Tinggal 10 hari lagi saya akan menduduki peperiksaan yang telah lama 'ditunggu-tunggu' iaitu Professional Exam untuk tahun ini. Selepas mengulangkaji saya meluangkan sedikit masa untuk membelek buku Ayyuhal Walad karangan Al Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al Ghazali (Imam al Ghazali).
Nasihat kelima ini memuhasabahkan diri saya yang jahil. Ingin saya kongsikan di sini buat tatapan...
Wahai anakku yang tercinta,
Berapa banyakkah daripada malam-malam yang telah engkau penuhkan dengan berjaga untuk mengulangkaji dan mentelaahkan kitab, dan berapa lama engkau telah menahan tidur ke atas dirimu. Saya tidak pasti apakah niat yang mendorong engkau berbuat demikian, apakah hanya semata-mata mencari keuntungan dunia, menghimpunkan segala mata bendanya dan mencapai kedudukan yang tinggi serta berbangga dengan kebolehanmu di hadapan kawan-kawan. Jikalau ini niatmu maka engkau akan rugi serugi-ruginya.
Tetapi jika niatmu di dalam segala usahamu itu untuk menghidupkan syariat Nabi Muhammad Sollallahu alaihi wasallam dan memperbaiki akhlakmu, serta memecahkan keinginan nafsumu yang selalu menyuruh untuk berbuat jahat, maka untunglah engkau seribu untung.
Sungguh benar seorang ahli syair yang berkata:
"Berjaga malam kalau bukan kerana zatMu adalah sia-sia dan menangis kalau bukan kerana kehilanganMu adalah tidak berguna."
Adakalanya dalam menuntut ilmu, niat ini sesekali terpesong. Sebab itulah perlu tajdid (perbaharui) niat setiap hari.
Saya ingin mengingatkan diri saya, saya menuntut ilmu kerana:
-ia adalah suatu ibadah kepada Allah, dan sememangnya kita dijadikan untuk beribadah kepadaNya.
-ingin menghidupkan syariat Allah.
-ingin memperbaiki akhlak.
-ingin menghilangkan kejahilan diri.
-ingin memberi manfaat kepada orang lain dengan penuh keikhlasan.
Apa lagi ya yang boleh kita niatkan dalam menuntut ilmu ini?
Sedikit dalil dan kata-kata yang boleh direnungkan:
"...Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat..." [al Quran, 58:11]
“Siapa yang berjalan di jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga." [al hadith]
"Beramal kerana Allah, tidak akan terasa lelah...Beramal dengan ikhlas, tidak akan terasa malas..." [kata-kata hikmah]
Ampunkan aku ya Allah, jika pernah niatku terpesong dalam menuntut ilmu...
...dan sempena peperiksaan yang bakal tiba ini, saya ingin meminta kemaafan daripada semua jika ada terbuat salah, jika ada hak yang tidak tertunai dan apa-apa sahaja. Maafkan saya, ya...Saya insan biasa yang punya kelemahan. Tegurlah saya jika saya salah.
-Shahibul Afzan binti Wahab
~ hanya redha dan kasihMu menjadi dambaanku ~
23 comments:
Ayyuhal Walad terjemahan Al-Ustaz Fahmi Zam-Zam?
Bittaufiq wannajah.
salam alaykum =) nice post as well..keep it up sis..looking forward to see u one day insyaAllah..
bittaufiq wannajah =)
moga berjaya ngan cemerlang...
syukran angah..n all d best 4 ur becoming pro exam..(~_^)
salam kak. selamat pekse ye. bittaufiq wannajah.
niat lah belajar untuk ilmu kerana Allah dan niat lah belajar untuk kerjaya kerana Allah jugak... dunia dapat akhirat pun dapat... beramal seolah-olah sok nak mati n berusaha seolah-olah hidup selama-lamanya... dua2 sekali ada dalam niat belajar tu... so amik la dedua sekali...
To ilham nur: Terima kasih atas ucapan.A'ah, buku tu terjemahan Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam.
To alia: Wa'alaykumussalam, syukran alia. Semoga alia pun berjaya in the coming exams. hope to see u too, one day.Insya Allah :)
To kak azma: Terima kasih kakakku. Harap juga dapat jumpa dengan kak azma one day. Sayang akak :)
To ojousufi: Tenkiu una! Doakan angah...Maafkan angah ek,kalau angah ada usik2, gurau2 ngan una.
To naufal: Terima kasih naufal. Bittaufiq wannajah utk naufal juga.
Gud luck to Afzan
To saudara dkama:
Terima kasih saudara dkama...
sama-sama
tadi ade amik 1 gambar kat blog nih.. hehehe tertarik pulak...
To saudara dkama:jika ada yg bermanfaat,silakan...
Salam kunjung~
Jawab molek2 exam yea~
Salam.
Buat lek-lok pereksa tu... moga berjaya!
To adik izat dan fzi:
Terima kasih byk,insya Allah akan cuba buat yg terbaik setakat mampu.Semoga dengan keberkatan doa kawan2 menjadi mudah utk saya..amiinn...
along!!!
wat yg terbaik dlm exam..
smoga lulus...
bile nk blk???
insya Allah,i'll try my best...doakan along lulus semua, baru boleh balik rumah dgn gembiranya...insya Allah 7hb6 habis exam.
BiTaufiq wan Najah fil Imtihan.
terima kasih fiqhmedic.Doakan ye.
sy je nak gtaw.dulu sy cite2 nak jd dktor.fighat dengan kawan bek.dye dpat mdik usim.sy dapt ALLHS kt uia.skrng sy tak kesah.redha jika sy bukan pilihanNya untu menjdi dktor!!semoga jd dr. yang dapat menyumbangkan sesuatu untuk ummah!!!
dear adik fatayatul_islam05,
pilihan Allah itu adalah terbaik buat adik...jadi doktor@dentist tak semestinya best,tapi byk tekanan dari zaman belajar sampai kerja...Allah nak bagi adik sesuatu yg lebih baik daripada doktor. :)
harap2 macam tulah kakk..Jadi apepun,asalakn kita ikhlas kan....Allah tak menilai ape y kita blaja,medicine k pharmacy k,tapi Allh lihat kesungguhan kita kan...kak ni tahun brape?knal tak kak aini?tak clap sy tahun 3 ...dentistry student kat kuantan la
kenal,kak aini salleh ye?
dia satu batch dengan kak afzan.kalu nak kirim salam kat dia, akak boleh bagitau..:)
Post a Comment