:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::
Tuesday, November 25, 2008
TIPS MENGUBAT HATI
Assalamualaikum buat semua pembaca.
Apa khabar diri anda hari ini? Sihat? Hati anda pula bagaimana?
Sekiranya hati anda kurang baik pada hari ini, saya ingin mengongsikan tips untuk mengubat hati yang insya Allah, efektif. Semoga hati-hati kita akan kembali bersih dan tenang dalam menghadapi kehidupan sebagai hamba Allah s.w.t. Hati yang bersih akan sentiasa mendorong kita untuk melakukan kebaikan dan amal soleh dan begitulah juga sebaliknya.
Tips tersebut ialah:
1) Baca al Quran dan terjemahannya
2) Solat malam (qiamullail)
3) Perbanyakkan berpuasa
4) Bergaul dengan orang-orang soleh
5) Perbanyakkan berzikir
Jika diperhatikan, amalan-amalan ini senang untuk kita lazimi di dalam bulan Ramadhan yang mulia. Sebab itulah di bulan Ramadhan hati-hati manusia akan bersih. Namun begitu,tidak sepatutnya kita hanya menjadi orang yang baik dalam bulan tersebut sahaja tetapi lalai dalam bulan-bulan lainnya. Kita tidak mengetahui bilakah ajal akan datang menjemput kita.Semoga di saat kita dibawa pulang kepada Allah, hati kita di tahap cinta maksimum kepadaNya. Ameen.
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram.” (ar Ra’du: 28)
“ Ya muqallibal quluub, thabbit quluubana ‘ala diinika wa ‘ala tha’atika…”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment