:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Thursday, April 14, 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah...hari ini dengan rasminya tamatlah Tahun 4. Exam End-Block pun dah habis tadi. Keputusan Promotional Exam juga telah diumumkan. Segala puji bagiMu ya Allah. Maka, sekarang ini bermulalah cuti panjang untuk kami semua sehingga 4 Julai.

Terima kasih buat kedua ibu bapa yang tidak pernah jemu mendoakan. Terima kasih buat semua juga. Moga-moga tahun depan, saya akan berubah menjadi lebih rajin belajar. Huhuhu. Sudah tua rasanya diri ini tetapi banyak perkara lagi belum terlaksana.

Buat akhirnya, terima kasih buat semua yang sudi bertandang ke teratak saya ini. Sudah lama tidak punya idea untuk mengemaskini blog untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat, ditambah faktor kesibukan, kepenatan dan sebagainya. Sungguh, semakin hari saya merasakan course ini semakin mencabar dan meletihkan. Benarlah kata-kata "Dentistry is all about tears, blood and saliva." Sentiasa bermain dengan air mata, darah dan air liur. :)

Namun, setiap course pasti mempunyai cabarannya masing-masing. Teruskan sahaja dengan bidang yang telah kita ceburi hingga kita berjaya. Mohon doanya kawan-kawan. Barakallahu fikum.

Andai rasa sedih, resah, rindu, dan sebagainya...Menangis sahaja dalam munajatmu kepada Allah. Dia akan tenangkan hatimu...bagaikan segala perasaan itu mengalir keluar bersama air mata. :)

7 comments:

Affieza said...

Tahniah dh berjaya menghabiskan pengajian utk thn keempat...

Shahibul Afzan Wahab said...

Terima kasih affieza..you are so supportive..Barakallahu fiiki :)

Menapak kubur said...

Congtate afzan.. =)
Teruskan perjuangan krn Allah..
Moga dimudahkan segala urusan.

Unknown said...

Alhamdulillah. Tahniah Shahibul. Betul, setiap course pasti ada cabarannya. Shahibul habis cuti 4 Julai rupanya. Kami waktu tu jugakla baru nak balik M'sia. Kira susah jugakla nak jumpa nanti ye. :(

Shahibul Afzan Wahab said...

azira; jazakillah azira..doakan saya. :)

syana; Time kasih syana..saya buka bulan julai, pastu cuti balik utk beraya..kalau syana ada time raya, bolehla kita jumpa :)

ismatulnabilaismail said...

waa..
mabruk akak..
tinggal setahun..
=)

Shahibul Afzan Wahab said...

terima kasih dik..moga2 setahun la, amiinn..tahun akhir lagi mencabar..huu. all the best to you.

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template