:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Wednesday, October 14, 2009

Saya Tidak Berada Di Scotland

Assalamualaikum warahmatullah...

Entri ini adalah untuk mengesahkan bahawa saya, Shahibul Afzan tidak berada di Scotland sebagaimana yang diwarwarkan oleh e-mail saya : fauzan_azima86@yahoo.com.

Saya ingin memohon maaf atas kejadian yang tidak diingini ini. Segalanya adalah kerja hacker atau scammer yang tidak pernah saya duga untuk terjadi. Kejadian ini menyebabkan ramai kawan yang keliru sehinggakan menelefon saya dan sahabat-sahabat di UIAM Kuantan untuk memastikan keadaan saya yang sebenar.

(Skema pula ayat saya ni...)

Scammer/Hacker yang telah menyusahkan orang

Bagi pembaca yang tidak tahu akan kejadian di atas, mari saya ceritakan...

Alkisahnya, saya menerima beberapa e-mail daripada Yahoo yang meminta saya meverifykan akaun e-mail saya. Jika saya tidak meverifykannya, maka akaun e-mail saya akan ditutup/diblok. Pada mulanya saya hanya membiarkan, tetapi setelah menerima e-mail tersebut beberapa kali, saya pun meverifykannya sebagaimana yang dikehendaki.

Esoknya, ketika berada di dalam klinik gigi, pensyarah saya, Prof. Dr. Ammar berkata kepada saya:

" Afzan, your e-mail password has been taken by the virus....".

Dr. Ammar juga menyatakan bahawa e-mail saya yang dihantar kepadanya menceritakan bahawa saya kini berada di Scotland, kehilangan beg duit dan barang berharga serta tiada duit untuk membayar bil hotel dan untuk pulang. Jadi saya mengirim e-mail tersebut untuk meminjam duit dan akan menggantikannya setelah pulang.

Oh, itu adalah cerita rekaan semata-mata. Barulah saya sedar bahawa saya telah meverifykan e-mail saya untuk si penggodam. Hasilnya, 'beliau' telah mereka dan menyebarkan berita palsu tersebut kepada semua orang di dalam senarai address book serta Yahoo Groups yang saya sertai. Padahal sebenarnya saya sedang riang dan gembira di bumi UIAM Kuantan.

Maafkan saya atas segala yang terjadi. E-mail tersebut tidak dapat digunakan lagi. Apabila saya memasukkan ID dan password seperti biasa, akaun saya dikatakan tidak sah. fauzan_azima86 kini milik orang lain. Jadi, kepada kawan-kawan yang ingin menghubungi saya melalui e-mail atau Yahoo Messenger boleh menggunakan alamat baru ini:

srikandi_6in1@yahoo.com

'Srikandi 6 in 1' adalah tribute saya buat Sayyidatina Khadijah. Semoga kejayaan beliau sebagai wanita 6 dalam 1 menjadi inspirasi buat saya untuk berusaha mencapainya juga.

Wassalam. Ampun dan maaf dipinta daripada kawan-kawan kerana telah menyusahkan kalian.

p.s. Di bawah ini adalah gambar-gambar Scotland yang saya cari di Google. Seronok juga ya, kalau benar-benar saya boleh ke sana :)

Scotland

8 comments:

benzaldehyde said...

k.shibul,sy pn ade dpt jugak emel dr yahoo yg sruh verify email tue..4, 5 kali jugak laa..harap2 laa, xde ape2 masalah..

Shahibul Afzan Wahab said...

oo ye ke...pastu farahim verify tak?

Shahibul Afzan Wahab said...

kalau tak reply insya Allah xde pape jadi...yg masalahnya,bila dah reply kat dia..scam je semua tu.just delete.

sufygirl said...

slm, kak..
jie pn pnah kne hack, tp bkn kes verify, org 2 yg tipu..
dia guna id jie chat ngan kwn2 sume, pnjg cte ny, tp yg pntg skrg dh setel..alhamdulillah..
bde ni blanjutan sebulan lbh jgk la time 2..

myLovepatzi said...

ooo...ptt la..org pun ader gok trima email long yg g scotland tu..tp org bt derk jer..tau dah ekpon..bkn btul pun..

Shahibul Afzan Wahab said...

to jie:

oh ye ke jie...macam2 la kes tipu org sekarang ni...dari sekecik2 benda sampai la ke sebesar2 benda.ni cuma kes hack email dan YM je, kalau yg kes curi pin number akaun bank tu lagi2 la berat.

to my sis:

ye la...kalau along gi scotland mesti along kabo ke mak dulu...confirmla family tahu.yg kelirunya, kawan2 yang duduk jauh ngan along ni...sedar2 hantar email minta duit...huhu.buat malu orang je.

benzaldehyde said...

reply rasanya..sy pun dh x ingt sbb byk kali laa dpt email tue..huhu..

Shahibul Afzan Wahab said...

reply ke...hehe.mudah2an x jadi macam email kak shibul.

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template