:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Wednesday, December 8, 2010

Jalan-jalan di Melaka

Hujung minggu yang lepas saya berpeluang untuk jalan-jalan di Melaka, ditemani oleh seorang adik merangkap kawan saya, Rohilah yang mengajak saya pulang ke rumahnya di Melaka. Saya kongsikan gambar-gambar kenangan yang diambil.

Selat Melaka yang tenang...tidak begitu berombak jika dibanding dengan Laut China Selatan

Destinasi pertama kami ialah menuju ke perigi Hang Tuah yang terletak di Kampung Duyong. Perigi ini dikatakan digali sendiri oleh Hang Tuah.



Perigi Hang Tuah


Jarak dekat

Seterusnya kami menuju ke Dataran Pahlawan. Tempat pertama yang dituju ialah Istana Kesultanan Melaka. Para pembaca semua dah pernah sampai ke sini? Kepada yang belum, mari saya ceritakan...


Inilah dia Istana Kesultanan Melaka

Masuk je dalam istana ini, saya terus jumpa pedagang (pedagang tipu-tipu je...hehe). Antaranya...

Pedagang dari China


Pedagang dari Arab


Pedagang dari Jawa


Pedagang dari Gujerat


Pedagang juga...tapi terlupa dari mana... :)
(edited: mereka ni dari Siam. Thanks to Ust Rais yang bagitau di shoutbox )

Di suatu sudut, ada cerita bagaimana Melaka mendapat nama...

Parameswara yang sedang bersandar


Gagah betul kancil ni...

Di suatu sudut yang lain pula, ada cerita tentang Hang Tuah dan orang-orang yang hidup sezaman dengannya.

Ukiran potret Hang Tuah..." Ta' Melayu Hilang di Dunia"


Tuah dan Jebat bertarung


Ini pula gambar Tun Perak

Banyak lagi yang terdapat di Istana Kesultanan Melaka, tapi agak banyak untuk diceritakan kesemuanya...Sempat juga saya snap Ketua Menteri Melaka ini sewaktu dalam istana.

Ketua Menteri Melaka yang mengalu-alukan kedatangan saya ke Melaka...hee~
(hakikatnya, ini hanyalah multimedia presentation yg dipasang di sana)

Kemudian, kami beralih ke Kota A Famosa. Disebabkan belum pernah melihat A Famosa, dalam bayangan saya sebelum ini, gerbangnya sangatlah besar. Rupanya ia tidaklah sebesar yang saya bayangkan. Huhu.

Di hadapan kota A Famosa


Di atas kota A Famosa


Ini tempat 'buang duit' atas Kota A Famosa...bayar nazar kot?


Dari dekat...malangnya duit dah tak masuk dalam perigi sebab ada alas plastik.

Sampai di sini dahulu coretan saya. Banyak lagi gambar yang ingin dikongsikan. Tapi disebabkan sudah mengantuk dan esok pula ada kelas, saya kongsikan ini sahaja ya. :)

Sebelum terlupa, terima kasih saya rakamkan buat Rohilah kerana sudi bawa saya jalan-jalan di Melaka. Salam.

6 comments:

Ukhar said...

gambar ngan hang Tuah xde ke?

perindu_خلافة said...

banyak lagi tempat kat melaka ni yg boleh dilawat.. n yg paling menarik tanjung tuan (tanah melaka yg terpencil) ^_^

RaNGkuTi said...

Wah3x Afzan da sampai Melaka..

Tempat Afzan berdiri amik gambar depan A Famosa tu la sebenarnya pantai dulukala. Pintu A Famosa tu sbgai gerbang nak masuk ke dalam kota dari jln laut.

Tengoklah berapa jauh ditambak jadi daratan.siap boleh wat pulau buatan lagi..

Affieza said...

Byk betulkan tempat bsejarah yg blh dlawati d Melaka ni...tak hairanlah Melaka d gelar sbg Bandaraya Bersejarah...

Shahibul Afzan Wahab said...

bukhari; gambar dgn Hang Tuah xde, sebab dia x sudi bergambar dengan akak.. :)

perindu_خلافة; tanjung tuan? insyaAllah kalau ada peluang lain kali saya pergi ke sana pulak. syukran.

Rangkuti; oh, begitu ke..nice info dari org melaka. terima kasih. hmm, kalau gitu memang jauh la ditambak jadi daratan.

Affieza; ye affieza, memang byk tempat bersejarah. kawan cakap, kena duduk seminggu kat melaka baru puas ziarah semua tempat.

ini baru sejarah malaysia kan, lain kali jom gi ziarah sejarah tamadun dunia pulak..insyaAllah, amiin.. :)

citi said...

byk lagi tempat menarik di melaka.tak rugi dtg.. ^_^

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template