:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Tuesday, July 19, 2011

Rawatan Salur Akar (Root Canal Treatment)

Rawatan salur akar (rawatan endodontik) merupakan rawatan alternatif bagi gigi yang telah dijangkiti atau rosak atau mati, agar gigi tersebut tidak dicabut dan boleh terus kekal berfungsi di dalam mulut.

Apakah ciri-ciri gigi yang memerlukan rawatan akar?

*Gigi yang rosak teruk atau mempunyai tampalan yang besar hingga melibatkan lapisan pulpa.
*Gigi yang telah mati.

Kenapa rawatan salur akar perlu dilakukan?

Rawatan salur akar dilakukan supaya gigi yang rosak itu tidak dicabut yang mana akan dapat mengekalkan gigitan dan fungsi gigi.

Apakah akibatnya jika rawatan ini tidak dilakukan?

*Ketidakselesaan atau kesakitan akan bertambah teruk.
*Jangkitan atau nanah akan terjadi pada gigi tersebut.
*Gigi itu mungkin terpaksa dicabut.

Prosedur

*Rawatan ini mungkin memerlukan satu hingga dua atau lebih temujanji.
*Salur akar (kanal) gigi akan dibersihkan terlebih dahulu dengan menggunakan peralatan dan ubatan sebelum ianya ditutup.

Bagaimana dengan penjagaan gigi?
Amalkan penjagaan kesihatan gigi seperti biasa. Ingat untuk :

*berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan ubat gigi berfluorida.
*kurangkan kekerapan pengambilan makanan manis.
*dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala.

Soalan yang kerap ditanya

Adakah rawatan ini menyakitkan?

J: Kebiasanya rawatan ini tidaklah menyakitkan. Bius setempat kadang-kadang digunakan jika perlu.

Adakah saya memerlukan korona selepas rawatan salur akar?

J: Rawatan salur akar tidak semestinya memerlukan korona. Rawatan korona hanya perlu jika kehilangan struktur asal korona gigi sangat teruk.

Di mana saya boleh mendapatkan rawatan ini?

J: Anda boleh ke klinik pergigian yang berhampiran untuk mendapatkan nasihat, pemeriksaan dan maklumat lanjut mengenai rawatan ini.

8 comments:

Unknown said...

salam akak. saya nak tnya ni.

dlu dentist ada nak buat tampalan kat gigi saya. pas tu dia korek gigi saya lagi besaQ tempat nak tampal tu. tapi setiap kali tampal asyik tekeluaQ ja tampalan tu. gigi saya yg amat pentg. iaitu gigi MOLAR(kunyah punya). bila makan panas atau sejuk.dia sakit. cam na ek???

ada akak sini kata cabut ja gigi tu . pas tu buat ortho. dia akan stretch kan balik gigi saya. betui ka?. dia berlaku di kedua belah kiri dan kanan gigi molar saya...T_T

bila akak dah balas nanti bg tau saya ek. syukron=)

Shahibul Afzan Wahab said...

Wslm..

boleh kak tanya, tampalan yg ada sekarang ni yang sementara atau yg kekal?

dan sekarang ni, tampalan tu tercabut or still ada?

utk pengetahuan adik, dentist memang akan korek besar sikit daripada lubang utk memastikan semua caries free sebelum letak tampalan.

Unknown said...

syukron respon kak. =)

yg ada la ni dah terkeluar. saya tak tahu kekal atau sementara. sebab dia tampal guna yg besi tu.

dentist tu xbagi saya makan berat selama 24jam. saya dh buat mcm tu. tapi lepas tu bila dekat sebulan tampalan tu keluar time saya makan la. T_T

mcm mana ek kak?

Shahibul Afzan Wahab said...

Oh..yg besi tu amalgam,tampalan kekal..biasanya lepas tampal,elakkan utk kunyah belah tu selama sehari supaya amalgam tu betul2 set.

sebab tampalan tu terkeluar la adik rasa sengal masa makan panas/ sejuk..so kak cdg adik pergi jumpa dentist utk tengok keadaan gigi tu mcm mana..kalau boleh tampal semula, tampal semula.kalau dah banyak struktur gigi habis, mungkin kena buat crown(sarung gigi).

sebenarnya sgt2 lah tak digalakkan utk cabut.sebab sebatang gigi tu sgtlah berharga.even gigi palsu/implant pun tak boleh tanding.lagipun adik kan muda lagi :)

andaikata gigi tu dah mati sekalipun, buatlah rawatan akar kalau prognosis bagus.sebab cabut tu adalah last choice. gigi molar tu sgt penting utk function. nanti xde gigi molar kuranglah ability utk grinding makanan betul2..

k dik ye.

Unknown said...

hehe. insha Allah, syukron kak. rini saya nk p jumpak dentist.=)

saya akan tnya pasai crown tu. agak menarik. patut la semua dentsit tamua cabut gigi saya. even saya p klinik depa tamau jugak cabut. syukron akak!=)

Shahibul Afzan Wahab said...

ok..afwan :)

taufiq said...

bagusnya artikel ttg gigi ini..

Anonymous said...

salam.. saya nak tnya lar sikit pasal tampalan... mcamni, bulan lepas gigi gaham saya sakit.. sy pergi klinik gigi and doktor buat tamplan kekal... lepas tu dah xsakit dah.... after 2 3 mggu camtu saya pegi klinik lagi utk buat tampalan kekal (yang warna grey tu.. sejak2 dari tu terus nyilu bahagian gigi tu.... bukan setakat minum ais, kalau saya berkumur pun dah siksa.. boleh saya tahu kenapa? kalau boleh xnaklar sampai kena cabut...

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template