:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Friday, April 9, 2010

Cerita Gigi Geraham Bongsu

Assalamualaikum warahmatullah saya ucapkan buat pembaca yang dikasihi,

Maafkan saya jika blog ini sentiasa bercerita tentang gigi. Sememangnya saya dan gigi tidak dapat dipisahkan lagi kerana tiap-tiap hari saya akan belajar tentang gigi, praktikal tentang gigi dan sebagainya.Walaubagaimanapun, blog saya ini bukanlah tempat rujukan terbaik tentang apa-apa persoalan mengenai pergigian kerana saya masih pelajar yang baru merangkak. Jika mahukan maklumat yang lebih tepat, silalah ke blog-blog pergigian yang saya linkkan di sebelah kiri blog ini.

Dalam entri kali ini, saya ingin bercerita tentang gigi geraham bongsu.

Gigi geraham bongsu adalah gigi geraham yang paling akhir tumbuh. Di dalam bahasa Inggeris, ia dipanggil 'wisdom tooth' - mungkin kerana pertumbuhannya sewaktu seseorang telah 'bijaksana', iaitu umur 17 tahun ke atas (ia tumbuh selepas SPM...cara senang saya nak ingat).

Sebenarnya banyak cara gigi geraham bongsu ini tumbuh. Ada yang tumbuh normal. Ada yang tidak tumbuh langsung. Ada juga yang tumbuh tetapi kedudukannya pelbagai: tumbuh separuh, senget, berbaring, dan sebagainya. Ini terjadi apabila ruang rahang tidak mencukupi atau mempunyai halangan daripada gigi bersebelahannya untuk tumbuh secara normal. Kedudukan gigi geraham bongsu kita boleh dipastikan melalui x-ray.


Gigi dalam bulatan merah itulah gigi geraham bongsu.


Pelbagai cara gigi geraham bongsu tumbuh

Apakah kesan pertumbuhan gigi ini yang tidak normal kedudukannya?

Ia mungkin menyebabkan kesakitan, bengkak, penyakit gusi, nafas berbau, kerosakan gigi (karies) pada gigi bersebelahan dan kesukaran membuka mulut.

Adakah gigi ini perlu dicabut?

Jika gigi ini tidak menimbulkan apa-apa masalah, ia tidak perlu dicabut. Tetapi jika ia menyebabkan masalah atau akan menimbulkan masalah di kemudian hari, ia perlu dicabut.

p.s:
  • Gigi geraham bongsu saya di rahang sebelah kiri bawah juga baru memunculkan dirinya dalam keadaan senget. Waa....
  • Esok saya akan ke Sungai Lembing untuk mendidik kanak-kanak orang asli tentang cara-cara memberus gigi yang betul...Kali pertama nak jumpa orang asli ni...Bagaimanakah mereka?.. :)

8 comments:

aminmenulis said...

Salam, eh Kak Afzan pun same ek gigi geraham bongsu nak tumbuh beli kiri. Huhu.. kadang2 sakit juga kan..

Thanks for this information. Hehe..

Shahibul Afzan Wahab said...

Salam amin,

Ha ah tiba2 pulak gigi tu muncul..ingat dah x tumbuh...Rasa nak cabut jugak nanti.

Kalau gigi geraham bongsu tu sebabkan problem kat amin nampak gayanya baik cabut.lagipun gigi tu sebenarnya gigi yang non-functional(kite x guna pun).Nanti balik malaysia leh jumpa akak (insya Allah dah jadi dentist time tu).Hehe.

dkama said...

belum tumbuh gigi dah pandai baca kitab... PEACE...

Shahibul Afzan Wahab said...

kena tambah satu perkataan dalam ayat tu supaya jadi ayat yg betul...

"belum tumbuh gigi KEKAL dah pandai baca kitab..."

kalau gigi susu,gigi pertama yg tumbuh masa umur 6 bulan, mustahil sebelum 6 bulan sudah pandai baca kitab.(kecuali insan2 terpilih yg mempunyai kebolehan luar biasa)

kalau gigi kekal,gigi pertama yg tumbuh masa umur 6 tahun, ini logik kalau dah pandai baca kitab...:)

Sumaiyah said...

hihi
belah kanan dah tumbuh, tp mcm tak cukup zat. uhuk3

salam ukhuwwah kak :D

Shahibul Afzan Wahab said...

tak cukup zat?hehe.

salam ukhuwwah juga dik :)

dentalstudent _to_be said...

salam...kak afzan, saya selalu ikut baca blog akak ni. bout the wisdom teeth ni, masih terfikir2 nak buang ke tak...sbb masa tak mengizinkan..tapi seriously, jumpe 2 dentists , dua2 suh buang...sbb dia efek kat gigi geraham yg lain..memg sengsara gak...

Shahibul Afzan Wahab said...

waalaikumussalam...

terima kasih berkunjung ke blog akak nie...semoga ada manfaatnya (tapi akak rasa macam xde pape...hehe).

kalau keadaan gigi tu bagi effect pada gigi sebelah, seeloknya dibuang...maybe boleh jadi caries pada gigi sebelah or root resorption (depends on the condition).

kalau adik akan masuk uia kuantan, doctor2 di sini boleh buat MOS utk adik...

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template