Keputusan Professional Exam telah diumumkan pada hari ini. Syukur kepada Allah, segala puji bagiNya, kerana saya lulus dalam kesemua subjek. Terima kasih buat emak, ayah, adik-beradik dan kawan-kawan yang telah memberikan kata-kata perangsang dan mengirimkan doa untuk saya. Saya yakin, ini adalah berkat doa anda semua. Semoga segala kebaikan akan kembali kepada kalian, insya Allah. Sayang semua :)
Kami telah diberikan cuti selama sebulan sebelum bermulanya Elementary Posting di Kampus Jalan Hospital pada 6 Julai ini. Semoga kesempatan yang diberikan ini dapat saya gunakan sebaik-baiknya untuk berkhidmat kepada emak, ayah dan adik-adik di rumah. Banyak juga program di Terengganu yang sedang menanti. Mudah-mudahan ada kesempatan untuk menyumbang sesuatu kepada agama. Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada hambaMu ini...
p.s: Buat kawan-kawan yang masih dalam tempoh peperiksaan, selamat berjuang!
10 comments:
Alhamdulillah berkat usaha afzan semuanya ok... :-)
alhamdulillah..tahniah sahabatku.
alhadulillah..mabruk kak..
salam wbt awak =) hamdulillah..mabruk..selamat berprogram di terengganu,sama2 teruskan mendoakan kesemua shbt2 dan muslimin muslimat seluruh dunia insyaAllah...moga sentiasa dlm redhaNya,amennnn..=) Allah ma'ak
tahniah...selamat berpraktikal...
Tahniah kak...
Doakan kami pula kat sini...huhu
wah...along dh lulus eh???
tahniah2...along mmg bijok n harapan keluarga la..
bestnyer..syukur pd Allah.....
terima kasih semua, atas ucapan...insya Allah,kejayaan juga buat anda.amiinn...
Alhamdulillah...nnti balik kg la yea. Selamat bercuti!!
Tengah bercuti ni kak...terima kasih.
Post a Comment