:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Wednesday, April 6, 2011

Utusan Melucah


Saya bukan penyokong PKR. Bukan juga peminat tegar Anwar. Tetapi melihat kepada muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini, saya fikir ia adalah sesuatu yang tersangat melampau. Kalau sebelum ini, para pembangkang menggelarkannya Utusan Meloya. Gelaran itu sebenarnya sudah tidak relevan lagi. Kini ia sudah bertukar menjadi Utusan Melucah!

Apabila kepentingan politik sempit menguasai segalanya, manusia sudah jadi lembu. Bodoh, tongong dan tidak tahu malu. Mereka anggap seks adalah perkara biasa yang boleh dibicarakan di mana-mana, hatta dalam majlis rasmi sekalipun. Justeru, hari ini adalah hari paling hitam dalam sejarah akhbar Utusan Malaysia (dahulunya Utusan Melayu) yang pernah menjadi wadah perjuangan kemerdekaan negara pada abad lalu.

Apa jadahnya paparan Youtube itu menjadi muka depan akhbar yang dibaca oleh jutaan rakyat ini? Tidak pernah terfikirkah pihak akhbar dan politikus yang bersembunyi di belakangnya tentang golongan muda seperti remaja dan kanak-kanak yang membaca akhbar ini? Tidak cukupkah selama ini pembaca dibosankan dengan kes liwat yang tidak berkesudahan. Kini dipantakkan pula dengan cover aksi lucah di sebuah bilik hotel yang entah siapa pelakonnya.

Syabas, Utusan Melucah! Gaya ini barangkali adalah gaya kewartawan baru negara.

Memo: Syabas juga KDN kerana melacurkan etika dan membiarkan media tidak bermoral sebegini selesa bermaharajalela.

*************
Komen saya:
Apa nak jadi dengan media arus perdana kita hari ini. Semakin hari semakin melalut. Bayangkan kanak-kanak yang 'innocent' tengok gambar-gambar lucah seperti ini. Mahu tak rosak pemikiran mereka. Ya Allah, selamatkanlah umat yang aku cintai ini...

3 comments:

Khaulah Azwar said...

Astaghfirullahal'azhim!
Syukran angoh ats info ini. Mak pun dh tak tahu nk kata apa dh..
Fitnah dunia akhir zaman ni makin menjadi2, manusia dh tiada malu.
Angoh, jom kita kuatkan benteng keimanan kita, perlu menjagakan mereka2 yg lena dan sudah xtahu menilai hukum Tuhan..

Ya Allah, ampunkan dosa2 kami dan berikanlah hidayah-Mu kpd kami..

Shahibul Afzan Wahab said...

InsyaAllah..amiinn.. :)

Muhammad Izuan said...

kes ni x hbs2 lg. entah sampai bila.

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template