:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Saturday, May 30, 2009

Monyet Oh Monyet

Assalamualaikum warahmatullah...

Coretan ini adalah coretan suka-suka. Berehat sebentar setelah bergelumang dengan nota-nota dan buku-buku basic medical science subjects yang agak tough. Peperiksaan untuk medical subjects telah berakhir pada hari ini. Lusa, peperiksaan akan diteruskan lagi dengan empat dental subjects yang tidak kurang toughnya. Semoga Allah taala memudahkan segalanya untuk saya.

Hari ini ada peristiwa lucu yang berlaku kepada saya. Kedua-dua tapak tangan saya telah luka dan berdarah akibat jatuh dikejar monyet di jalan raya berhampiran asrama petang tadi. Tapi mujurlah masih boleh menaip setelah ditampal Handyplast. Terima kasih buat Safi yang telah memberi dan memakaikan Handyplast untuk saya.

Sejak akhir-akhir ini, ditambah lagi dengan suasana asrama yang masih sunyi dengan ketiadaan pelajar-pelajar semester, monyet-monyet yang menetap di hutan berhampiran asrama semakin berminat untuk berkeliaran di kawasan asrama dan naik ke bangunan asrama. Tiap-tiap hari mereka akan datang ke asrama untuk menyelongkar tong-tong sampah untuk mencari makanan. Akibatnya,berseleraklah sampah-sampah di atas lantai. Kasihan sungguh buat Makcik Cleaner yang menyapu di pagi hari.

Pada waktu pagi Makcik Cleaner telah menyapu lantai sebersih-bersihnya, tetapi pada waktu petang datang pula makhluk ini untuk mengotorkannya. Ada kalanya mereka masuk ke bilik-bilik melalui tingkap yang terbuka. Kawan-kawan saya ada yang sudah beberapa kali kehilangan makanan yang disimpan di bilik.


Sekali mereka datang, ramai juga, dari datuk sampai cucu. Ibu yang mendukung anak kecil pun ada. Seronok juga melihat mereka. Tetapi hari ini mereka bertindak lebih agresif. Bapa monyet telah berani mengejar manusia, dan hari ini saya telah menjadi mangsanya. Huhu. Padahal saya hanya memandangnya sahaja dengan pandangan yang yang ikhlas. Hehe. Ketika itu saya berada di garaj. Terus saya dikejarnya. Saya pun lari untuk menyelamatkan diri. Takut betul dibuatnya. Tapi malang tidak berbau, saya terjatuh di atas jalan raya berhampiran kerana kasut yang saya pakai agak licin. Mujurlah selepas saya terjatuh monyet itu tidak menerkam saya pula. Kalau tidak...

Walaubagaimanapun alhamdulillah 'ala kulli haal. Mungkin sakit ini sebagai kaffarah dosa. Ada hikmahnya.

Buat kawan-kawan di sini, berhati-hati dengan monyet-monyet ini ya, terutama dengan bapa monyet yang garang-garang itu :).

Sekadar bercerita...Pedihnya...

19 comments:

dkama said...

Ayaaarrkk Persatuan monyet Mengganas... Agaknyer beliau kesian tengok Afzan jatuh... tu pasal tak terkam...

Unknown said...

Syafakillah.
Kalau di sini anjing berkeliaran di sana-sini. Tapi kena buat tak kisah dan buat lagak tak takut. Kalau dia ikut, acah dia dengan batu atau kayu.
Pernah dulu ada kera sumbang berkeliaran di rumah saya (di Malaysia) dan saya telefon bomba. Awalnya mereka gelak saja kerana sangka saya buat panggilan palsu. Kemudian mereka datang dengan van.
Tak sangka mereka buat keputusan untuk tembak kerana tak mampu nak tangkap.
Oh~

safi said...

k.af kna kejar ngan bapak, sy anak dia pun join sekali..seram..huhu
lari x cukup tanah, kalau org tgk, mesti diorang fikir wat marathon mende plak budak ni..huhu..tragis sungguh

arazma said...

kesian...tp tergelak pun ade.... kt usm penang suatu masa dulu, bnyk gak monyet. kat skolah kak depan zoo taiping dulu pon bnyk monyet. masih bnyk hingga sekarang... terkenang peristiwa lama...

Dzuu Haniin said...

salam..skolah ana dulu mmg trkenal dgn beruk di kalangan mrsm..menatang ni mmg ske kejar perempuan.mungkin disebabkan feromon yg byk pd perempuan brbanding lelaki...

myLovepatzi said...

haha....
klakot lok....
tp sian pun ader...lain kali long kna sediakan pistol n peluru dlm beg tu...
kalu rase terancam,tembak jer....
haha...aper pun,slmt berehat.......

Cucu Dagang (CD) said...

Syafakillah!
Moga tabah dengan ujian..
Betul, ujian merupakan kaffarah dosa2..
Yang penting mesti sabar dan redha..

MOHD KHAIRUL HAFIZ said...

Monyet tu mungkin perlukan kasih sayang dr.2 kot.Mane la tau, monyet tu sakit gigi ke, ape ke?

RoyalTLady said...

Assalamualaikum Afzan...

Foremost : mudah2an berjaya dengan cemerlang didalam peperiksaan kali ini. Amin.

Next: I can't help but laughing sorang2 reading your post about the "planet of the apes"... kat rumah aunty pun banyak... copylah gambar2 deme tu kalau nak.... fits your description of the baby, mak, nenek, datuk seme tu...

Kesian : sampai jatuh2...

sorry ek? memang geli hati pun ada, baca post ni.

Shahibul Afzan Wahab said...

Assalamualaikum semua...maaf baru sempat jenguk blog after post entri ni 2 hari lepas.

Terhibur saya baca komen di sini. Terima kasih semua ye,menghiburkan saya yg masih struggle dgn exam ni...

Saya pun rasa kelakar jugak bila ingat balik...masih belum sembuh lagi lukanya.jawab exam tadi pun dalam sakit dan pedih.kalau kena air, memang tak terkatalah pedihnya.huhu.

Tadi saya dah report kat pejabat asrama. Harapnya cepat-cepatla Pentadbiran ambil tindakan ke atas monyet-monyet ni. Mereka ni dah mengganggu ketenteraman awam. Saya pun dah rasa sikit phobia tengok bapa monyet. :)

Buat aunty emy, terima kasih berkunjung ke blog Afzan dan doakan kejayaan. Amiinn...aunty pun jaga2 tau dengan monyet2 tu.jangan sampai jadi macam Afzan.

Abdul Hakim Bin Baharudin said...

Agaknye monyet tu minat kat student2 situ..he3

Deens. Mi&Mo said...

salam..sorii..kak lambat ngak shoutout..kalu x liya add kak dlm fb td..sowee...'
bukanla..saye anok cikgu sha..
olohhh..dengor cg sha mesti akak takut dh..hahah
ustzh jamaliah?? kenal...td baru g smaasza..ustzh jamaliah pun ade..
ye g clean up blik konsling td..
nanti sy kem salam akka kt due2 cg smaasza tuu yerkk??hehehhe

salam alaik
have a great day..
n one thing,saye leps spm..anti masuk kuis..kak uia kan??

Shahibul Afzan Wahab said...

To Syeikhulislami:

Malangnya kami tak berminat dengan monyet2 tu...huhu.

To adik alyaa:

K,smpaikan salam akak dan ucapan selamat hari guru sekali ye.kalau cikgu dan ustazah masih ingat akak...

A'ah kak di uia kuantan.ada 6 course kat sini,semua yg berasaskan sains...kalau alyaa nak tny pape,yg boleh akak bantu, tanyala...

momo said...

salam..laaa siannye akak ni...takpelah..kami pun pernah berebut plastik makanan dengan bapak2 monyet masa kat teluk cempedak..kuantan ni memang 'planet of apes'kot..he3..dijah balik kl esok petang I'Allah..do da best exam ye

dkama said...

Jemput Saudari Datang amik Award kat blog Dkama...

Farid Rashidi said...

Salam,

Agaknya monyet sudah kepupusan tempat tinggal kot..itu yang mula nak berkawan dengan manusia.

Farid Rashidi said...

Salam,

Agaknya monyet sudah kepupusan tempat tinggal kot..itu yang mula nak berkawan dengan manusia.

k.hus said...

Shibul dikejar monyet.. Akak dirompak monyet. Apart from my lunch and food, my denture pun have been stolen by da monkeys. Huhu.. external examiner gelak je tadi..

Shahibul Afzan Wahab said...

Assalamualaikum...

To adik khadijah:
Terima kasih dijah..alhamdulillah exam dah habis hari ni..waiting for the result...oh,ada juga bapa monyet kat TC?takutnye...

To Farid Rashidi:
Mungkin juga.kat uia memang byk construction sekarang.banyak pokok ditebang...kesian juga kat monyet2.tapi pelajar uia la yg terpaksa menjadi mangsa.huhu.

To kak hus:
Kesian kak husna.monyet-monyet tu memang suka mencuri.habis epal,limau,biskut,roti dan macam2 lg geng-geng dia kebas. Tak sangka kak husna punye gigi palsu pun dia nak curi juga. Sabar ye kak hus..ada hikmah tu. Mujur external examiner faham. :)

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template