:: Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum ::


Tuesday, September 7, 2010

Di Akhir Ramadhan Ini

Ya Rabbi
Terima kasih kerana mengizinkan aku
Mengecapi nikmat RamadhanMu
Dengan duka aku berkarya
Meratapi pemergiannya yang hampir tiba

Ya Rahman
Walau aku tidak tahu
Sebanyak mana amalanku diterima di sisiMu
Namun aku mengerti
Bahawa Engkau terlalu baik hati
Maha Pemurah dan Maha Mengasihi

Ya Rahim
Setiap malam kupanjatkan doa
Agar diampunkan segala dosa
Maka perkenanlah wahai ya Rahim
Jauhkanlah diriku daripada menjadi al khasirin

Ya Allah
Di akhir Ramadhan ini
HambaMu mengadap
Membawa diri yang kerdil dan hina
Dengan seribu pengharapan kepadaMu
Berikanlah hamba rahmat, maghfirah dan pembebasan daripada api neraka
Amin ya Rabbal 'alamin

Al faqirah wal haqirah,
28 Ramadhan 1431
IIUM Kuantan

Muhasabah Ramadhan buat diriku, aku tujukan buat diriku lagu ini:

Ramadhan Dua Zaman
The Zikr


Ramadhan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza

Ramadhan mereka gembira cemerlang
Mukmin berjasa di awal zaman
Ramadhan kami malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergianmu
Malam mereka meriah disimbah nur al Quran
Tapi malam kami muram bertemukanmu

Mereka berlumba mengejar makrifat
Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap takwa
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan Ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga

No comments:

Related Posts with Thumbnails
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template