:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Thursday, August 9, 2012

Alhamdulillah, selesai...

Akhirnya, setelah 5 tahun disulami peluh dan air mata... berakhir juga perjuangan mendapatkan ijazah Bachelor of Dental Surgery. Alhamdulillah, thank You Allah...

Sungguh, bukan senang perjalanan yang telah dilalui... Bila dibuka kembali diari yang sentiasa saya catatkan sepanjang hari, pernah saya rasa sangat stress hingga merasakan bagai tak mampu meneruskan hidup lagi. Mujurlah kami orang Islam yang beriman. Di barat, kadar bunuh diri memang tinggi di kalangan pelajar Dentistry. Hingga saya juga pernah terfikir, andai saya punya anak kelak, takkan saya suruh dia ambil Dentistry. Bayangkan sahaja, daripada 47 orang bilangan kami pada kemasukan First Year, hanya 27 orang sahaja yang dapat grad. Betapa susahnya nak naik tahun.

Bukanlah post ini untuk menghilangkan motivasi adik-adik yang bakal dan sedang melanjutkan pengajian dalam bidang ini. Bukan sekali-kali. Cuma sekadar bercerita tentang susah payah yang telah dilalui dan betapa gembiranya sekeping hati ini bila diumumkan 'lulus' dalam peperiksaan akhir Professional. Suatu kegembiraan yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Alhamdulillah 'ala kulli haal... Bersiap untuk ke fasa yang seterusnya. Ke medan yang sebenar. 


p/s: nak cuba dapatkan balik 9kg yang telah hilang semenjak 5 tahun belajar dentistry :)

Dr Shahibul Afzan binti Wahab
Pegawai Pergigian U41
No. Pendaftaran MDC: 5857

13 comments:

Affieza said...

Alhamdulillah...tahniah ats kejayaan ini

Anonymous said...

Tahniah kak...Lepas ni boleh rawat gigi saya lah ye..he3..

Dijah

shuhadaa said...

salam afzan.

mabruuk!dan good luck utk perjuangan di medan sebenar..

herie said...

tahniah Kak Afzan... aritu ingat nak cakap ngan Kak Afzan, tak sempat pulak...

ape2 pun, doakan saye ngan kengkawan yang lain dapat survive 5 years macam Kak Afzan... (^_^)y

Raihani said...

Alhamdulillah...
Tahniah Dr Afzan! =)
Slmt berbakti buat ummah.. (^_^)

WaZa said...

tahniah..kjayaan y besar!

Orthodontist Chicago said...

Thanks for the post!

Shahibul Afzan Wahab said...

Affieza, Dijah, Shuhadaa, Herie, Raihan, Wahab:

jazakumullahu khairan kathira..
barakallahu fiikum!

Anonymous said...

Salam kenal.... ^__^

Alhamdulillah..
tahniah!!!



feel free to visit my new blog :)
http://mrsnon.blogspot.com/

ayatul husna said...

tahniah angah althofunnisa'. miss you so much!

Shahibul Afzan Wahab said...

thanks mrs non!

ayatul husna..haha.mekasih :)

miss Mong said...

salam kak..

klu akak x keberatan.. sy mau tnya doktor gigi ada on call ka..?

n apa best nya jd dr gigi ya kak..?

hrp akak sudu la jwb soalan sy.. coz sy nie pening dah nak ambil bidang apa d univrsiti.. sy minat dentistry tp sy confuse :(

dr adik2 lepasan spm 2012

Balaji Dental & Craniofacial Hospital said...

Bukanlah post ini untuk menghilangkan motivasi adik-adik yang bakal dan sedang melanjutkan pengajian dalam bidang ini. Bukan sekali-kali.

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template