:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Sunday, March 28, 2010

Nasihat Buat Gadis Itu


"Cemburunya pada kawan-kawan yang dah habis belajar, yang dah bekerja..."

"Adik sendiri dah boleh bagi duit pada mak ayah, aku pulak lama lagi..."

"Ya Allah, aku ni dah salah pilih jalan ke..."

"Tak sabarnya nak grad!!!"

Kekadang, gadis itu dihantui bermacam-macam perasaan. Lamanya dirasakan perjalanannya memburu segulung ijazah: BDSc. Kelihatannya seperti sudah tidak sabar untuk dia menamatkan statusnya sebagai pelajar...Mungkin dia telah penat. Mungkin juga kerana pengajiannya sekarang tidak memungkinkan dia untuk bercuti panjang bersama keluarganya.

Dia membuat kira-kira, perjalanan yang telah dilaluinya sehinggalah sekarang...

1 tahun di pra sekolah, 6 tahun di sekolah rendah, 5 tahun di sekolah menengah, 1.5 tahun tahfiz al Quran, 2 tahun di pusat asasi, serta 3 tahun di universiti.

1+6+5+1.5+2+3=18.5

Masih berbaki 2 tahun lagi baginya.

"Lamanya...."

Namun, ada nasihat untuk gadis itu:

BERSABARLAH...

13 comments:

Unknown said...

"1 tahun di pra sekolah, 6 tahun di sekolah rendah, 5 tahun di sekolah menengah, 1.5 tahun tahfiz al Quran, 2 tahun di pusat asasi, serta 3 tahun di universiti."

hemm masih singkat tuk perjalan menuntu ilmu mu wahai gadis ku...ok kite kire perjalanan menuntut ilmu sy lak...

"1thn di TASKI, 6 thn di sekolah rendah, 5thn sekolah menengah, 1 thn STAM, 3thn diploma, 4thn degree"

hermm umur ku sekrg 25..hbs belajar 26..rasenye mcm nak mati bile pikir dak2 sekrg umur 23 dah master..

tp bersabarlah wahai gadisku...semua ini ada hikmah~~lambat atau cepat bukan ukuran, yg penting ilmu yg dituntut penuh kesabaran membuahkan keimana yg tguh insya-allah...

lagi satu, menuntut ilmu bukan setkat di sekolah atau di universiti, sampai ke mati pon kite wajib menuntut ilmu...

sekian dari hamba allah...sudi2 lah dtg ke blog sy jg yee

Unknown said...

Perancangan Allah itu lebih besar dan jauh hikmahnya untuk kita kan, sahibul..

No worries...I am sure you'll do well in your future endeavours..

InsyaALLAH

mamawana said...

Salam sweetie..

Enjoy dlm perjalanan menuntut ilmu. Jgn anggap menuntut ilmu itu sbg satu bebanan. What ever u do, where ever u go Allah swt will always be with you. Iklas dlm perjuangan menuntut ilmu dan berSabarlah.

Mami Hadeef said...

salam kak shibul..

anim nasihatkan, kawen la.. haha.. biar hidup terasa lain sikit dari alam belajar.. zubir pun masih berbaki 2 tahun lagi.. mase kami kawen dulu, dia baru nak naik tahun 3.. tup..tup..tup, pejam celik, pejam dan celik lagi, dah nak habes tahun 3.. (masih berbaki 1 posting lagi).. sekejap je rase.. at least, kalu dah kawen, tension dalam dewan kuliah/di hospital, balik rumah masih ada suami/isteri untuk nak luahkan perasaan.. =)

p/s: sebenarnya, kawen time blaja ni syok!! hikhik

Shahibul Afzan Wahab said...

to Kak Farha;
Hehe..thanks kak.Saya suka ayat akak,
"...lambat atau cepat bukan ukuran, yg penting ilmu yg dituntut penuh kesabaran membuahkan keimanan yg tguh insya-allah..."

Terima kasih kak.

to My dearest Fiey;
Saya akan selalu ingat ayat fiey,
"Perancangan Allah itu lebih besar dan jauh hikmahnya untuk kita kan, sahibul.."

Astaghfirullah...mohon keampunanMu ya Allah...

to Mamawana;
Thanks mama for your beautiful advice.Yes, i must enjoy :)

to Adik Aniemz Sayang;
Salam aniemz...nasihat aniemz pun best...bila bercakap pasal kawen,jadi x reti nak cakap byk2...serah pada Allah je :)

Raihani said...

Salam, si gadis..
'Worry does not empty tomorrow of its sorrow, it empties today of its strength'.
Sabarlah akakku sayang..
Setiap detik yang kita lalui sekarang adalah yang terbaik yang Allah takdirkan untuk kita.
Setiap ketentuan Allah itu ada hikmah yang tersendiri. Redha dan bersabarlah...

"Sesungguhnya akan dibalasi mereka yang sabar itu dengan balasan tanpa hisab" (39: 10).

benzaldehyde said...

salam kak shibul..
lama x ziarah cni..hehe..
bila bce entri kak shibul ni, teringat kat kata2 cg mat jak dulu..
"xpe laa lama blaja pun, satu Al-quran berjaya dihafaz "..
beruntung kak shibul, bakal bergelar seorg dentist yg hafizah..
mge success selalu ye kak... =)

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

salam. sabar dalam penantian. Pasti disana ganjarannya setimpal dengan usaha dan kesabaran penantian kita. Allah knows the best for us.

Biology teacher

Shahibul Afzan Wahab said...

to Raihan;
Thank you my beloved room-mate...
Thank you for being a good listener...
Thank you for being so supportive...
Thank you for everything you have done...love you always :)

to Dik Farahim;
Malu mengingatkan kata2 cikgu...
Allah...Bukan senang menggalas amanah suci, mukjizat paling agung...terasa diri hina di pandanganNya. Doakan kak shibul istiqamah ye Dik Farahim...

to Cikgu Bio;
Terima kasih.Moga diri ini akan bertambah kesabaran.

~ Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ooo Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way
Showed me the way...~

syanashwa said...

kkshwa sgt yakin adik akan tersenyum dan bersyukur selepas berjaya melalui perjalann panjang ni.. n believe me.. once you grad, you'll be missing those moments badly.. ;)

Shahibul Afzan Wahab said...

Dr Nashwa;

Thanks dr...i wish to be like you in the future :)

dkama said...

akademik buat kita lebih kuat dari segi metal... so bersyukurlah dengan apa yang ada... PEACE...

Shahibul Afzan Wahab said...

insya Allah...terima kasih.

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template