Hargailah yang asli
Jam menunjukkan 12.30 malam. Saya masih lagi dalam proses menyusun gigi palsu untuk kedua-dua orang patient saya, seorang Pakcik dan seorang Auntie. Masa-masa di sepanjang hari minggu ini saya habiskan dengan aktiviti ini sahaja. Apabila bosan, saya menyertai kawan-kawan sebentar di facebook. Kemudian sambung kerja kembali.
Malangnya, setelah hampir siap menyusun, saya rasakan susunan gigi tidak berada di atas residual ridge (tulang rahang). Aduhh...Nampak gayanya, kenalah susun semula. Ok...Sabar ya Afzan! Pesan kepada diri sendiri. Kesilapan menjadikan kita lebih mahir. Ayat-ayat direka untuk memujuk hati.
Tertekan, putus asa dan kecewa selalu menjengah tatkala menghasilkan yang palsu ini tidak menjadi. Allah, bukan senang rupanya hendak menghasilkan sesuatu yang palsu. Maka, peliharalah yang asli yang daripada Allah dengan sebaik-baiknya.
Yang asli tidak terlawan. Secantik mana pun yang palsu, yang asli tetap nombor satu. Maha suci Allah, ciptaanNya tiada tandingan. Bersyukurlah wahai insan dengan segala pemberian, dan zahirkanlah kesyukuran dengan ketaatan.
Sekarang, saya teringatkan Pakcik dan Auntie. Oh, kasihan mereka. Saya harus menyiapkan kerja-kerja ini dengan sebaiknya. Mereka harus dibantu untuk merasai nikmat makan, bercakap dan sebagainya. Mereka memerlukan gigi palsu yang baik. Ya Allah, bantulah hamba untuk membantu hamba-hambaMu.
Saya ingin sambung kerja. Maafkan saya atas entri yang cuma bercerita. Mencari kekuatan agar diri tidak berputus asa :)
6 comments:
salam k. afzan..
sekadar menjengah sambil berziarah..
moga dapat menyempurnakan keja k. afzan dgn sabar, kerana sabar ialah jalan yang terbaik dalam menghadapi setiap kesulitan..
Pepun, hensem jugak pic kawan k. af kt atas sekali tu eh.. hehe ;)
waalaikumussalam rumet...
thanks my dear raihan...kalau raihan x bercuti sekarang ni, mesti kak afzan dah luah kat raihan je, x payah tulis dalam blog ni..hehe.
p.s.nanti nak ajak kawan2 tu duk bilik raihan, boleh ke?hehehe.
Susun mcm tu jer gi2.Lepas tu letak gam la?Mmg tak boleh sma kan dgn yg asal.Subhanallah..
Bukan susun dgn gam...susun atas wax dulu...pastu baru masak utk tukarkan dengan acrylic...agak banyak prosesnya.kalau berminat boleh buat lawatan ke sini... :)
Kalu melawat kat sane,kene dptkan treatment terusla.
boleh2...klinik di sini sentiasa terbuka utk semua.
Post a Comment