:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Friday, March 23, 2012

Saya Masih Di Sini

Bismillahi wal hamdulillah...

Assalamualaikum.

Sudah 2 bulan lebih blog ini ditinggalkan tanpa sebarang update. Jujurnya, saya kering idea di samping keterbatasan waktu. Namun malam minggu ini saya rajinkan juga untuk menulis supaya labah-labah tahu bahawa blog ini masih bertuan, jadi tidaklah ia membuat sarang.

Saya masih di sini, meneruskan perjuangan berbaki di bumi UIA Kuantan yang semakin indah dengan bangunan-bangunan baru yang tumbuh bak cendawan. Dan kini, kami sangat bersyukur dengan kewujudan sebuah masjid dalam kampus yang mendamaikan. Maka, ada juga tempat untuk beriktikaf di kala kepenatan seharian dengan tugasan. Alhamdulillah.

Saya pula sedang bergelut dengan perjuangan melatih kemahiran diri yang diperlukan seadanya; crown, bridge, root canal treatment dan macam-macam lagi. Presentation tak habis-habis. Yang kena study pula berlambak-lambak. Membuat diri menjadi tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang. Sedar tak sedar, berat badan saya sudah pun turun 5kg sepanjang 5 tahun berada di sini. Ohh...

Namun alhamdulillah, dari satu sisi, sepanjang tiga tahun menjadi pelajar klinikal, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih buat patient-patient saya. Tanpa mereka siapalah saya. Mereka sentiasa memberi kerjasama untuk datang setiap kali appointment diberikan. Alhamdulillah, mudah kerja saya. Malah, selalu juga mereka hulurkan buah tangan. Ada yang hadiahkan telekung sembahyang, tudung, makanan, buah, minyak wangi, coklat dan lain-lain lagi. Gincu pun ada. :)

Ok. Sampai di sini sahaja saya mencoret. Terpaksa memberi laluan waktu kepada pakaian yang menuntut untuk dibasuh. Jumpa lagi ya, insyaAllah...

Wassalam.

8 comments:

Anonymous said...

Selamat basuh pakaian, kak...hahahaha

Shahibul Afzan Wahab said...

tq dik anon.. dah siap da basuh.. :)

Anonymous said...

bes

-wz-

Affieza said...

Moga dipermudahkan segala urusan...

Shahibul Afzan Wahab said...

wz: malu pulak editor baca..

affieza: terima kasih :)

Khairul Fitri Mohd said...

Lama tidak menjejaki blog ini.Tahniah kerana masih berkarya.

Em..akhirnya siap juga masjid UIA Kuantan ye...ada masa insyaAllah ana dan isteri mahu menjengah UIA kuantan...

Shahibul Afzan Wahab said...

ye, alhamdulillah..masjid baru je dirasmikan oleh sultan 3 mei baru ni..

jemput dtg utk ustaz, zaujah dan baby :)

jelita said...

wah sungguh luar biasa pemandangannya indah bangettt

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template