Hari-hari terakhir sebelum pulang bercuti di kampung ini saya habiskan bersama sahabat-sahabat yang bakal bergraduasi. Sedih mengenangkan sahabat-sahabat yang saya kenali sejak di Darul Quran tahun 2004/2005 bakal meninggalkan saya di sini. Alhamdulillah mereka telah pun selesai menghabiskan tempoh pengajian 4 tahun mereka. Tinggallah cuma kami berenam yang tinggal 1 tahun lagi insyaAllah; Aisyah, Faridah dan Shakirah di Kulliyyah of Medicine dan saya, Umme serta Asiyah di Kulliyyah of Dentistry.
Sahabatku…
Ingatlah, kita dipertemukan kerana Al-Quran,
Ukhuwwah mahabbah yang terjalin ini atas nama Al-Quran,
dan semoga perpisahan kita adalah semata-mata
untuk meneruskan perjuangan demi Al-Quran…
Ya Allah,
Jadikanlah Al-Quran sebagai penyejuk mata,
Penawar hati setiap insan di muka bumi,
Agar kehadiran kami di dunia ini dihargai.
Berkatilah kami dengan anugerah kemuliaan yang Kau beri.
Sesungguhnya kehidupan di dunia ini sunguh indah tidak terperi
dengan alunan ayat-ayat suci,
yang sentiasa bermain di mulut, di telinga dan di hati.
Lantas itu ku pinta daripadaMu Ya Ilahi,
Agar di saat-saat akhir hayat kami,
Alunan kalamMu jua yang mengiringi pemergian kami...
Amiinn...
~Ya Allah, jadikanlah diriku dan sahabat-sahabatku istiqamah di jalan yang diredhaiMu~