:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::

Saturday, May 1, 2010

Major Depression?

Sudah 1 Mei hari ini. Selamat Hari Pekerja buat semua pekerja. Buat ayahanda yang dikasihi, ucapan Selamat Hari Pekerja tidak cukup bagi menghargai jasa ayah mencari rezeki untuk keluarga. Ya Allah, suatu hari nanti, berikanlah hamba pula kesempatan untuk mengambil alih peranan ayah.

Semakin hari semakin hampir dengan peperiksaan. Dan minggu-minggu kebelakangan ini saya masih kelam kabut menyiapkan segala tugasan, khususnya clinical requirement yang diperlukan. Dua denture, alhamdulillah telah siap diproses. Tinggal lagi menyiapkan wire bending orthodontics. Belum lagi dapat melapangkan diri untuk duduk menelaah buku-buku dan nota-nota yang setia berada di atas rak. Setiap hari sangat letih. 8 pagi hingga 6 petang di kelas, klinik dan lab. Hendak sarapan dan makan tengah hari pun tidak sempat.

Mungkinkah saya telah terkena Major Depression?? Tidaaakkk!!!!!!!


Menurut pembelajaran dalam kelas kaunseling, seseorang dikatakan berada dalam keadaan Major Depression jika mempunyai simptom-simptom berikut selama 2 minggu...

-Persistent depressed, sad, anxious, or empty mood
-Feeling worthless, helpless, or experiencing excessive or inappropriate guilt
-Hopeless about the future, excessive pessimistic feelings
-Loss of interest and pleasure in your usual activities
-Decreased energy and chronic fatigue
-Loss of memory, difficulty making decisions or concentrating
-Irritability or restlessness or agitation
-Sleep disturbances, either difficulty sleeping, or sleeping too much
-Loss of appetite and interest in food, or overeating, with weight gain
-Recurring thoughts of death, or suicidal thoughts or actions

Saya ingin berjumpa Kekasih di Masjid Tengku Ampuan Afzan esok, mudah-mudahan dapat mengurangkan simptom-simptom ini...Wahai Kekasih, tenangkanlah aku!

2 comments:

kakchik said...

assalamualaikum afzan.

semoga di hari ini tidak lagi dalam keadaan depress. kesibukan belajar sampai tak sempat nak makan tu boleh membahayakan kesihatan diri dik. belilah biskut yang dipek kecil2, senang bawa dlm poket untuk dikunyah2. kesian kat badan tu.
kakchik doakan afzan tabah menempuh pelajaran dan exam yg bakal tiba. insyaallah berjaya menempuhnya dgn baik.

suatu hari nanti afzan boleh berkhidmat kpd masyarakat dan berbakti kpd ibu bapa, insyaallah.

Shahibul Afzan Wahab said...

waalaikumussalam kakchik...

terharunya baca komen kakchik ni..dalam hati berkata, bestnye kalau ada sorang kakak cam kakchik...leh bermanje2...hehe.

alhamdulillah, hari ni dapat sikit semangat yg hilang, dan terkurang sikit depression yang sekian lama terasa...dating dengan Allah memberi kekuatan yg luar biasa.

terima kasih byk kakchik.sayang kakchik selalu :)

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template