaha mengatasi kekurangan itu dengan menetapkan satu matlamat iaitu seorang doktor merawat 4,000 orang menjelang tahun 2017.

”Sehingga 31 Disember 2008, negara hanya mempunyai 3,410 doktor gigi dan 241 daripadanya adalah doktor pakar dengan nisbah doktor kepada penduduk 1:8,000 dan kira-kira 49.6 peratus daripadanya berkhidmat di sektor awam.

”Ini amat kurang dan berbeza dengan negara maju lain antaranya Norway, Kanada, Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) dengan seorang doktor gigi merawat 2,000 pesakit,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pergigian Malaysia di sini hari ini.

** Berita selanjutnya boleh dibaca di sini.
Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template