:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Tuesday, December 14, 2010

Coretan: Hari Yang Sedih

Antara perkara yang paling menggembirakan dalam kehidupan seorang pelajar Pergigian ialah apabila gigi palsu yang dihasilkannya dapat dipakai dengan selesa oleh patientnya. Manakala, antara perkara yang mengecewakan pula adalah apabila berlaku sebaliknya.

Dan hari ini, saya terpaksa merasakan kekecewaan itu. Terasa lemah tidak terkira, putus asa datang menerpa, hatta sewaktu menulis entri ini pun kesedihan masih ada di jiwa. Namun apakan daya, segalanya harus dilalui dengan redha, kerana itulah hakikat kehidupan yang penuh pancaroba. Waduh waduh, macam berpuisi pula. Hehe. Bila tengah sedih ni senang pula ayat-ayat menjadi ayat puisi.

Ini cuma gambar hiasan. Saya tidak dapat mengambil gambar gigi palsu yang saya buat kerana kamera saya yang dibaiki di kedai masih lagi tak siap-siap.

Jika hendak diceritakan apa yang terjadi, agak panjang ceritanya. Jadi terpaksa pendekkan ia. Gigi palsu tidak dapat diserahkan kepada patient saya yang sangat eager untuk memakainya pada hari ini, lantaran beberapa masalah teknikal. Dan berita 'baik' yang saya terima daripada pensyarah yang supervise saya ialah kena repeat balik proses buat gigi palsu dari mula...huhu. Tahniah Shahibul Afzan. :)

Sedih patient tidak terkira,
Sedih lagi hamba merasa,
Penat lelah lebih sepurnama,
Hanya menjadi sia-sia.

Bersyair pula jadinya. Sebelum ini Allah sentiasa beri kegembiraan kepada saya, tatkala patient-patient yang lain dapat pulang dengan gigi palsu baru mereka. Ujian Allah yang baru saya rasakan kali ini walaupun agak pahit untuk ditelan tentu sekali penuh hikmah, serta membuktikan kasih sayangnya. Teringat kata-kata seorang Dr,

"Repeat ni sinonim dengan kehidupan dental student..."

Maafkan saya patient. Harap anda masih dapat bersabar dan masih sudi jumpa saya.

p.s: Saya perlu siapkan gigi palsu untuk 12 orang patient sebelum saya grad. Doakan saya berjaya menyiapkannya ya, wahai pembaca yang budiman. Selamat Hari Asyura dan Selamat Berpuasa :)

11 comments:

mamawana said...

Mama doakan moga sukses sayang.

Shahibul Afzan Wahab said...

thanks a lot mama!!
Luv you, may Allah bless you always.

Menapak kubur said...

knp???
Loose ke? Partial @ full?

Sedihnye..xleh reline ke?
Ana tgh exam end of sem 1 skrg..
Bru sempat jenguk2 kt sini..

Sabar ye..Insya Allah moga Allah mudahkan urusan afzan..

Ana pun tgh brperang untk requirement dan competency test..Dugaan besar untk grad ni..

Khaulah Azwar said...

Angah, be strong!
Mak always pray 4 u dear,
hadapi ujian Dia dgn tabah ya =)

Affieza said...

Teruskan usaha...inilah dugaan dlm proses pembelajaran...moga kejayaan bakal diraih pada masa akn dtg...

Shahibul Afzan Wahab said...

Azira;

full upper partial lower...upper not retentive dan ada poros sikit..plannya nak buat rebasing, tapi tgk2 centric pulak off...aduhh..rasanya time buat MMR hari tu dah ok.akhirnya x leh wat pape la kecuali repeat..dugaan..huhu.utk lower pulak dr suruh put aside dulu...tgk la nanti boleh pakai ke tak.

tq zira for your support..i wish you all the best in your exams dan semoga mudah dalam perjalanan menuju graduation...especially requirement yg sometimes very stressful.sama2 tabah ye :)

Mak Khaulah Azwar;

Terima kasih mak usrahku. Angah hargai segala kata2mu...Luv you.

Affieza;

Terima kasih affieza atas nasihat dan kebaikan hatimu...amiin ya Rabbal 'alamin...Semoga berjaya juga buat affieza. :)

aminmenulis said...

Tahniah kak.. hehe.. mesti pelik ucap tahniah..
Tahniah la sebab dapat pengajaran yg paling baik dalam hidup. Sebab kegagalan tu kita akan ingat sampai bila2, dan belajar drpd kesilapan lebih hebat drpd belajar dan terus berjaya. Ia membuatkan kita lebih tabah dan kuat utk terus berusaha dn lebih hati2 utk akan dtg..
Apapun, amin sentiasa doakan yg terbaik utk akak. moga akak terus ceria dan bahagia.
Setiap yg berlaku Allah buat sesuai utk kita. pastia ada hikmahnya..
Chayyok kak..

Raihani said...

Stay strong my dear roomate...

Allah tidak menilai pada hasil kerja seseorang hamba, tetapi Dia menilai pada usaha yang telah kita lakukan. Teruskanlah usahamu kerana Dia, pasti kau tidak akan kecewa dan bersedih... kerana apa yang telah ditentukan-Nya pasti mengandungi ibrah yang ingin disampaikan.

Wallahua'lam.

Shahibul Afzan Wahab said...

amin;

Syukran wa jazakumullah amin atas kata2 semangat dari amin..terima kasih banyak2 juga kerana sudi doakan akak...mudah2an Allah juga akan memudahkan kehidupan amin dalam menuntut ilmu di sana...

Raihan;

Thanks a lot my dear roommate...:)
mudah2an kak afzan mampu menggapai 'ibrah dari segala yg terjadi...insyaAllah..miss you.

Unknown said...

kak,bykkan bersabar..
Pasti ada hikmah..
Berkemungkinan sy akn turut merasa hal yg sama nnti..
Jadi,kak kuatkan smgt..
Akk ni blh jd idola sy dlm bab2 gigi ni..
=)

Shahibul Afzan Wahab said...

jazakillahu khairan adik fiqah... :)

insyaAllah adik dapat buat lagi baik dari akak nanti...

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template