Syeikh Dr. Fathi Yakan (Fathi Yakan) telah kembali ke Rahmatullah pada hari Sabtu 13 Jun 2009 bersamaan, 19 Jamadil Akhir 1430 Hijrah yang lalu. Sepanjang hayatnya, Fathi Yakan telah memberikan sumbangan yang tidak ternilai terutama sekali kepada gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia menerusi karya-karyanya seperti Apa Ertinya Aku Menganut Islam, Bahtera Penyelamat Umat Dalam Kehidupan Pendakwah, Permasalahan Dakwah dan Pendakwah, Ke Arah Kesatuan Gerakan Islam, dan buku-buku lain yang sehingga kini masih menjadi rujukan utama di kalangan aktivis-aktivis gerakan Islam di seluruh dunia.
Di samping itu, beliau turut memberikan sumbangan yang sangat besar kepada perkembangan politik di Timur Tengah terutama sekali di tanah kelahirannya Lubnan dan dalam gerakan menentang kezaliman Israel terhadap umat Islam di Palestin dan kawasan sekitarnya.Semoga rohnya dirahmati oleh Allah s.w.t serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
p.s: Saya teringat suatu hadis ketika belajar di sekolah dahulu yang berbunyi:
Dari Abdullah bin Amr bin Ash ra, katanya dia mendengar Rasulullah saw bersabda: “Allah tidak menarik kembali ilmu dengan jalan mencabutnya dari qalb manusia, tetapi dengan jalan mematikan ulama. Apabila ulama telah mati, maka masyarakat akan mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin yang akan dijadikan tempat bertanya. Orang-orang bodoh ini akan berfatwa tanpa ilmu; mereka itu sesat dan menyesatkan.”
Ulama wajib dihormati
Suasana hari ini mendapati golongan-golongan ulama dihina dengan teruknya. Di manakah adab-adab kita sesama muslim, lebih-lebih lagi dengan mereka yang sangat tinggi ilmunya. Jangan mudah menghukum, jangan mudah menghina, sesungguhnya mereka itu lebih mulia kedudukan di sisi Allah. Saya mencadangkan agar pembaca membaca lebih lanjut di sini dan di sini...
ULAMA PEWARIS NABI...

7 comments:
al-Fatihah
memang suatu kehilangan yang besar..
satu lagi gedung ilmu sudah pergi... zaman sekarang nih ramai orang2 jahil jadi ulama' plastik... buat fatwa plastik pulak...
menunggu lahirny fathi yakan kedua
Al-fatihah, semoga diberkati hidupnya dan dicucuri..
~hilangnya permata dakwah~
al-fatiha..Ilmu yang dimanfaatkan bekalan buat yg telah pergi..
semoga kita juga diberi kekuatan utk menjadi sebagaimana beliau...salah satu bekal yg telah dibawa beliau ialah ilmu yg dimanfaatkan oleh org lain.jadi teruskan menulis wahai rakan-rakan blogger...
menulis utk islam.
jika berpeluang hasilkan buku.insya Allah.
Amin..Semoga Allahyarham di tempatkan di kalangan hamba Allah yang mulia..
Post a Comment