:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::

Saturday, July 10, 2010

Tahukah Anda?

Tahukah anda, frekuensi suara lelaki ialah 100 Hz, manakala suara wanita ialah 200 Hz. Maklumat ini saya dapati daripada pengajaran Prof. Dr. Bazirgan dalam subjek Prosthetic Dentistry. Perbezaan ini disebabkan oleh saiz vocal fold/cord yang berbeza. Panjang vocal fold lelaki ialah 17-25 mm manakala bagi wanita pula ialah 12.5-17.5 mm.

Baiklah, mari kita cari hikmahnya. Kerana Allah tidak pernah menjadikan sesuatu dengan sia-sia.

Wanita itu dijadikan lemah fizikalnya. Jadi Allah memberikan wanita frekuensi suara yang tinggi agar mereka boleh menjerit dengan kuat untuk meminta pertolongan andai berada dalam kecemasan. Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat ini buat kaum wanita. Tetapi, wanita jangan pula salah menggunakannya. Simpanlah frekuensi tinggi suara anda ketika diperlukan sahaja. Jika digunakan sepanjang masa, tidak manis jadinya. :)

Sebenarnya ada lagi yang ingin saya kongsikan tentang perbezaan lelaki dan wanita, namun masa tidak begitu mengizinkan untuk saya menulis panjang.

Lelaki dan wanita memang dicipta berbeza, bukan untuk saling menyaingi tetapi untuk saling melengkapi...

"dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuan..." (ali Imran :36)

"mereka adalah pakaian bagimu, dan kamu pula adalah pakaian bagi mereka..." (al Baqarah : 187)

p.s : Semasa kecil dahulu, emak pernah cerita bahawa saya kuat menangis. Tentu sekali dengan frekuensi yang tinggi. Maafkan saya emak dan ayah...

8 comments:

dkama said...

suara wanita itu aurat kan....

Shahibul Afzan Wahab said...

dalam keadaan yg biasa suara wanita bukan aurat, tetapi menjadi aurat apabila ia dimerdukan/dimanjakan/dilenggokkan kepada lelaki yg bukan mahramnya...

"...maka janganlah kamu berbicara dengan lembut manja kerana boleh menimbulkan keinginan orang yang di dalam hatinya ada penyakit,dan sebaliknya,berkatalah dengan kata-kata yang baik,sesuai & sopan."
(Al-Ahzab:32)

wallahu a'lam..

mutiara bd said...

Suka baca tulisan afzan.. Memberitahu fakta tapi dalam cara yang menarik

Shahibul Afzan Wahab said...

Terima kasih dijah, bertandang ke teratak ana ni...ana tulis biasa2 je, serba kekurangan. Tulisan nti lagi menarik...

ainshams said...

salam angah,
KOW-keep on writing!! nice ^^

Shahibul Afzan Wahab said...

wsalam alang ^_^
terima kasih!

SaFiy iSkandAr said...

owh.ciwek rupenya..hehe

Shahibul Afzan Wahab said...

hehe.telah ditakdirkan ciwek ;)

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template