Bismillahi wal hamdulillah...Astaghfirullah rabbal baraya...Astagfirullah minal khataya...
Bagi mendapatkan ketenangan dalam kehidupan kita, lazimilah istighfar. Beristighfar adalah satu rahsia untuk mendapat ketenangan hati dan mendapat keluasan rezeki.
مَنْ َلزِمَ ْالاسْتِغْفارَ جَعَل اللهُ َلهُ مِنْ ُ كلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا وَمِنْ ُ كلِّ هَمٍّ فَرَجًا وَرَزَقهُ مِنْ حَيْثُ َ لا يَحْتَسِبُ
(رواه أبو داود)
Maksudnya: “Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Al Quran dan hadis-hadis Rasulullah Sollallahu ‘alaihi wasallam banyak mengajarkan tentang doa-doa yang mengandungi lafaz istighfar yang bertujuan untuk mengharap maghfirah daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Antaranya:
1. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:
“Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah bagi kami dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang banyak berbuat kebajikan).” (Surah al-Imran: 193)
2. Terdapat doa yang dibaca oleh Nabi Adam ‘Alaihissalam sebagai memohon pengampunan dari Allah Subhanahu wa Taala selepas Baginda dan Siti Hawa ‘Alaihimassalam melanggar perintahNya dengan memakan buah khuldi kerana hasutan Iblis:
“Wahai Tuhan kami! Kami telah menganiaya diri kami sendiri. Dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami daripada orang-orang yang rugi.” (Surah al-A’raf: 23)
3. Doa Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam yang memohon keampunan bagi dirinya, kedua ibu bapanya serta bagi orang-orang yang beriman:
“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah keampunan kepadaku dan kedua ibu bapaku serta kepada orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hisab dan hari pembalasan.” (Surah Ibrahim: 41)
4. Rasulullah Sollallahu ‘alaihi wassalam pernah ditanyakan oleh sahabat bagaimana untuk beristighfar, lantas Baginda menjawab:
أسْتَغْفِرُ الله ،َ َأسْتَغْفِرُ اللهَ
(رواه مسلم)
Maksudnya: “Aku memohon ampun kepada Allah, aku memohon ampun kepada Allah.”
(Hadis riwayat Muslim)
5. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas‘ud Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Sollallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
َأسْتَغْفِرُ الله اَلَّذِي َ لا إِلهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ وَأتُوبُ إِليْه
(رواه أبو داود والترمذي)
Maksudnya: “Aku memohon ampun kepada Allah, tiada tuhan kecuali Dia, yang tetap hidup dan kekal, dan aku bertaubat kepadaNya.”
(Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Semoga dengan melazimi istighfar, kita akan sentiasa mendapat ketenangan dan kebahagiaan serta menjadi hamba yang dicintaiNya...amiinnn...
4 comments:
terimakasih sahabat uhkti
salam..
susungguhnya manusia tak dapat lari dari bt dosa.. istighfar mmg leh menengkan hati...
Istigfar adalah kedamaian... PEACE...
istghfar...ubat segala keresahan dan kerisauan mahupun kesedihan
Post a Comment