:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::

Saturday, June 13, 2009

Tiada "Ikhlas" dalam surah al Ikhlas

Jika kita perhatikan surah-surah di dalam al Quran, nama-nama surah tersebut diberikan kerana perkataan@ terbitan perkataan yang terdapat di dalamnya (tidak termasuk al Fatihah). Contohnya:

-al Baqarah: kerana perkataan al Baqarah, iaitu kisah lembu betina di dalamnya.

-yaasin : kerana perkataan 'yaasin' di permulaannya.

-dan lain-lain lagi

Tetapi bagi surah al Ikhlas, tiada perkataan "ikhlas" pun di dalam surah tersebut. Mengikut al Quran Terjemahan yang saya miliki, dinyatakan bahawa ia dinamakan "al Ikhlas" kerana ia menegaskan kemurnian keesaan Allah.


Terjemahan surah al Ikhlas:

[ Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".]

Dari sudut yang lain, hikmah "ikhlas" tiada dalam surah al Ikhlas ialah kerana sifat ikhlas itu tersendiri yang tersembunyi. Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ia wujud tetapi amat sukar dilihat, sehinggakan di dalam surah al Ikhlas pun tiada perkataan “ikhlas”.

Sesungguhnya Allah jua Yang Maha Mengetahui.

6 comments:

ummumishkah said...

memang sukar nak mencari keihklasan ni tapi Allah Maha Mengetahui apa yang ada di hati kita.. :)

dkama said...

dkama tau Afzan iklas ngan n3 nih... InsyaAllah ramai juga yang akan baca n3 ni dengan IKlas... TQ afzan...

Nur Azila Yahaya said...

salam...semoga ikhlas dalam perjuangan...

ilham nur said...

takrif ikhlas tu diambil drpd ayyuhal walad ek?

k.hus said...

Teringat kata2 sorang ustaz; kita takkan tau kita ni ikhlas ke tak, sehinggalah Allah seru kita untuk masuk syurgaNya.. Masa tu lah baru kita tau kita ni ikhlas ke tak.Moga Allah menggolongkan kita dalam golongan hamba2Nya yang ikhlas.

Azan Subuh said...

Salam.semoga saya yg menulis ni juga termasuk dlm org2 yg ikhlas...

terima kasih semua.

kepada ilham nur,taarif tu bukan drpd buku ayyuhal walad...ia cuma kata-kata, tapi saya tak pasti kata2 siapa.

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template