:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Tuesday, August 17, 2010

Al Quranku...

~Mode sedih~

Mengenangkan apa yang berlaku sebentar tadi...Ketika sedang tasmi' surah ar-Rum kepada guru tahfiz saya, Ustaz Felza Zulhibri...

"Sadaqallahul 'azim." Tiba-tiba ustaz menyebutkan kalimah itu.

"Berhentilah dulu. Tak lancar lagi." Sambung Ustaz.

" Ya Allah....Aduuh..." Saya mengeluh dalam hati.

Bacaan saya tadi memang tersekat-sekat. Walhal saya telah merancang untuk tasmi' satu surah ar-Rum untuk sesi kelas i'adah (mengulang) kali ini...

"Ya Allah..." Saya mengeluh lagi...

Al Quran, aku malu denganmu...Hafalanku telah beku.


* * *

Jika al Quran itu pandai berkata-kata, sudah tentu dia marahkan saya.

"Kenapa lupakan aku?"

''Kenapa sia-siakan aku?" Tanya al Quran lagi, lalu tentu saya akan dipukul-pukulnya.

* * *

Buat akhirnya, hanya satu permintaan saya, jika Allah mengambil nyawa saya, biarlah dalam keadaan saya ingat ayat-ayat al Quran...

p.s: Di saat ini, saya rindui bumi barakah Darul Quran yang telah 5 tahun ditinggalkan. Di sana, sepanjang masa dapat bersama al Quran...

STRIVE FOR AL QURAN!

4 comments:

aminmenulis said...

Huhu.. amin pun rindu nak kembali zaman sekolah masa kostaq @ imtiaz dungun. Sepanjang masa biah quran hidup melingkari jiwa dan diri yg hina ini..

Semoga doa untuk mati dalam ingat al-quran dimakbulkan. aminn.

Menapak kubur said...

Salam ukhti..
Ana sndiri dpt merasai sukarnye untuk menghafaz Quran..
Trlalu sukar ayat2 tu untuk lekat di hati..
Ana bukan dr skolah tahfiz, bkn dr DQ..Mohon ukhti boleh beri tnjuk ajar pd ana..
Syukran..

Shahibul Afzan Wahab said...

amin;

ye amin...memang rindu dengan biah solehah dan tarbiyyah al Quran...lebih2 lagi jika kita tidak mampu merasainya lagi kini...semoga Allah menjadikan kita daripada golongan yg istiqamah dlm bermujahadah.

azira;

salam ukhti...bagus dgn niat azira utk menghafaz kalamNya.ana bukan org yg layak utk memberi petua dan tunjuk ajar, cuma sekadar berkongsi pengalaman yg pernah dilalui...

ukhti al mahbubah,

nak menghafaz al Quran perlukan mujahadah diri yg tinggi dan niat yg ikhlas...sepanjang ana menghafaz,ada masa-masa yg senang je kita dapat...ada pulak yg susah sangat2 nak lekat di ingatan, sampai menangis-nangis...itulah dugaan menghafaz, perlukan pengorbanan...

Nak kongsikan wasiat Ibnu Mas'ud ini yang berbunyi..

"Seharusnya bagi seorang Hamalatul Quran itu mengetahui..malamnya ketika manusia dibuai mimpi, siangnya ketika manusia enak menikmati juadah, tangisannya ketika manusia bergelak ketawa, diamnya ketika manusia berkata yang sia-sia, dan khusyuknya ketika manusia leka dengan kehidupan dunia.."

tapi yg seronok, bila kita hafaz al Quran, kita rasa seolah2 al Quran sedang tarbiyyah diri kita...membaca sahaja tak sama dengan menghafaz...bila menghafaz, selalunya kita kena faham makna ayat(utk lebih senang ingat),menjadikan diri kita seperti 'ditarbiyyah' dengan ayat2nya yg penuh keindahan dan pesona.

Insya Allah azira, jika ukhti ada keinginan, bantuan Allah pasti bersama.

Menapak kubur said...

Syukran ukhti..
Kata2 yang cukup membina..
Membina semangat ana untuk tidak putus asa, menguatkan semangat ana untk trus berusaha..
Ana sgt hargai.. =)

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template