:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Saturday, January 23, 2010

Forum: "Bolehkah Non-Muslim Menggunakan Perkataan Allah?"

Alhamdulillah, semalam telah berlangsung suatu forum yang bertajuk "Bolehkah Non-Muslim Menggunakan Perkataan Allah". Forum yang diadakan di Auditorium Kulliyyah Farmasi tersebut menampilkan dua ahli panel yang hebat iaitu Ustaz Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin dan Ustaz Zuridan Mohamad Daud.

Ustaz Zuridan telah lama saya kenali kerana beliau selalu menyampaikan kuliah agama di UIAM Kuantan. Beliau boleh dilawati di blog beliau di sini. Ustaz Syed pula sekadar diketahui nama beliau melalui blog rakan-rakan yang belajar di Mesir. Semalam barulah dapat mengenali orangnya. Beliau pula boleh dilawati di sini.


Ustaz Zuridan (kiri), moderator (tengah) dan Ustaz Syed (kanan)

Saya hanya dapat mengikuti sebahagian forum sahaja kerana saya ditaklifkan untuk menyediakan hidangan kepada para panelis dan VIP. Namun begitu, saya ingin kongsikan di sini sebahagian isi yang saya perolehi hasil daripada mendengar dan membaca kertas kerja yang disediakan oleh panelis.

Dari segi hukum, Ustaz Syed menjelaskan bahawa kalimah Allah ini boleh digunakan oleh orang bukan Islam di tempat yang betul tetapi tidak boleh digunakan di tempat yang salah.

Beliau membawakan suatu firman Allah di dalam surah Luqman ayat 25:

"Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka,"Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Tentu sekali akan menjawab,"Allah". Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui." (Luqman:25)

Namun begitu, menggunakan perkataan Allah oleh bukan Islam akan mengundang kesan buruk jika tujuan mereka adalah untuk mengelirukan umat Islam serta memanipulasikan nama Allah untuk menyebarkan agama mereka.

Walaupun menurut Datuk Lau Bee Lan (Hakim Mahkamah Tinggi Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) bahawa bukanlah satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan perkataan Allah sesama mereka dan bukan untuk menyebarkan agama Kristian di kalangan orang Islam, tetapi tidak ada jaminan bahawa ia tidak disebarkan di kalangan orang Islam.

Contohnya dalam isu penggunaan kalimah Allah dalam akhbar HERALD The Catholic Weekly bertarikh 21 Mei yang bertajuk:"Kasih Allah: Tidak Membeza-bezakan". Jika membaca artikel tersebut, ia mengandungi makna tersirat untuk mengajak orang Islam yang jauh daripada agama kepada mendekati agama Kristian. Ia menceritakan tentang seorang perempuan yang berpakaian tidak senonoh, bergaul bebas dangan lelaki dan sering keluar rumah dengan lelaki yang berlainan. Perempuan seperti ini secara lazimnya akan dicemuh dan disisihkan oleh masyarakat. Tetapi melalui artikel ini, golongan seperti ini diberitahu bahawa mereka tidak akan dicemuh atau disisihkan oleh agama Kristian kerana kasih 'Allah' dalam agama Kristian tidak membeza-bezakan antara orang baik ataupun tidak.


Gambar hiasan

Pastinya golongan yang disisihkan oleh masyarakat termasuk penganut agama Islam yang terasa disisihkan akan tertarik dengan agama Kristian yang menghargai mereka dan tidak menyisihkan mereka, apatah lagi jika mereka merasakan tidak mengapa untuk memeluk agama Kristian kerana Tuhan yang disembah adalah 'ALLAH' juga.

Tidak dinafikan juga, terdapat aspek positif dan maslahat kepada Islam melalui kebenaran penggunaan perkataan Allah dalam agama Kristian di Malaysia. Antaranya ialah ia membuka ruang dan peluang untuk menyebarkan Islam di kalangan penganut Kristian. Di samping itu ia menunjukkan sifat tasamuh dan menghormati hak agama lain dalam Islam.

Persoalan yang timbul ialah sejauh mana ruang itu terbuka untuk penyebaran agama Islam berbanding ruang untuk mnyebarkan agama Kristian di kalangan orang Islam.

Apa yang jelas, keburukan dan mafsadah membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam agama Kristian di Malaysia adalah lebih besar berbanding maslahat dan positif yang diperolehi oleh Islam.

(Rujukan daripada kertas kerja Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre)

2 comments:

tigabelas said...

salam singgah dari bekas penuntut engineering UIAM Gombak..

Isu ini sebenarnya,pada saya sepatutnya disekat awal2 oleh pihak berkuasa sebelum dibawa ke mahkamah...hasilnya mcm skang la.

xpe..bende dah jadi..kita terpaksa juga hadap..

kita doa2 la pihak atasan bijak selesaikan masalah..jangan hadap sangat onemalaysia tu..kang jadi cam indon baru tau

dkama said...

sesiapa pun yang mendustakan agama atas nama Allah dkama anggap sebagai musuh... dah terang2 kitap diorang boleh diubah-ubah... lepas nih mungkin diorang akan ubah dalam kitab diorang dengan perkataan Allah berfirman bla bla bla... so bagi umat Islam akan datang banyak yang keliru... doa banyak2... PEACE...

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template