:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Friday, June 4, 2010

Keputusan


Bismillahi wal hamdulillah...

Segala puji bagiMu ya Allah, dengan nikmat dan kasih sayang yang Engkau berikan, Engkau masih mengizinkan diri hamba yang dhaif ini untuk mengecapi nikmat iman dan Islam. Semoga dua nikmat ini Engkau kekalkan hingga kembalinya diri ini kepadaMu.

Hari ini keputusan Peperiksaan Professional baru-baru ini telah diumumkan. Segala puji bagiMu ya Allah, kerana masih memberi kesempatan kepada hamba ini untuk lulus dalam semua subjek. Ya Allah, tidak tahu lagi bagaimanakah ingin dizahirkan kesyukuran ini melainkan dengan puji-pujian kepadaMu. Saat-saat getir telah berlalu, namun tentunya ia akan berulang-ulang lagi pada masa akan datang.

Terima kasih wahai Allah. Engkau tahu bahawa hamba ini sangat lemah, maka Engkau tidak menguji hamba dengan ujian yang tidak mampu hamba menanggungnya. Namun buat sebahagian sahabat yang kuat dan tabah, Allah menguji mereka. Bersabarlah sahabat-sahabatku, percayalah bahawa Allah ingin memberikan yang lebih baik buatmu.

"Allah menguji seseorang hamba dengan musibah untuk diselidiki kesabaran hamba itu...

dan Allah menguji seseorang hamba dengan nikmat untuk diselidiki kesyukuran hamba itu kepadaNya..."

Insya Allah, kata-kata ini akan saya ingat sampai bila-bila. Terima kasih semua.

10 comments:

Menapak kubur said...

Alhamdulillah, tahniah ukhti..
=)
Welcome to yr 4..Insya Allah..

Unknown said...

alhamdulillah..tahniah ye...kalo teacher zalina tahu..mesti die bangger dgn kamu~~

Shahibul Afzan Wahab said...

ukhti azira;

jazakillah ya habibati...perjalanan saya masih panjang...

cikgu farha;

terima kasih cg farha...em,takde apa yg teacher zalina boleh bangga dgn saya, cikgu..saya cuma pelajar biasa2 yg tidak memiliki apa2...

aminmenulis said...

aminmenulis said like this

(^_^) Alhamdulillah, "Kul Kullum Min Indillah" katakanlah semuanya daripada sisi Allah.

Tahniah yer Kak, huhu.. jelesnyer. Nasib kami belum tentu lagi. hua3..
Oh result, janganlah keluar.

Shahibul Afzan Wahab said...

Insya Allah, amin pun akan lulus semua jugak nanti. Dah usaha kan, jadi kita serah pada Allah...Pertolongan Allah itu dekat :)

Mohd Nuruddin Mohamed said...

tahniah. moga terus lulus

Shahibul Afzan Wahab said...

terima kasih...semoga success juga buat Nurturing The Ummah.

RaNGkuTi said...

Mabruk!! Haza min fadhli rabbik..

Dr Eqa said...

Salam..Tahniah Afzan..welcome to the club soon..my sister also in Dentistry at USIM (year 2)..also passed the exam very well recently..just congratulation to u and my sis..i know the exam wasn't that easy..but u manage to get it done..syabass..

Shahibul Afzan Wahab said...

Rangkuti; syukran.

Dr Eqa; Tenkiu kak...congrats to your sis also...pray for my success in the future. Hopefully i can be like you :)

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template