:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Sunday, September 6, 2009

Petua Supaya Dicintai Allah

Assalamualaikum warahmatullah dan salam Ramadhan.

Alangkah bahagianya hidup ini jika kita disayangi dan dicintai, apatah lagi jika yang menyayangi dan mencintai kita itu adalah Tuhan yang menciptakan kita, Raja segala Raja. Pastinya Allah akan sentiasa dekat dengan hamba yang menjadi kekasihNya dan sentiasa menolong dan membimbingnya ke arah keselamatan dan kebahagiaan, di dunia dan di akhirat.

Sebenarnya petua-petua untuk disayangi dan dicintai Allah ada di dalam al Quran. Saya akan membawakannya di sini untuk kita renungkan bersama.

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang mensucikan diri."
[al Baqarah:222]

" Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
[ali Imran:31]

"Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar."
[ali Imran :146]

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya."
[ali Imran: 159]

"Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebajikan."
[al Maidah: 93]

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertakwa."
[at Taubah:7]

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil."
[al Mumtahanah:8]

"Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berperang dijalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh." [as Saff :4]

Daripada ayat-ayat al Quran di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa untuk menjadi hamba Allah yang dicintaiNya, kita haruslah:

1. Sentiasa bertaubat dan mensucikan diri (zahir dan batin).

2. Sentiasa melakukan segala apa yang diperintahNya (melalui RasulNya) dan meninggalkan segala laranganNya.

3. Sentiasa bersabar.

4. Sentiasa bertawakkal.

5. Sentiasa berbuat kebajikan.

6. Bertaqwa.

7. Sentiasa berlaku adil.

8. Berjuang di jalan Allah dalam satu barisan.

Mudah-mudahan dalam kesempatan Ramadhan ini memberi kita lebih ruang dan peluang bagi meraih cintaNya. Sesungguhnya cinta Allah itu tiada tandingan.

Ya Allah, kami mencintaiMu...

7 comments:

Jadikanlah hari ini lebih baik lagi said...

Salam ukuah sahabat terimaksih ilmunya teruskan berkarya

ASYIQ said...

Moga kita tergolong dlm golongan yang Allah cintai....amiiin.

Sentiasalah mengharap, berusaha meletakkan diri dlm kalangan golongan tersebut!

Amiiiin ya Rabb!!

Cik Skaf said...

Salam Afzan
InsyaAllah,Moga kesungguhan kita utk mendekatkan diri kepada Allah mendatangkan rasa cintaNYa kepada kita. kak skaf jga yakin, Selain membuang sifat2 mazmumah, dan menanam sifat2 mahmudah dlm diri, solat malam adalah kaedah paling2 baik utk mendekatkan diri pada padaNya dan mengundang cintaNya.

Shahibul Afzan Wahab said...

To Jadikanlah hari ini lebih baik lagi (amiinn...):

Salam ukhuwwah.Terima kasih juga sahabat.

To kak asyiq:

Semoga dimakbulkan segala harapan kita kak...utk menjadi hamba-hamba kesayanganNya.

To kak skaf:

Waalaikumussalam kak. Terima kasih kak,atas penambahan ilmu yg diberi.insya Allah,moga Ramadhan ini memberikan kita kesempatan utk mengubat hati yang alpa 11 bulan yg lalu.

Azila said...

LEBIH MENGUTAMAKAN AMALAN BATIN(BERTAUBAT, SABAR, ZUHUD, RASA TAKUT N ETC) DARIPADA AMALIN ZAHIR

MOHD KHAIRUL HAFIZ said...

Nak lafaz pktaan CINTA memang mudah tp nk melaksanakan tuntutan cinta itu amat lah susah..doakan ana mge dpt cinta Allah n Rasul:-).Slmt bpose

Shahibul Afzan Wahab said...

To pengemis redha:

Terima kasih azila :)

To cinta agung:

Insya Allah. Selangkah seseorang insan dekat kepada Allah,seribu langkah dekatnya Allah kepada insan itu.

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template