:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Thursday, August 9, 2012

Alhamdulillah, selesai...

Akhirnya, setelah 5 tahun disulami peluh dan air mata... berakhir juga perjuangan mendapatkan ijazah Bachelor of Dental Surgery. Alhamdulillah, thank You Allah...

Sungguh, bukan senang perjalanan yang telah dilalui... Bila dibuka kembali diari yang sentiasa saya catatkan sepanjang hari, pernah saya rasa sangat stress hingga merasakan bagai tak mampu meneruskan hidup lagi. Mujurlah kami orang Islam yang beriman. Di barat, kadar bunuh diri memang tinggi di kalangan pelajar Dentistry. Hingga saya juga pernah terfikir, andai saya punya anak kelak, takkan saya suruh dia ambil Dentistry. Bayangkan sahaja, daripada 47 orang bilangan kami pada kemasukan First Year, hanya 27 orang sahaja yang dapat grad. Betapa susahnya nak naik tahun.

Bukanlah post ini untuk menghilangkan motivasi adik-adik yang bakal dan sedang melanjutkan pengajian dalam bidang ini. Bukan sekali-kali. Cuma sekadar bercerita tentang susah payah yang telah dilalui dan betapa gembiranya sekeping hati ini bila diumumkan 'lulus' dalam peperiksaan akhir Professional. Suatu kegembiraan yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Alhamdulillah 'ala kulli haal... Bersiap untuk ke fasa yang seterusnya. Ke medan yang sebenar. 


p/s: nak cuba dapatkan balik 9kg yang telah hilang semenjak 5 tahun belajar dentistry :)

Dr Shahibul Afzan binti Wahab
Pegawai Pergigian U41
No. Pendaftaran MDC: 5857

Saturday, June 23, 2012

Letih, Tapi...


"Pakcik, pakcik letih tak kerja?" tanya saya pada Pakcik Radzi, seorang dental technician sewaktu berada di Prostho Lab.

"Letih semua orang letih. Tapi kena kerja la, cari rezeki nak tanggung makan." Jawab Pakcik ringkas.

"Kalau ikut letih, orang kerja menoreh getah, tanam padi lagi letih." Sambung Pakcik lagi.

"Hmm..." kata saya.

"Dentistry ni letih la kan Pakcik." Sambung saya.

"Nak buat macam mana. Bidang kita, kenalah buat. Bidang lain pun letih jugak. Kalau taknak letih kerja tidur ja la." Kata Pakcik sambil senyum.

Saya senyum. Malu dengan Pakcik. Pakcik dah berumur. Katanya dia mula bekerja sebagai dental technician sejak tahun 1969. Maknanya, 43 tahun yang lalu. Emak saya masa itu baru berumur 5 tahun.

Pakcik ada sakit darah tinggi. Saya sihat wal afiat. Umur jauh lebih muda jika dibanding dengan Pakcik. Namun, saya orang muda yang banyak mengeluh. Saya terpukul. Oh, malunya saya.

"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir..."
"...Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah."
(al-Ma'arij: 19 & 20)

Tiba-tiba ayatNya datang, memukul lagi diri ini. Wahai Tuhan, jadikanlah hamba ini seorang yang tabah, tak mudah berkeluh-kesah.

Sabar serta syukur. Amiinn.

* * *

Monday, May 21, 2012

Rejab Telah Tiba


Tuesday, May 8, 2012

Pabila Duka

Sudah menjadi lumrah, kehidupan ini dihiasi dengan suka dan duka. Pabila suka, hati akan menjadi bahagia dan senyum mungkin sampai ke telinga. Namun pabila duka, siapakah sahaja yang mampu mengukir senyum di mulut dan hatinya.

Siapa yang mahu untuk berduka, tiada siapa pun hakikatnya. Fitrah manusia sukakan kesenangan, dan tatkala kesukaran menerpa, hati mula gelisah dan tak tentu arah. Namun, hidup kita bukan hanya dipenuhi dengan apa yang kita suka. Terkadang, apa yang kita benci juga harus ditempuh tanpa dapat mengelak. Ia hakikat, dan lumrah kehidupan.

Boleh jadi, apa yang kita benci, baik untuk kita. Dan boleh jadi, apa yang kita suka, buruk untuk kita. Ayat ini cukup memberi motivasi. Indah kan kalam Allah pencipta kita? Ayat-ayat cintaNya...

"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." 
(al Baqarah: 216)

Berada di posisi pelajar pergigian, saya banyak mengajar diri untuk menerima segala kesukaran dan kekecewaan. Ada kalanya saya tidak berjaya melaksanakan apa yang dirancang untuk patient di klinik sedangkan saya telah berusaha dengan bersungguh-sungguh. Oh, dalam situasi dan masa yang semakin ke penghujung ini, ia sangat menguji ketabahan...


Kecewa memang kecewa. Tetapi setakat mana kita boleh membawa kekecewaan itu. Kecewa hanya membuat diri monyok dan tak ceria. Lebih baik mendidik hati untuk terima semuanya dengan redha. Apabila hati yang seketul itu sentiasa dididik mengatakan "tentu ada hikmah", maka ia akan sentiasa menjadi lapang dan tenang. 

Allah Maha Mengetahui. Allah takkan menguji kita dengan ujian yang kita tidak mampu untuk menghadapinya. Setiap manusia Allah uji dengan kesukaran yang berbeza-beza. Namun, bersama setiap kesukaran, pasti Allah akan hadirkan bersamanya kesenangan. Itu pasti, kerana ayat-ayatNya menyebut,

"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." 
(al-Insyirah: 5&6 )

Mustahil untuk Allah menzalimi hamba-hambaNya. Allah hanya ingin menguji, untuk melihat sejauh mana kesabaran hambaNya dalam menerima takdir. Barangsiapa yang sabar, Allah akan memberi ganjaran pahala dan Allah sentiasa bersama-samanya.

Peperiksaan akhir saya insyaAllah, akan muncul dalam masa 2 bulan lebih sahaja lagi. Ya Allah, kepadaMu aku mengadukan kelemahan diri ini. Bantulah hamba untuk terus kuat melangkah dalam meneruskan sisa usia yang masih Engkau berikan ini. Amin...Doakan saya.  

Akhir kata, walau berduka, senyumlah :-D
Belajar, dan terus belajar....

Friday, April 27, 2012

Pesanan Buat Adik-adik Puteriku

Tulisan ini saya dedikasikan buat adik-adik puteri yang disayangi, khususnya buat mereka yang bakal melangkah ke alam IPT tidak lama lagi...

Duhai adik,

Pesanan ini kakak tuliskan kerana kakak menyayangimu. Kakak ingin berkongsi sedikit nasihat dan panduan, buat bekalan dirimu sebelum memasuki alam IPT yang penuh cabaran. Cabarannya kuat sekali, dan jika adik tidak punya prinsip hidup yang kuat, adik akan mudah hanyut. Maka dengarilah adik, peringatan dari kakakmu. Sesungguhnya, peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang beriman...

"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman." (az Zaariyaat:55)

Ikhlaskan Niat
.
Bersyukurlah jika adik mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian ke IPT. Maka, ikhlaskanlah niat, bahawa adik menuntut ilmu ini kerana Allah. Ya, kerana Allah dan Rasul menyuruh kita untuk menuntut ilmu. Tidak kiralah apa jua bidang yang bakal adik ambil, semuanya adalah bidang-bidang ilmu kurniaan Allah. Apabila adik ikhlas menuntut ilmu kerana Allah, adik tidak akan main-main. Adik akan jadi rajin belajar dan bersungguh-sungguh. Adik tidak akan mudah putus asa, insyaAllah. Dan ingatlah, bahawa Allah akan mengangkat darjat orang-orang yang berilmu di sisiNya. 

"...Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat..." (al Mujaadilah:11 )

Istiqamah

Istiqamah itu payah, tapi sedarilah wahai adik, bahawa istiqamah itu lebih baik daripada seribu karamah. Ramai orang tidak mampu istiqamah dengan amalan yang dilakukan sewaktu alam persekolahan setelah memasuki alam IPT. Contohnya, pelajar yang dahulunya bertudung labuh, setelah ke IPT tidak bertudung labuh lagi. Kenapa harus berubah sedangkan adik telah mengenakan pakaian yang terbaik sebagai muslimah. Ketahuilah wahai adik, bertudung labuh itu indah. Sangat indah. Dan dengan bertudung labuh, adik akan dilindungi Allah di mana sahaja adik berada, insyaAllah. Jangan singkatkan tudungmu kerana malu dengan orang sekeliling dan sebagainya. Tiada kekuatan? InsyaAllah, jika niat adik ikhlas, Allah akan menghadirkan kekuatan itu. Percayalah.


Carilah usrah dan teman-teman yang baik

Apabila adik ke IPT kelak, carilah teman-teman yang baik di sana, iaitu teman-teman yang saling mengingatkan antara satu sama lain ke jalan Allah. Dan teman-teman yang baik ini biasanya akan ditemui  dalam usrah. Maka, jika ada yang mengajak adik ke usrah, janganlah memberi alasan. Usrah itu sangat bermanfaat untuk diri adik. Di dalamnya adik akan dapat menambah ilmu, menambah kawan dan menambah iman. Melalui usrah, adik akan membina diri adik menjadi seorang individu yang sejahtera aqidahnya, ibadahnya dan akhlaknya, insyaAllah.

Kita bukan Mahasiswa 3K

Mahasiswa 3K ialah mahasiswa yang hidupnya hanya di Kolej, Katil dan Kafe. Adikku, hidup kita bukan begitu, hanya tahu belajar, makan dan tidur. Dan mungkin di zaman ini, boleh ditambah satu lagi iaitu facebooking. Adik juga perlu melibatkan diri dalam kerja-kerja amar ma'ruf nahi mungkar di kampus dan menghadiri majlis-majlis ilmu. Kita sebaik-baik ummat bukan? Firman Allah,

"Kamu adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan bagi umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran serta kamu pula beriman kepada Allah..." (ali Imran: 110)

Peranan kita besar kepada ummah. Akademik nombor 1, tapi dakwah bukan nombor 2. Begitu juga sebaliknya. Jadilah seorang penuntut ilmu, dan dalam masa yang sama seorang pejuang agama.

Jangan Sibuk Mencari

Adikku, berakhirnya zaman persekolahan bukanlah bermaksud adik harus mula mencari pasangan hidupmu. Usiamu yang masih mentah belum cukup matang untuk soal ini. Mudharatnya lebih besar dari manfaat. Adik akan mudah melayan perasaan, melupakan pelajaran dan lalai dari tanggungjawab. Adik akan terdedah dengan dosa dan noda. Sibukkan dirimu 'menjadi' sebelum sibuk 'mencari'. Cari potensi diri dan majukanlah dirimu. Bersabarlah, kamu akan dipetik jua setelah tiba masanya, oleh jodoh yang telah Allah tetapkan buat dirimu sejak azali.


Rasanya cukuplah perkongsian ini dari kakakmu. Semoga dirimu tegar hadapi cabaran yang mendatang. Paling penting, siapkan mental dan fizikalmu untuk hadapi apa jua keadaan. Jadi seorang yang berprinsip. Moga redha Allah sentiasa mengiringi langkahmu. Amiinn..

Salam sayang.

Ya Allah, saksikanlah bahawa sesungguhnya aku telah menyampaikan...

Saturday, April 7, 2012

Law Kaana Bainana :'(


LAW KAANA BAINANA

Puisi Intro
----------
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Start
-----
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

Lirik Dalam Arab
-------------------------------------------------------------------
عبد الرحمن محمد -- لو كان بيننا الحبيب
------------------------------------------
يا ربي قد غفلنا وكلنا طمع
في عفو وفي كرم وفي اعتاق
وجنة مع سيد البشر
ندعوك... ندعوك ربي من الأعماق

لو كان بيننا الحبيب # لدنا القاصي والقريب
من طيبة قبل المغيب # طالباً قرب الحبيب

بقربه النفس تطيب # وتدعوا الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب # بلغنا لقاه يا مجيب

هداك الكون الرحيب # رحمة الهادي القريب
حديثك النهر العذيب # جوارك الغصن الرطيب
فدتك روحي يا حبيب # محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب # يا رحمة للعالمين

يا حبيبي يا محمد # يا طبيبي يا ممجد
أنت ذوالفضل المؤيد # جل من صلى عليك

Friday, March 23, 2012

Saya Masih Di Sini

Bismillahi wal hamdulillah...

Assalamualaikum.

Sudah 2 bulan lebih blog ini ditinggalkan tanpa sebarang update. Jujurnya, saya kering idea di samping keterbatasan waktu. Namun malam minggu ini saya rajinkan juga untuk menulis supaya labah-labah tahu bahawa blog ini masih bertuan, jadi tidaklah ia membuat sarang.

Saya masih di sini, meneruskan perjuangan berbaki di bumi UIA Kuantan yang semakin indah dengan bangunan-bangunan baru yang tumbuh bak cendawan. Dan kini, kami sangat bersyukur dengan kewujudan sebuah masjid dalam kampus yang mendamaikan. Maka, ada juga tempat untuk beriktikaf di kala kepenatan seharian dengan tugasan. Alhamdulillah.

Saya pula sedang bergelut dengan perjuangan melatih kemahiran diri yang diperlukan seadanya; crown, bridge, root canal treatment dan macam-macam lagi. Presentation tak habis-habis. Yang kena study pula berlambak-lambak. Membuat diri menjadi tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang. Sedar tak sedar, berat badan saya sudah pun turun 5kg sepanjang 5 tahun berada di sini. Ohh...

Namun alhamdulillah, dari satu sisi, sepanjang tiga tahun menjadi pelajar klinikal, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih buat patient-patient saya. Tanpa mereka siapalah saya. Mereka sentiasa memberi kerjasama untuk datang setiap kali appointment diberikan. Alhamdulillah, mudah kerja saya. Malah, selalu juga mereka hulurkan buah tangan. Ada yang hadiahkan telekung sembahyang, tudung, makanan, buah, minyak wangi, coklat dan lain-lain lagi. Gincu pun ada. :)

Ok. Sampai di sini sahaja saya mencoret. Terpaksa memberi laluan waktu kepada pakaian yang menuntut untuk dibasuh. Jumpa lagi ya, insyaAllah...

Wassalam.

Sunday, January 1, 2012

Motivasi 2012


Engkau yang telah berketetapan untuk menang tahun ini, dengarlah ini …

Mulai sekarang, janganlah lagi engkau anggap ringan dirimu sendiri.

Orang lain boleh meragukan impian dan kemungkinanmu, tetapi engkau - tidak.

Apa pun yang terjadi, majulah, majukanlah dirimu, melangkahlah maju.

Mundur bukanlah pilihanmu.

Katakanlah, … aku tidak dirancang untuk mundur.

Abaikan semua keraguan orang yang tak akan menanggung kegagalanmu, dan yang hanya akan iri terhadap keberhasilanmu.

Ini tahunmu, ini hidupmu.

Tidak masalah apakah impianmu terlalu tinggi dan tidak masuk akal.

Semua impian besar yang tadinya tidak masuk akal, dicapai dengan tindakan sederhana yang masuk akal.

Ini tahunmu.

Jadikanlah dirimu penguasa dari perasaan, pikiran, dan tindakanmu.

Semoga Tuhan selalu mendampingi kejujuran dan kerja kerasmu.

Pak Mario Teguh
1/1/2012
Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template