:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Sunday, September 27, 2009

Catatan 'Idul Fitri 1430H

Pejam celik pejam celik...cuti 'Idul Fitri sudah pun tiba ke penghujung. Kalaulah boleh saya hentikan masa, alangkah bagusnya. Lama saya tidak menjenguk blog ini. Minta maaf ya kepada kawan-kawan, atas kelewatan membalas ucapan-ucapan raya di blog.

Seronoknya cuti pada kali ini. Tahun lepas, tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan kerana bermula hari raya kedua, saya beraya di hospital. Tetapi pada tahun ini, saya berpeluang bertemu kawan-kawan yang telah lama terpisah...Tengku Nur Azimah, Noor Shazana, Hafizah Ismail, Siti Norul Huda, Siti Samihah, Shazwani, Syuhada Ramli, Tengku Shuhaidah, Nor Azlyn, Nur Shahirah, Azlizan Adila, Noor Zanariah, Fatimah Murni, Nurul Hidayah, Hidayat dan Rosnani. Alhamdulillah, Allah temukan kita kembali setelah kita terpisah selepas habis sesi persekolahan di SMAASZA. Juga terima kasih diucapkan buat kawan-kawan yang datang beraya di rumah.

Ex-SMAASZA PMR 2001 dan SPM 2003. Semoga lebih ramai lagi kawan-kawan yang akan hadir pada perjumpaan alumni akan datang.

Saya juga berpeluang bersembang dengan Cikgu Ruzak, bekas guru Kimia yang sudah sekian lama tidak bersua. Macam biasa, nasihat tidak pernah lekang daripada mulut Cikgu. Kagumnya saya dengan beliau, beliau seorang yang berminda usahawan. Fikiran beliau jauh ke hadapan. Sekarang Cikgu telah mempunyai 7 syarikat sendiri. Tahniah Cikgu.

Saya juga berpeluang berkhidmat untuk kenduri arwah moyang. Dan yang paling istimewa, saya juga berpeluang ke majlis perkahwinan kawan-kawan. Selamat pengantin baru buat sahabat lama saya, Noor Shazana Salim dan pasangannya Arif. Baru lagi rasanya kami menjadi pelajar tingkatan 1, sekarang ini beliau sudah pun menjadi isteri orang. Juga buat senior saya di UIA Gombak, Kak Ida Rayani dan pasangannya Fadli serta kawan lama SMAASZA, Che Ku Ahmad Saufi dan Munirah Sakinah. Doa saya, semoga kalian berbahagia sehingga akhir hayat serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Giliran siapa pula ya akan menyusul selepas ini? Jangan lupa jemput ya.

Apa-apapun, Selamat Hari Raya Fitrah untuk semua, biarpun telah terlewat untuk mengucapkan. Juga selamat berpuasa enam.

p.s. Kawan-kawan tolonglah doakan kejayaan saya dalam exam beberapa hari lagi ye...Berdebarnya menunggu. Dahla tak habis study lagi ni...Sebab beraya sakan :)

11 comments:

Unknown said...

salam aidilfitri afzan
gembirakan bila dapat bertemu semula dgn kawan-kawan lama. sudah tentu banyak cerita yang dapat dikongsikan. kakchik pun dapat juga bertemu kembali dengan kawan2 selepas 18 tahun kami meninggalkan alam persekolahan. memang sangat meriah. apapun, sebab afzan dah nak exam, kakchik doakan afzan dpt menempuhnya dengan cemerlang, berjaya menjawab setiap soalan sebaik mungkin.

Shahibul Afzan Wahab said...

salam 'idilfitri buat kak chik juga.

ha ah kak chik..dah lama tunggu masa nak reunion tapi raya kali ni baru jadi...gembira dapat tengok wajah kawan-kawan yg dirindui.

oh, kak chik lagi lama la terpisah, sampai 18 tahun....kami pulak baru 6 tahun lebih kurang.

terima kasih atas doa2 kak chik...amiinn ya Allah. Saya akan usaha satakat terdaya utk buat yg terbaik, kak chik.

Jalani hidup apa adanya said...

salam aidilfitri Taqabbalallahu minna wa minkum, taqabbal yaa karim.Semoga Allah SWT memberikan ampunan atas segala kesalahan dan dosa kita

Mami Hadeef said...

salam kak shibul.. waaa, ramai jumpe kawan2.. wat reunion ke baru neh?? kak shibul gi rumah cikgu mat jak ke? anim gi gak dengan zubir..sekali dengan zubaidah n syuhada.. tup2, nak balik tu dia 'offer' anak murid dia yg laki2pada zubaidah n syuhada.. cg mat jak tak 'offer' jgak ke kak shibul? hihi

Shahibul Afzan Wahab said...

to jalani hidup apa adanya:

terima kasih,taqabballahu minna waminkum.

to aniemz:

oo,aniem pun gi jugak jumpe cikgu...

ha ah, masa kak shibul gi pun memang ada la bab kawin cikgu sembang.kawan2 kak shibul yg still single tu dia offer gak anak murid laki dia...tapi utk kak shibul dia diam je...takde pulak offer sape2...hehe.

Qisya Nisrina said...

salam..
akak afzan, salam eidulfitri..harap akak masih ag ingat kat fiza..bekas roomate akak mase kat smaasza dulu..semoga berjaya, jwb exam leklok..

Shahibul Afzan Wahab said...

waalaikumussalam,

oh fiza,akak ingat...x lupa adik bekas rumet ni.keep in touch ek.

Cik Skaf said...

salam Aidilfitri buat afzan. Ampun maaf zahir dan batin andai ada tersalah kata, tersilap bicara.

Wah..meriahnyaaa raya afzan tahun nie. Seronok kan berjumpa kawan2 lama..?

Kak skaf doakan juga afzan berjaya dalam exam.

Shahibul Afzan Wahab said...

maaf lambat reply kak..baru habis exam.

salam syawwal utk kak skaf juga.saya pun nak minta maaf juga dengan kak skaf...andai ada buat kesilapan sepanjang ukhuwwah kita terjalin di alam cyber ni.

Ha ah kak, seronok jumpa kawan2 lama...rasa macam x nak balik je hari tu.

Terima kasih atas doa kak...saya pun harap sgt Allah lembutkan hati examiner saya tadi utk bagi lulus.harapnya...

-Nur- said...

biarlh jadi orng yng agak terlambat...tapi tetap sy dan sahabat2 dari blog fatayatul-islam nak wish kak akak selamat hari raya..maaf zahir batin...siiru ala barakatllah...

Shahibul Afzan Wahab said...

terima kasih adik2 semua...akak pun nak ucapkan yg sama juga buat adik2...teruskan perjuangan di medan ilmu. :)

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template